Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 198
Bukti Rasional Yang Diberikan Oleh Quran Untuk
Membuktikan Kewujudan Tuhan
Apa yang telah disebutkan di awal bab ini
adalah mencukupi untuk membuktikan evolusi adalah bermatlamat, dan seterusnya
membuktikan kewujudan suatu entiti di sebaliknya
yang mahukan matlamat ini dicapai. Hasilnya kita telah membuktikan kewujudan
Tuhan dalam rangka undang-undang ini, yang menyebutkan, "ciri-ciri suatu akibat
akan menunjukkan ciri-ciri penyebabnya". Ini adalah persoalan yang telah
kita buktikan apabila "akibat" iaitu kehidupan di bumi ini telah
disifatkan sebagai mempunyai matlamat.
Dengan cara ini, kami membuktikan sifat yang menuntut
matlamat dan kesedaran untuk merealisasikan kesannya. Dengan demikian, kami
membuktikan kewujudan Tuhan yang arif akan dunia. Namun begitu, dalam bahagian
lain bab ini saya akan membincangkan isu bahawa bahawa evolusi ini bermatlamat,
walaupun teori ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Malah, saya akan
fokuskan kepada andaian tersebut, kerana ahli biologi telah menggunakan konsep
membahagikan evolusi kepada beberapa bahagian, dan ateis dari kalangan mereka
berkeras untuk hanya melihat evolusi dari perspektif ini. Saya melihat kelakuan
mereka sebagai seolah-olah melihat dengan satu mata.
Berkaitan dengan bukti untuk prinsip
"ketiadaan tidak akan menghasilkan apa-apa", perlu diambil perhatian
bahawa "akibat" yang kita patut bincangkan adalah asal usul alam
fizikal ini dan apa sahaja berkaitan dengannya, untuk membuktikan bahawa Tuhan
itu adalah satu "penyebab". Perkara ini tidak boleh dibahaskan dalam
ruang terhad teori Darwin atau biologi. Bagaimanapun ia boleh dibahaskan secara
saintifik dalam rangka kajian dan teori-teori fizik, yang menanggapi alam semesta
ini dan asal usulnya. Isu ini akan diterokai dengan terperinci di dalam Bab 6.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan