Teori Evolusi Biologikal Itu Sendiri
Memperjelaskan Isu ini
Penjelasan ini adalah berdasarkan hukum
evolusi yang sama. Telah dihipotesiskan bahawa pemilihan semulajadi telah
memperhalusi semua perkara dalam diri kita agar hanya gen penting diri yang
mempengaruhi tingkah laku manusia. Umumnya, menurut sesetengah orang, wujud
sebab-sebab biologikal untuk tingkah laku manusia. Bagi mereka, otak telah
memberikan sebuah penjelasan yang memadai untuk ciri-ciri tingkah laku manusia.
Malahan, tesis ini sangat mengarut apabila
dipertimbangkan dari sisi moral, kerana ia bersifat deterministik (Kepercayaan hanya
kepada takdir ilahi). Jika kita mahu mengaplikasikannya pada realiti, maka ia
akan menjustifikasikan pandangan ekstremisme, kesesatan dan jenayah. Penjenayah
melakukan jenayah kerana wujud sebab biologikal yang mendorong beliau berbuat
demikian, dan seorang dermawan pula memberi sumbangan kerana wujud sebab
biologikal yang mendorong beliau berbuat demikian. Tesis ini gagal menjelaskan
tingkat laku manusia apabila mereka mengekang keperluan biologikal mereka dan
apa yang diarahkan oleh gen mereka kerana pandangan kemasyarakatan atau
ideologi tertentu, dan ia juga gagal menjelaskan moral tulen dan sebenar (ia
tidak mempercayai kewujudannya)
Sebagai contoh, pemilihan semulajadi telah
memperhalusi altruisme kita dengan memihak kepada sifat altruisme yang
berkhidmat demi keberterusan hidup gen, contohnya seperti altruisme ibu bapa
terhadap anak, atau altruisme timbal balik.
Namun isu ini hanya menjelaskan altruisme yang
melibatkan manfaat genetik, dengan kata lain bermaksud, gen-lah yang membina
sifat tersebut di dalam organisme di sepanjang perjalanan evolusi, kerana ia
adalah jalan yang lebih baik untuk memindahkan gen kepada generasi seterusnya.
Inilah halnya bagi altruisme ibu bapa terhadap anak-anak mereka, dan kaum
kerabat terhadap satu sama lain, memandangkan mereka umumnya mempunyai jumlah
gen terkongsi yang lebih besar.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 286
Sebagai tambahan, ini juga menjelaskan
altruisme dengan mengharapkan balasan di masa akan datang, seperti kelawar
pontianak yang memuntahkan darah dan mendermakannya kepada kelawar lapar lain
yang tidak dapat mencari mangsa pada mana-mana malam, dengan harapan ia akan
dilayan dengan cara yang serupa apabila dirinya menghadapi kesukaran.
Walaubagaimanapun, tesis ini, yang digunapakai
oleh ramai ahli biologi, tidak dapat menjelaskan altruisme asli yang tidak
didasarkan kepada sifat penting diri genetik atau pengharapan kepada balasan.
Ia tidak boleh menjelaskan budaya moral unik yang muncul secara tiba-tiba dalam
sejarah terkemudian manusia (iaitu beberapa ribu tahun yang lepas).
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan