Kajian Ke Atas Kaitan Antara Sumbang Mahram Dan
Evolusi
Mereka yang mendakwa mewakili agama telah
menghadapi kesukaran apabila cuba untuk mengenalpasti isteri kepada anak-anak
Adam (as). Kebanyakan dari mereka bukan sahaja meyakini yang saudara lelaki
mengahwini saudara wanita, malah mereka turut mengatakan bahawa Hawa dicipta
dari rusuk Adam. Idea ini wujud dalam agama Yahudi dan Kristian, dan akhirnya
berjangkit kepada mazhab Sunni. Mereka telah menjadikan umat manusia sebagai
hasil dari perkahwinan Adam dengan tubuh badannya sendiri, dan hasil dari
perhubungan sumbang mahram antara saudara lelaki dan wanita. Isu ini telah
digunakan oleh ateis yang mendukung evolusi ke atas pendukung agama yang
meyakini idea penciptaan terus. Secara saintifiknya telah diketahui bahawa
mawas-mawas peringkat atas akan mengelak dari melakukan sumbang mahram. Jadi mengapa
Tuhan menciptakan manusia yang mengamalkan sumbang mahram di awal
penciptaannya?
Penghujahan seperti ini tidak boleh digunakan
ke atas para Imam Ahlulbait (as) kerana mereka telah lama menolak fitnah ini ke
atas Adam dan keturunannya. Walau bagaimanapun, malangnya sesetengah ahli
tafsir Al-Quran Syiah telah menggunapakai fitnah ini atas sebab ia berselari
dengan makna literal Quran yang dibayangkan oleh mereka, serta ia turut
disebutkan di dalam sesetengah riwayat, walaupun para Imam telah menerangkan
bagaimana kaedah menyelesaikan percanggahan. Oleh itu, bagaimana Syiah-Syiah
ini boleh mengabaikan urusan Taqiyah dan kaedah yang telah ditetapkan oleh para
Imam, iaitu “kebenaran terletak bertentangan dengan musuh” apabila kita
dihadapkan dengan percanggahan ini? [a] Kami akan memberi respon
kepada isu ini dengan memeriksa pendapat dan menjelaskan kebenaran.
____________________
[a] Pent.: Dalam Islam Sunni dan Syiah,
bertaqiyah, yang secara literalnya bermaksud takut atau berhati-hati, adalah
satu bentuk penafian agama, atau penafian undang-undang di mana seorang
individu beriman itu dibenarkan menafikan agamanya atau melakukan tindakan yang
mana dalam keadaan biasa boleh dianggap sebagai syirik atau kufur, dalam
keadaan takut atau risiko penindasan yang memberi kesan signifikan.
Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan