Halaman

Jumaat, 18 Februari 2022

4.05 Bukti Pertama Kewujudan Tuhan Mutlak: Sifat Sesuatu “Akibat atau hasil” Akan Menunjuk Kepada Sifat Sesuatu “Penyebab”

 

Bukti Pertama Kewujudan Tuhan Mutlak: Sifat Sesuatu Akibat atau hasil” Akan Menunjuk Kepada Sifat Sesuatu Penyebab”

 

Ia termasuklah bukti kodifikasi undang-undang: ini melibatkan pembuktian kewujudan pembuat undang-undang: Kewujudan satu bentuk undang-undang di dalam suatu akibat atau hasil” akan menunjukkan penyebabnya” adalah suatu entiti pembuat undang-undang, secara langsung mengisyaratkan kepada suatu entiti penyebab yang bijaksana, dan inilah apa yang kami ingin buktikan.

Termasuklah juga melibatkan pembuktian kewujudan suatu sistem: Wujudnya ketersusunan (sistem) di dalam akibat atau hasil” akan mengisyaratkan penyebabnya” adalah entiti yang mengorganisasi, lantas menunjukkan kepada suatu entiti penyebab” yang bijaksana, dan inilah apa yang kami ingin buktikan.

Termasuklah juga melibatkan pembuktian kewujudan matlamat: Wujudnya matlamat untuk kesan” akan mengisyaratkan kepada penyebab matlamatnya, lantas menunjukkan kepada penyebab” yang bijaksana, dan inilah apa yang kami ingin buktikan.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 199

 

 

Termasuklah juga pembuktian kebijaksanaan: disifati dengan (akibat atau hasil) kebijaksanaan samada dalam perkataan atau tindakannya yang menunjukkan penyebabnya” adalah bijaksana dan berilmu, dan inilah apa yang kami ingin buktikan.

Ringkasan dalil-dalilnya ialah sebagai berikut:

Apabila kita melihat sesuatu benda yang tersusun (bersistematik), kita akan segera mengetahui bahawa penyebabnya adalah entiti yang berilmu dan mempunyai kemampuan untuk menyusun atur, sekaligus membuktikan kewujudan suatu entiti penyebab yang menyusun atur dan berilmu. Apabila kita mendapati suatu kata-kata atau tindakan yang bersifat bijaksana, maka kita akan tahu bahawa ia datang dari sumber yang bijak, sekaligus membuktikan suatu penyebab yang bijaksana.

Sebagai contoh, apabila kita dapati bahawa sekumpulan pokok buah-buahan ditanam dengan cara yang tersusun kemas, kita menilai bahawa penanamnya adalah bersistematik dan mempunyai matlamat, oleh itu kita menilai bahawa dia berpengetahuan dan arif atas apa yang dia lakukan. Maka kita katakan: Bahawa dia adalah seorang manusia, sebagai contoh.

Dan apabila kita jumpa hutan yang di dalamnya terdapat sekumpulan pokok liar dan tidak teratur, sifat liar (rambang-rawak) pokok-pokok tersebut menunjukkan bahawa manusia tidak menanamnya.

.

Secara umumnya, bukti ini dapat digunapakai dalam had semua kehidupan di muka bumi ini. Wujud terlalu banyak contoh, khususnya dalam keadaan kehidupan spesis manusia, kerana mereka disifatkan dengan sifat istimewa yang mengisyaratkan bahawa penyebab asal mereka adalah entiti yang bijaksana, berkemampuan untuk menyusun atur dan bermatlamat. Adalah mungkin bagi bukti ini untuk mempunyai hubungan dengan Teori Evolusi.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan