5.15.2
Pengambilan Anak Angkat
Perasaan sayang pada anak-anak adalah sesuatu
yang dibina oleh gen pada kita demi kepentingan gen tersebut agar ibubapa akan
menjaga anak mereka dan gen mereka akan diwariskan dari satu generasi ke
generasi yang lain.
Jika seseorang mengambil anak angkat untuk
mengisi kekosongan emosinya, maka hukum ini telah gagal mencapai matlamatnya,
dari mempunyai seorang anak biologikal yang membawa gen ibubapanya, kepada
mempunyai seorang anak angkat yang tidak membawa gen ibu dan bapanya.
Pengangkatan secara sengaja dan jujur terjadi
kepada kita manusia. Oleh itu, bukankah tidak tepat untuk moral manusia
digunakan sebagai contoh untuk kemunculan moral pada manusia?
Pastinya kita boleh mengatakan kesalahan yang
terjadi berkaitan pengangkatan anak yang tidak mempunyai hubungan darah, atau
pengangkatan anak yang tidak punya hubungan darah oleh seorang individu
sesebuah spesis, adalah hasil dari mutasi genetik. Ini akan menjadi permulaan
bagi kemunculan sebuah meme budaya yang baru, dengan kata lain, idea ini akan
tersebar sebagai sebuah budaya kepada keseluruhan masyarakat.
Kita perlu membincangkan dua perkara di sini:
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 300
1. Adakah pengambilan anak adalah altruisme
sejati?
2. Berapakah kadar keberhasilan meme ini
(mengangkat anak yang tidak berkaitan) di alam semulajadi
Jika hanya mereka yang tidak boleh mendapatkan
anak sahaja yang mengangkat anak, maka kita tidak boleh menyebutkannya sebagai
altruisme sejati, kerana ia adalah budaya mengisi kekosongan keibubapaan. Ia
bukan pengangkatan yang bersifat altruistik, dan saya percaya kita tidak perlu
membincangkannya lebih lanjut.
Bagaimanapun, jika ibu bapa itu boleh
mempunyai anak secara normal, maka budaya seperti ini tidak boleh tersebar
dalam alam semulajadi kerana ia bercanggah dengan penyebaran gene mereka. Jika
budaya seperti ini ingin tersebar dikalangan mereka, maka gen akan melawannya
dengan kemunculan gen yang akan melarang perkembangan budaya tersebut. Gen-gen
ini akan berjaya dan menggantikan kolam gene yang tidak membendungnya . Dawkins
dan ahli biologi yang lain telah menjejaki kemunculan budaya manusia bermoral
kembali kepada tempoh ketika manusia tinggal berkumpulan dalam alam semula jadi
seperti sekalian haiwan yang lain.
Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan