Ahad, 20 Februari 2022

4.11 Sasaran Akhir Atau Matlamat Evolusi

 

3. Sasaran Akhir Atau Matlamat Evolusi

 

Sebelum kita mendalami topik ini, mari kita fahami dahulu apa maksud matlamat melalui sebuah contoh. Jika kita mengumpulkan kepingan-kepingan kayu dan alatan pertukangan untuk membuat sebuah kerusi, maka sasaran akhir adalah pembuatan kerusi tersebut. Bagaimanapun, tujuan pembuatan kerusi tersebut adalah agar kita boleh duduk di atasnya. Sama juga kesnya dengan evolusi mata. Sasaran akhir hasil dari semua bahan dan hukum adalah untuk menghasilkan mata, namun matlamat mata adalah untuk melihat. Hakikatnya, Dawkins dan mereka yang mengatakan bahawa

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 100

 

 

evolusi tidak bermatlamat, mereka tidak merujuk kepada tujuan dan objektif evolusi. Sebaliknya mereka sedang berbicara tentang kesan akhir atau sasaran akhir yang dicapai oleh evolusi. Oleh itu, perlu diambil maklum bahawa apa yang kami gelarkan sebagai sasaran akhir”, Dawkins di dalam bukunya, beliau menyebutnya sebagai sebuah matlamat. Tiada masalah sebenarnya untuk menyebut sasaran akhir sebagai sebuah matlamat, memandangkan evolusi sentiasa mencapai target tersebut. Berkenaan hidupan di muka bumi ini, kami akan buktikan, sasaran akhir jirim dan hukum adalah untuk menghasilkan makhluk hidup yang waras dan mampu untuk memenuhi muka bumi ini. Berkenaan dengan matlamat sebenar atau objektif pula, ia adalah untuk berkomunikasi dengan entiti ghaib dan pennyembahan. Berkenaan subjek evolusi, membuktikan sasaran akhir evolusi sudah memadai, dan dengan berbuat demikian, matlamat akan terbukti sebagai akibat kepada sasaran akhir tersebut. Ini kerana membuktikan sasaran akhir akan membuktikan kewujudan Tuhan, yang mana akan terbukti dengan membuktikan matlamat.

 

Kita dapat tahu sesuatu aktiviti itu mempunyai matlamat melalui beberapa cara, antaranya dengan menganalisis pelan awalnya, bagaimana ia berfungsi, sehingga kita mengetahui bahawa ia mengikuti hukum dan tidak bersifat rambang (liar), maka akan terbukti bahawa matlamatnya untuk mencapai target akhir yang tertentu. Kita juga boleh mengetahui sesuatu aktiviti itu mempunyai sasaran akhir yang ingin dicapai dengan melihat hasilnya, serta keputusan terdekat dan akhirnya. Kemudian seseorang itu bolehlah menyoal samada semua kerja-kerja tersebut bertujuan untuk mencapai sasaran akhir dari awal, atau ianya hanya keputusan yang tidak bermakna dan tidak disengajakan, menunjukkan semua kerja-kerja itu tidak bermakna dan tidak mengikuti suatu hukum.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 


Tiada ulasan: