Sabtu, 12 Februari 2022

Bab 3.17 Kajian Sumbang Mahram: Kenyataan Dari Ulama Sunni

 

Kenyataan Dari Ulama Sunni

 

Ramai agamawan Sunni dan ahli tafsir mereka bersetuju dengan kepercayaan Kristian dan Yahudi berkenaan penciptaan Hawa dan keturunan Adam. Mengikut pandangan mereka, Hawa, isteri Adam (as), telah diciptakan dari tulang rusuk Adam, dan anak-anak lelaki Adam dikahwinkan dengan anak-anak perempuannya. Dengan kata lain, mereka mempercayai Adam bersenggama dengan dirinya sendiri, dan para Nabi, para Wasi dan keturunan Adam adalah hasil dari inses (sumbang mahram). Berikut adalah contoh fatwa dan pendapat dari mereka berkenaan perkara ini:

 

“Wanita dicipta dari tulang rusuk yang bengkok:

 

Soalan: Nabi Al-Mushtafa (S) bersabda: “Layanilah perempuan dengan baik, kerana wanita dicipta dari tulang rusuk.“

 

 Syeikh Syuaib Al-Arnaut dalam mentahqiq (membetulkan) dan menta'liq (mengulas) Kitab Riyadh Al-Salihin oleh Imam Al-Nawawi berkenaan hadits ini, dalam mengulas hadits ini, beliau berkata:: “Pernyataan ini adalah sebuah perbandingan dan perumpamaan, yang telah disebutkan dalam riwayat kedua, “wanita ibarat tulang rusuk”. Ia bukanlah bermaksud wanita dicipta dari tulang rusuk

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 169

 

 

Adam, seperti yang dibayangkan oleh sebahagian daripada mereka, dan tidak ada perkara seperti itu dalam Sunnah yang sahih.“

 

Yang Mulia Syeikh: Inilah yang dikatakan oleh Syeikh Al- Arnaut dalam watak yang sama, walaupun Nabi (S) bersabda dalam perkataan yang sama dan dengan jelas: bahawa wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk dan ini - saya fikir - ditunjukkan dalam firman Allah:

اَّلذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا

yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; [Surah An-Nisa’ Ayat 1] dan dalam firmanNya:

هُوَ اَّلذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا

Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya. [Surah Al-A’raaf Ayat 189] dan dalam firmanNya:

وَمِنْ ايَاِتهِ انْ خَلَقَ لكُمْ مِنْ انْفُسِكُمْ ازْوَاجًا لتَسْكُنُوا إَليْهَا

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,” [Surah Al-Rum Ayat 21] Dan firmanNya:

وَالَّلَّهُ جَعَلَ لكُمْ مِنْ انْفُسِكُمْ ازْوَاجًا

Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri [Surah Al-Nahl Ayat 72].

Ahli-ahli tafsir telah menyebutkan bahawa ini merujuk kepada wanita. Maka Hawa telah diciptakan dari rusuk Adam (as).

 

Wahai Sheikh yang mulia, adakah apa yang disebutkan oleh Syeikh Al-Arnaut ini benar atau batil? Apakah nasihat anda berkenaan hadits yang digunakan beliau sebagai hujah: “Wanita itu ibarat rusuk, Jika kamu meluruskannya, maka ia akan patah, jika kamu tidak meluruskannya, maka ia akan kekal bengkok?”

 

Jawaban 1:

 

Pada zahir hadits tersebut adalah bahawa wanita - yang dimaksud dengan Hawa (as) - diciptakan dari tulang rusuk Adam (as), dan ini tidak bertentangan dengan hadits lain yang menyebutkan bahawa wanita disamakan dengan tulang rusuk. Sebaliknya, ia dipelajari dari gurau mesra perumpamaan ini, oleh asal usulnya. Ini bermakna, wanita dicipta dari rusuk bengkok, maka tidak boleh dinafikan bahawa mereka bersifat demikian. Malahan, jika si suami mahu meluruskan isterinya, ia akan membawa kepada perselisihan dan penceraian, yang akan “mematahkan” si isteri. Jika beliau sabar dengan keadaan lemah si isteri, kelemahan akalnya, dan aspek-aspek “bengkok” yang lain, maka perhubungan akan berpanjangan dan berterusan. Ini telah dijelaskan di dalam penjelasan hadits, termasuklah oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar, dalam (Al-Fath) (6/368) semoga Allah merahmati kesemua mereka. Ini menerangkan penafian penciptaan Hawa dari rusuk Adam adalah tidak benar. Semoga Allah memberi taufiq kepadamu, selawat dan salam atas Muhammad dan keluarga Muhammad serta para sahabatnya.“

 

Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa

 

Ketua: Abdul Azi bin Abdullah bin Baz

 

Timbalan: Abdul Aziz Aala Al-Syeikh

 

Ahli Jawatankuasa: Abdullah bin Ghudaiyan,

 

Ahli Jawatankuasa: Saleh Al-Fawzan,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 170

 

 

Ahli Jawatankuasa: Bakr Abu Zaid.[1]

 

Berkenaan perkahwinan saudara lelaki dan wanita (sumbang mahram / inses), Ibn Katsir berkata:

 

Terdapat lebih dari satu riwayat daripada golongan salaf gan khalaf, bahawa Allah telah mensyariatkan Adam (as) mengahwinkan anak perempuannya dengan anak lelakinya kerana ia adalah suatu keperluan. Bagaimanapun, disebutkan bahawa dalam setiap rahim, ada seorang lelaki dan seorang perempuan, jadi Adam akan mengahwinkan anak perempuannya dari suatu rahim kepada lelaki dari rahim yang lain. Saudara perempuan Habil adalah seorang wanita yang buruk, sementara saudara perempuan Qabil adalah elok rupa. Maka Qabil ingin dan lebih menyukai saudara perempuannya untuk dirinya sendiri, bukan saudaranya. Adam menolak permintaan tersebut, melainkan mereka berdua mempersembahkan sedikit korban, dan sesiapa yang diterima akan mendapat saudara perempuan Qabil. Maka keduanya memberikan korban, dan hanya korban Habil yang diterima, sementara korban Qabil ditolak. Perkara mereka ini Allah kisahkan di dalam KitabNya.

 

Pendapat ahli-ahli tafsir dalam perkara ini seperti berikut:

 

As-Sudai berkata - seperti yang disebutkan - dari Abu Malik, dari Abu Shaleh, dari Ibnu Abbas - dan dari Murrah, dari Ibnu Mas’ud - dan dari beberapa orang dari para sahabat Nabi (S). Bahawa setiap anak yang datang dari Adam akan mempunyai saudara perempuannya. Adam akan mengahwinkan anak lelaki dari satu rahim kepada anak perempuan dari rahim yang lain. Adam mempunyai dua anak lelaki, Habil dan Qabil. Qabil adalah pemilik tanaman, manakala Habil adalah pemilik ternakan.

Qabil adalah anak sulung dan mempunyai saudara perempuannya yang lebih baik dari saudara perempuan Habil. Maka Habil diminta untuk dikahwinkan dengan saudara perempuan Qabil, namun Qabil menolak dan berkata: Dia adalah adikku, dilahirkan bersama ku, dan dia lebih baik dari adik mu. Dan aku lebih berhak untuk mengahwininya.

Mereka berdua melakukan korban kepada Allah AWJ untuk menentukan siapa yang lebih layak mendapatkan saudara perempuan tersebut. Adam (as) tidak ada bersama mereka, kerana bermusafir ke Makkah untuk melihatnya. Allah AWJ berfirman, “Tahukah kamu Aku mempunyai rumah di bumi?” Beliau menjawab: “Ya Allah, tidak.” Allah berfirman: “Aku mempunyai rumah di Makkah, maka pergilah kepadanya.” Kemudian Adam berkata kepada langit: “Lindungilah kedua anak-anakku,” namun ia menolak. Beliau meminta kepada bumi, namun ia menolak. Beliau meminta kepada gunung, namun ia menolak. Lalu beliau meminta kepada Qabil, Qabil berkata: “Baik. Pergilah, dan apabila ayah kembali, ayah akan melihat keluarga ayah berada dalam keadaan yang membuat ayah gembira.” Apabila Adam bertolak, Habil dan Qabil mempersembahkan korban mereka. Qabil berasa bangga dengan korbannya, dan berkata: “Aku lebih layak mendapatkan dia (adik perempuannya) dari kamu. Dia adalah adikku, dan aku lebih tua dari mu, aku juga adalah pewaris (washi) bapaku.” Apabila mereka memberikan korban, Habil memberikan ternakan yang gemuk, sementara Qabil memberikan seberkas bijirin. Qabil kemudiannya menemui bijirin yang baik dari korbannya, maka dia memakannya. Kemudian turunlah api dan menyambar korban dari Habil, dan meninggalkan korban Qabil. Qabil lalu menjadi marah dan berkata: “Aku akan membunuh mu supaya kamu tidak dapat mengahwini adik ku.” Habil kemudian berkata: “Allah menerima amalan orang bertaqwa.” Diriwayatkan oleh  Ibn Jarir.

 

_______________________

1. Kitab Fatwa Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa-fatwa. Ketua Ibn Baz. No. Fatwa (20053)

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 171

 

 

Ibnu Abi Hatim berkata: cerita dari Al-Hasan bin Muhammad bin Al-Sabah, cerita dari Hajjaj, cerita dari Ibnu Juraij, khabar dari Ibnu Khutsaim, dia berkata: Aku datang bersama Sa’eid bin Jubair, maka diceritakan dari Ibnu Abbas, katanya: “Telah dilarang seorang wanita mengahwini saudara lelaki kembarnya, namun dalam masa yang sama, diperintahkan ke atasnya untuk mengahwinkan wanita tersebut dengan saudara lelaki yang lain. Di dalam setiap rahim, ada seorang lelaki dan wanita; seorang wanita terpuji dalam suatu rahim, dan seorang wanita hodoh dan tidak terpuji dalam rahim yang lain. Maka seorang saudara (Habil) itu berkata saudaranya yang lebih rendah darjatnya (Qabil): “Biarkan aku mengahwini saudara perempuan kamu, dan aku akan mengahwinkan saudara perempuanku dengan mu.” Saudaranya (Qabil) berkata: “Tidak. Aku lebih layak mendapatkan adik perempuanku.” Maka mereka berdua melakukan korban, dan korban domba diterima, manakala sebaliknya tidak diterima korban bijirin. Maka pemilik bijirin telah membunuh pemilik domba.Sanad yang baik” [1]

 

Kita akan melihat bahawa ideologi ini adalah korup dan bercanggah dengan sains, serta mereka yang mempercayainya telah menjauhi kebenaran. Kita juga akan melihat bagaimana mereka telah meletakkan manusia pada darjat lebih rendah dari haiwan.

 

__________________

1. Sumbernya (Ibn Katsir - Tafsir Ibn Katsir): Tafsir Surah Al-Ma’idah, Ayat 27-31

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: