Selasa, 1 Februari 2022

Bab 2.10 dan Bab 2.11

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 91

 

Bab 2.10 Bukti Evolusi: Ekosistem Terpencil Dan Wujud Sistem Kehidupan Yang Berbeza Di Dalamnya

 

Apabila kehidupan berevolusi secara terpencil, seperti yang terjadi di pulau-pulau yang terpinggir dari dunia luar, ia menghasilkan hidupan yang berbeza dari tempat lain. Ini jelas menunjukkan terjadinya evolusi dan kepentingan seleksi natural – pemilihan semulajadi. Beberapa contoh adalah seperti marsupial (berkantung seperti kanggaru) di Australia dan haiwan yang hanya terdapat di Pulau Madagascar seperti Fossa – Fosa, kucing liar. Jika kewujudan hidupan di bumi bukan disebabkan oleh evolusi dan seleksi natural, tempat-tempat terpinggir pasti tidak akan mempunyai organisme yang istimewa, yang tidak sama dengan hidupan di tempat lain. Satu-satunya penjelasan logik dan rasional adalah hidupan di tempat tersebut berevolusi secara bebas dari kawasan lain di bumi. Maka, kehidupan di situ menjadi eksklusif dan tidak dapat meninggalkan kawasan tersebut untuk pergi ke tempat lain, kerana disekat oleh sekatan semulajadi seperti lautan.

 

 

 

Bab 2.11 Bukti Evolusi: Kewujudan Sifat Tidak Normal Dalam Organisme Tertentu

 

 

Burung cuckoo adalah contoh organisme dengan sifat tidak normal. Burung ini menjadi parasit di sarang burung lain dengan bertelur di sarang mereka. Burung cuckoo telah mengevolusikan telurnya dengan matlamat untuk memperdaya pemilik sarang. Anak burung cuckoo juga telah berevolusi untuk mendapatkan lengkungan di belakangnya, digunakan serta merta selepas menetas untuk menghalau anak burung dan telur lain dari sarang tersebut bagi membantu ia terus hidup. Ini membolehkan ia memonopoli makanan yang dapat diberikan oleh empunya sarang, memandangkan kadang kala anak burung cuckoo jauh lebih besar dari ibu bapa empunya sarang tersebut. Jika telur dan anak burung lain terus ada di sarang itu, kerana makanan yang diberikan oleh ibu bapa empunya sarang bersaiz kecil tidak akan mencukupi bagi kelangsungan hidup dan tumbesaran anak burung cuckoo yang besar ini sekiranya terdapat pesaing dalam sarang tersebut. 

burung cuckoo

Apa yang dimaksudkan dengan burung parasit mengevolusikan telurnya adalah burung cuckoo yang mempunyai telur yang lebih samar dan sama dengan telur milik ibu bapa empunya sarang atau kita katakan - diterima oleh ibu bapa empunya sarang - akan berjaya mewariskan gennya kepada generasi seterusnya. Ini tidak seperti burung yang mempunyai telur berbeza, yang akhirnya ditolak oleh ibu bapa empunya sarang. Burung seperti ini akan gagal mewariskan gennya kepada generasi seterusnya. Dengan cara ini, telur berevolusi. Saya telah jelaskan di sini agar pembaca tidak mempunyai pemahaman yang sangat ringkas tentang bagaimana seekor burung mengevolusikan telurnya dan bagaimana anak burung cuckoo mengevolusikan lengkungan di belakangnya. Pernyataan ini jelas kepada ahli biologi evolusi, namun mungkin mengelirukan untuk orang lain.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: