Khamis, 30 Julai 2015

Soalan 185 - 189


Soalan 185 - 189
Soalan 185: Susu Haiwan Yang Digugurkan Janinnya
Soalan 186: Saluran Dalam Bagi Air Mani Terpotong
Soalan 187: 2 Solat Sekali Azan
Soalan 188: Alat Pencegah Kehamilan
Soalan 189: Perlukah Saya Mengulang Semula Solat?


Soalan 185: Jika berhasil menggugurkan janin haiwan yang mengeluarkan susu yang halal dagingnya, adakah boleh diminum atau digunakan susu yang dihasilkan dengan menggugurkan janin itu,? Kerana terdapat hamba perempuan seperti itu ia diharamkan, dengan dakwaan bahawa ia adalah kejadian yang belum sempurna?

Syeikh Salman - Babil - Musaiyab

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Susu boleh digunakan (diminum) dalam keadaan yang dinyatakan.


Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       

✡✡✡✡✡


Soalan 186: Saluran Dalam Bagi Air Mani Terpotong

Soalan 186: Saya mempunyai masalah kesihatan, saluran dalam bagi air mani terpotong akibat daripada pembedahan, dan apabila saya melakukan hubungan jenis saya tidak memancutkan air mani, tetapi hanya merasakan inzal pada buah zakar, jadi apakah hukum daripada wajib bersuci (mandi) atau tidak, selepas melakukan hubungan jenis atau mimpi?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Anda wajib bersuci (mandi) dalam kedua-dua keadaan, tetapi sekiranya tidak melakukan hubungan jenis anda diwajibkan mengendurkan perhatian dan nafsu untuk diwajibkan bersuci (mandi).

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       

✡✡✡✡✡


Soalan 187: 2 Solat Sekali Azan

Soalan 187: Jika saya solat Dzohor dengan azan dan iqamah, dan selepas solat, selepas solat nawafil (sunat) dan berzikir kepada Allah, maka dalam tempoh yang lama sehingga solat Asar, adakah azan Dzohor memadai atau azan yang lain untuk solat Ashar? Apakah hikmah kawalan dalam hal ini? (Semoga Allah SWT meneguhkan kami atas wilayah tuan dan mengakui tuan).

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Jika anda tidak memisahkan tempat sujud anda memadailah hanya dengan azan yang pertama.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       

✡✡✡✡✡


Soalan 188: Alat Pencegah Kehamilan

Soalan 188: Untuk mencegah kehamilan terdapat pelbagai amalan, termasuk amalan mengikat dalam pembedahan, termasuk amalan makan pil perancang dan IUD (alat kontrsepsi berupa kumparan kecil panjangnya 3 cm dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan), apakah hukum amalan (pembedahan) atau ubat-ubatan yang membawa kepada mencegah sama sekali kehamilan atau untuk suatu jangka masa yang tertentu? Apakah hukum menggugurkan janin kerana keadaan takut kepada kemiskinan dan kebimbangan pendidikan dan kekurangan?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dibolehkan menggunakan pelbagai cara amalan mencegah kehamilan seperti yang disebut dalam soalan di atas (pil perancang, mengikat, IUD), dan tidak boleh menggugurkan janin selepas persenyawaan.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       

✡✡✡✡✡

Soalan 189: Perlukah Saya Mengulang Semula Solat?

Soalan 189: Sebelum saya menyahut seruan (dakwah) kebenaran ini, saya membaca tasyahud antara setiap dua rakaat, selain tasyahud akhir dan salam, Bagi solat subuh dua tasyahud, Maghribi tiga tasyahud, dan bagi solat empat rakaat empat tasyahud, adakah perlu saya mengulang semula solat sebelum ini? Apa hukum syar’einya?

(Semoga Allah SWT meneguhkan kami atas syahadah wilayah bagi Imam-imam (as), dan atas syahadah wilayah bagi Mahdi-mahdi (as)).

Abu Ahmad – Najaf Al-Asyraf

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Tidak perlu mengulang semula solat anda..


Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
       

✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: