Jumaat, 18 Februari 2022

4.06 Membahaskan Konsep Sebab dan Akibat Berdasarkan Hukum Alam Ini

 

Membahaskan Konsep Sebab dan Akibat Berdasarkan Hukum Alam Ini

 

Tidak diragukan lagi bahawa alam ini ditadbir oleh sekumpulan hukum fizikal. Hukum ini menunjukkan kewujudan pembuat hukum. Tanpa ragu, kewujudan hukum akan mewujudkan ketertiban (sistem), dan ketertiban akan menunjukkan wujud suatu pentadbir.

Saya akan berikan contoh untuk menjelaskan lagi perkara ini:

Apabila kita melihat lampu trafik (lampu isyarat) yang melancarkan perjalanan lalu lintas di sebuah persimpangan, maka kita tahu wujud suatu entiti yang arif, berilmu dan tersusun yang mahukan ketersusunan, lalu meletakkan lampu trafik di situ.

Sama juga dengan hukum graviti, kita boleh katakan ia menunjukkan kepada entiti yang merangka hukum tersebut, malah terpakai juga kepada hukum lain, seperti elektromagnetik serta daya nuklear lemah dan kuat. Maka kesemuanya kena patuh dengan hukum laluan alam semesta (kosmik) seperti di persimpangan yang disebutkan di atas. Jika tidak kerana ukuran ini, jirim (benda-benda) tidak akan

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 200

 

 

wujud di alam semesta ini, dan begitu juga dengan kita. Logik mengatakan bahawa apabila kita melihat lampu trafik, kita akan menyimpulkan bahawa ada pegawai atau badan tertentu yang meletakkan lampu trafik di suatu persimpangan untuk melancarkan trafik, dan seterusnya wujud sebuah kerajaan di belakang pegawai tersebut yang mentadbir kerja-kerja mereka. 

Namun mengapa tidak kita menyimpulkan wujud entiti yang berilmu dan bijaksana merangka hukum-hukum sejagat yang telah ditemui dan terbukti secara saintifik kepada kita sedangkan hukum-hukum ini mentadbir pergerakan seluruh alam semesta ini?

Seorang yang berakal wajar, pasti akan menyimpulkan bahawa wujud suatu pentadbir yang telah merangka undang-undang yang mentadbir alam semesta. Berkenaan mereka yang berkeras menafikan kewujudan entiti berilmu dan bijaksana, itu hanyalah kedegilan yang memalukan. Tidak ada beza mereka dan orang yang berdegil mengatakan bumi tidak berputar.

Adakah kewujudan ketertiban ini boleh terjadi tanpa pentadbir?! Demi Tuhan, saya hairan dengan mereka yang berfikir sebegini, namun boleh pula mereka mengatakan lampu trafik telah diletakkan oleh pegawai trafik atau pentadbir jalan raya. Sepatutnya mereka menjadi lebih adil dan mengguna pakai prinsip rambang yang sama dalam kes ini dengan mengatakan lampu trafik itu terbina sendiri di persimpangan tersebut. Adakah munasabah jika kita mengatakan wujud pentadbir dalam satu kes, namun menafikan kewujudannya dalam kes yang lain?!

Untuk menyimpulkan bukti perbahasan "sifat sesuatu akibat akan mengisyaratkan kepada sifat penyebabnya sekaligus menunjukkan kewujudan entiti penyebab" maka kami katakan:

Di sisi kita ada gologan ateis dan kita semua telah memasuki mahkamah kepandaian (kewajaran) manusia dengan perkara berikut:

         

Akibat = Alam semesta ini.

Sifat alam semesta ini = Mempunyai hukum dan ketertiban

 

Sifat penyebabnya = Pentadbir yang bijaksana.

Penyebabnya: Tidak diketahui

 

Kita telah mengkaji alam ini dengan sains moden dan kita telah mempelajari sifat-sifatnya. Mengetahui sifat-sifat alam ini telah membolehkan kita mengetahui sifat entiti yang menyebabkan kewujudannya, iaitu dia adalah suatu pentadbir (pembuat hukum), arif dan bijaksana.

Telah terbukti bahawa wujud suatu penyebab yang bersifat arif dan pentadbir yang bijaksana.

Oleh itu, kami telah membuktikan kewujudan pentadbir yang bijaksana, yang mencipta hukum alam dan bagi kami, inilah yang ingin kami buktikan.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: