Khamis, 2 Julai 2015

03 07 2015


03 07 2015

  
KHUTBAH PERTAMA

                                                                                                 
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.           
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Imam Ahmad Al Hassan (as) pernah ditanya mengenai orang yang Imannya berada di tepi mengenai firman Allah

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

﴿وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ﴾

{Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.} [Al-Hajj 22:11]

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat yang mulia ini?

Beliau (as) menjawab?
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Ayat ini diturunkan kepada orang yang berjalan bersama kebenaran, tetapi tidak mengetahui (mengenal) kebenaran, sehingga kamu dapati sebelah kakinya melangkah ke hadapaa dan sebelah kakinya yang lain mengundur ke belakang, maka dia ragu-ragu dalam urusannya dan ia mendapati sebagai fitnah atau kekeliruan yang menjadi alasan untuk dia meninggalkan kebenaran atau mungkin untuk menentangnya. Oleh itu, dia tidak bersedia untuk mengorbankan harta, dirinya atau dia hanya mendengar demi kebenaran yang didakwanya untuk diikuti. Walaupun hakikat keimanannya meningkatkan ujian (fitnah) terhadap kesucian imannya supaya dia mengorbankan harta dan dirinya dari awal demi jalan kebenaran yang diimaninya.

Iman mestilah tanpa sebarang permintaan untuk manfaat keduniaan. Selain itu, orang beriman harus bersedia untuk menghadapi apa-apa kemudaratan duniawi yang merupakan kesan (natijah) daripada keimanannya. Dan jika orang yang beriman itu berada di atas gunung, nescaya Allah akan menghantar kepadanya orang yang akan membahayakannya agar dia diberi ganjaran dengannya dan untuk menaikkan maqamnya. Bahkan, orang yang paling menderita sengsara adalah para nabi dan Aushiak, kemudian diikuti oleh orang-orang yang seperti mereka. Seperti riwayat dari Ahli Bait Nabi (S):

Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Lebih ramai manusia menimpakan musibah kepada nabi-nabi mereka (shalawatu Allah 3alaihim) dan kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian, kemudian diikuti oleh orang-orang yang seperti mereka) Bihar Al-Anwar Jilid 11, hal 69. 

Juga, iman mesti sangat sedikit dicemari dengan kebendaan atau keraguan, maka mesti beriman kepada yang ghaib dan terselamat dari keraguan, oleh itu, beriman disebabkan oleh tanda-tanda kebendaan, paksaan dan yang tidak ada pilihan selain menerimanya, dan jika ia diterima maka sudah tentulah iman Firaun telah diterima

﴿وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرائيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْياً وَعَدْواً حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرائيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴾

{Dan Kami membolehkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".} [Yunus 10:90]

Jadi di sini, beliau mengisytiharkan keimanan dan Islam beliau selepas dia telah disentuh dinding air yang tiada pilihan lain lagi baginya, tetapi Allah tidak menerima iman ini yang tidak sah bagi perkara ghaib, kerana Allah adalah perkara yang ghaib Mutlak

﴿آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ﴾

{Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.} [Yunus 10:91].   
Juga iman orang-orang kafir pada hari pembukaan (kemenangaan) itu tidak akan diterima

﴿قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لا يَنْفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ﴾

{Katakanlah: "Pada hari pembukaan itu tidak berguna bagi orang-orang kafir, iman mereka dan tidak pula mereka diberi tangguh."."} [Al-Sajdah 32:29].

Begitulah juga, jika keraguan meresap ke dalam halaman iman, ia membinasakan (membatalkan) iman. Maka orang beriman mesti beramal bukan hanya menjadi dari orang-orang yang mendengar atau melihat (hakikat) kebenaran, tetapi menjadi dari orang-orang yang terpanggang (membara) oleh imannya. Selain itu, yang terbaik daripada yang terbaik bagi orang beriman adalah untuk menjadi dari orang-orang yang benar-benar dibakar oleh api kebenaran sehingga orang percaya dirinya menjadi hakikat kebenaran dan jurucakap hakikat kepada kebenaran.

اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ و ولدهی احمد الحسن في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً ‏وَحافِظاً وَقائِداً وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ فيها طَويلاً

Ya Allah jadikanlah bagi Waliy Mu Al-Hujjah bin Al-Hassan selawat Mu ke atasnya dan ke atas bapa-bapanya dan anaknya Ahmad Al-Hassan pada saat ini dan pada setiap saat dan sebagai Waliy, penjaga, ketua, penolong, penunjuk dan pemerhati sehingga Engkau tempatkan dia di bumi Mu secara sukarela dan kenikmatan yang berpanjangan di dalamnya.

اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،:  وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ
وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّـهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤



KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.




Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Allah SWT berfirman:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
﴿ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ﴾

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [Al-Nahl 16:125] 

Dalam Temubual di Paltalk di Internet secara langsung dengan Imam Ahmad Al Hassan (as) pada 26 jun 2015 yang lalu ada satu soalah mengenai seruan (dakwah) yang mulia ini.

Pertanyaan di sampaikan oleh Dr. ‘Alaa al Salim:

Kepada Syed Ahmad Al Hassan (as). Tuan, soalan pertama (dari 2 soalan akhir) adalah berkaitan dengan risalah (dakwah) tuan iaitu risalah (dakwah) sejagat sebagaimana yang tuan lontarkan dan jelaskan secara istiqamah selama beberapa tahun ini. Adakah terdapat risalah (dakwah) yang tuan hendak tujukan khusus buat penganut kristian dan yahudi, yang juga mendakwa sedang menunggu kedatangan Penyelamat yang dijanjikan di akhir zaman?
Dipersilakan tuan kami…mikrofon buat tuan.

Imam (as) menjawab:

Ya Allah. Semoga Allah memanjangkan umur kamu Dr. ‘Alaa. Selamanya kalian tidak pernah melelahkan saya dan saya sedia berkhidmat untuk kalian pada bila-bila masa, in sya Allah.

Sesungguhnya saya telah banyak menulis dan mengajukan kepada mereka khususnya penganut kristian. Mereka boleh membaca apa yang telah saya tuliskan sebelum ini di dalam kitab Tauhid, jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan yang disebarkan dalam kitab Pengikut Ketigabelas, Risalah Hidayah dan lain-lainnya, yang terakhir sekali saya telah menulis dan berdialog tentang banyak perkara berkaitan mereka di dalam kitab Delusi Atheisme. Saya menyeru agar mereka membaca, mengkaji dan mengenal Sang Penghibur yang dituntut oleh Isa atau Jesus supaya beriman dengannya dan menerima kebenaran yang dibawanya.

Terdapat satu kumpulan kristian yang dinamakan sebagai Jehovah Witnesses. Kebanyakan penganut kristian tidak mengiktiraf mereka sebagai sebahagian dari penganut kristian, kerana mereka menantikan Sang Penghibur yang datang di akhir zaman. Walau bagaimanapun, saya percaya kumpulan ini wajib diberi perhatian dan diusahakan lebih banyak penyampaian dakwah buat mereka. Saya berharap para ansar dapat mengusahakan perkara ini.

Seterusnya nasihat saya buat Ahlus Sunah supaya mengkaji apa yang telah saya tuliskan, nasihat saya tidak terhenti hanya pada penganut kristian sahaja sepertimana permintaan dari Dr. ‘Alaa. Berkaitan dengan Ahlus Sunnah, saya harap mereka dapat membaca apa yang telah saya tuliskan khusus tentang khilafah Allah di muka bumiNya, seterusnya mengkaji bukti-bukti dakwah yang diberkati ini. Sepatutnya mereka beriman dengan Mahdi yang lahir di akhir zaman dan inilah dia dakwah Mahdi bagi umat Nabi Muhammad (S). Oleh itu, kaji dan telitilah tentangnya sambil membebaskan diri kalian daripada perasaan taksub dan keinginan hawa nafsu.

Seterusnya nasihat saya buat pengikut Salafi Wahabi, sedarlah bahawa akidah-akidah yang dibawakan oleh agama Wahabi tiada kaitannya dengan agama Islam, kerana agama Wahabi didirikan atas penyembahan berhala Hubal yang tinggal di langit dan berhala-berhala langit lainnya. Dengan kata lain agama Wahabi ini terpisah daripada Islam sejak langkah pertama lagi, bila mereka memisahkan antara Tuhan yang disembah dan sifat-sifatNya. Maksudnya mereka mempunyai tuhan mereka sendiri dan kami juga mempunyai Tuhan kami.

Ulama agama Wahabi menyifatkan tuhan mereka yang sebenarnya mempunyai dua tangan dengan lima jari di setiap tangan dan mempunyai dua biji mata sahaja. Begitulah juga halnya pada sifat-sifat tuhan yang lain, mereka menggambarkan kepada kamu satu berhala yang mempunyai rupa bentuk dengan perkataan yang mereka maknakan sendiri dan mengatakan ia wujud di langit. Ini tiada kena mengena dengan Islam. Sesiapa jua yang mahukan kebenaran, bolehlah merujuk kata-kata ulama mereka sendiri, yang sebahagiannya telah saya sebutkan dalam kitab Tauhid. Oleh itu, saya menyeru kepada orang awam mereka dan orang-orang yang terpedaya dengan agama Wahabi ini supaya bertaubat dan kembali mengiktiraf Tuhan agama Islam Yang Suci daripada keberhalaan dan penjisiman yang tiada kena mengena dengan Dia SWT, dan Dia pasti tidak membenarkan hal keadaan yang sedemikian buat DiriNya.

Seterusnya saya juga menyeru ulama sunni dan syiah supaya membaca apa yang telah saya kemukakan dalam perkara-perkara akidah, sepertimana dalam perbahasan terakhir saya mengenai ayat kesempurnaan agama (Ikmaluddin). Tidak sepatutnya seorang insan yang berakal itu menutup matanya setelahmana akidahnya dibatalkan sepenuhnya secara ilmiah dan muhkam.

Semoga Allah mengganjari kalian dengan kebaikan, Dr ‘Alaa dan yang dikasih Ali Amili. Saya tiada apa-apa lagi hendak diperkatakan berkenaan hal ini….mikrofon buat kalian.

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                                       
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم بِكُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ﴾

                            


Tiada ulasan: