Jumaat, 25 Februari 2022

5.8 Teori Evolusi Biologikal Itu Sendiri Memperjelaskan Isu ini

 

Teori Evolusi Biologikal Itu Sendiri Memperjelaskan Isu ini

 

Penjelasan ini adalah berdasarkan hukum evolusi yang sama. Telah dihipotesiskan bahawa pemilihan semulajadi telah memperhalusi semua perkara dalam diri kita agar hanya gen penting diri yang mempengaruhi tingkah laku manusia. Umumnya, menurut sesetengah orang, wujud sebab-sebab biologikal untuk tingkah laku manusia. Bagi mereka, otak telah memberikan sebuah penjelasan yang memadai untuk ciri-ciri tingkah laku manusia.

Malahan, tesis ini sangat mengarut apabila dipertimbangkan dari sisi moral, kerana ia bersifat deterministik (Kepercayaan hanya kepada takdir ilahi). Jika kita mahu mengaplikasikannya pada realiti, maka ia akan menjustifikasikan pandangan ekstremisme, kesesatan dan jenayah. Penjenayah melakukan jenayah kerana wujud sebab biologikal yang mendorong beliau berbuat demikian, dan seorang dermawan pula memberi sumbangan kerana wujud sebab biologikal yang mendorong beliau berbuat demikian. Tesis ini gagal menjelaskan tingkat laku manusia apabila mereka mengekang keperluan biologikal mereka dan apa yang diarahkan oleh gen mereka kerana pandangan kemasyarakatan atau ideologi tertentu, dan ia juga gagal menjelaskan moral tulen dan sebenar (ia tidak mempercayai kewujudannya)

Sebagai contoh, pemilihan semulajadi telah memperhalusi altruisme kita dengan memihak kepada sifat altruisme yang berkhidmat demi keberterusan hidup gen, contohnya seperti altruisme ibu bapa terhadap anak, atau altruisme timbal balik.

Namun isu ini hanya menjelaskan altruisme yang melibatkan manfaat genetik, dengan kata lain bermaksud, gen-lah yang membina sifat tersebut di dalam organisme di sepanjang perjalanan evolusi, kerana ia adalah jalan yang lebih baik untuk memindahkan gen kepada generasi seterusnya. Inilah halnya bagi altruisme ibu bapa terhadap anak-anak mereka, dan kaum kerabat terhadap satu sama lain, memandangkan mereka umumnya mempunyai jumlah gen terkongsi yang lebih besar.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 286

 

 

Sebagai tambahan, ini juga menjelaskan altruisme dengan mengharapkan balasan di masa akan datang, seperti kelawar pontianak yang memuntahkan darah dan mendermakannya kepada kelawar lapar lain yang tidak dapat mencari mangsa pada mana-mana malam, dengan harapan ia akan dilayan dengan cara yang serupa apabila dirinya menghadapi kesukaran.

Walaubagaimanapun, tesis ini, yang digunapakai oleh ramai ahli biologi, tidak dapat menjelaskan altruisme asli yang tidak didasarkan kepada sifat penting diri genetik atau pengharapan kepada balasan. Ia tidak boleh menjelaskan budaya moral unik yang muncul secara tiba-tiba dalam sejarah terkemudian manusia (iaitu beberapa ribu tahun yang lepas).

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: