Selasa, 28 Julai 2015

Soalan 165 - 169 Basmalah, Tali Leher, kesuntukkan solet nafilah, ganti bacaan sujud, Hukum Anak patung

Soalan 165: Perlukah saya membaca Basmalah untuk satu surah selepas membaca surah Fatihah, atau boleh membaca Basmalah dengan tidak pasti memilih Surah, dan kemudian memilih Surah yang mahu dibacanya?

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Basmalah dihubungkan dengan Surah dan setiap Surah ada Basmalahnya, maka perlu menentukan surah dan kemudian bacalah basmalah..

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan 166: Apa hukumnya memakai tali leher?

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Boleh.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)


✡✡✡✡✡

Soalan 167: Apabila berlalu satu setengah jam selepas melaksanakan solat Zohor pada musim sejuk, Bolehkah saya solat nawafil (nafilah) Ashar sebelum solat Ashar? Apakah niatnya tunai atau apa?

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Yang lebih utama adalah yang wajib. Apabila berlalu waktu nafilah, dan kemudian laksanakan solat nafilah selepasnya.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan / 168: Bolehkah membaca zikir ketika sujud سبحان ربي الأعظم)) sebagai ganti (الأعلى)?
[Subhana Rabbiy al-a3dzam
Sebagai ganti
Subhana Rabbiy al-a3la]

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Boleh.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡

Soalan 169: Apakah hukum membeli, membuat, menjual dan mengambil anak patung? (Itu yang berbentuk badan haiwan).

Syeikh Jihad Al-Asadi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Boleh membeli, menjual, mengambil dan membuat anak patung dan patung-patung yang berbentuk badan haiwan, tetapi ia makruh (dibenci). Jika ini bukan untuk apa yang diharamkan seperti menampakkan aurat dan menaikkan nafsu (syahwat), atau dijadikan sembahan dan sujud kepadanya selain Allah atau arah untuk sujud.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)

✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: