Halaman

Khamis, 17 Februari 2022

4.04 Bukti Rasional Yang Diberikan Oleh Quran Untuk Membuktikan Kewujudan Tuhan


Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 198 


Bukti Rasional Yang Diberikan Oleh Quran Untuk Membuktikan Kewujudan Tuhan

 

Apa yang telah disebutkan di awal bab ini adalah mencukupi untuk membuktikan evolusi adalah bermatlamat, dan seterusnya membuktikan kewujudan suatu entiti di sebaliknya yang mahukan matlamat ini dicapai. Hasilnya kita telah membuktikan kewujudan Tuhan dalam rangka undang-undang ini, yang menyebutkan, "ciri-ciri suatu akibat akan menunjukkan ciri-ciri penyebabnya". Ini adalah persoalan yang telah kita buktikan apabila "akibat" iaitu kehidupan di bumi ini telah disifatkan sebagai mempunyai matlamat.

Dengan cara ini, kami membuktikan sifat yang menuntut matlamat dan kesedaran untuk merealisasikan kesannya. Dengan demikian, kami membuktikan kewujudan Tuhan yang arif akan dunia. Namun begitu, dalam bahagian lain bab ini saya akan membincangkan isu bahawa bahawa evolusi ini bermatlamat, walaupun teori ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Malah, saya akan fokuskan kepada andaian tersebut, kerana ahli biologi telah menggunakan konsep membahagikan evolusi kepada beberapa bahagian, dan ateis dari kalangan mereka berkeras untuk hanya melihat evolusi dari perspektif ini. Saya melihat kelakuan mereka sebagai seolah-olah melihat dengan satu mata.

Berkaitan dengan bukti untuk prinsip "ketiadaan tidak akan menghasilkan apa-apa", perlu diambil perhatian bahawa "akibat" yang kita patut bincangkan adalah asal usul alam fizikal ini dan apa sahaja berkaitan dengannya, untuk membuktikan bahawa Tuhan itu adalah satu "penyebab". Perkara ini tidak boleh dibahaskan dalam ruang terhad teori Darwin atau biologi. Bagaimanapun ia boleh dibahaskan secara saintifik dalam rangka kajian dan teori-teori fizik, yang menanggapi alam semesta ini dan asal usulnya. Isu ini akan diterokai dengan terperinci di dalam Bab 6.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan