Isnin, 1 Oktober 2018

Keraguan Sebahagian Yang Menggunakan Sebagai Suatu Alasan Palsu: (2)





Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...88

Keraguan Sebahagian Yang Menggunakan Sebagai Suatu Alasan Palsu: (2)

Kedua:  Tiada Perselisihan Dalil


Sebahagiannya mungkin mengatakan bahawa Imam Al-Mahdi (as) tidak dilahirkan dengan menuduh wujudnya perselisihan. Sekiranya dia dilahirkan tentulah  tiada perselisihan pada kelahirannya. Maka tiada perselisihan pada dalil.

Ini adalah salah satu perkara yang ganjil, kerana banyak perkara yang  diperselisihkan di dalamnya, tetapi orang bijak tidak tunduk pada kewujudannya, bahkan Al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa  perselisihan dalam sesuatu tidak bermakna ianya tidak wujud.

Yang Maha Suci berfirman dalam pembentanganNya pada kisah Ashab Ai-Kahf:

﴿سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ ۖ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ ۚ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ ۗ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاءً ظَاهِرًا وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِم مِّنْهُمْ أَحَدًا 

Nanti ada orang yang akan mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: "(jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjing nya", sebagai terkaan terhadap barang yang gaib; dan (yang lain lagi) mengatakan: "(jumlah mereka) tujuh orang, yang ke delapan adalah anjingnya". Katakanlah: "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit". Karena itu janganlah kamu bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka kepada seorangpun dari mereka. [1].


Adakah perselisihan bilangan mereka memberi jawapan mereka tidak wujud?!

Begitu juga kita dapati sebahagian mereka yang menafikan kewujudan Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) kerana terdapat perselisihan nama ibunya yang suci, seperti Narjis dan Shiqal dan lain-lain.

Saya katakan: Kadang-kadang kita menyebut berbilang-bilang nama, dan dengan perselisihan nama-nama yang berlainan. Nabi (S) mempunyai beberapa nama, terutamanya Ahmad dan Muhammad (S). Begitu juga Al-Saiyidah  Al-Zahra’ yang mempunyai banyak nama. Adakah ini bermakna bahawa kedua-dua Al-Hasan dan Al-Husain (as) bukannya anaknya dan Fatimah bukan ibunya disebabkan  perselisihan tersebut?


-----------------------

1- Al-Kahf 18:22



Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...89


Begitu juga dikatakan kepada ibu Imam Al-Mahdi (as), ada berbilang-bilang nama terdapat di dalam sejarah.
                            
Jika dikatakan: bahawa nama ibu Imam Al-Mahdi (as) adalah berbeza-beza, sepatutnya tidak ada banyak nama untuk memanggil seseorang. Salah seorang dari mereka mengatakan  Narjis, dan yang lain mengatakan bukan Narjis tetapi Shiqal, dan sebagainya.

Saya katakan: Ini adalah kerana banyaknya nama, bukan  perselisihan pada nama. Ibunya yang suci diketahui tetapi mempunyai pelbagai nama, walaupun kita menerima perbezaan namanya, tetapi ini tidak menetapkan ketiadaannya dalam sejarah dengan mengambil kira hakikat bahawa nama-nama para jariah mempunyai banyak nama. Bilangan nama tidak berkaitan dengan kewujudannya atau ketiadaannya. Dan mungkin mempunyai pelbagai nama kerana sifat kesucian, pengendalian diri dan kehormatan dan lain-lain.



✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: