Selasa, 15 Februari 2022

BAB 4: TEORI EVOLUSI DAN BUKTI RASIONAL UNTUK KEWUJUDAN TUHAN

 

Teori Evolusi Dan Kesalahan Membahagikannya Kepada Bahagian Kecil Untuk Menafikan Kewujudan Tuhan

 

Bagi ahli biologi evolusi, teori abiogenesis dan evolusi telah pun memberikan penerangan yang berpatutan serta didukung oleh bukti saintifik bahawa kehidupan di bumi ini bermula dari bahan kimia yang terbina dalam bentuk yang berupaya untuk mereplikasi dirinya. Ini adalah replikator pertama yang berubah secara berperingkat selama jutaan tahun, sekaligus membuktikan bahawa alam semulajadi adalah penyebab kemunculan kehidupan di muka bumi. Ini bermakna, jika kita menganggap makhluk hidup sebagai kesan”, maka ia mengisyaratkan kepada sebuah penyebab”, yang bukan berbentuk ghaib”, sebaliknya penyebab tersebut sangat dekat dengan kita, iaitu alam semulajadi yang berada di sekeliling kita. Maka pencipta kepada makhluk hidup adalah alam semulajadi, bukan yang lain.

 

Hasilnya, seorang ateis yang membuat teori akan berkata seperti berikut:

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 193

 

 

Kita mempunyai penjelasan yang lengkap berkenaan bagaimana hidupan muncul dan berevolusi di bumi. Kita tidak perlu untuk mengandaikan kewujudan suatu kuasa yang ghaib atau luar dari kuasa alam semulajadi - atau satu Tuhan - untuk menjelaskan tentang kehidupan dan evolusi di bumi. Kemunculan kehidupan dari bahan bukan hidup telah pun dibuktikan di dalam makmal, walaupun ianya terhad, serta evolusi dan perkembangan telah dibuktikan dengan fakta saintifik. Maka kehidupan di muka bumi adalah hasil natural, bukan hasil dari Tuhan.

Namun hakikatnya, penjelasan saintifik bagi kewujudan hidupan di muka bumi membuktikan kewujudan Tuhan, bukan sebaliknya. Jika kita menyelidik teori evolusi (abiogenesis dan perkembangan), kita akan mendapati proses perlaksanaan pelan genetik menunjukkan ia mempunyai matlamat dan mengikuti suatu peraturan, mengisyaratkan kepada suatu pencipta undang-undang yang bermatlamat. Oleh itu, bukan sahaja ia tidak berkonflik, malah ia berselari sepenuhnya dengan bukti rasional yang telah Quran berikan untuk membuktikan kewujudan Tuhan, atau secara spesifiknya, sifat suatu kesan menunjukkan kepada penyebabnya.” Sebagai hasilnya, evolusi secara keseluruhannya adalah bermatlamat.

Bagaimanapun, ahli biologi evolusi dan Dawkins (yang berteori untuk ateisme) secara licik telah membahagi-bahagikan suatu entiti tunggal yang besar, kerana alam semulajadi dan kita merupakan satu entiti tunggal. Dengan kata lain, alam semulajadi dan entiti replikator adalah entiti tunggal, atau kita boleh katakan mereka semua sebagai salah satu bahagian dari entiti tunggal. Hasilnya, gabungan dari semua bahagian ini jelas menunjukkan ia bermatlamat. Atas sebab inilah Dawkins dengan sengaja membahagikan entiti ini agar beliau boleh mengatakan: Lihat, bahagian-bahagian ini nampak seperti mempunyai matlamat apabila digabungkan, namun sebenarnya tidak!

Apa yang dilakukan oleh Dawkins adalah seperti melihat tubuh seorang manusia yang mempunyai suatu matlamat khusus dan berkata: Lihat di sini, jantung mengepam darah dengan deras kerana otot memerlukan oksigen dan nutrien, buah pinggang membuang urea dari badan, hati membuang racun dari badan, perut berfungsi menghadam makanan dan seterusnya. Tiada satu pun dari semua organ tersebut berfungsi untuk memastikan badan terus hidup, tetapi setiap organ mempunyai matlamat jangka pendek dalam batasan fungsi mereka. Setiap satu dari organ tersebut buta” terhadap hidupnya sesuatu jasad, maka tidak bermatlamat dalam jangka panjang, maka bolehlah dikatakan sebagai tidak bermatlamat.” Namun hakikatnya, semua organ tersebut akan dilihat mempunyai matlamat jika dilihat secara menyeluruh, bukan secara individu (sendiri-sendiri).

Oleh kerana Dawkins dan para pendokong ateisme bermula dari posisi penafian, bukan keraguan, maka mereka telah membahagikan evolusi berdasarkan perspektif mereka. Mereka mengatakan: Lihat sini, kita ada mutasi genetik yang rambang, dan kita ada seleksi natural tidak rambang yang hanya mempunyai matlamat jangka pendek, kerana hanya yang terkuat untuk hidup dalam sesuatu persekitaran sahaja yang yang terpilih, maka tidak wujud sebarang matlamat khusus atau matlamat jangka panjang. Produk yang terhasil, samada ia adalah produk terakhir atau pertengahan, terhasil dari proses ini yang terkumpul sedikit demi sedikit. Oleh itu, proses yang buta dan sia-sia ini

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 194

 

 

tidak mempunyai matlamat pada akhirnya.”

 

Jika mereka tidak bermula dari posisi ateisme atau tidak percaya kepada kewujudan Tuhan, sebaliknya hanya bermula dari keraguan kepada kewujudan Tuhan, serta hanya saja jika mereka melihat evolusi sebagai entiti tunggal, sudah pasti mereka akan boleh melihat proses evolusi ini adalah sebuah sistem yang terperinci dan produktif. Ini dapat dikiaskan (diberi contoh) kepada sebuah kilang terbaik yang dapat kita bayangkan. Di dalam sebuah kilang, sekeping besi secara normalnya tidak akan terhasil dalam keadaan berkilat dari acuan. Sebaliknya ia akan menjalani beberapa proses penapisan, pemotongan mungkin, sehingga ia keluar dalam bentuk yang dikehendaki. Sama juga halnya dalam evolusi. Jika mereka melihat evolusi sebagai satu entiti tunggal, mereka pasti akan mendapati ia mempunyai matlamat memandangkan ia bersifat produktif. 

Sememangnya evolusi menghasilkan kecerdikan, dan seterusnya menghasilkan hikmah, altruisme dan moral. Seseorang itu tidak boleh memberikan sesuatu yang tidak dipunyai, maka jika proses ini tidak bermatlamat dan tidak mempunyai pembuat undang-undang dibelakangnya, pasti proses ini tidak akan menghasilkan produk berharga seperti ini.

Malangnya, dengan membahagi-bahagikan evolusi dan hanya melihat bahagiannya secara individu, mereka tidak mampu melihat sesebuah produk itu sebagai sebahagian dari evolusi. Apa yang dilakukan oleh ateis ini tidak ada bezanya dengan seseorang yang membahagikan sebuah industri besar kepada bahagian produksi yang berasingan, agar dapat mengalihkan perhatian pemerhati kepada matlamat jangka pendek setiap bahagian produksi, jauh dari matlamat besar industri tersebut.

Seseorang itu boleh sahaja melihat dari perspektif berbeza, dan kadang-kala ia akan mengubah sepenuhnya apa yang dilihat. Sebuah filter yang diletakkan di hadapan mata juga dapat mengubah apa yang anda lihat. Anda hanya boleh melihat imej 3D melalui filter penglihatan yang khusus, atau kita boleh katakan, dari sisi pandang yang khusus. Jika anda enggan melihat imej tersebut dari sisi pandang tersebut, walaupun untuk sekadar eksperimen, pastinya anda tidak akan melihat imej tersebut sebagai 3D, walaupun hakikatnya imej tersebut memang sedemikian dan ramai orang melihatnya sedemikian.

Evolusi adalah proses kompleks dan terkumpul yang merupakan satu entiti tunggal dan bermatlamat. Mutasi genetik, persekitaran dan reproduksi semuanya adalah sebahagian dari entiti tunggal yang bermatlamat, yakni evolusi. Apa yang dilakukan oleh ahli biologi evolusi untuk kajian saintifik adalah membahagikan evolusi dan melihat entiti ini sebagai bahagian berasingan. Pendakwah ateisme, seperti Dawkins, menggunakan pembahagian evolusi kepada mutasi genetik, seleksi natural untuk membatalkan kewujudan matlamat bagi proses evolusi, agar mereka boleh mengatakan, Lihat sahaja, apa yang kita ada di sini hanyalah matlamat jangka pendek, bukan jangka panjang atau matlamat utama. Tidak wujud sebarang entiti berkesedaran” disebalik proses ini, maka tiada Tuhan.” Walaubagaimanapun, perkara yang sepatutnya dilakukan adalah untuk melihat proses ini secara menyeluruh, dan melihat apa yang telah ia capai untuk kita melihat dengan jelas bahawa ia mempunyai matlamat.

 

Malangnya Dawkins dan mereka yang menggunakan evolusi untuk membuktikan evolusi telah membutakan mata kepada tanda yang jelas berkenaan sifat evolusi secara menyeluruh, iaitu mematuhi suatu perundangan. Tanda ini muncul jelas kepada mereka apabila mereka mencari-cari

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 195

 

 

dalam bahagian-bahagian evolusi yang diasingkan. Mereka telah dipaksa melihat melalui matlamat jangka pendek, dan melihat kebarangkalian menisbahkan matlamat jangka pendek ini kepada seleksi natural atau kepada gen. Malah, mereka secara tidak sengaja telah mengakui, dari sudut jangka pendek, evolusi adalah bersifat mematuhi perundangan, bukan bersifat rambang. Ini kerana, sekurang-kurangnya, wujud peraturan keberterusan hidup bagi gen terpilih, kerana sudah tentu ada gen yang telah meninggalkan sesuatu spesis, dan wujud juga gen yang tetap tinggal, diperkuat dan ditambah baik. Contohnya gen yang memberikan kelebihan kekuatan dan kepantasan, atau otak dan kecerdikan.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: