24 07 2015
KHUTBAH PERTAMA
بِسْمِ اللَّـهِ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ
بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
الْمُشْرِكُون ،
وصلى
الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد
ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان
عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج
الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،
Wahai orang-orang
yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan
janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Wahai ansar
Allah,
Wahai ansar Imam
Mahdi
Wahai ansar Imam
Mahdi Pertama sekelian
Marilah kita
melihat realiti dan keadaan manusia hari ini: Allah SWT berfirman:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿كَانَ
النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّـهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ
وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ
النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ ۚ وَمَا
اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِن بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ
الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۖ فَهَدَى
اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ
بِإِذْنِهِ ۗ وَاللَّـهُ
يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ﴾
Manusia itu adalah umat yang satu, maka Allah mengutus para nabi,
sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang
benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.
Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan
kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan
yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi
petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka
perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang
yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. [Al-Baqarah 2:213]
Perselisihan dan
perpecahan umat manusia berlaku di sepanjang zaman. Mari kita lihat realitinya
hari ini.
Dari lebih kurang 7 ribu juta (billion) penduduk dunia hanya 3.71 ribu juta sahaja yang beragama dengan agama Samawi (Ilahi) atau 53% dari penduduk dunia. Orang-orang Kristian 2.1 ribu juta orang, orang-orang Islam 1.6 ribu juta orang dan orang-orang Yahudi hanya 10 juta orang dan manusia lain selebihnya 47% menganut berbagai jenis agama atau tidak beragama.
Walau bagaimana
pun kebanyakan negara-nagara di dunia ini walaupun penduduknya menganut agama
tertentu, pemerintahnya berfahaman sekular dengan mengendalikan urusan
kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungan
dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat. Perpisahan ini
tidak kira sama ada di bidang ekonomi, politik, pendidikan, pentadbiran,
kebudayaan, perhubungan dan lain-lain lagi. Dengan kata-kata yang lain, faham
sekular itu ialah faham keduniaan semata-mata. la tidak ada sangkut paut dengan
Akhirat.
Ertinya, bagi
orang yang berfaham sekular, hidup di dunia ini hanya habis di dunia. Kalau
untung pun hanya berlaku di dunia. Kalau rugi pun hanya berlaku di dunia. Sama
ada susah atau senang, hanya di dunia. la tidak akan dipersoalkan lagi di
Akhirat. Dosa dan pahala tidak masuk kira di sini kerana kehidupan itu hanya di
dunia semata-mata.
Bagi agama samawi
terutamanya orang-orang Yahudi dan Kristian telah diratah oleh fahaman sekular
hingga tidak bersisa lagi. Yang tinggal adalah harapan akan munculinya Nabi
Ilya (Elia) (as) bagi orang-orang Yahudi dan Jesus Kristus (Isa Al-Masih) (as)
bagi orang-orang Kristian yang akan menyelamatkan mereka dari penindasan Taghut
penzalim dan kerosakan agama mereka..
Bagi umat Islam
yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah agama mereka hanya tinggal amalan
Syari’ah Khususiyah tanpa Khalifah Allah (Imam lantikan Allah) dan Akidah
tinggalan ulamak zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah, dengan berbagai aliran. Ia
antara haq dan batill di antara kebenaran dan kesesatan. Bagi umat Islam Syi’ah
dalam menunggu munculnya Imam Mahdi (as) telah ada Wilayah Faqih, Marji’eiyah
mendahului Wilayah Imam-Imam Ahl Al-Bait Rasulullah tak ubah seperti saudara
umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah. Berttaklid kepada Wilayah
Faqih, berubah kepada Syi’ah Marji’eiyah. Tetapi masih ada umat Islam yang
berjalan menyungsung arus kedua saudara mereka Syi’ei dan Sunni. Ini
adalah di antara haq dan batil!!??
﴿وَمَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ
إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى
وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ﴾
Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. [Al-Nahl 16:64]
Iltizam dengan
Islam
1. Negara
Arab Saudi (Milik anak-anak Muhammad ibn So3ud (ALSaudiyah))
bermazhab serpihan Al-Sunnah (mazhab Muhammad ibn Abdul Wahab –
Wahabi) dengan slogan Salafi (golongan awal Islam), mengurus Haramain tetapi malangnya
berkiblatkan Amerika. Mereka sangat memusuhi Ahl Bait Rasulullah. Rabitah Alam
Al-Islami (kerajaan Arab Saudi) membelanjakan jutaan Dolar Amerika untuk
menyebar faham mereka ke serata dunia di Negara-negara Umat Islam.
2. Pergerakan-pergerakan
Islam Antarabangsa yang ingin mengembalikan Khalifah Allah di bumi seperti IS
(Islamic State) contohnya ISIS (Islam State Iraq and Syria) gerakan-gerakan
ketenteraan, Hizbu Tahrir pergerakan dakwah yang ingin mengembalikan Daulah
Islamiyah, atau seperti pergerakan Al-Ahbash yang
ingin memperteguh fahaman Mazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah dan
berbagai pergerakan antarabangsa yang lain.
3. Parti-parti
politik di setiap Negara umat Islam dengan tekad menubuhkan Negara Islam menentang
kerajaan skular yang ada sehingga ada yang Berjaya memerintah walaupun
kemudiannya jatuh kembali.
4. Tidak
kurang yang Islam mereka berjubahkan kesufian atau apa-apa budaya Islam dalam
mendekatikan diri kepada Allah.
5. Selebihnya
(atau kesemuanya) adalah Negara-negara umat Islam yang diperintah oleh kerajaan
Sekular yang pro Amerika dan Barat, mengamalkan demokrasi pilihan raya untuk
melantik pemerintah mereka.
Itu dari satu
sudut dan mungkin ada banyak peepecahan lagi jika ...
﴿وَآتَيْنَاهُم
بَيِّنَاتٍ مِّنَ الْأَمْرِ ۖ فَمَا اخْتَلَفُوا إِلَّا مِن
بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّ
رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ
يَخْتَلِفُونَ﴾
Dan Kami berikan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata tentang
urusan (agama); maka mereka tidak berselisih melainkan sesudah datang kepada
mereka pengetahuan karena kedengkian yang ada di antara mereka. Sesungguhnya
Tuhanmu akan memutuskan antara mereka pada hari kiamat terhadap apa yang mereka
selalu berselisih padanya. [Al-Jatsiyah 45:17]
Bagi umat Islam
yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah sumber ilmu Akidah dan Syariah mereka
adalah sumber tinggalan ulamak zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah, dengan
berbagai aliran. Khalifah-khalifah atau pemerintah-pemerintah ini kebanyakannya
memerintah umat Islam di bawah lantikan mereka sendiri dan menguasai Ulamak dan
umat Islam (Sunni dan Syi’ei)
Negara umat Islam
semakin berpecah kerana perebutan kuasa sehinggalah banyak negara umat Islam
samada sunnah atau syi’ah yang rakyatnya campuran antara Sunni dan Syi’ei
mengikut keadaan semasa. Mereka tetap berpecah kepada mazhab atau aliran yang
lebih kecil.
Umat Islam yang
bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah menunggu Imam Mahdi, anak Fathimah binti
Muhammad (Ahl Al-Bait) bernama Muhammad atau Ahmad bin Abdullah yang akan
keluar di akhir zaman sebagai Khalifah Allah yang akan memerintah dunia dan
memenuhinya dengan keadilan dan kemakmuran setelah (sebelumnya) dipenuhi dengan
kerosakan dan kezaliman.
Bagi umat
Islam Syiah Agama mereka merujuk kepada para Imam yang maksum (as) selepas
Nabi (S). Bermula dari Imam Ali dan Al-Hasan, dan kemudian di bawah Imam
Al-Hussain yang sentiasa diburu dan dimusuhi pemerintah semasa sehingga 9
Imam-imam anak-anak Al-Hussain (as) dan yang terakhir adalah Imam Muhammad bin
AL-Hassan ‘Askari (Al-Mahdi). Imam Mahdi ini diangkat (dighaibkan) Allah SWT
seperti Allah mengangkat Nabi Isa , Nabi Elia (Iliya) dan Khidir (as)
Semasa berlakunya
Ghaibah Kecil (sughra) mereka telah merujuk kepada wakil (safir) Imam (as), dan
ketikamana berlakunya Ghaybah Utama (Kubra) mereka telah merujuk kepada
ahli-ahli Feqah (ulama) yang meriwayatkan daripada Maksumin (as).
Namun setelah
berlalunya masa sebahagian ulama Syiah mula merujuk kepada kaedah-kaedah
rasional yang dimulakan penulisannya oleh ulama Ahlus Sunnah. Dikatakan
bahawa orang pertama yang menulis (sejak abad ke 20 Masehi (1900an) ) berkenaan
kaedah-kaedah rasional di kalangan Syiah adalah Al-Allamah
Al-Hilli, bilamana dia membuat ringkasan salah satu kitab Ahlus Sunnah di
bidang Usul Fiqh. Seterusnya menyebabkan berlaku perbezaan pendapat yang besar
di kalangan ulama Syiah selepas itu, iaitu samada cukup dengan hukum-hukum
Muhkamat di sisi Al Quran dan hadits-hadits yang diriwayatkan daripada maksumin
(as) dalam mengeluarkan hukum Syariat atau diharuskan menggunakan dalil akal
dan sebahagian yang lain pula menambahkan “Ijmak”.
a) Ijtihad
oleh Hakimiyah Al-Nas bukan syariat Allah, contoh betul dapat 2 pahala, jika
salah dapat satu pahala – menggalakkan kefasikan. Atau Pemimpin umat dipilih
oleh manusia.
b) Bagi
orang Syiah setelah berlalu Ghaibah yang panjang (255 H – 1337 H
(869M-1919 M)) dari Akhbari (berpandu-bertaqlid hanya dari yang
bersumber pada tsaqalain) bertukar kepada aliran Ushuli yang mencipta
aliran wilayatu Faqih yang berfatwa/berijtihad dan tidak hanya bertaqlid
pada Ar-Rasul dan Ahlul bait lagi dan mewujudkan Wilayah Al-Faqih atau
Marji3iyah. Itulah kebanyakan Syiah yang ada pada hari ini.
Apakah Taqlid
dan Ijtihad
Ijtihad adalah
kefahaman (faqih) terhadap Agama Allah dari segi Syariah dan
Akidah. Ijtihad (Mujtahid Mutlaq) hanya diberikan pada Khalifah Allah
kerana mereka menerima pimpinan (hidayah) Allah sebagai Hujjah Allah yang
dilantik Allah di bumiNya. Bukan dilantik oleh manusia. Mereka adalah (‘Itrahku
- Ahl AL-Baitku) seperti kata Rasulullah (S), adalah pemegang Tali
Allah yang merentang dari langit dan ke bumi yang tidak berpisah sehingga
di Al-Haudh.
Bertaqlid (ikut
atau tiru) hanya dari yang bersumber pada Khalifah Allah – bukan yang telah dipinda
atau dicipta oleh sesiapa pun. Orang beriman kepada al-‘amilin bukan gair
ul-‘amilin – Konsep sami’na wa atha’na (Kami dengar dan kami taat).
﴿وَجَعَلْنَاهُمْ
أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ
وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ﴾
Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah, [Al-Anbiak 21:73]
Umat Islam yang
bermazhab Syi’ah Imamiyah (Syi’ah Itsna ‘Asyara atau Jaafari) ini mengakui
bahawa Khalifah Allah adalah Khalifah Rasulullah yang dilantik Rasulullah
melalui wasiat baginda kepada Ali bin Abi Talib dan sebelas
anak-anaknya. Imam ke 12 adalah Imam Muhammad Al-Hasan Askari
menjadi Imam Zaman atau Khalifah Allah (Khalifah Rasulullah) dengan dua
keghaiban.
Keghaiban
Sughra (Kecil) sejak berumur 5 tahun (255 H ketika wafat Imam Al-Hasan
Askari) dengan 4 wakil (naib) dan Keghaiban Kubra (325H) sehinggalah
keluar di akhir zaman. Umat Islam Syiah Ahl Al-Bait hanyalah berpandukan ulamak
yang hanya bertaklid kepada Imam-imam 12 iaitu berpandukan Al-Quran dan
Hadits-hadits Rasulullah dan Imam-imam 12, ini juga menunggu
keluarnya Imam Mahdi (as) dari ghaibnya seperti Khidir (as), Ilya (as) dan Isa
(as).
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ
* اللَّـهُ
الصَّمَدُ * لَمْ
يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ *وَلَمْ يَكُن
لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ﴾
KHUTBAH KEDUA
بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ
الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ
الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا* وَّ
اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ
الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ
الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا * اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ
بِتَقْوَي اللهِ *
وصلى الله على محمد وآل محمد
الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Wahai hamba
Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya
berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara
semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum
hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita;
tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.
Wahai ansar
Allah,
Wahai ansar Imam
Mahdi
Wahai ansar Imam
Mahdi Pertama sekelian
Ringkasnya
Kerosakan Agama sudah sampai ke tahap memenuhi bumi.
Sejahat-jahat makhluk di bawah lindungan langit adalah Fuqahak, yang sepatutnya
memahami Agama mengikut Tauhid dan Risalah Nubuwah tetapi kosong tiada akhlak
Ilahiyah tetapi berakhlak dengan akhlak duniawi ala syaitaniy.
Dari Amir
Al-Mukminin (as), Rasulullah (S) bersabda:
(سيأتي
على الناس زمان لا يبقى من القرآن إلا رسمه ومن الإسلام إلا اسمه، يسمعون به وهم
أبعد الناس منه، مساجدهم عامرة وهي خراب من الهدى، فقهاء ذلك الزمان شر فقهاء تحت
ظل السماء منهم خرجت الفتنة وإليهم تعود)
(Akan datang kepada manusia suatu Zaman yang tidak tinggal daripada
Al-Quran hanyalah tulisannya dan Islam hanyalah namanya, mereka mendengarnya,
tetapi menjauh darinya, masjid-masjid dipenuhi tetapi rosak tanpa hidayah,
Sejahat-jahat fuqahak (ulamak) di bawah naungan langit, dari mereka keluarnya
hasutan (fitnah) dan kepada mereka dikembalikan (fitnah) itu) Al-Kafi: Jilid 8:
halaman 308.
Dunia dikuasai
oleh taghut penzalim, dajjal terbesar binaan Iblis, menekan, menghimpit dan
memaksa umat manusia mengutamakan Aku (keakuan) diri dan hawa
nafsunya sendiri sehingga jauh dari Dia sebagai Pemilik
segalanya Allah SWT.
Masa-masa Adam
(as) telah berlalu. Dia Khalifah Allah Pertama dan Hujjah Allah contoh
yang patut dibaca (Al-Quran) manusia untuk mengenal para utusanNya (Rasul).
Utusan-utusan Agung (Uulu Al-3adzmi) Nuh, Ibrahim, Musa, Isa (as) dan Muhammad
penutupnya (Khataman Nabiyin) telah diutusNya. Islam bawaan Nabi penutup telah
lengkap dan di akui lengkap oleh Rabb Al-Jalil setelah Nabi penutup mengumumkan
Pengganti baginda (Khalifah Al-Rasul) di Perairan Al-Ghadir. “Jika Aku
Maula-mu, (sambil menagangkat tangan penggantinya) ini adalah Maula kamu
sesudah ku” iaitu Ali bin Abi Talib (as)
Mereka yang ada
agenda sendiri telah membuat tekad. Sebaik sahaja mangkat Sang Nabi penutup
itu, belum pun sempat disemadi, olah mereka yang sangat rapat dengan baginda,
mereka yang sangat taat, mereka yang ada di kiri dan kanan di hadapan dan
berlakang malah yang mengelilingi baginda mula beraksi. Tanpa mempedulikan
wasiat, Tanpa mempedulikan amanat, Tanpa mempedulikan semuanya. Takkan yang tak
bertaring akan bangkit, takkan yang sedang mengurus jasad mulia untuk di semadi
sempat bertindak...
Bertukarlah
pemegang dustur ummah (Al-Quran), tali yang merentangi langi dan bumi dari
wakilNya, KhalifahNya, HujjahNya yang disebut lebih 20 dekad kepada pemilik
agenda, terus memakai jubah Pengganti Utusan Allah. Kemudian menunjukkan
belangnya memperkukuh kedudukannya. Rupanya ia ulangan yang telah biasa dan
selalu berlaku sejak Nabi Pertama, Khalifah Pertama dilantik Sang Yang
Mencipta, kata lainNya:
﴿وَإِذْ
قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا
وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ﴾
(Ingatlah) ketika Aku Bicara pada malaikat-malaikat, “Aku akan
cipta seorang Pengganti di Tanah Rendah (Bumi)” Mereka menyanggah, “Mengapa
Engkau akan cipta di atasnya yang merosak dan menumpahkan darah, pada hal kami
menyanjung, memuji dan mensucikan Engkau?” KataNya, “Aku lebih tahu, apa
yang tidak kamu tahu!”
Mujurlah
makhluk-makhluk tinggi (malaikat-malaikat) itu, menarik balik kata mereka dan
akur sujud pada Khalifah Pertama kecuali Iblis. Dia (Iblis) dijatuh hukum, tapi
diberi tangguh ke suatu hari yang ditentukan.
Perlantikan
Khalifah Al-Rasul Muhammad (S) tersebut bukan kehendak baginda, tetapi kehendak
Allah, semua umat Islam tahu, semua Muhajir tahu, semua Ansar tahu, tetapi
mereka ikut kata hati, dan keinginan hati atau berkias dalam hati, Aku lebih
baik dari yang dilantik itu. Seperti dahulu (Khalifah Pertama) ada yang sujud
(patuh) dan ada yang tidak. Kalau Iblis berjanji menghuru-harkan iman, yang ini
merampas hak Khalifah.
Mulalah
babak-babak baru dari menyerah (Islam) kepada nifaq (Munafik), dari iman kepada
ingkar.... Ia berlalu lebih dua dekad pula ... Setelah tiada pilihan Pengganti
sebenar Ali bin Abi Talid (as) diikat Setia (dibai’ah). Tapi malangnya kali ini
ia diperangi. Kalau 3 pengganti Al-Rasul sebelum dibunuh yang ini diperangi.
Lebih 20 000 umat Islam mati.
Umat Islam telah
terbiasa dengan bid’ah (mengubah amalan Rasulullah). Khalifah lantikan Allah
melalui wasiat Rasulullah ini (Ali bin Abi Talib) cuba mengajak kembali balik
kepada Sunnah Al-Rasul ia jadi mustahil!!??
Jika Imam Ali
(as) cuba melarang sembahyang Tawarikh berjamaah dan menyuruh tentera
sembahyang sendiri-sendiri di rumah, kerana itu adalah sunnah Al-Rasul, nescaya
tenteranya lari meninggalkannya. Ia diubah oleh Khalifah Kedua, yang malah
menyebut ketika melihat sembahyang Tawarikh berjamaah di masjid, “Inilah bid’ah
yang paling indah!!”
Itulah yang
berlaku, dan ia berterusan, perang berlaku lagi (Siffin) 30 000 pula umat Islam
terkorban ........ Al-Hassan menjadi Khalifah lantikan Allah melalui wasiat
Rasulullah kedua .... sayangkan Agama Allah menyerahkan kepimanan kepada
Muawiyah... begitu liku-liku khalifah Allah yang dijalani oleh ‘Itrah Ahl Bait
Rasulullah. Imam Ali dikutuk di mimbar Jumaat puluhan tahun, mana mungkin ada
yang mengasihi ‘Itrah, Ahl Bait Rasulullah!?
Ada
pengikut-pengikut ‘Itrah Ahl Bait Rasulullah – Syi’ah Ali. Berjalan menyunsung
arus kehidupan pengikut-pengikut Para sahabat Rasulullah, yang mendabik dada
sebagai golongan yang berpegang sunnah Rasulullah beramai-ramai (Al-Sunnah dan
Al-Jamaah).
Apakah Syi’ah Ali
sesat dan batil, kerana percaya Ali Khalifah Rasulullah??!
Apakah Syi’ah Ali
sesat dan batil, kerana percaya Itrah Ahl Bait Khalifah Rasulullah??!
Apakah Ahl
Al-Sunnah Wa Al-Jamaah benar dan berada di jalan yang lurus kerana ia memegang
Sunnah Rasulullah dan Sunnah Para Sahabat Rasulullah??!
Kini berita Besar
datang lagi. Seorang yang mendakwa dia membawa wasiat Rasulullah.
Seorang yang
mendakwa dia dari Itrah Ahl Bait Rasulullah.
Seorang yang
mendakwa dari keturunan Ali dan Fatimah.
Ujilah dia,
benarkah dia dilantik oleh Rasulullah melalui wasiat baginda?
Ujilah dia,
adakah dia mempunyai Ilmu dan Hikmah??
Ujilah dia,
adakah dia menyeru kepada Bai’atu Lillah???
Biarlah manusia
sedar, dan janganlah sampai
يَوْمَ تُقَلَّبُ
وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا
الرَّسُولَا *
وَقَالُوا
رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
Pada hari muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata
(dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di
dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul.* Dan mereka
berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Kami telah mematuhi (ajaran)
ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami
dari jalan Yang benar. (Al Ahzab 33:66-67)
:
Inilah akhir
zaman,
Muslim
meriwayatkan dalam Shahihnya, dan Ahmad di dalam Musnadnya, dari Abi Qalabah,
dari Tsaubaan bersabda: Rasulullah (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam):
وإذا
رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي
(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari
arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi).
اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ
لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ،
اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ
رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ
اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat
makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah
(perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada
UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada
HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat
dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah
Zaman Ghaibah]
اِنَّ
اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ
اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ
عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ
الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ
مُحَمَّدٍ* وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا *وَ
الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي
الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ
جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ *وَ
عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ
عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ
الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ
بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي
اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ *مَكَّنَ
اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا
مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا
لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا
رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
اللّهُمَّ
أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ
انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ
وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ
الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في
ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ
انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ
والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ
أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين
، يا رب العالمين
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿إِنَّا
أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ
الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ
رَبِّهِم بِكُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ﴾
a
Tiada ulasan:
Catat Ulasan