Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...88
Keraguan
Sebahagian Yang Menggunakan Sebagai Suatu Alasan Palsu: (3)
Ketiga:
Penafian Jaafar Bapa Saudaranya Atas Kelahirannya Sebagai Dalil Ketiadaannya
Ada yang menimbulkan kesamaran ini, dengan mengatakan
jika Muhammad bin Al-Hasan (as) dilahirkan mengapa Jafar bin Imam Al-Hadi (as)
dan adik kepada Imam Al-Askari (as) tidak mengetahuimya, dia adalah bapa
saudaranya, bagaimana bapa saudaranya tidak tahu kelahirannya?!
Saya katakan: Ini hanyalah ketandusan alasan, dan dengan
adanya dalil kelahirannya (as) ia tidak diambil kira, dan dalil didasarkan pada
kelahirannya (as), seperti yang dikemukakan.
Dan selain itu, saya katakan: Adakah bapa saudara Nabi
(S) terlepas dari penafian terhadap
nubuawah baginda bahawa baginda menjadi nabi yang diutus?! Sudah tentu ia tidak
menafikannya selagi ada dalil berdasarkan kepada nubuawah baginda, di sini ia
adalah hampir sama pendekatannya, selagi ada dalil berdasarkan kelahiran Imam Muhammad
bin Al-Hasan (as) maka penafian Ja’far tidak berguna kepadanya.
Maka dengan itu barulah kita tahu bahawa Imam Al-Askari
(as) menyembunyikan kelahiran anaknya Muhammad Al-Mahdi (as) kecuali kepada peribadi
tertentu dan mereka yang boleh dipercayai. Ja’far bukan salah seorang daripada
mereka, dan ini dari sejarah. Kedudukan
Imamahnya adalah jelas. Secara tabieinya akan disembunyikan kelahiran Imam Al-Mahdi
(as) dari orang sepertinya. .
Ja’far bin Imam Al-Hadi (as) sangat ingin menjadi imam,
ia telah menggunakan beberapa cara untuk
mencapai cita-citanya itu, antaranya:
1 - Mengkhianati Imam Al-Askari (as) dengan pihak
berkuasa Al-Abbasiyah.
Menghentikan Tohmahan Ibn
Taimiyah Al-Harrani ...90
2. Meminta diluluskan daripada Al-Abbasi kedudukan abangnya
Al-Askari (as) untuk dirinya dengan kata: (Wahai Amirul Mukminin, jadikan aku berpangkat
dan kedudukan saudaraku Al-Hasan. Khalifah menjawab: Ketahuilah bahawa kedudukan
yang diberikan kepada saudaramu bukan dari kami tetapi ia dari Allah AWJ dan kami
berusaha untuk mendapatkan kedudukannya dan keadaan itu. Dan Allah Azza wa
Jalla enggan berikan melainkan meninggikannya setiap hari apa yang ada padanya
dan melindunginya dengari cara yang baik, dengari ilmu dan ibadah. Jika engkau adalah
Syiah saudaramu dengan kedudukannya, engkau tidak memerlukan kami, tetapi jika engkau
tidak bersama mereka dengan kedudukannya dan tidak ada pada engkau apa yang ada
pada saudaramu, engkau tidak akan menjadi sepertinya sedikitpun. [1]
3 – Mengambil warisan (harta peninggalan) Imam Al-Askari
(as) dengan mendakwa tiada ahli waris yang lain.
Ia adalah perkara biasa bagi peribadi seperti ini
menyembunyikan kelahiran Imam Mahdi
(as), atau dia sengaja menafikannya, walaupun dia mengetahuinya, tetapi apa yang
dinafikannya tidak mempunyai peranan penafian.
-------------------------
1- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 379
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan