Hujah Kebarangkalian Ke Atas Teori Evolusi
Pada asasnya, hujah ini adalah seperti
berikut: jika kita menghitung mengikut perkiraan matematik untuk kemungkinan
atau kebarangkalian sebuah struktur hidup yang kompleks terbina,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 103
kita akan mendapat jumlah yang terlalu besar,
jelas menunjukkan kemustahilan peristiwa ini berlaku berdasarkan kebetulan.
Sebagai contoh untuk menambahkan pemahaman
kita, mari kita lihat kepada molekul hemoglobin. Ia terdiri dari empat rantaian
asid amino yang berpintal bersama. Dua dari rantaian ini terdiri dari 146 asid
amino, yang mana wujud 20 jenis yang berbeza. Jumlah percubaan yang diperlukan
atau kebarangkalian untuk hanya satu rantaian terbentuk dengan cara diperlukan,
tanpa mengetahui pelan yang betul, adalah nombor 20 digandakan dengan 146 kali.
Hasilnya adalah jumlah besar iaitu (8.92e+189), atau 1 dengan 190
nombor kosong dibelakangnya. Oleh itu, adalah mustahil untuk perkara ini
terjadi sehingga menghasilkan evolusi, kerana ia memerlukan tempoh masa yang
bukan sahaja lebih panjang dari umur bumi (hampir 4.6 bilion tahun), malah
lebih panjang dari umur seluruh alam semesta (hampir 13.7 bilion tahun). Jika
kita mengandaikan masa yang ada untuk evolusi adalah satu bilion tahun, maka
jumlah bilangan percubaan yang ada per tahun adalah kurang lebih 1 diikuti 181
bilangan kosong, iaitu sebanyak (3.179e+172) percubaan per saat,
atau lebih kurang 1 diikuti 172 kosong percubaan per saat selama satu bilion
tahun. Semua ini adalah untuk mencapai bilangan percubaan yang boleh membentuk hasil
yang betul, untuk hanya satu rantaian hemoglobin. Pastinya ini adalah luar dari
had kebarangkalian, dan mustahil dicapai dalam had masa kehidupan ini.
Walaubagaimanapun, apa yang disebutkan di atas
hanya berkait dengan evolusi langkah tunggal, yang tidak pernah wujud dalam
alam semulajadi kita. Apa yang wujud dalam alam semesta adalah evolusi
terkumpul, di mana setiap langkah mendapat manfaat dari langkah sebelumnya, dan
tidak bermula dari kosong pada setiap kitaran. Ini bermakna, nombor kebarangkalian
yang disebutkan akan menjadi munasabah dan dapat dicapai.
“Sebuah molekul
hemoglobin adalah terdiri dari empat rantaian asid amino yang terpintal
bersama. Ia terdiri dari 146 asid amino. Terdapat 20 jenis asid amino yang umum
didapati dalam makhluk hidup. Jumlah cara untuk menyusun 20 benda di dalam 146
rantaian adalah sangat tidak terbayangkan, yang mana digelar oleh Asimov
sebagai “nombor hemoglobin”. Ia mudah dihitung, namun mustahil untuk
membayangkan jawabannya. Pautan pertama di dalam rantaian sepanjang 146 asid
tersebut boleh jadi mana-mana satu dari 20 jenis asid amino tersebut. Pautan
kedua juga boleh terdiri dari mana-mana dari 20, maka jumlah kebarangkalian
untuk kemungkinan 2 pautan rantaian adalah 20 x 20, atau 400. Jumlah
kebarangkalian untk 3 pautan rantaian adalah 20 x 20 x 20, atau 8,000.
Jumlah kemungkinan
untuk 146 pautan rantaian adalah 20 digandakan dengan 20 sebanyak 146 kali.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 104
Ini adalah jumlah
yang sangat besar. Satu juta adalah 1 dengan 6 bilangan kosong selepasnya.
Sementara “nombor hemoglobin” pula adalah 1 dengan 190 kosong selepasnya! Ini
adalah kebarangkalian yang terlalu tipis untuk terjadi kepada hemoglobin. Dan
hemoglobin tidaklah serumit jasad hidup. Saringan ringkas semata-mata tidak
mungkin boleh menghasilkan ketersusunan yang terlihat pada hidupan. Penyaringan
adalah bahan yang penting dalam menghasilkan ketersusunan hidupan, namun ia
bukan keseluruhan kisah ini. Suatu perkara lain diperlukan. Untuk menjelaskan
maksud ini, saya perlu membezakan antara seleksi tunggal dan seleksi terkumpul.
Saringan ringkas yang telah kita sebutkan sebelumnya di dalam bab ini adalah
contoh seleksi tunggal. Ketersusunan hidupan adalah produk seleksi terkumpul.[1]
Dawkins memberikan contoh untuk menunjukkan
keterbatalan hujah ini:
Hamlet: Adakah kamu
nampak awan di sebelah sana yang hampir berbentuk unta itu?
Polonius: Mengikut
massa, dan ianya memang seperti unta.
Hamlet: Saya rasa
ianya seperti cerpelai.
Polonius: Saya
sokong ianya seperti cerpelai.
Hamlet: Atau seperti
ikan paus?
Polonius: Ianya
serupa seperti seekor ikan paus.
Saya tidak tahu siapa
yang mula mengatakan bahawa jika diberi masa, seekor monyet yang menekan mesin
taip secara rambang boleh menghasilkan penulisan seperti Shakespeare.[a]
Frasa pentingnya, sudah tentu, adalah “jika diberi masa”. Mari kita hadkan
tugasan yang perlu dilakukan oleh monyet tersebut. Andaikan, ia tidak perlu
menulis keseluruhan penulisan Shakespeare, yang perlu ditulis hanyalah frasa
pendek “Saya rasa ianya seperti cerpelai”., dan kita akan mudahkannya secara
relatif
___________________
[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker):
ms 75
[a] Pent: Dawkins merujuk kepada sebuah
jenaka di negara barat.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 105
dengan memberikan
monyet tersebut mesin taip yang punya keyboard yang terhad, iaitu yang
mempunyai 26 huruf dan space bar. Berapa lamakah yang diperlukan untuk menulis
ayat ringkas ini?
Ayat tersebut
mempunyai 28 huruf di dalamnya, jadi mari kita andaikan monyet tersebut telah
melakukan beberapa percubaan, setiap satunya terdiri dari 28 hempasan (ketukan)
pada keyboard tersebut. Jika ia menaip dengan tepat, maka eksperimen ini
berakhir. Jika tidak, kita akan membenarkan ia membuat percubaan semula. Saya
tidak tahu mana-mana monyet, namun nasib baik puteri saya yang berusia 11 bulan
adalah seorang yang berpengalaman menggunakan mesin itu secara rambang… Berikut
adalah apa yang ditaip puteri saya ke dalam komputer:
UMMK JK CDZZ F ZD
DSDSKSM
S SS FMCV PU I
DDRGLKDXRRDO
RDTE QDWFDVIOY
UDSKZWDCCVYT
H CHVY NMGNBAYTDFCCVD
D
RCDFYYYRM N DFSKD LD
K WDWK
JJKAUIZMZI
UXDKIDISFUMDKUDXI
Beliau mempunyai
perkara penting lain, maka saya bertanggungjawab untuk memprogram komputer agar
menyerupai taipan rambang seorang bayi atau monyet:
WDLDMNLT
DTJBKWIRZREZLMQCO P
Y
YVMQKZPGJXWVHGLAWFVCHQYOPY
MWR
SWTNUXMLCDLEUBXTQHNZVJQF
FU
OVAODVYKDGXDEKYVMOGGS VT
HZQZDSFZIHIVPHZPETPWVOVPMZGF
GEWRGZRPBCTPGQMCKHFDBGW
ZCCF
.........dan
seterusnya dan seterusnya. Tidaklah sukar untuk mengira berapa masa yang
diperlukan untuk kanak-kanak atau monyet menaip
METHINKS IT IS LIKE A
WEASEL
........ Kebarangkalian
untuk menaip dengan tepat keseluruhan frasa yang terdiri dari 28 huruf adalah
1/27
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 106
kuasa 28. Dan peluang
dia mendapatkannya dengan betul untuk ungkapan 28 huruf yang lengkap ialah 27
hingga kuasa ke-28, bermakna ia adalah 27 didarab dengan 28 kali sendiri. Ini
adalah kebarangkalian yang sangat kecil, hampir 1 dalam 10,000 juta juta juta
juta juta juta juta. Untuk memperjelaskan perkara itu dengan cara yang lebih
ringan, frasa yang kami tanyakan tidak akan datang sehingga setelah masa yang
lama berlalu, apatah lagi bercakap tentang karya lengkap Shakespeare.
Ini mencukupi untuk
pemilihan dengan satu langkah variasi rawak. Bagaimana pula dengan pemilihan terkumpul,
pada tahap apakah ia harus lebih berkesan? Ia jauh lebih dan sangat berkesan,
malah mungkin lebih dari yang kita bayangkan buat pertama kali, serta sangat
jelas jika kita fikirkan nanti. Sekali lagi, kita akan menggunakan monyet tadi,
namun dengan perubahan penting kepada program komputer tersebut. Ia bermula
dengan pemilihan urutan rawak dari 28 huruf seperti sebelumnya:
WDLMNLT
DTJBKWIRZREZLMQCO P
Kemudian ia berasal
daripada frasa rawak ini, ia menduplikasi dirinya secara berulang, namun dengan
wujud peluang ralat rawak tertentu dalam transkripsi - iaitu mutasi - dalam
proses duplikasi tersebut. Komputer tersebut memeriksa frasa mutan tersebut,
iaitu “keturunan” dari frasa asal tadi, dan memilih frasa yang paling mendekati
frasa yang dikehendaki, ME THINKS IT IS LIKE A WEASEL. Tidak kira betapa
mudahnya persamaan ini. Di dalam contoh ini, frasa yang menang dari “generasi
seterusnya” adalah:
WDLTMNLT
DTJBSWIRZREZLMQCO P
Ia bukanlah satu peningkatan
yang ketara! Namun proses itu diulang, sekali lagi “keturunan” yang mutan dijana
dari frasa tersebut dan pemenang baru dipilih. Ini berterusan, generasi demi generasi.
Setelah 10 generasi, frasa yang dipilih untuk “dibiakkan” adalah:
MDLDMNLS ITJISWHRZREZ
MECS P
Setelah 20 generasi:
MELDINLS IT ISWPRKE Z
WECSEL
Kemudian, mata rasa
yakin dapat melihat persamaan ayat yang diminta. Dan selepas tiga puluh - 30 - generasi
tidak ada keraguan:
METHINGS IT ISWLIKE B
WECSEL
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 107
Generasi ke 40
membawa kita kurang satu huruf dari matlamat:
ME THINKS IT IS LIKE
I WEASEL
Matlamat akhirnya
dicapai setelah mencapai generasi ke 43. Janaan kedua dari komputer dimulakan
dari frasa berikut:
Y
YVMQKZPFJXWVHGLAWFVCHQXYOPY,
Setiap 10 generasi
adalah seperti berikut:
Y YVMQKSPFTXWSHLIKEFV
HQYSPY
YE THINKSPITXISHLIKEFA
WQYSEY
ME THINKS IT ISSLIKE
A WEFSEY
ME THINKS IT ISBLIKE
A WEASES
ME THINKS IT ISJLIKE
A WEASEO
ME THINKS IT IS LIKE
A WEASEP
dan mencapai target
dalam 64 generasi. Dalam janaan ketiga, komputer bermula dengan:
GEWRGZRPBCTPGQMCKHFDBGW
ZCCF
Dan mencapai ME THINKS
IT IS LIKE A WEASEL
dalam 41 generasi
setelah pembiakan terpilih. Masa yang diambil oleh komputer untuk mencapai
sasaran adalah tidak penting. Jika anda ingin tahu, keseluruhan simulasi siap,
pada kali pertama, semasa saya keluar untuk makan tengah hari. Ia mengambil
masa kira-kira setengah jam. (Peminat komputer mungkin merasakan ini terlalu
perlahan. Ini kerana program ini telah ditulis dalam 'BASIC' programming,
sejenis komputer yang bisa dianggap “berbicara seperti bayi”. Apabila saya
menulis semula menggunakan Program PASCAL, ia hanya mengambil masa 11 saat).
Komputer
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 108
lebih pantas membuat
simulasi daripada monyet, tetapi perbezaan itu sebenarnya tidaklah ketara. Apa
yang penting ialah perbezaan masa yang diambil oleh seleksi terkumpul dan masa
jika ia diperlukan oleh komputer yang sama untuk sampai pada ungkapan yang
diingini. Dan ia berfungsi pada kelajuan yang sama, Walaupun dia terpaksa
menggunakan kaedah lain, iaitu seleksi tunggal, masa di sini adalah kira-kira
satu juta juta juta juta juta tahun, dan ini adalah satu juta juta juta kali
lebih banyak daripada masa kewujudan alam semesta setakat ini.
Sememangnya, adalah
lebih adil untuk mengatakan bahawa, berbanding dengan masa yang diambil oleh
samada seekor monyet atau komputer yang diprogramkan secara rawak untuk menaip
frasa yang kita mahukan adalah jauh lebih besar dari umur alam semesta ini
mengikut pengiraan ini.
Sementara masa yang
diambil untuk sebuah komputer bekerja secara rawak namun dalam had seleksi
terkumpul bagi menyelesaikan tugasan yang sama adalah sama seperti masa yang
biasa manusia faham dari 11 saat hingga masa yang diambil untuk makan tengah
hari.
Wujud perbezaan yang
besar antara seleksi terkumpul yang mana setiap pembaharuan akan digunakan
sebagai asas untuk pembinaan di masa hadapan, dan juga seleksi langkah tunggal
yang mana setiap percubaan merupakan percubaan baru. Jika setiap kemajuan
evolusi itu adalah berasaskan seleksi langkah tunggal, maka tidak akan wujud
sebarang kemajuan. Jika syarat keperluan untuk seleksi terkumpul itu berasal
dari kuasa alam yang buta, maka hasilnya mungkin adalah makhluk yang aneh namun
indah. Malah inilah hakikatnya yang terjadi di planet ini, kita sendiri adalah
hasil yang boleh dianggap sebagai baru dari kalangan hasil-hasil tersebut.[1]
Di sini saya ingin tekankan satu pemerhatian yang
penting: Jika masalah kebarangkalian lanjutan diarahkan kepada teori evolusi,
ia akan menjadi masalah yang sah, namun ia tidak akan menjadi masalah atas
teori evolusi dan kemajuan dalam had kehidupan.
Hujah Berkenaan Organ Kompleks dan Kompoun
Seperti Mata dan Sonar Kelawar
Pada asasnya, hujah ini adalah seperti
berikut: Mata adalah organ kompleks yang terdiri dari beberapa bahagian yang
disusun
_________________
. 1. Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker):
77 - 81
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 109
dengan cara yang tepat dan tersusun. Oleh
kerana bahagian-bahagian ini bekerja secara seragam sebagai satu pasukan untuk
menjalankan fungsinya dengan cara terbaik, maka adalah mustahil untuk
membayangkan mutasi genetik tunggal boleh menyebabkan kemunculan mata.
Hujah ini berdasarkan idea bahawa evolusi mata
terjadi melalui proses selangkah, yang mana hakikatnya tidak benar dan tidak
relevan dengan teori evolusi, kerana evolusi terjadi secara berperingkat. Sebagai
contoh, kita dapat membayangkan mata berevolusi selama ratusan juta tahun,
melalui ribuan malah boleh jadi jutaan langkah evolusi yang beransur-ansur dan
terkumpul. Kita dapat katakan bahawa ia bermula dengan sel yang sensitif
terhadap cahaya ratusan juta tahun yang lepas, dan proses evolusi berterusan
sehingga menghasilkan kepada mata moden yang ada pada hari ini. Sebuah sistem
yang mengesan cahaya pasti memberikan suatu organisme itu kelebihan dalam
reproduksi dan keberterusan hidup. Sebagai tambahan, apabila penglihatan
bertambah baik, ia memberikan kelebihan berbanding haiwan lain,
sekurang-kurangnya dalam hal melarikan diri dari musuh dan mendapatkan makanan.
Oleh itu, setiap langkah yang menambah baik kepekaan terhadap cahaya dan
penglihatan akan memberikan kelebihan dalam keberterusan hidup serta pembiakan
berbanding pesaing-pesaing lain yang tidak mempunyai kelebihan evolusi ini.
Menyebutkan mata yang tidak sempurna tidak
dapat memberikan fungsi atau kelebihan kepada organisme yang mempunyainya adalah
tidak tepat. Sebagai contoh, mata tanpa kanta memberikan penglihatan yang
kabur, namun memberikan kelebihan dalam keberterusan hidup dan reproduksi
berbanding organisme yang buta. Maka kita boleh katakan bahawa evolusi sistem
yang kompleks dan majmuk seperti mata, adalah sebuah proses yang normal. Kes
yang sama juga dapat dilihat dalam sonar kelawar, yang membolehkan sesetengah
spesis kelawar mengukur jarak antara mereka dan sasaran bergerak semasa terbang
(dengan mengambil kira Efek Doppler).
Sebelum ✡✡ Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan