Jumaat, 31 Julai 2015

Lafaz Azan dan Iqamah

Azan dan Iqamah

Dipetik dari Kitab Al-Syarai3 Al-Islam Bhg 1 (Imam Ahmad Al-Hassan (as))

وفصول الأذان هي: التكبير أربع، والشهادة بالتوحيد (أشهد أن لا اله إلا الله)، ثم بالرسالة (أشهد أن محمداً رسول الله)، ثم بالولاية (أشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله)، ثم بالهداية (أشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج الله)، ثم يقول: حي على الصلاة، ثم حي على الفلاح، ثم حي على خير العمل، والتكبير بعده، ثم التهليل، كل فصل مرتان….

Bahagian-bahagian azan adalah: membaca Takbir (الله اكبر) empat kali,
dan kemudian membaca Syahadah Al-Tauhid (أشهد أن لا اله إلا الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Risalah (أشهد أن محمداً رسول الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Wilayah (أشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Hidayah (أشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج الله),
dan kemudian membaca: (حي على الصلاة)،
dan kemudian membaca (حي على الفلاح)
dan kemudian membaca (حي على خير العمل)
dan kemudian membaca Takbir (الله اكبر)
dan kemudian membaca Al-Tahlil (لا اله إلا الله)
setiap bahagian dibaca dua kali. 

Lafaz Azan

1. Allahu Akbar – 4 kali
Allah Maha Besar
الله اكبر
2. Asyhadu An La Ilaha Ilallah - 2 kali
Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah

اَشْهَدُ أن لا اله إلا الله
3.  Asyhadu Anna Muhammada r-Rasulullah – 2 kali
Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah
اَشْهَدُ اَنّ مُحَمّدًا الرّسولُ الله
Asyhadu Anna 3aliyyan Wal Aimmata Min Wuldihi Hujajullah– 2 kali
Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah
اَشْهَدُ اَنّ عَليّا وّ الْاَئِمَةٍ مّنْ وُّلْدِهِ حُجَجُ الله
5.  Asyhadu Anna Al-Mahdi Wal Mahdiyyina Min Wuldihi Hujajullah– 2 kali
Aku bersaksi bahawa Al-Mahdi dan Mahdi-Mahdi dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah
اَشْهَدُ اَنّ الْمَهْدی وَ الْمَهْديّينَ مِنْ وُّلْدِهِ حُجَجُ الله
6. Haiya 3ala al-Salah– 2 kali
Marilah solat
حَيَّ عَلَى الصَّلاةِ
7. Haiya 3ala al-Falah– 2 kali 
Marilah menuju Kejayaan
حَيَّ عَلَى الفلاح
8. Haiya 3ala Khairi l-3amal– 2 kali
Marilah kerjakan sebaik-baik amalan
حَيَّ عَلَى خير العمل
Allahu Akbar.– 2 kali
Allah Maha Besar
الله اكبر
10.La Ilaha Ilallah   – 2 kali   
Tiada Tuhan Melainkan Allah
لا اله إلا الله

Lafaz Iqamah

1. Allahu Akbar – 2 kali

9. Qad qamati sh-Shalah– 2 kali
Akan didirikan solat
قَدْ قامَةِ الصَّلاةِ
10 Allahu Akbar.– 2 kali
Allah Maha Besar
الله اكبر
11.La Ilaha Ilallah   – 2 kali   
Tiada Tuhan Melainkan Allah
لا اله إلا الله

Khamis, 30 Julai 2015

Soalan 185 - 189

Soalan 185 - 189
Soalan 185: Susu Haiwan Yang Digugurkan Janinnya
Soalan 186: Saluran Dalam Bagi Air Mani Terpotong
Soalan 187: 2 Solat Sekali Azan
Soalan 188: Alat Pencegah Kehamilan
Soalan 189: Perlukah Saya Mengulang Semula Solat?

Soalan 185: Jika berhasil menggugurkan janin haiwan yang mengeluarkan susu yang halal dagingnya, adakah boleh diminum atau digunakan susu yang dihasilkan dengan menggugurkan janin itu,? Kerana terdapat hamba perempuan seperti itu ia diharamkan, dengan dakwaan bahawa ia adalah kejadian yang belum sempurna?

Syeikh Salman - Babil - Musaiyab

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Susu boleh digunakan (diminum) dalam keadaan yang dinyatakan.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       
✡✡✡✡✡

Soalan 186: Saluran Dalam Bagi Air Mani Terpotong

Soalan 186: Saya mempunyai masalah kesihatan, saluran dalam bagi air mani terpotong akibat daripada pembedahan, dan apabila saya melakukan hubungan jenis saya tidak memancutkan air mani, tetapi hanya merasakan inzal pada buah zakar, jadi apakah hukum daripada wajib bersuci (mandi) atau tidak, selepas melakukan hubungan jenis atau mimpi?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Anda wajib bersuci (mandi) dalam kedua-dua keadaan, tetapi sekiranya tidak melakukan hubungan jenis anda diwajibkan mengendurkan perhatian dan nafsu untuk diwajibkan bersuci (mandi).

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       
✡✡✡✡✡

Soalan 187: 2 Solat Sekali Azan

Soalan 187: Jika saya solat Dzohor dengan azan dan iqamah, dan selepas solat, selepas solat nawafil (sunat) dan berzikir kepada Allah, maka dalam tempoh yang lama sehingga solat Asar, adakah azan Dzohor memadai atau azan yang lain untuk solat Ashar? Apakah hikmah kawalan dalam hal ini? (Semoga Allah SWT meneguhkan kami atas wilayah tuan dan mengakui tuan).

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Jika anda tidak memisahkan tempat sujud anda memadailah hanya dengan azan yang pertama.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       
✡✡✡✡✡

Soalan 188: Alat Pencegah Kehamilan

Soalan 188: Untuk mencegah kehamilan terdapat pelbagai amalan, termasuk amalan mengikat dalam pembedahan, termasuk amalan makan pil perancang dan IUD (alat kontrsepsi berupa kumparan kecil panjangnya 3 cm dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan), apakah hukum amalan (pembedahan) atau ubat-ubatan yang membawa kepada mencegah sama sekali kehamilan atau untuk suatu jangka masa yang tertentu? Apakah hukum menggugurkan janin kerana keadaan takut kepada kemiskinan dan kebimbangan pendidikan dan kekurangan?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dibolehkan menggunakan pelbagai cara amalan mencegah kehamilan seperti yang disebut dalam soalan di atas (pil perancang, mengikat, IUD), dan tidak boleh menggugurkan janin selepas persenyawaan.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       
✡✡✡✡✡

Soalan 189: Perlukah Saya Mengulang Semula Solat?

Soalan 189: Sebelum saya menyahut seruan (dakwah) kebenaran ini, saya membaca tasyahud antara setiap dua rakaat, selain tasyahud akhir dan salam, Bagi solat subuh dua tasyahud, Maghribi tiga tasyahud, dan bagi solat empat rakaat empat tasyahud, adakah perlu saya mengulang semula solat sebelum ini? Apa hukum syar’einya?

(Semoga Allah SWT meneguhkan kami atas syahadah wilayah bagi Imam-imam (as), dan atas syahadah wilayah bagi Mahdi-mahdi (as)).

Abu Ahmad – Najaf Al-Asyraf

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Tidak perlu mengulang semula solat anda..

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       
✡✡✡✡✡

Soalan 183: Cara Yang Betul Untuk Merawat Pesakit Wanita.

Soalan 183: Cara Yang Betul Untuk Merawat Pesakit Wanita.

Soalan 183: Saya bekerja di hospital, di ruang tamu pembedahan, dan datang kepada kami wanita yang luka terbakar pada badannya dan tidak ada jururawat wanita untuk menangani kecederaan itu, Pesakit mungkin perlu pergi ke bilik air dengan ibunya atau suaminya atau saudara lelaki, dan untuk membuang kulit terbakar di mana mereka tidak boleh melakukannya, kecuali dengan bantuan kami, apakah hukumnya?

Abu Naba’ – Al-Diwaniyah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Umat ​​Islam perlu (wajib) menyediakan kakitangan perubatan untuk menangani pesakit wanita, malah perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk menangani kemuliaan dan maruah (pesakit) wanita, dan kesan untuk ini melibatkan banyak perkara, termasuklah:

·      Mestilah ditangani dengan bilangan wanita yang mencukupi untuk mengisi kekurangan dalam semua kepakaran perubatan.

·      Susunan tempat bagi meletakkan pesakit wanita perlu dibuatkan pengasingan yang sebenar, dan penubuhan hospital perempuan atau pembahagian tempat di hospital.

·      Bagi masalah Saudara Abu Naba’, dibolehkan merawat pada pesakit wanita terbakar (melecur) dengan mempunyai pakar-pakar daripada kaum lelaki, dan ia mendatangkan dosa dan dosa oleh Kerajaan taghut dan semua kelemahan lelaki dan wanita Islam dalam usaha untuk menyediakan cara yang betul untuk merawat pesakit wanita.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       
✡✡✡✡✡

Soalan 182: Nawafil (nafilah) Dzohor

Soalan 182: Nawafil (nafilah) Dzohor

Soalan 182: Bolehkah dilaksanakan nawafil (nafilah) Dzohor selepas berlalu setengah jam dari zawal (rembang)?[] Adakah memadai dalam keadaan ini dilaksanakan secara qadha atau tunai?

Syeikh Jihad Al-Asadi - Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dibolehkan, tetapi yang terbaik adalah laksanakan yang fardhu dahulu kemudian baru laksanakan nafilah secara tunai jika sempat setengah jam selepas zawal. [✡✡]

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       
✡✡✡✡✡

-----------------
[✡]Waktu Nawafil Untuk Dzohor: dari Zawal - hingga lepas setengah jam.
[✡✡] Untuk Waktu Nawafil (Shalat-shalat Nafilah) setiap hari: Klik di sini
dan rujuk pada jawapan No 3

Soalan 181: Hubungan Solat Nasyiah Al-Lail dengan Solat nafilah Maghrib

Soalan 181: Hubungan Solat Nasyiah Al-Lail dengan Solat nafilah Maghrib

Soalan 181: Adakah Solat Nasyiah Al-Lail (Shalat Nasyiata l-Lail) diberi ganjaran nafilah Maghrib?

Syeikh Jihad Al-Asadi - Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Solat nafilah Maghrib secara Nasyiah Al-Lail akan menerima pahala Nasyiah Al-Lail (Nasyiata l-Lail), InsyaAllah.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       
✡✡✡✡✡

Rabu, 29 Julai 2015

Soalan 180: Penyembelihan Binatang

Soalan 180: Penyembelihan Binatang

Soalan 180: Seorang ansar Imam Mahdi (Semoga Allah menempatkan beliau di bumi) tertanya-tanya:

Salam Allah atas tuan, Wahai tuan, mengenai Penyembelihan menurut syariat, dan bagaimana penyembelihan binatang, dan apa dia empat urat-urat leher dan pemenggalan leher haiwan dan tambahannya dan larangannya? Sila fatwakan melalui perantaraan kami (Semoga Allah menempatkan beliau di bumi dan meneguhkan kami dalam membantu tuan).

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Di dalam penyembelihan mesti dipotong empat urat-urat leher: (halkum, tenggorok, arteri (pembuluh) dan vena (salurnadi)), di leher, dan dilarang memotong saraf tunjang, tetapi jika terpotong, tidak haram daging sembelihannya. Korban unta adalah khusus memasukkan pisau atau parang di takuk sekali atau dua kali atau lebih, dan tidak boleh dipotong atau diputuskan kepala sehingga mati disembelih.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       
✡✡✡✡✡

Soalan 175 – 179 Masaalah Perkahwinan, Pencampuran dan Makan Sum-Sum Tulang

Soalan 175 – 179 Masaalah Perkahwinan, Pencampuran dan Makan Sum-Sum Tulang

Soalan 175: Dia mempunyai kekasih dan menikmati hubungan tanpa akad, dan kemudian mereka akad dengan perkahwinan sementara, kemudian berkahwin dengan perkahwinan kekal, apa hukumnya?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Jika hubungan dengan zina itu (iaitu sebelum akad) Ia adalah dengan pasangannya (berkahwin) atau ikatan bersama, diharamkan penzina selepas perceraiannya atau habis ikatannya. Bagaimanapun, ia bukanlah ikatan suami, dan bukan ikatan bersama, maka dia boleh mengahwininya.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       
✡✡✡✡✡

Soalan 176: Perempuan yang sudah berkahwin memutuskan perkahwinannya tanpa masuk dalam tempoh perkahwinannya dengan akad kekal, apa hukum syar’einya?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dibolehkan, perkahwinan kekalnya sah.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
                     
✡✡✡✡✡

Soalan 177: Cincin batu akik yang dijumpai tidak diketahui milikannya, adakah ia dibenarkan memakainya untuk bersolat? Apa hukum syar’einya?

Qasim Abdul-Kadzim – Najaf Al-Asyraf

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dia tahu bahawa dia tidak dapat mencari pemiliknya, maka adalah lebih baik bersedekah mengikut nilai harganya, kemudian dipakai dalam solat dan sebagainya.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan 178: Seseorang terus berada di Jabatan Kesihatan yang terdapat ramai pekerja wanita, apakah hukum sentiasa dalam tempoh pencampuran? Apakah hukum dalam memandang?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Terdapat orang lelaki dan wanita di mana-mana untuk melakukan kerja (yang dibenarkan syara3 (syara’)) dibolehkan, dan bagi mukmin dan mukminah wajib menegakkan seruan kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar, bagi memandang, jika tidak sengaja atau dengan niat (mencurigakan atau keghairahan) adalah dibenarkan.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
                     
✡✡✡✡✡

Soalan 179: Wahai tuan Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as) (Semoga Allah menempatkan beliau di bumi): Salam Allah atas tuan, rahmat Allah dan keberkatanNya.

Sebahagian ansar Imam Mahdi (as) tertanya-tanya mengenai tulang sum-sum bagi haiwan yang boleh dimakan dan disembelih, Bolehkah makan sum-sum tulang haiwan ini? Sila fatwakan melalui perantaraan kami, kami berdoa kepada Yang Maha Kuasa supaya menjadikan kami ansar yang berpegang teguh pada perjanjian tuan.

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Boleh.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
                     
✡✡✡✡✡

Soalan 170 - 173: Anak luar nikah dan masalah ckehamilan

Soalan 170 - 173:

Soalan 170: Anak haram bagi yang sudah besar apabila mencapai umur 21 tahun, bermasalah untuk dia berkahwin, masalah yang mewakili keluarga bapa, masalah memberitahu atau tidak kepada isterinya, jika dia tahu, dia tidak berpuasa dan solat, dan dia tahu keadaannya, Adalah diketahui bahawa dia tidak melakukan dosa atau maksiat, maka apa hukumnya?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Bayi terlantar tidak dihakimi sebagai seorang anak zina melainkan jika diketahui bahawa seorang anak zina terbukti dengan dalil syar’ei yang sahih, Dan dengan itu maka bayi terlantar itu dianggap manusia yang tidak diketahui bapa dan nasabnya, tidak boleh nasab manusianya kepada dirinya sendiri, walaupun kesan perbuatan tidak betul, tetapi dia adalah seorang yang beriman dan saudaramu dalam agama, seharusnya masyarakat mukmin bermuamalah dengannya sebagai orang yang keturunannya tidak diketahui dan bukan pada anak zina, maka sesiapa yang melayannya sebagai anak zina telah melakukan dosa, dan keadaan orang ini dirinya sendiri wajib diberikan dorongan untuk solat dan puasa, dan sebelum itu mendorongnya kepada iman dan berwilayahkan wali Allah, carikan untuknya isteri yang redha dengan keadaan keturunannya yang tidak diketahui, Semoga Allah member taufiq (kejayaan).

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
                     
✡✡✡✡✡

Soalan 171: Apakah hukum amalan bayi tabung uji bagi orang-orang yang tidak mempunyai zuriat secara tabiei (semula jadi) kerana penyakit kedua-dua ibu bapa atau salah seorang daripada mereka melainkan dengan cara ini?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Dibolehkan mengambil telur daripada isteri dan disenyawakan dengan benih suaminya dan ditanam dalam rahim isterinya.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
                     
✡✡✡✡✡

Soalan 172: Adakah dibenarkan untuk pemindahan telur wanita yang  disenyawakan oleh sperma suaminya dalam rahim lain atau rahim tumpang, dan rahim lain dari pasangan mahram atau pasangan bukan mahram? Dan ia kerana kegagalan rahim isteri atau tiada rahim?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Boleh meletakkan telur yang disenyawakan oleh seorang wanita dengan sperma suaminya di dalam rahimnya, dan tidak boleh meletakkan telur dalam rahim wanita lain walaupun isteri kedua wanita lain bagi lelaki itu.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
                     
✡✡✡✡✡

Soalan 173: Apakah hukum pengklonan manusia dalam rahim atau bukan rahim?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Adalah dibenarkan mengambil sel pasangan dan diimplan dalam rahim isterinya, dan dibenarkan telur dari isteri atau mana-mana perempuan yang lain berada dalam keadaan di mana nukleus digantikan dengan nukleus sel yang diambil dari pasangan.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
                     
✡✡✡✡✡

Selasa, 28 Julai 2015

Soalan 165 - 169 Basmalah, Tali Leher, kesuntukkan solet nafilah, ganti bacaan sujud, Hukum Anak patung

Soalan 165: Perlukah saya membaca Basmalah untuk satu surah selepas membaca surah Fatihah, atau boleh membaca Basmalah dengan tidak pasti memilih Surah, dan kemudian memilih Surah yang mahu dibacanya?

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Basmalah dihubungkan dengan Surah dan setiap Surah ada Basmalahnya, maka perlu menentukan surah dan kemudian bacalah basmalah..

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan 166: Apa hukumnya memakai tali leher?

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Boleh.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan 167: Apabila berlalu satu setengah jam selepas melaksanakan solat Zohor pada musim sejuk, Bolehkah saya solat nawafil (nafilah) Ashar sebelum solat Ashar? Apakah niatnya tunai atau apa?

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Yang lebih utama adalah yang wajib. Apabila berlalu waktu nafilah, dan kemudian laksanakan solat nafilah selepasnya.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan / 168: Bolehkah membaca zikir ketika sujud سبحان ربي الأعظم)) sebagai ganti (الأعلى)?
[Subhana Rabbiy al-a3dzam
Sebagai ganti
Subhana Rabbiy al-a3la]

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Boleh.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan 169: Apakah hukum membeli, membuat, menjual dan mengambil anak patung? (Itu yang berbentuk badan haiwan).

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Boleh membeli, menjual, mengambil dan membuat anak patung dan patung-patung yang berbentuk badan haiwan, tetapi ia makruh (dibenci). Jika ini bukan untuk apa yang diharamkan seperti menampakkan aurat dan menaikkan nafsu (syahwat), atau dijadikan sembahan dan sujud kepadanya selain Allah atau arah untuk sujud.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan 160 -164

Soalan 160: Apakah hukum perahan buah beri apabila dididihkan tidak sampai dua pertiga? Adakah wapnya najis?

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Wapnya suci (tak najis).

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan 161: Bolehkah diminum darah dari haiwan yang disembelih untuk tujuan rawatan?

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Tidak boleh.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan 162: Tuan menyebut pada masalah kelapan dalam Kitab Syarai3 Al-Islam, halaman 36: hukum minuman beralkohol, apakah dia minuman yang ditapai itu?

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Minuman beralkohol yang ditapai dari barli.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

 Soalan 163: Apakah hukum kesilapan dalam salah satu daripada enam takbir selepas Takbiratu Al-Ihram pada lafaz, atau diucapkan tidak terkeluar satu huruf pada kalimah: Allahu Akbar?

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Jika diketahui bacaannya salah bacalah semula.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan 164: Tanah (Turbah) Imam Al-Hussein (as); adakah tanah mutlak, atau khusus di makam Imam Al-Hussein (as) dan tidak dientuksn? Ia dari Pintu yang dibenarkan untuk bersolat, dan sesiapa yang menggunakan tanah untuk bersolat dan adalah tidak terikat untuk bersolat, dan diberitahu bahawa mereka mengambil mereka dari tepi sungai. Apakah hukumnya?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Sujud di atas Tanah (Turbah) Imam Al-Hussein (as) besar kelebihannya, dan boleh mengambil Tanah (Turbah) Al-Husseiniyah di antara makam suci dan dua farsakh dari semua arah dari tepi sungai dan selain dari tempat suci, dan selepas (melebihi) dua farsakh (11 km) tidak dianggap Tanah (Turbah) Husseiniyah. Dan Tanah (Turbah) yang lebih hampir kepada makam suci lebih besar kelebihannya.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡