5.16 Kesimpulan: Sifat Penting Diri Gen Menghalang Altruisme Sejati
Bicara Mengenai: Sifat Penting Diri
Gen Menghalang Altruisme Sejati
Gen-gen itu bersifat mementingkan diri, namun
ini bukanlah bermakna badan bertingkah laku mementingkan diri sepenuhnya.
Maksud sebenar gen bersifat mementingkan diri adalah badan tidak boleh
bertingkah laku altruistik dan menentang sifat penting diri gen. Oleh kerana
gen itu mementingkan diri, mereka bersikap berhati-hati untuk membentuk badan
yang menjamin keberterusan hidup mereka dan mewariskan gen tersebut merentasi
generasi. Atas sebab ini, hukum gen penting-diri meme yang menentangnya, iaitu
meme altruisme, yang mahu memusnahkan gen ini untuk berkembang di dalam alam
semulajadi. Kewujudan pemilihan semulajadi menjadikan ianya mustahil untuk
mereka terlepas, kerana takdir mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai
meme ini adalah untuk musnah dan menghilang. Akibatnya, ini bermakna hilangnya
sifat altruistik sejati ini dan mustahil untuk ia wujud di dalam alam
semulajadi.
Sebagai tambahan, oleh kerana matlamat asas
gen adalah keberterusan hidup, pastilah ia mempunyai gen yang menentang
altruisme sejati jika ia muncul di dalam sesuatu spesis. Jika tidak, mereka
tidak akan mementingkan diri dan tidak mempedulikan berkenaan keberterusan
hidup dan perwarisan gen merentasi generasi seperti yang telah disebutkan
sebelumnya. Malah hakikatnya sifat penting diri jasad kita adalah jelas dan
terbukti direka untuk menentang altruisme sejati. Kita tidak mempunyai
altruisme sejati sebagai suatu sifat asli yang terbina kukuh di dalam badan
kita. Sebaliknya, sifat asli yang terbina kukuh dalam badan dan otak kita
adalah sifat penting diri. Atas sebab ini, altruisme sejati memerlukan revolusi
sejati terhadap badan agar ia dapat mempunyai kewujudan yang signifikan di
kalangan kita, seperti yang terjadi hari ini. Samada kita
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 306
sebagai individu mengamalkan altruisme sejati
atau tidak, majoriti besar dari kalangan kita bersetuju bahawa ia adalah
matlamat mulia dan sifat yang inginkan. Keinginan ini bukanlah lahir hari ini,
namun sebenarnya ia telah direkodkan sejak zaman awal perekodan manusia, iaitu
sejak zaman bangsa Sumer. Ini bermakna revolusi sejati ke atas badan dan sifat
penting diri badan telah bermula ribuan tahun yang lepas, dan revolusi ini
tidak boleh dijelaskan secara saintifik pada tahap jasad semata-mata, malah ia
mustahil seperti yang telah saya sebutkan sebelumnya. Atas sebab ini, kita
perlu membawa masuk jiwa dan roh ke dalam persamaan demi untuk menyelesaikan
dilema ini. Sesiapa yang mahu menolak hipotesis roh kerana dia membenci agama
masih wajib untuk memberi hipotesis yang lain. Maka biarlah dia berhipotesis
berkenaan totem atau meme yang tidak diketahui asal usulnya, atau apa sahaja
yang dia inginkan. Bagaimanapun pada akhirnya, ia adalah hipotesis yang tidak
mempunyai kena mengena dengan badan atau biologi, malah akal sekalipun.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan