Halaman

Ahad, 27 Februari 2022

5.14 Percubaan Dawkins Untuk Menjelaskan Moraliti dan Altruisme Sejati Diteruskan

  

Percubaan Dawkins Untuk Menjelaskan Moraliti dan Altruisme Sejati Diteruskan

 

"Sepanjang prasejarah kita, manusia tinggal dalam keadaan yang akan cenderung memilih evolusi kesemua empat jenis altruisme tersebut. Kita tinggal di perkampungan atau lebih awal lagi, tinggal dalam kumpulan berkeliaran seperti babun, terpisah secara separa dari kumpulan berdekatan atau perkampungan. Kebanyakan ahli kumpulan merupakan kerabat yang lebih dekat hubungannya dengan anda berbanding ahli dari kumpulan yang lain - menjadikan lebih banyak peluang untuk altruisme kekerabatan berevolusi. Dan, tanpa mengira kerabat atau bukan, anda akan lebih cenderung untuk bertemu individu yang sama berulang kali sepanjang hidup anda, menjadikan ini suatu keadaan yang ideal untuk evolusi altruisme timbal balik. Ia juga merupakan prasyarat yang ideal untuk membina reputasi altruisme, dan prasyarat yang ideal untuk mengiklankan sifat pemurah yang ditunjuk-tunjuk. Samada salah satu atau kesemua empat jalan ini, kecenderungan genetik ke arah altruisme semestinya dipilih di dalam manusia awal. Sangat mudah untuk melihat mengapa nenek moyang pra-sejarah kita bersikap baik kepada ahli kumpulan, namun bersikap buruk dan takut dalam hubungan dengan kumpulan lain. Namun mengapa kita berbaik-baik antara satu sama lain? Memandangkan sekarang kebanyakan dari kita tinggal di kota-kota besar, dan kita tidak lagi dekat bersama kerabat-kerabat kita, serta setiap hari kita bertemu orang-orang yang kita tidak akan berjumpa lagi - mengapa kita masih bersikap baik antara satu sama lain, malah kadang-kala kepada mereka yang dianggap tergolong dari kumpulan luar?

 

Adalah sangat penting untuk kita agar tidak silap dalam menjangkakan langkauan seleksi semulajadi. Pemilihan tidak memilih evolusi sebuah kesedaran kognitif berdasarkan apa yang baik untuk gen anda. Kesedaran tersebut harus menunggu sehingga abad ke dua puluh untuk mencapai tahap kognitif, dan walaupun sekarang, pemahaman penuh hanya terhad kepada ahli saintifik yang khusus. Apa yang dipilih oleh pemilihan semulajadi adalah peraturan praktikal, yang bekerja secara praktikal untuk mempromosikan gen yang membinanya.

 

___________________

1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms 220. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 297

 

 

Peraturan praktikal, berdasarkan sifatnya, kadang-kala melakukan kesalahan. Dalam otak seekor burung, peraturan menjaga benda kecil di dalam sarang dan beri makan ke dalam mulutnyasecara tipikalnya, mempunyai kesan memulihara gen yang mencipta peraturan tersebut, kerana objek kecildi dalam sarang tersebut selalunya adalah anaknya sendiri. Namun peraturan tersebut menemui salah apabila anak burung yang lain dapat menyelinap ke sarang tersebut, seperti halnya bagi burung cukcoo. Mungkinkah naluri kita untuk berbuat baik adalah salah, sama seperti kesalahan naluri ibubapa burung warbler yang bekerja keras untuk seekor anak cuckoo? Dan analogi yang lebih hampir adalah naluri manusia untuk mengambil anak angkat. Saya perlu menekankan bahawa sebutan "kesilapan tujuan" dimaksudkan hanyalah dari sisi Darwin semata-mata. Ia tidak membawa maksud merendahkan atau menghina.

 

Idea ralat (kesilapan) atau hasil yang bertentangan ini, Apa yang saya ingin pertahankan fungsinya seperti berikut. Pada masa silam,  ketika kita tinggal di dalam kumpulan yang kecil dan stabil seperti babun, pemilihan semulajadi telah memprogramkan ke dalam otak kita naluri altruistik, beserta naluri seksual, naluri kelaparan, naluri ketakutan orang asing dan seterusnya. Dan apabila beberapa orang bijak membaca buku Darwin, mereka tahu bahawa punca utama dorongan seksual mereka adalah pembiakan. Mereka mengetahui bahawa wanita tersebut tidak boleh mengandung kepada mengambil pil perancang. Namun mereka mendapati keinginan seksual mereka tidak berkurang walaupun mereka mengetahui hal tersebut. Keinginan seksual ialah keinginan seksual dalam jiwa dan bebas sepenuhnya daripada tujuan Darwin yang dikatakannya. Ia adalah keperluan kuat yang wujud secara bebas daripada matlamat utamanya.

 

Dan saya mencadangkan di sini bahawa keperluan dan perangsang adalah sama untuk berbuat kebaikan - untuk altruisme, untuk kemurahan hati, simpati dan belas kasihan. Di zaman nenek moyang kita, kita mempunyai peluang untuk bersifat altruistik hanya kepada kerabat rapat kita dan juga individu yang berpotensi membalas budi kita. Di masa kini, kekangan tersebut tidak lagi wujud, namun peraturan praktikal itu masih terus kekal. Mengapa pula tidak? Ia sama sahaja seperti keinginan seksual. Kita pasti akan berasa sedih melihat seorang yang sedang menangis (yang tidak berkaitan dan tidak mampu membalas budi), sama sahaja dengan perasaan berahi terhadap orang berlainan jantina (yang mungkin tidak subur atau tidak boleh mengandung). Kedua-duanya adalah kesilapan dalam tujuan, kesilapan Darwin: kesilapan yang diberkati dan berharga.[1]

 

Ringkasnya, Dawkins mengatakan sifat altruisme dengan balasan” telah bertukar menjadi altruisme tanpa balasan” kerana ralat dalam perlaksanaan hukum, kerana beliau menyebutkan: “Dan peraturan secara umum, dan dengan sifatnya, kadang-kadang

 

 

___________________

1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms 220-222. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.

                     

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 298

 

 

terlepas matlamat mereka akibat perubahan keadaan." Pada masa kini, sekatan itu tidak lagi wujud.” Tetapi peraturan itu kekal.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan