Rabu, 3 Oktober 2018

Keempat: Disamarkan Mati Setelah Lahir


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...90
                                          
Keraguan Sebahagian Yang Menggunakan Sebagai Suatu Alasan Palsu: (4)

Keempat: Disamarkan Mati Setelah Lahir

Sebahagiannya mungkin berkata bahawa  tidak lain Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) pada masa yang sama didakwa telah wafat, saya tidak tahu dari mana dakwaan  kematian ini datang selepas kelahiran tersebut, dan mungkin ia datang dari memikirkan kekalnya bagi tempoh masa yang panjang, dan ini akan diberikan jawapannya, insya Allah.

Tetapi apa yang saya mahu nyatakan di sini bahawa oendapat yang mengatakan kewafatan selepas kelahirannya perlukan dalil yang meyakinkan: Dia hilang di maqam, justeru, tuntutan kematian adalah semata-mata kemungkinan, dan didorong oleh keterangan kelahirannya, keghaibannya yang panjang dan tersembunyi dari orang awam. Maka untuk membuktikan kematiannya mestilah disokong dengan dalil tsabit yang meyakinkan. dan kemungkinan mati semata-mata tidak membatalkan dalil yang kukuh

Sesungguhnya dalam riwayat Ahl Al-Bait (as) terdapat apa yang memperbetul kesamaran ini, kerana mereka (as)  memberi isyarat kepada kesamaran ini dan apa yang membawa orang awam  mengatakan telah mati atau terkorban.


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...91

 عن المفضل ابن عمر الجعفي، عن أبي عبد الله (ع)، قال: سمعته يقول: )إياكم والتنويه، أما والله ليغيبن إمامكم سنيناً من دهركم، ولتمحصن حتى يقال: مات أو هلك، بأي واد سلك...، (
      
Dari  Al-Mufadhdhal Ibn 'Umar Al-Ja`fi, dari Abi Abdillah (as), dia berkata: Aku mendengar dia berkata: berhati-hati dengan kiasan! Demi Allah, bagi imam kamu akan ada dua keghaiban selama bertahun-tahun untuk suatu tempoh masa kamu dan dia akan diabaikan sehingga akan dikatakan bahawa dia telah mati atau binasa (terkorban) di mana-mana lembah yang diikutinya. [1]

 وعن أبي الجارود زياد بن المنذر، عن أبي جعفر محمد بن علي الباقر (عليهما السلام)، قال: قال لي: )يا أبا الجارود، إذا دارت الفلك، وقال الناس: مات القائم أو هلك، بأي واد سلك، وقال الطالب: أنى يكون ذلك وقد بليت عظامه، فعند ذلك فارجوه، فإذا سمعتم به فأتوه ولو حبواً على الثلج (

Dan dari Abi Al-Jarud Ziyad bin Al-Munzhir, dari Abi Jaafar Muhammad bin Ali Al-Baqir (as), katanya: dia berkata kepadaku, Wahai Aba Al-Jarud, apabila berputar, edaran Falak, manusia akan berkata: Al-Qaim telah mati atau terkorban, di mana-mana lembah yang diikutinya. Orang yang mencari akan berkata: Sesungguhnya hal itu dan tulang-belulangnya sudah menjadi tua. Maka pada demikian berharaplah kepadanya. Jika engkau mendengarnya. Maka datanglah kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji. [2]

Kata Imam  Al-Shadiq (as): Pada keghaiban Isa (as), orang-orang Yahudi dan Nasrani sepakat mengatakan yang Isa terbunuh, Allah AWJ mendustakan mereka dengan berkata:

﴿وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ﴾

Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. [3]

dan begitu juga dengan keghaiban Al-Qaim, Umat akan mengingkarinya kerana terlalu lama, Sebahagian mengatakan bahawa dia tidak dilahirkan, dan sebahagian mengada-adakan dengan berkata: dia dilahirkan dan mati ... [4]

Maka Ahl Al-Bait (as) telah serahkan kesamaran ini sejak awal lagi dan menerangkan melalui pandangan ghaib bahawa manusia akan mengatakannya dan mengesahkan ia batil.

Dari Hazim bin Habib, dia berkata: "Aku masuk menemui Abi Abdillah (as), lalu aku berkata kepadanya:  Semoga Allah memperelokkan keadaanmu, bahawa kedua orang tuaku telah telah meninggal dan tidak dapat mengerjakan Haji, Dan Allah telah memberikan rezeqi dan kehidupan yang baik. Apa yang akan kau katakan tentang Haji keduanya? Beliau berkata: lakukanlah ia akan menyejukkan mereka berdua. Kemudian dia berkata kepadaku: Wahai Hazim, bahawa pemilik urusan ini (Shohib Al-Amr) alami dua kali ghaib dan akan zuhur pada yang keduanya, maka sesiapa yang datang kepadamu katakan padanya: Sesiapa yang membersihkan di tangannya dari debu kuburnya tidaklah dia percaya kepadanya. [5]


✡✡✡✡✡

---------------------------
1 - Al-Kafi: J 1, hal 336, Al-Imamah Wal-Tabshirah: hal 125, Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 347
2 -  Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 326, Al-Ghaibah – oleh Muhammad bin Ibrahim Al-Nu'mani: hal 156
3. Al-Nisa’ 4:157
4. Al-Ghaibah Al-Thusi: hal.170
5 - Kitab  Al-Ghaibah – oleh Muhammad bin Ibrahim Al-Nu'mani: hal 176


✡✡✡✡✡
                       
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: