Percubaan Dawkins Untuk Menjelaskan
Moraliti dan Altruisme Sejati Diteruskan
"Sepanjang prasejarah kita, manusia tinggal dalam keadaan yang akan
cenderung memilih evolusi kesemua empat jenis altruisme tersebut. Kita tinggal
di perkampungan atau lebih awal lagi, tinggal dalam kumpulan berkeliaran
seperti babun, terpisah secara separa dari kumpulan berdekatan atau
perkampungan. Kebanyakan ahli kumpulan merupakan kerabat yang lebih dekat
hubungannya dengan anda berbanding ahli dari kumpulan yang lain - menjadikan
lebih banyak peluang untuk altruisme kekerabatan berevolusi. Dan, tanpa mengira
kerabat atau bukan, anda akan lebih cenderung untuk bertemu individu yang sama
berulang kali sepanjang hidup anda, menjadikan ini suatu keadaan yang ideal
untuk evolusi altruisme timbal balik. Ia juga merupakan prasyarat yang ideal
untuk membina reputasi altruisme, dan prasyarat yang ideal untuk mengiklankan
sifat pemurah yang ditunjuk-tunjuk. Samada salah satu atau kesemua empat jalan
ini, kecenderungan genetik ke arah altruisme semestinya dipilih di dalam
manusia awal. Sangat mudah untuk melihat mengapa nenek moyang pra-sejarah kita
bersikap baik kepada ahli kumpulan, namun bersikap buruk dan takut dalam
hubungan dengan kumpulan lain. Namun mengapa kita berbaik-baik antara satu sama
lain? Memandangkan sekarang kebanyakan dari kita tinggal di kota-kota besar,
dan kita tidak lagi dekat bersama kerabat-kerabat kita, serta setiap hari kita
bertemu orang-orang yang kita tidak akan berjumpa lagi - mengapa kita masih
bersikap baik antara satu sama lain, malah kadang-kala kepada mereka yang
dianggap tergolong dari kumpulan luar?
Adalah sangat penting
untuk kita agar tidak silap dalam menjangkakan langkauan seleksi semulajadi.
Pemilihan tidak memilih evolusi sebuah kesedaran kognitif berdasarkan apa yang
baik untuk gen anda. Kesedaran tersebut harus menunggu sehingga abad ke dua
puluh untuk mencapai tahap kognitif, dan walaupun sekarang, pemahaman penuh
hanya terhad kepada ahli saintifik yang khusus. Apa yang dipilih oleh pemilihan
semulajadi adalah peraturan praktikal, yang bekerja secara praktikal untuk
mempromosikan gen yang membinanya.
___________________
1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms
220. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 297
Peraturan praktikal,
berdasarkan sifatnya, kadang-kala melakukan kesalahan. Dalam otak seekor
burung, peraturan ‘menjaga benda kecil di dalam sarang dan beri makan ke dalam mulutnya’ secara tipikalnya, mempunyai kesan
memulihara gen yang mencipta peraturan tersebut, kerana ‘objek kecil’ di dalam sarang tersebut selalunya adalah anaknya sendiri. Namun
peraturan tersebut menemui salah apabila anak burung yang lain dapat menyelinap
ke sarang tersebut, seperti halnya bagi burung cukcoo. Mungkinkah naluri kita
untuk berbuat baik adalah salah, sama seperti kesalahan naluri ibubapa burung warbler
yang bekerja keras untuk seekor anak cuckoo? Dan analogi yang lebih hampir
adalah naluri manusia untuk mengambil anak angkat. Saya perlu menekankan bahawa
sebutan "kesilapan tujuan" dimaksudkan hanyalah dari sisi Darwin semata-mata.
Ia tidak membawa maksud merendahkan atau menghina.
Idea ralat’ (kesilapan) atau hasil yang bertentangan ini,
Apa yang saya ingin pertahankan fungsinya seperti berikut. Pada masa
silam, ketika kita tinggal di dalam kumpulan yang kecil dan stabil
seperti babun, pemilihan semulajadi telah memprogramkan ke dalam otak kita
naluri altruistik, beserta naluri seksual, naluri kelaparan, naluri ketakutan
orang asing dan seterusnya. Dan apabila beberapa orang bijak membaca buku
Darwin, mereka tahu bahawa punca utama dorongan seksual mereka adalah
pembiakan. Mereka mengetahui bahawa wanita tersebut tidak boleh mengandung
kepada mengambil pil perancang. Namun mereka mendapati keinginan seksual mereka
tidak berkurang walaupun mereka mengetahui hal tersebut. Keinginan seksual
ialah keinginan seksual dalam jiwa dan bebas sepenuhnya daripada tujuan Darwin
yang dikatakannya. Ia adalah keperluan kuat yang wujud secara bebas daripada
matlamat utamanya.
Dan saya mencadangkan
di sini bahawa keperluan dan perangsang adalah sama untuk berbuat kebaikan -
untuk altruisme, untuk kemurahan hati, simpati dan belas kasihan. Di zaman
nenek moyang kita, kita mempunyai peluang untuk bersifat altruistik hanya
kepada kerabat rapat kita dan juga individu yang berpotensi membalas budi kita.
Di masa kini, kekangan tersebut tidak lagi wujud, namun peraturan praktikal itu
masih terus kekal. Mengapa pula tidak? Ia sama sahaja seperti keinginan
seksual. Kita pasti akan berasa sedih melihat seorang yang sedang menangis
(yang tidak berkaitan dan tidak mampu membalas budi), sama sahaja dengan
perasaan berahi terhadap orang berlainan jantina (yang mungkin tidak subur atau
tidak boleh mengandung). Kedua-duanya adalah kesilapan dalam tujuan, kesilapan
Darwin: kesilapan yang diberkati dan berharga.[1]
Ringkasnya, Dawkins mengatakan sifat “altruisme dengan balasan” telah bertukar
menjadi “altruisme tanpa
balasan” kerana ralat dalam perlaksanaan hukum, kerana beliau menyebutkan: “Dan
peraturan secara umum, dan dengan sifatnya, kadang-kadang
___________________
1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms
220-222. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.
Delusi Ateisme oleh
Ahmad Al-Hassan 298
terlepas matlamat mereka akibat perubahan
keadaan." Pada masa kini, sekatan itu tidak lagi wujud.” Tetapi peraturan
itu kekal.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan