Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...64
Kedua: Kesaksian Mereka Yang Melihat Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari
(as) Dalam Al-Ghaibah Sughra
Seseungguhnya ramai yang telah menyaksikan kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan
Al-Askari (as) dan kepada pembaca disebutkan sebahagian dari
mereka yang melihatnya.
1 - Kesaksian Al-Saiyidah Al-Fadhilah Hakimah binti Imam Al-Jawad (as):
Diriwayatkan oleh Al-Shaduq dalam Kamal Al-Din:
1. Diberitahu pada kami Muhammad bin Al-Hasan bin Al-Walid (ra), yang berkata:
Diberitahu pada kami Muhammad bin Yahya Al-3athar yang berkata: Diberitahu pada
kami Abu Abdullah Al-Hussein Bin Rizq Allah, katanya, Diberitahu padaku Musa
bin Muhammad bin Al-Qasim bin
Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...65
Hamzah bin Musa bin Jaafar bin Muhammad bin Ali bin Al-Hussein
bin Ali bin Abi Talib (as), beliau berkata, diberitahu padaku Hakimah binti Muhammad
bin Ali bin Musa bin Jaafar bin Muhammad bin Ali bin Al-Hussein bin Ali bin Abi
Talib (as) yang berkata:
Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali
(as), bangkit lalu berkata: Wahai ibu saudaraku, Berbukalah malam [ini] bersama
kami. Ia adalah malam pertengahan Bulan Sya’ban, Allah TWT akan menzahirkan Al-Hujjah
malam ini dan dia adalah hujjahNya di bumiNya. Ibu saudaranya berkata, Aku
berkata kepada beliau: Siapa ibunya? katanya: Narjis, Aku berkata kepadanya: Semoga
Allah menjadikan aku tebusanmu, apa tanda-tanda padanya? Beliau berkata, apa
yang aku akan katakan padamu ibu. Dia berkata: Aku akan datang. Maka apabila aku
memberi salam dan aku duduk dan cenderung berselindung, dan dia berkata kepadaku: Wahai Puan [Ketua
keluarga] bagaimana keadaanmu? Aku berkata, tetapi engkaulah ketua dan ketua
keluarga. Dia berkata menyanggah kata-kataku: Apalah Ya, ibu saudara ni. Aku berkata
kepadanya: Wahai anakku, Allah Taala akan menganugerahkan kamu pada malam ini seorang
anak sebagai Penghulu di dunia dan akhirat. Dia berkata: Mak Cik membuatku
berasa tersangat malu. Apabila selesai sholat Isya’ dan selepas makan dan aku
mengambil tilam lalu tidur, di tengah malam aku bangkit untuk bersholat dan
setelah sholat aku dapati dia sedang tidur dan tiada apa yang berlaku dan
kemudian aku mendekatnya, dan kemudian aku berbaring dan kemudian aku melihat
dia resah dan masih tidur, dan kemudian aku bagun, sholat dan tidur semula..
Hakimah berkata:. Dan aku keluar
untuk memeriksa fajar yang pertama seperti ekor binatang gembalaan, dia masih
tidur lalu aku masuk dengan ragu-ragu, maka jelas padaku Abu Muhammad (as) sedang
duduk lalu dia berkata: Janganlah gopoh-gapah wahai ibu saudaraku di sini ianya
sudah dekat..
Dia berkata: Aku duduk dan
membaca Alif Lam Mim Sajdah dan YaaSin, manakala aku juga perhatikan keresahannya
lalu menguatkannya. Aku berkata kepadanya: nama Allah ada padamu, dan kemudian aku
berkata kepada Narjis: Adakah kau merasa sesuatu? Beliau berkata: Ya, ibu
saudaraku, aku berkata kepadanya: Kumpulkan (kekuatan) diri dan hatimu, itu
yang kukatakan padamu, Narjis berkata: Aku terpaksa ambil masa. dan setelah tempoh
berlalu aku melihat keadaan tuan (Abu Muhammad) membuka pakaiannya. Kudapati
dirinya (as) sedang sujud mencium bumi dengan tempat sujudnya bersatu kepadaku.
Kudapati dirinya bersih dan rapi, Abu Muhammad (as) berteriak padaku: Kemarilah
kepada anakku wahai ibu saudaraku. Aku datang kepadanya dia meletakkan
tangannya di bawah punggung dan belakangnya dan meletakkan kakinya di atas dadanya
dan kemudian mengurai dan masukkan ke dalamnya lidahnya dan mengarahkan
tangannya ke atas matanya, dan mendengarkan dia bunyi sendi jemarinya. Kemudian
beliau (as) berkata: "Bercakaplah wahai anakku," Lalu anak itu mengucapkan:
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن
محمداً رسول الله (ص)،
dan kemudian berselawat ke atas Amirul Mukminin
dan imam-imam (as) sehingga dia berhenti pada bapanya,
Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...66
Kemudian dia menahan diri.
Kemudian Abu Muhammad (as) berkata: Ya, ibu saudaraku, bawalah pergi kepada ibunya
dan serahkan kepadanya dan aku pun datang dan membawa kepadanya lalu dia
menyambutnya dan mengulanginya dan meletakkannya di tempat duduk, kemudian dia
berkata: Wahai ibu saudaraku, nanti pada hari ketujuh datanglah kepada kami.
Hakimah berkata: Apabila aku bangun
di waktu pagi dan memberi salam kepada Muhammad (as) dan membuka tirai untuk memeriksa
tuan kecil (as), aku tidak melihatnya. Lalu aku bertanya: Semoga aku menjadi
tebusanmu, apa yang dilakukan oleh tuan? Dan beliau berkata: Wahai ibu saudarku,
kami telah menyimpannya, seperti yang telah dititipkan oleh ibu Musa terhadap
Musa (as).
Hakimah berkata: Apabila sampai hari
ketujuh aku datang dan aku beri salam dan duduk, lalu beliau berkata: Kemarilah
kepada anakku. Aku datang mendekati tuan kecil (as), dia di dalam kain, dan beliau
melakukannya seperti pertama kali dahulu, dan kemudian dia mengurai lidahnya dan
masukkan ke dalamnya seolah-olah dia memberi makan kepada anak itu susu atau madu.
Kemudian dia berkata: "Bercakaplah wahai anakku," Lalu anak
mengucapkan:
أشهد أن لا إله إلا الله
dan kemudian berselawat ke atas Muhammad
dan ke atas Amitul Mukminin dan imam-imam suci (Shalawatu Allah 3alaihim
Ajma3in) sehingga dia berhenti pada bapanya (as), Kemudian dia membaca ayat
ini:
﴿بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ *
وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ
وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ* وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ
وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُم مَّا كَانُوا يَحْذَرُونَ ﴾
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.* Dan Kami hendak memberi kurnia kepada
orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin
dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), * dan akan Kami
teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun
dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka
itu. [1]
Musa bin Muhammad
berkata: Aku bertanya mengenai halangan pelayan mengenai perkara ini, beliau
berkata: Benarlah Hakimah. [2].
2. Diberitahu pada kami Al-Hussein bin Ahmad bin Idris (ra),
katanya: Diberitahu ayahku pada kami, katanya: Diberitahu pada kami Muhammad
bin Ismail, beliau berkata, Diberitahu padaku Muhammad bin Ibrahim Al-Kufi, katanya:
Diberitahu pada kami Muhammad bin Abdullah Al-Thahwi, yang berkata:
Yang dimaksudkan Hakimah binti
Muhammad (as) selepas perginya Abu Muhammad (as) aku bertanya tentang Al-Hujjah
yang membuat orang-orang berselisih kerana kekeliruan mengenainya. Hakimah berkata
kepada aku, duduk lah lalu aku pun duduk, kemudian dia berkata: Wahai Muhammad,
Allah TWT tidak pernah mengosongkan bumi daripada hujjah yang bercakap atau yang
diam, dan tidak menjadikan keutamaan pada dua adik-beradik Al-Hasan dan Al-Hussein
(as). Bagi Al-Hasan dan Al-Hussein dan melihat bagi mereka berdua secara adil untuk
berada di bumi, melainkan Allah TWT mengkhusus anak-anak Al-Hussein lebih utama
atas anak-anak Al-Hasan (as) sebagaimana dikhususkan anak-anak Harun atas anak-anak
Musa (as) dan Musa adalah hujjah kepada Harun dan mengutamakan anak-anaknya hingga
hari kiamat, dan tentulah umat menjadi keliru, ragu-ragu padanya orang-orang
yang sesat dan selamat bagi orang-orang yang membenarkan
----------------------
1- Al-Qashash 28: 5-6
2- Kamal al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 432
Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...67
Sehingga tidak ada alasan
(hujjah) lagi bagi penciptaan kepada Allah, walaupun kekeliruan mesti terdapat
selepas perginya Abu Muhammad Al-Hasan (as) .Aku berkata: Wahai puan, adakah
Al-Hasan (as) mempunyai anak? Dia tersenyum kemudian berkata: Jika Al-Hasan (as)
tidak mempunyai anak, siapakah Al-Hujjah selepas dia? Adakah telah diberitahu kepada
engkau bahawa tidak ada Imamah bagi kedua-dua saudara selepas Al-Hasan dan Al-Hussein
(as). Aku berkata, puan, diberitahu kepadaku akan kelahiran Maulaku dan keghaibannya
(as).
Hakimah berkata: Ya, aku
mempunyai seorang jariah yang dipanggilnya: Narjis. Anak saudaraku (Abu
Muhammad) menziarahiku lalu berhadapan, merenung dan melihatnya. Aku berkata
kepadanya, Ya tuan, mungkinlah peribadinya dihantar kepadamu? Dia berkata
kepadanya: Tidak, Wahai ibu saudarku, tetapi aku mengaguminya. Aku berkata: Apa
yang kau kagum [terhadapnya]? Dia (as) berkata: akan keluar darinya anak yang
mulia pada Allah AWJ, Allah akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan
sebagai sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan kebencian. Jadi aku
berkata, "Maka dihantarkan dia kepada, tuan?" Beliau berkata: Bapaku
(as) memintaku berbuat demikian. Aku berkata: "Aku memakai pakaianaku, dan
aku datang ke rumah Abi Al-Hasan (as). Dan aku beri salam dan duduk dan dia (as)
mula berkata kepadaku: Wahai Hakimah, dihantar padaku Narjis kepada anakku, Abi
Muhammad. Katanya: Aku berkata: Wahai tuan, inikah tujuan tuan untuk meminta perkara
demikian, dia berkata kepadaku: Wahai yang diberkati, bahawa Allah TWT suka
untuk berkongsi ganjaran pada engkau dan menjadikan engkau sebahagian kebaikan
darinya. Hakimah berkata: Aku tidak tunggu lagi untuk memohon pertolongan kepada
Mutarli dan menyiapkan dan memberikannya kepada Abi Muhammad (as) dan aku
temukan di antara keduanya pada Mutarli dan tinggal bersamaku selama beberapa
hari, dan kemudian pergi kepada bapanya (3alaihima s-salam) dan dan dibawa
bersama dengannya..
Kata Hakimah: Abu Al-Hasan (as) pergi
dan Abu Muhammad (as) duduk di tempat bapanya dan aku menziarahinya sebagaimana
aku menziarahi bapanya, Lalu Narjis datang kepadaku pada hari itu mengeluarkan
sandalku, dia berkata: Wahai puan maulaku, terimalah sandalmu. Aku berkata,
tetapi puan Maulaku dan Allah tidak menghindarimu keluarkan sandalku dan tidak untuk
berkhidmat kepadaku, tetapi aku melayani kamu pada penglihatanku, lalu didengar
oleh Abu Muhammad (as) yang demikian itu dan berkata: Semoga Allah membalasmu
dengan kebaikan, wahai ibu saudaraku. Maka aku duduk di sisinya hingga matahari
terbenam maka betullah dengan jariah itu, dan aku mula berkata, terimalah pakaianku
untuk pergi. Dia (as) berkata: "Tidak, ibu saudaraku, rumahku malam ini, akan
mempunyai malam melahirkan kelahiran mulia di sisi Allah AWJ, Allah akan
hidupkan bumiNya selepas ia mati. Aku bertanya, "Siapa wahai, tuan, dan aku
tidak lihat pada Narjis sesuatu dari tanda-tanda kehamilan?" Beliau
berkata: Narjis, tak ada dari orang lain. Dia berkata Maka aku pergi mengesahkan
padanya, dan membelek dari belakang ke perutnya aku tidak melihat tanda-tanda
hamil, Lalu aku kembali kepada beliau (as) dan memberitahunya apa yang aku
lakukan. dia tersenyum dan kemudian berkata kepadaku: Pada waktu fajar nanti akan
jelas padamu tanda-tanda kehamilan itu kerana ia seperti
Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...68
keadaan Ibu Musa (as) yang tidak
memperlihatkan tanda-tanda kehamilan itu, dan tidak ada yang tahu sampai masa
kelahirannya. Kerana
Firaun membelah perut orang yang hamil dalam mencari Musa (as), dan ini adalah selari
dengan Musa (as).
Hakimah berkata lagi: Aku datang
kembali kepada Narjis memberitahunya apa yang beliau katakan dan bertanya
kepadanya tentang keadaannya, dia berkata: Wahai puan, tidakkah puan melihat sesuatu
ini, dia berkata Hakimah berkata: Sekarang masih belum waktu terbit fajar lagi,
dan dia tidur di hadapanku tidak bergerak sambil mengiring, Sehingga berakhirlah
malam waktu terbit fajar. Aku dapati dia resah lalu aku memeluknya kedadaku dan
aku memanggilnya dan berteriak [kepada] Abu Muhammad (as). dan beliau berkata,
bacakan padanya:
﴿إنا أنزلناه في ليلة القدر﴾
Jadi aku
membacanya dan berkata kepadanya: Bagaimana keadaanmu? Narjis berkata, Jelas [padaku]
perkara yang diberitahu padamu oleh Tuan, aku membacanya seperti mana disuruh, bayi
dalam kandungannya menjawab dan membaca seperti apa yang aku baca dan memberi
salam padaku! Hakimah berkata: Aku resah apabila mendengarnya, Aku menjerit memanggil
Abu Muhammad (as): Tidak hairanlah atas urusan Allah AWJ, bahawa Allah TWT memperlihatkan
bayi berkata-kata dengan kita, dan menjadikan hujah kepada kita di bumiNya.
Tidak akan selesai percakapan sehingga hilang Narjis dariku, Aku tidak melihat
dia pada hal dia berada di hadapanku dan tiada lindungan, Jadi aku pergi kepada
Abu Muhammad (as) sembil menangis, Beliau berkata kepadaku: Kemarilah wahai ibu
saudaraku, engkau akan dapati dia berada ditempatnya. Dia berkata: Lalu aku
kembali serta merta hingga terbukalah halangan (tutupan) itu antara aku dengannya,
dan apabila aku bersamanya, dan padanya ada kesan cahaya, yang menyilaukan
pengelihatanku, dan apabila aku bersama dengan anak itu (as) aku mencium
mukanya, membungkuk ke lututnya, mengangkat jari telunjuknya, dan dia berkata:
أشهد أن لا إله إلا الله [وحده لا شريك له]، وأنّ جدي محمداً
رسول الله، وأن أبي أمير المؤمنين
Aku bersaksi
bahawa tidak ada Tuhan selain Allah [Esa tiada sekutu bagiNya, dan bahawa datukku
Muhammad adalah utusan Allah, dan bahawa bapaku adalah Amirul Mukminin.
Kemudian dia mengulangi seorang demi seorang imam sehingga sampai pada dirinya
sendiri. Kemudian dia berkata: Ya Allah! Penuhilah untukku apa yang Kau
janjikan padaku, dan sempurnakanlah urusanku dan kukuhkanlah jejak langkahku, dan
penuhkan denganku bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan. Maku aku berteriak
kepada Abu Muhammad (as), lalu beliau berkata: "wahai ibu saudaraku, serahkan
dia kepadaku. Lalu aku serahkan dia kepadanya, dan apabila aku berdiri di
hadapan bapanya, dan dia di tanganku untuk diserahkan kepada bapanya lalu Al-Hassan
(as) menyambutnya dariku [dan burung berterbangan di atas kepalanya] dan menjulurkan
lidahnya dan dia menghisapnya, Kemudian beliau berkata serahkan kepada ibunya untuk disusukan dan nanti kembalikan padaku. dia berkata:
Lalu diserahkan kepada ibunya dan disusukan, Kemudian dikembalikan kepada Abi Muhammad
(as) dan burung berterbangan di atas kepalanya, menjerit pada burung lalu
berkata padanya: Aku membawanya dan menjaganya. Dan memulangkannya kembali
kepada kami setiap empat puluh hari. Burung itu memyerahkannya dan terbang di ruang
angkasa langit dan diiringi oleh kawanan burung, dan aku mendengar Abu Muhammad
(as) berkata: Ia disimpan Allah seperti Musa disimpan untuk ibu Musa. Narjis menangis,
lalu dikatakan kepadanya: Janganlah menangis, Penyusuan susu ibu hanya
dibenarkan dari susumu, dan akan dikembalikan kepadamu seperti dikembalikan Musa
kepada ibunya, dan itulah kata-kata Allah AWJ::
﴿فَرَدَدْنَاهُ إِلَىٰ أُمِّهِ كَيْ تَقَرَّ
عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ﴾
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...69
Maka kami kembalikan Musa kepada
ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita. [1]
Hakimah berkata: Aku tanya: Burung
apa ini? Beliau berkata: Ini adalah Roh Kudus yang mewakili para imam (as), mereka
yang akan membantunya, menyampaikan, dan mengajar ilmu pengetahuan.
Hakimah berkata: Apabila beliau
berumur empat puluh hari anak itu dikembalikan: dihadapkan kepada anak saudaraku
(as) lalu beliau memanggilku, dan aku masuk menemuinya, apabila aku bersama anak
itu, ia bergerak berjalan di hadapannya. Aku katakan, tuan, anak ini seperti dua
tahun? Maka dia (as) tersenyum. Kemudian beliau berkata: Anak-anak para nabi
dan para washi jika mereka imam-imam akan membesar lain daripada orang lain,
dan anak-anak kami jika ia berumur sebulan adalah seperti berumur setahun, bahkan
anak-anak kami berkata-kata di dalam rahim ibunya dan membaca Al-Quran, dan
beribadah kepada Tuhan AWJ, [dan] apabila disusukan akan diiringi para malaikat
turun padanya di waktu pagi dan petang.
Hakimah berkata: Aku masih
melihat anak itu setiap empat puluh hari sehingga aku melihat dia sebagai seorang
lelaki sebelum perginya Abu Muhammad (as) beberapa hari kemudian aku tidak mengenalinya.
aku berkata kepada anak saudaraku (as): Siapakah dia yang memerintahkanku duduk
di hadapannya? Beliau berkata kepadaku, Ini anak Narjis, dan dialah penggantiku
(khalifahku) selepasku dan sedikit waktu kamu akan kehilanganku, maka dengarlah dan
taatlah padanya. Hakimah berkata: Abu Muhammad (as) wafat beberapa hari
kemudian, dan orang-orang terpecah-belah seperti yang kamu lihat. Demi Allah,
aku melihatnya pada waktu pagi dan petang, dan dia memberitahu padaku mengenai
apa yang kamu tanya mengenainya dan telah kukhabarkn pada kamu, Demi Allah, aku
ingin bertanya kepadanya tentang sesuatu yang akan kumulakan melakukannya dan
beliau menolak memberi jawapan kepadaku perkara itu lalu diberi jawapan
kepadaku pada saatnya bukan dari masalahku. Beliau memberitahuku masa lalu bahawa
kamu datang kepada aku dan menyuruhku supaya memberitahu kamu yang sebenarnya.
Muhammad bin Abdullah berkata: Demi
Allah Hakimah telah memberitahu padaku perkara-perkara yang tidak dilihat oleh
sesiapa melainkan Allah AWJ, aku tahu bahawa ia benar dan adil dari Allah AWJ;
kerana Allah AWJ telah memberikan penjelasan mengenai apa yang tidak dilihat oleh
seseorang daripada penciptaanNya [2]
3. Diriwayatkan Al-Kulaini: Muhammad bin Yahya,dari Al-Hussein Bin Rizq
Allah Abu Abdullah, yang berkata: Diberitahu padaku Musa bin Muhammad bin Al-Qasim
bin Hamzah bin Musa bin Jaafar, yang berkata: Diberitahu padaku Hakimah binti
Muhammad bin Ali, dan dia ibu saudara bapanya yang melihat pada malam kelahirannya
dan kemudian daripada itu. [3]
-----------------------------
1- Al-Qashash 28:13
2- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 426
3- Al-Kafi: J 1 hal 33
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...70
4. Al-Khara’ij: Diriwayatkan dari Hakimah, dia berkata
Aku masuk
bertemu Abi Muhammad (as) selepas empat puluh hari Narjis bersalin. Maka
Maulana Shohib Al-Zaman berjalan-jalan di dalam rumah dan dilihat bertutur
dengan bahasa yang fasih. Abu Muhammad (as) tersenyum sambil berkata: Sesungguhnya
Kami para imam dibesarkan dalam masa sehari sebagaimana orang lain
membesar dalam masa setahun. Dia berkata: Kemudian aku bertanya kepada Aba
Muhammad mengenainya. Lalu beliau berkata: dititipkan kepada kami seperti dititipkan kepada ibu Musa terhadap anaknya. [1]
Perlu Ambil Perhatian:
Kerap kali dikatakan bahawa
Hakimah binti Imam Al-Jawad (as) tidak wujud dalam sejarah, walaupun kita
mengakui ia wujud tetapi dia tidak tsiqah maka tidak boleh bergantung pada
kenyataannya dan tidak boleh diterima kesaksiannya.
Jawapan atas perkara ini, saya katakan:
Pertama: Al-Saiyidah Hakimah muncul dalam banyak riwayat-riwayat dalam kitab-kitab
Syiah sebelum dilahirkan Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as), dan dalam
banyak tempat, dan meriwayatkan berbagai-bagai riwayat yang disampaikannya dalam
karya-karya rujukan riwayat-riwayat (Ensiklopedia) dan dipanjangkan kepada kita
dalam bentuk pemindahan yang sempurna dari riwayat-riwayat tersebut.
3uyun Al-Mu3jizah: Shafwan, dari Abu Nashr Al-Hamdani, dari Hakimah
binti Abi Al-Hassan Al-Quraisyi, dia adalah seorang yang sholehah, dia berkata:
Apabila Abu Ja’far
(as) ditangkap datang kepadaku Umm Kaltsum binti Al-Ma’mun atau Al-Fadhl binti
Al-Ma’mun atau katanya:. Umm Isa binti Al-Ma’mun lalu aku menenangkannya kerana
aku dapati dia sangat sedih, ... hingga akhir. [2]
Manaqib Ibn Syahraasyub: Shafwan bin Yahya berkata: Diberitahu padaku
Abu Nashr Al-Hamdani, Ismail bin Mehran dan Hairan Al-Asbathi, dari Hakimah
binti Abi Al-Hassan Al-Quraisyi, dari Hakimah binti Musa bin Abdullah, dari
Hakimah binti Muhammad bin Ali bin Musa Al-Taqiy (as) dan yang menggiringu
hadits. [3]
------------------------------
1- Bihar Al-Anwar: J 51 hal 293
2- Bihar Al-Anwar: J 50 hal 98
3- Bihar Al-Anwar: J 50 hal 98
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...71
Kedua: Ramai anak-anak Imam Al-Jawad (as).
Al-Thabarsi dalam I3lam Al-Wara berkata: (Di belakang - selepas - (Imam
Muhammad bin Ali Al-Jawad (as)) ada anak lelakinya Imam Ali, Musa, dan anak-anak
perempuannya Hakimah, Khadijah, dan Umm Kaltsum, dan berkata: di belakangnya ada
Fatimah dan Umamah dua anak-anak perempuannya, tidak ada selepas mereka yang lain. [1]
Hasan bin Muhammad bin Hasan Al-Qumi
berkata: (anak-anak lelaki Al-Jawad (as):. Ali Al-Askari (as), dan Musa, ditemui
puan-puan yang diredhai itu.di Qom, Khadijah, Hakimah, dan Umm Kulthum, dan ibu
mereka Ummu Walad [2].
Kata Abu Jaafar Al-Tabari: (anak
lelakinya [iaitu, Abi Jafar Muhammad bin Ali bin Musa (as)]: Abu Al-Hasan Ali bin
Muhammad Al-Askari Al-Imam (as), dan Musa dan anak-anak perempuan:. Khadijah, Hakimah
dan Ummu Kaltsum. [3]
Fakhr Al-Razi berkata: (Adapun
Abu Jaafar Al-Taqiy (as), ia mempunyai tiga anak: Al-Imam Abu Al-Hassan Ali Al-Naqiy
(as), Musa, dan Yahya, dan ada anak-anaknya di Qom iaitu anak-anak perempuan
lima:. Fatimah, Behjat, pemilik riwayat, Barihah, Hakimah dan Khadijah tiada
anak bagi anak-anak perempuan atau yang hidup. [4]
Ibn Syahraasyub berkata: (Telah
berkata Ibn Babawaih rahimahu Allah: Dan anak-anaknya [iaitu Abi Jaafar II (as)]
Ali Al-Imam (as), Musa, Hakimah, Khadijah, dan Umm Kaltsum. Dan Abu Abdullah Al-Haritsi
berkata: "Di belakang [Abu Jaafar II (as) [hanya Fatimah, dan Umamah sahaja]. [5]
Berkata Al-Qunduzi Al-Hanafi:
(dan anak-anaknya [iaitu Abu Ja’far II (as)] ada dua orang lelaki: Ali Al-Hadi
(as), Musa Al-Mubarqa3, anak-anak Musa di Al-Ra dan Qom dan yang dekat dengan keduanya.
Dan semua anak-anaknya Al-Hassan, Hakimah, Umamah dan Fatimah (ra). [6]
-------------------------------
1- Bihar Al-Anwar: J 50 hal 13
2- Tarikh Qom: hal 201, dipetik dari Mausu3ah Al-Imam Al-Jawad (as): J 1 hal
43
3- Dalail Al-Imamah: 397 dipetik
dari Mausu3ah Al-Imam Al-Jawad (as): J 1 hal 43
4- Al-Syajarah Al-Mubarakah: hal 78
5- Mausu3ah Al-Imam Al-Jawad (as): J 1 hal 44
6- Yanabi3 Al-Mawaddah: J 3 hal 169 dipetik dari Mausu3ah Al-Imam Al-Jawad
(as): J 1 hal 45
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...72
Selepas ini jika datang kepada kita kitab-kitab riwayat
hidup maka kita dapati mereka membuktikan bahawa Hakimah adalah dari anak-anak
Imam Al-Jawad (as) dan juga jika tidak ia hanyalah membawa memfitnah.
Al-Ardabili dalam Jami3 Al-Ru’ah berkata: Hakimah adalah
anak perempuan Muhammad bin Ali (as) yang diriwayatkan oleh Musa bin Muhammad bin
Al-Qasim bin Hamzah bin Musa bin Ja’far, dia berkata dia, diberitahu padaku Hakimah
adalah anak perempuan Muhammad bin Ali (as), ibu saudara bapanya dalam...
(dalam) ... dalam bab nama-nama mereka yang melihat dia (as), Hakimah binti
Musa, diriwayatkan oleh Muhammad bin Hajarasy darinya, dia (Hakimah) berkata:
Aku melihat Al-Redha (as) di pintu, bahawa jin datang kepada mereka dan
bertanya kepada mereka. [1].
Al-Syed Bahr Al-Ulum berkata
dalam Al-Fawa’id Al-Rijaliyah: (Hakimah binti Al-Imam Abi Ja’far II (as) adalah
nama ibu saudara ayahnya, Hakimah binti Abi Al-Hassan Musa bin Jafar (as), yang
hadir pada kelahiran Al-Qaim Al-Hujjah (as) sebagaimana hadirinya Hakimah ibu
saudaranya pada kelahiran Abi Ja’far Muhammad bin Ali Al-Jawad (as). Hakimah
dengan huruf Kaf di tempatnya. bagi (Halimah dengan huruf Lam) adalah yang diselewengkan
orang awam. Al-Sarwiy berkata dalam (Al-Manaqib): Hakimah binti Abi Al-Hassan
Musa bin Jafar (as) berkata: Apabila aku menghadiri kelahiran (Al-Khairazan) atau
Abu Jafar (as). Al-Redha (as) menjemputku, katanya kepadaku: Wahai Hakimah, marilah
iringkan kelahiran anaknya, akupun masuk menuju kepadanya dan membidankan kelahiran
di rumah itu. Dan kami meletakkan lampu dan menutup pintu, dan apabila dia merasa
sakit waktu hendak bersalin tiba-tiba lampu mati, dan di hadapannya ada basin, aku
sedih dengan matinya lampu itu sementara kami dalam keadaan demikian ketika tiba-tiba
Abu Jafar (as) berada di dalam basin itu, dan ketika itu padanya ada sesuatu yang
tipis seperti bentuk pakaian bersinar cahayanya menerangi rumah. Maka kami
dapat melihatnya lalu aku membawanya dan meletakkannya pada batu dan melucutkan
selaput tipis itu darinya. Kemudian datang Al-Redha (as) telah membuka pintu dan
kami telah membawanya atas perintahnya, dan memasukkannya ke dalam buaian, dan beliau
berkata kepadaku, Ya Hakimah, biarkan di buaiannya. Hakimah berkata: Apabila
berada pada hari ketiga, dia mengangkat pandangannya ke langit dan kemudian
memandang ke kanan dan kirinya, kemudian berkata:
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمداً رسول الله.
Maka aku bangun terkejut, dan
mendapatkan Aba Al-Hasan (as). Aku berkata kepadanya, aku mendengar suara yang ajaib
dari anak ini, dan dia berkata: Apakah dia? Aku memberitahu beliau ceritanya,
beliau berkata: Wahai Hakimah, kau boleh lihat mukjizatnya lebih banyak lagi.
Al-‘Alamah Al-Majlisi (rahimahu Allah) berkata dalam Mizar
Al-Bihar: bahawa dalam kubah yang mulia iaitu kubah kuburan orang-orang Al-Askari
(as) yang keturunannya adalah keturunan yang terkemuka, yang mulia, yang berilmu,
yang utama, yang bertaqwa lagi yang diredhai: iaitu Hakimah binti Abi Jaafar Al-Jawad
(as), Aku tidak tahu mengapa mereka tidak menziarahinya kerana jelas keutamaannya
dan keagungan, dan sesungguhnya dia
------------------------------
1 – Jami3 Al-Ruwah: J 2 hal 457
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...73
Adalah mengutamakan Imam-imam (as) dan menyimpan rahsia-rahsia
mereka, dan ibu Al-Qaim (as) di sisinya, dan dia turut hadir ketika kelahirannya,
dan dia melihatnya setiap saat dalam kehidupan Abu Muhammad Al-Askari (as), dan
merupakan salah seorang dari safir-safir (wakil) dan pintu-pintu selepas
kematiannya: Maka seharusnya menziarahinya mendapat ganjaran dari Allah pada
lidah yang layak dengan kebaikannya dan kedudukannya. Semoga Allah memberi
taufik. Ucapannya berakhir dengan kehormatan kedudukannya.
Saya katakan, tidak dijadikan tempat untuk ziarah (radhiy
Allah 3anha) yang sangat menakjubkan seperti yang ditunjukkan oleh bapa saudara
Al-Mufadhdhal, dan banyak kekajaiban yang tidak ditunjukkan seperti lata Al-Mufid
dalam membimbing yang lain dalam kitab-kitab sejarah dan perjalanan dan nasabnya
pada anak-anak Al-Jawad (as), yang termasuk sebahagian daripada anak-anak
perempuan (as) pada orang lain.
Al-Mufid (rahimahu Allah) berkata: Pengganti Abu Jaafar Al-Jawad
(as) dari anaknya Ali Al-Imam selepasnya adalah Musa, Fatimah, dan Umamah tidak
ada anak lelaki selain dari yang kami namakan.
Al-Thabarsi dalam (I3lam Al-Wara) berkata: Pengganti dari
anaknya Ali Al-Imam, Musa, dan anak-anak perempuannya: Hakimah, Khadijah dan
Umm Kaltsum. Dan dikatakan berada di belakang adalah dua orang anak
perempuannya Fatimah dan Umamah, dan tiada yang lain di belakang mereka.
Berkata Al-Sarwiy dalam (Al-Manaqib): anak-anaknya: Ali Al-Imam,
Musa, Hakimah, Khadijah dan Umm Kaltsum. Katanya, berkata Abu Abdullah Al-Haritsiy:
yang di belakang hanya Fatimah dan
Umamah sahaja. [1].
Al-Syed Al-Khoei berkata dalam Mu3jam
Rijal Al-Hadits: (15662 Hakimah anak Muhammad bin Ali (as): Diriwayatkan oleh Muhammad
bin Ya’kub dengan sanad, dari Musa bin Muhammad bin Al-Qasim bin Hamzah bin
Musa bin Ja’far (as), katanya: (diberitahu padaku Hakimah, anak perempuan Muhammad
bin Ali (as), dia adalah ibu saudara kepada bapanya (Shohib Al-Zaman) salamu
Allah 3alaih: bahawa dia melihat malam kelahirannya dan selepas itu. Al-Kafi: J
1, Bab 77 nama-nama orang yang melihatnya (as), Al-Hadits 3. Menurut Al-Syeikh Al-Shaduq
(rahsia suci) kisah kelahiran Al-Hujjah salamu Allah 3alaih. dan ia adalah Hakimah,
yang mengambil alih urusan ibu Narjis melahirkan Imam (as), Kamal Al-Din: J 2, Bab
42 yang meriwayatkan kelahiran Al-Qaim (as), Al-Hadits.[2].
Al-Syeikh Al-Tustari berkata: (Hakimah binti Abi Ja’far
II (as), katanya dalam Mizar Al-Bihar: Bahawa dalam kubah Al-Askari (as) ada
kuburan keturunannya, dan Aku tidak tahu mengapa mereka
tidak menziarahinya kerana jelas keutamaannya pada mereka (as),
----------------------
1. Al-Fawa’id Al-Rijaliyah: J 2. hal 315
2 - Mu3jam Rijal Al-Hadits: J 24. Hal 214
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...74
Dan ibu Al-Qaim (as) di sisinya dan dia hadir semasa melahirkan,
dan dia melihatnya setiap saat dalam kehidupan Al-Askari (as).
Al-Wahid berkata: dan banyak kekaguman yang tidak
ditunjukkan seperti Al-Mufid dan yang lain dedahkan pada anak-anak Al-Jawad (as).
Al-Mufid berkata: Pengganti Al-Jawad (as) anaknya Ali (as), Musa, Fatimah dan Umamah.
Al-Thabarsi berkata: Delakang dari anak-anak lelaki: Ali
dan Musa, dan anak-anak perempuan Hakimah, Khadijah dan Umm Kaltsum..
Abu Abdullah Al-Ghadh’iri dan Al-Ha’iri berkata: " yang
di belakang hanya Fatimah dan Umamah sahaja.
Saya katakan: Al-Mushnaf memetik kata-kata Al-Thabarsi seperti
Al-Mufid yang tidak menyebutkan Hakimah sebagai anak-anak Al-Jawad (as) sewaktu
apa yang disebut dalam petikannya, dan mungkin dia mengenepikannya. Seperti
yang dikatakannya: Abu Abdullah Al-Ghadh’iri dan Al-Ha’iri berkata: di belakang
hanya ada Fatimah dan Umamah sahaja. Juga menyeleweng, dan nampaknya pada asalnya:
Abu Abdullah Al-Haritsi: di belakang hanya ada Fatimah dan Umamah sahaja.
Bahawa ia adalah kata-kata Al-Thabarsi, maka kata-kata dia sendiri adalah:
bahawa anak-anak perempuannya (as): Hakimah, Khadijah dan Umm Kaltsum, dan
memetik dari Al-Mufid bahawa dia berkata anak perempuannya: Fatimah dan Umamah sahaja.
Dan bagaimana ia adalah: Al-Thabarsi dan Al-Manaqib
menyebut dan meriwayatkan pembuktian-pembuktian Al-Mas'udi, Al-Akmal Al-Shaduq
dan Al-Ghaibah oleh Al-Syeikh mengenai kelahiran Al-Hujjah (as), Al-Kafi meriwayatkan:
nama-nama yang melihat dia (as) dari Musa bin Muhammad bin Al-Qasim bin Hamzah
bin Al-Kadzim (as) dari Hakimah seorang anak perempuan Al-Taqiy, ibu saudara bapanya
bahawa dia melihat beliau pada malam kelahirannya dan selepasnya. [1]
Adapun untuk mengatakan dia tidak tsiqah tetapi telah
dikemukan bahawa dia dari perempuan yang sholehah, seperti mana diriwayatkan dalam
3uyun Al-Mu3jizah sebelum ini, ini adalah tambahan kepada ulama ilmu Rijal yang
tidak menyatakan dia tidak tsiqah seperti yang dikemukakan, tetapi mereka jelas
menunjukkan dia tsiqah.
Kata Al-Syeikh Al-Majlisi (maka ketahui bahawa dalam
kubah yang mulia iaitu kubah kuburan keturunannya adalah keturunan yang terkemuka, yang
mulia, yang berilmu, yang utama, yang bertaqwa lagi yang diredhai: iaitu Hakimah
binti Abi Jaafar Al-Jawad (as), Aku tidak tahu mengapa mereka tidak menziarahinya
kerana jelas keutamaannya dan keagungannya, dan sesungguhnya dia mengutamakan
Imam-imam (as) dan menyimpan rahsia-rahsia mereka, dan ibu Al-Qaim (as) di
sisinya, dan dia turut hadir ketika kelahirannya, dan dia melihatnya setiap
saat dalam
---------------------
1 - Qamus Al-Rijal: J 12 hal 238
Menghentikan
Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...75
kehidupan Abu Muhammad Al-Askari
(as), dan merupakan salah seorang dari safir-safir (wakil) dan pintu-pintu
selepas kematiannya: Maka seharusnya menziarahinya mendapat ganjaran dari Allah
pada lidah yang layak dengan kebaikannya dan kedudukannya. Semoga Allah memberi
taufik. [1]
Jika kita berhujah dengan orang-orang yang mengatakan
bahawa dia tidak tsiqah, Ia juga tidak menjejaskan hasil yang kita inginkan iaitu
untuk membuktikan kelahiran Imam Mahdi (as) kerana ia telah mengemukakan bahawa
khabar-khabar tentang kelahirannya adalah mutawatir. Dan khabar yang mutawatir tidak
bergantung pada hujah tsiqah perawinya, tetapi tidak adil dan ia adalah perbuatan
jahat mereka seperti yang telah dikemukakan oleh Al-Albani dan mereka yang lain
yang ahli dengan cara ini. Maka hujah mutawatir adalah pada mutawatir teks
perkhabaran atau kandungannya, seperti mana mutawatir pada lafaz dan makna.
Oleh itu, pendapat tidak ada bukti kelahiran Imam Mahdi
(as) dengan alasan bahawa tidak wujud Al-Saiyidah Hakimah yang Sholehah atau dia
tidak tsiqah bertentangan dengan peraturan yang mereka gunakan dalam menerima khabar
mutawaatir.
﴿وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنفُسُهُمْ
ظُلْمًا وَعُلُوًّا ۚ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ﴾
Dan mereka mengingkarinya karena
kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya.
Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan. [2].
--------------------
1- Bihar Al-Anwar: J 99 hal 79
2- Al-Naml 27:14
✡✡✡✡✡