Isnin, 14 Februari 2022

Bab 3.21 Dakwaan Hawa Diciptakan Dari Rusuk Adam – Dakwaan Yang Telah Dihancurkan Secara Saintifik

  

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 186

 

 

Pendapat Bahawa Hawa Diciptakan Dari Tulang Rusuk Adam... Dalam Pendekatan Saintifik:

 


Dari sisi pandangan saintifik, jika Hawa diciptakan dari Adam, ini bermakna beliau akan mempunyai pelan genetik Adam sepenuhnya, dengan kata lain, Hawa akan menjadi seorang lelaki. Oleh itu, suatu mukjizat diperlukan di sini untuk menukarkan kromosom Y yang menentukan jantina kepada kromosom X agar ia menjadi perempuan (XX) bukan lelaki (XY).

 

Malah, oleh kerana mereka yang membuat dakwaan Hawa dicipta dari Adam mengatakan keturunan manusia berasal secara eksklusif dari mereka berdua, maka semua manusia sepatutnya sama dari segala segi dan satu-satunya perbezaan adalah jantina mereka. Ini bermakna kita semua sepatutnya adalah klon tunggal tanpa sebarang perbezaan melainkan jantina kita, melainkan jika mereka mengakui mutasi genetik dan evolusi itu adalah benar dan mengatakan bahawa proses evolusi itu menyebabkan perubahan pada pelan genetik, dengan kata lain, mutasi genetik dan perubahan sifat anak-anak terjadi selepas Adam dan Hawa.

 

Realitinya, tesis mereka berada di jalan mati, dan ini sahajalah jalan keluar mereka. Walaubagaimanapun, ini bermakna mereka mengakui kebenaran teori evolusi. Hakikat ini membuatkan mereka menyanggahi kenyataan mereka sendiri bahawa Hawa diciptakan dari Adam, kerana adalah tidak mungkin bagi mereka untuk mengakui evolusi hanya terhad kepada jasad manusia, sedangkan penjenisan spesis dan kepelbagaian adalah hasil yang tidak dapat dielakkan akibat mutasi dan pemilihan terkumpul secara berperingkat. Oleh itu sesiapa yang menerima mutasi dan perubahan sifat tidak boleh menafikan yang ia adalah hasil dari proses pen-spesis-an berperingkat-peringkat. Adalah tidak rasional untuk menerima suku atau setengah dari prinsip evolusi; sepatutnya anda harus menerima sepenuhnya atau menafikan sepenuhnya. Tiada alasan yang logik untuk kenyataan jahil yang menyatakan evolusi hanya boleh terjadi dalam satu spesis namun tidak boleh membawa kepada kemunculan spesis baru. Sesiapa yang menyebutkan sedemikian pastinya disebabkan oleh kejahilan mereka dalam ilmu genetik dan biologi evolusi.

 

Akhir sekali, wujud mereka yang mengatakan pelan genetik bahagian badan yang diambil dari Adam telah ditukar sepenuhnya, dan Hawa diciptakan dari bahagian tersebut. Ini bermakna, jika bahan kimia yang digunakan untuk membina pelan genetik Hawa diambil dari mana-mana tempat di bumi ini, ia tidak akan menyebabkan sebarang perbezaan[a]. Jadi apakah sebabnya dan di manakah rasionalnya untuk mengambil bahagian badan Adam, kemudian memusnahkannya dan seterusnya membina ia semula? Bukankah lebih logik jika bahan-bahan asas tersebut diambil dari mana-mana tempat di muka bumi dan dibina pelan genetik Hawa tanpa perlu untuk memusnahkannya?

 

Hakikatnya, tiada penyelesaian paling baik untuk dilema ini kecuali seperti yang telah saya jelaskan dalam tafsir ayat di atas: penciptaan Hawa terjadi di langit atasan, di Syurga Adam (as), dan ia merujuk kepada jiwa, bukan jasad fizikal ini.

 

 


[a] Penterjemah: Kerana Tuhan boleh membuatkan bahan asas tersebut berlainan dengan kuasaNya. 

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: