Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 244
Jalan Evolusi Yang Bebas Mencapai Keputusan
Yang Sama
Terdapat banyak jenis haiwan yang jauh berbeza
dari satu sama lain telah mencapai mekanisme yang maju, atau ‘peralatan’ yang canggih, seperti mata dan sonar.
Evolusi mereka bermula dari titik permulaan atau garis evolusi yang bebas-berbeza,
namun mencapai keputusan yang sama. Ekolokasi wujud pada kelawar, burung minyak
(Steatornis caripensis) yang membina sarang mereka dalam gua yang separa gelap,
dan paus serta dolfin yang tinggal di dalam air. Walaupun mereka adalah haiwan
yang berlainan jenis dengan habitat yang berbeza, mereka mencapai hasil yang
sama. Samada medium penghantaran gelombang itu adalah udara (seperti pada
kelawar), atau air (seperti ikan paus), atau samada gelombang itu adalah
ultrasound seperti kelawar, dan gelombang bunyi yang boleh didengari seperti
burung minyak, hasil yang dicapai oleh mereka adalah sama: keupayaan untuk
menggunakan gelombang untuk menentukan lokasi.
Begitu juga dengan mata sotong, kelihatannya
sama dengan mata kita, namun dari segi anatominya, jauh berbeza. “Wayar” yang
menyambung selfoto kepada otak pada badan kita bersambungan melalui permukaan
retina untuk membentuk sebuah rangkaian yang menyekat cahaya pada kadar
tertentu. Sebaliknya dalam mata sotong, wayar yang keluar dari selfoto tidak
mengacu kehadapan dan melangkaui retina, serta menyekat cahaya. Ini menunjukkan
penglihatan adalah sebahagian dari matlamat evolusi, dengan mempertimbangkan
beberapa jalan evolusi yang berbeza sepenuhnya dengan titik permulaan yang
saling berbeza, mencapai hasil yang sama pada akhir evolusi, iaitu era kita
sekarang. Malah Dawkins sendiri mengesahkan hakikat ini, namun beliau tidak
sedar, dengan membuktikan perkara ini, beliau telah membuktikan evolusi itu
bermatlamat.
“Adalah sangat tidak
mungkin untuk menjalani laluan evolusi yang sama sebanyak dua kali. Dan adalah
tidak mungkin juga, atas dasar statistik yang sama, untuk dua garis evolusi bergabung
pada titik akhir yang sama, dari titik mula yang berbeza.
Inilah bukti yang
sangat kukuh akan kekuasaan pemilihan semulajadi, sehingga banyak contoh-contoh
akan perkara ini terjadi dalam alam semulajadi yang sebenar, di mana garis
evolusi yang berlainan telah bergabung, dari titik mula yang sangat berbeza,
pada apa yang kelihatan sebagai titik akhir yang sangat sama. Apabila kita
melihat dengan teliti, kita akan mendapati – yang mana adalah sangat
membimbangkan jika kita tidak menyedarinya – penggabungan ini tidak bersifat
menyeluruh. Garis evolusi yang saling bebas telah “mengkhianati” asal usul mereka yang berbeza dalam pelbagai titik
perincian. Sebagai contoh, mata sotong
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 245
adalah sangat sama
dengan kita, namun sambungan dari selfoto (sel cahaya) mereka tidak mengacu ke
arah cahaya, seperti mata kita. Mata sotong, dalam kes ini, direka dengan lebih
‘waras’. Ia telah sampai kepada titik akhir yang sama, dari titik mula yang
berbeza. Dan hakikatnya telah dikhianati dengan perincian seperti ini.”[1]
Oleh itu, evolusi bahagian badan seperti mata,
telah mencapai suatu matlamat, walaupun melalui dua titik mula dan jalan
evolusi yang berbeza. Dawkins telah menyatakan kehairanan beliau dengan
keputusan ini:
“Inilah bukti yang
sangat kukuh akan kekuasaan pemilihan semulajadi”
Sememangnya Dawkins mendapati pencapaian hasil
yang sama walaupun wujud perbezaan titik mula dan laluan evolusi sebagai sangat
menghairankan berkenaan dengannya, namun beliau masih enggan untuk mengakui
penggabungan ini adalah hasil dari matlamat evolusi yang jelas, kerana jika
beliau mengakui kewujudan matlamat, maka beliau harus mengakui Tuhan itu wujud.
Ini adalah kesimpulan yang beliau tidak mahu akui, walaupun ia sangat jelas.
“Terdapat sekurang-kurangnya
dua kumpulan kelawar, paus bergigi, dan mungkin beberapa jenis mamalia pada
tahap tertentu, semuanya telah bergabung secara bebas pada teknologi sonar,
pada suatu waktu beberapa ratus juta tahun yang lepas. Kita tidak tahu, mungkin
beberapa haiwan yang kini telah pupus, seperti pterodactyls mungkin, juga telah
mengevolusikan teknologi tersebut secara bebas.”[2]
“Landak Afrika telah
lama dipercayai sebagai berkait rapat dengan Landak Amerika, namun sekarang,
kedua landak ini didapati telah mengevolusikan bulu berduri mereka dengan cara
berbeza. Mungkin bulu berduri ini berguna kepada kedua landak ini untuk sebab
yang sama di dua benua ini. Yakinkah kita bahawa generasi taxonomis tidak akan
menukar fikiran mereka sekali lagi? Apa keyakinan yang boleh kita letakkan pada
taxonomi, jika penggabungan evolusi adalah pemalsu yang cekap dalam keserupaan
yang menipu?” [3]
____________________
[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 137
[2] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 140
[3] Sumber (Dawkins - The Blind
Watchmaker): ms 358
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 246
Dr. Dawkins melihat fakta-fakta ini sebagai
bukti kekuasaan pemilihan semulajadi, namun malangnya, beliau tidak melihat
petunjuk yang lebih kuat iaitu – walaupun perbezaan pada titik mula dan
persekitaran mereka – hasil (matlamat) yang sama masih dicapai, kerana evolusi
itu bermatlamat!
Adakah mungkin untuk seorang yang rasional
untuk melihat berbagai objek membawa maklumat berkenaan gerakan mereka, dan
bergerak di laluan yang akan menyebabkan mereka untuk bergabung pada satu titik
tunggal, dan kemudian mereka mengatakan objek-objek ini tidak bermatlamat dan
maklumat yang memberi petunjuk kepada pergerakan mereka adalah rambang, tidak
patuh-hukum dan tidak bermatlamat?
Tanyalah diri kita: jika pergerakan mutasi
atau perubahan genetik adalah rambang sepenuhnya dan tidak mengikuti sesuatu
hukum untuk mencapai suatu matlamat, dan jika proses pemilihan tidak bertujuan
untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka panjang, maka bagaimana maklumat ini
menyebabkan semuanya mencapai titik yang sama setelah mereka menamatkan jalan
evolusi mereka?
Rajah 12: Menunjukkan perbezaan antara mata manusia dan sotong
Sumber [1]: Ogura dan al., Analisis
perbandingan ekspresi gen untuk evolusi konvergen mata kamera antara sotong dan
manusia
_________________
1. Sumber:
Ogura, A., Ikeo, K., & Gojobori, T. (2004). Analisis
perbandingan ekspresi gen untuk evolusi konvergen kamera mata antara sotong dan
manusia. Penyelidikan genom, 14(8), 1555-1561. Boleh didapati di:
http://genome.cshlp.org/content/14/8/1555/F1.expansion.html
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan