Isnin, 7 Jun 2021

Mengenai Bait Al-Mal dan Kewangan: S 81 - 87

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3

 

Mengenai Bait Al-Mal dan Kewangan: 

 

S 81 / Salah seorang saudara ansar menyumbangkan sejumlah wang untuk memberikannya kepada sesiapa yang layak mendapatkannya, dan oleh kerana saya menganggur dan begitu juga saudara saya, dan tidak ada yang memenuhi keperluan kami malah kadang-kadang kami memerlukan pertolongan, tetapi sukar bagi kami untuk mengatakan bahawa kami amat memerlukan, jadi bolehkah saya mengambil sejumlah wang dan selebihnya meinfaqkannya di jalan Allah seperti membantu salah seorang saudara ansar, sebagaimana yang diikrarkan oleh pemilik wang?

J / Sekiranya penderma memberi anda wang untuk meinfaqkannya untuk tujuan tertentu, maka anda berkewajiban membelanjakannya untuk tujuan yang ditentukan oleh penderma itu. Sekiranya dia ingin menyerahkannya ke Bait Al-Mal, anda mestilah menyerahkannya, dan jika dia menghendaki anda mengedarkannya kepada anak yatim, maka anda mesti melakukannya, dan jika dia menghendaki anda mengedarkannya juga kepada orang-orang miskin. Sebarkanlah kepada orang miskin, dan jika anda miskin dan memerlukan wang, maka anda boleh mengambil bahagian seperti orang lain yang mengagihkan wang itu.

 

S 82 / Saya mempunyai soalan berikut mengenai Bait Al-Mal:

1. Saya masih mempunyai pertanyaan tentang bagaimana Bait Al-Mal berfungsi. Bagaimana kita menerapkannya dalam masyarakat, siapa yang menjadi penerima manfaatnya? Adakah Bait Al-Mal dianggap sebagai pusat mengumpulkan semua jenis zakat kecuali khumus, dan juga infaq oleh penderma?

2. Bolehkah anda memberi saya contoh bagaimana ia berfungsi pada masa lalu?

J / Dana (wang), sama ada wajib seperti zakat dan khumus, atau derma, dikumpulkan dalam Bait Al-Mal, dan membelanjakannya dengan cara yang telah saya jelaskan kepada anda, iaitu, untuk dakwah kepada kebenaran, menolong orang-orang yang beriman yang memerlukan, dan membantu anak-anak yatim yang beriman. Bagi masyarakat, selagi anda mempunyai cukup wang, anda boleh, misalnya, membantu anak yatim walaupun keluarga mereka tidak beriman, atau anda boleh membuka badan (pertubuhan) untuk membantu anak yatim, dan saya mohon kepada Allah agar memberkati anda dan memberkati usaha anda dan jadikan cara untuk memberitahu manusia tentang kebenaran, terutama di wilayah mereka yang memahami bahasa anda atau di mana-mana tempat yang dapat anda sampaikan kebenaran kepada mereka, seperti Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand selatan, Indonesia dan lain-lain, semoga Allah memberi ganjaran kepada anda dengan ganjaran yang terbaik untuk orang-orang yang membuat kebajikan, dan Insya Allah, semoga Allah menolong anda untuk menyampaikan kebenaran kepada mereka dan kepada mereka yang mengharap anda dapat membimbing mereka.

 

S 83 / Sesuai dengan saranan Imam Ahmad al-Hassan (as), kami telah mendirikan Bait Al-Mal di kawasan kami dan bertanggungjawab untuk melayani ansar dan ansariah yang beriman dengan dakwah Al-Yamaniyah yang haq dan menolong mereka dari segi kewangan. Soalan saya ialah: Apakah kita berhak untuk membelanjakan khumus dan hak-hak syari’ah yang kita kumpulkan untuk mewujudkan markaz dan Husseiniyah untuk ansar di wilayah ini, dan juga dalam membantu keluarga yang memerlukan kewangan?

Adalah diketahui bahawa kita sangat memerlukan markaz seperti ini yang mengumpulkan semua ansar dan di mana pertemuan, sholat dan pelajaran agama dapat diadakan, dan bahawa kemampuan kewangan para ansar untuk menyediakan jumlah yang diperlukan untuk membeli tanah dan membina markaz dan Husseiniyah pada masa ini terhad dan tidak mencukupi.

J / Ia diizinkan, dan saya mohon kepada Allah agar memberkati anda dan mempermudah urusan anda kepada apa yang diredhaiNya.

 

S 84 / Pada saya ada wang (Silah imam), maka bolehkah saya memberikannya kepada yang memerlukan di kalangan ansar? Terutama sejak penyerahan wang kepada ansar yang bertanggungjawab pada Bait Al-Mal menjadi sukar.

C / Dibolehkan.

 

S 85 / Saya sangat risau; Kerana saya mempunyai sejumlah wang di leher saya (tanggungjawab saya), milik Imam Al-Mahdi (as), dan saya tidak mempunyai wang untuk saya membayar hutang ini, jadi saya selalu keliru dan saya memikirkannya dan saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan?

J / Tidak ada masalah selagi anda tidak mempunyai wang ini, semoga Allah menjayakan anda dan membimbing langkah anda, dan saya mohon kepada Allah agar melapangkan anda dengan kurnia-Nya.

 

S 86 / Adakah dibenarkan menolong orang yang tidak sholat atau puasa dan yang tidak beriman dengan dakwah yang diberkati, tetapi dia miskin, dan adakah menolongnya secara kewangan (untuk peribadinya atau demi anak-anaknya) diberikan ganjaran dan pahala, dan adakah perbezaan antara hubungan silaturrahim dan yang lain?

J / Orang yang tidak beriman dapat dibantu secara kewangan, dan adakah diberikan ganjaran dan pahala, ya, setiap hati akan diberikan ganjaran, iaitu, jika dia memerlukan makanan, misalnya, dan anak-anaknya juga dapat dibantu, dan hubungan silaturrahim tidak mungkin diganggu, dan lebih baik menolong mereka walaupun mereka tidak beriman, dan sekiranya anda harus memilih antara menolong orang yang tidak beriman dan yang beriman, maka memilih untuk menolong orang yang beriman adalah lebih baik.

 

T 87 / Seorang yang beriman dengan kebenaran memintanya agar ayahnya menderma (1,000 euro) untuk membangun sebuah masjid di Amsterdam, dan dia tidak tahu apa yang harus dilakukan, kerana pemilik masjid itu adalah pengikut Marajik, dan ketika membuka pada mereka perkara dakwah Imam Ahmad Al-Hassan dan agar dibolehkan berdakwah kepada manusia kepada kebenaran dalam masjid itu, lalu mereka menolaknya, apa yang harus lakukan?

J / Tidak dibenarkan bagi orang beriman untuk berderma kepada mereka yang sesat ini, kerana mereka telah ditawarkan kebenaran dan mereka menolaknya, kerana ini adalah pedagang duniawi, dan ini bukan masjid di sisi Allah, melainkan sebuah kedai perdagangan dan mengumpulkan wang dari manusia untuk kesenangan salah seorang wakil Marajik dan mungkin rombongan penipu kecil yang mengelilinginya di Eropah yang tidak bekerja, dan mereka menghantar sebahagiannya untuk Marajik mereka. Mereka adalah orang-orang yang mengumpulkan wang anda dan mereka memberikannya kepada Marajik mereka yang mereka kembalikan sepertiga atau separuh dari wang yang mereka kumpulkan, dan itulah sebabnya anda merasa mereka terdesak untuk dunia kotor mereka, yang mereka dapat dengan kaedah yang paling kotor, iaitu memperdaya dan menipu manusia atas nama agama, dan sesiapa yang ingin memastikannya pergilah ke Najaf untuk mengetahui sendiri masalah ini. Semua Marajik masing-masing memberikan separuh atau sepertiga wang itu kepada wakil yang mengumpulkannya, dan anda dapat mengesahkannya dengan mudah dengan pergi ke Najaf dan meminta syeikh-syeikh yang berserban dari kalangan pengikut Marajik, jadi jika sebilangan mereka berani membohongi anda dan menafikannya, pasti ada seseorang di hauzah yang mengatakan yang sebenarnya dan sesiapa yang tidak berpuas hati tindakan Marajik dan wakil mereka terhadap wang, dan saya secara peribadi dalam isu keadilan kewangan yang saya bangkitkan di hauzah, kami menjadikan sebilangan besar orang-orang yang berserban pada masa itu, banyak pelajar hauzah tahu mengenai penyelewengan kewangan Marajik ini dan anak-anak mereka dan wakil-wakil mereka, tetapi para pelajar hauzah tidak dapat mencari jalan keluar dari penyelewengan kewangan, atau bahkan mereka meletakkan diri mereka dalam keadaan lemah ketika mengikuti Marajik ini.

Secara peribadi, situasi berikut terjadi pada saya: Dalam jangka masa yang singkat, seseorang mengumpulkan dana untuk beberapa Marajik di negara selain Iraq. Allah menghendaki orang ini mengumumkan kepada sebahagian orang yang beriman bahawa dia percaya kepada kebenaran dakwah Al-Mahdawiyah yang diberkati. Saya mohon kepada Allah agar memberinya taufiq dan menangkisnya. Dia mengajukan soalan kepada saya melalui sekumpulan orang yang beriman dengan dakwah, dan soalannya adalah mengenai wang di bawah tangannya untuk sebahagian Marajik, dan nilai yang ditanyakannya adalah setara dengan beberapa juta dolar, dan dia ingin menyerahkan wang itu kepada Bait al-Mal yang diuruskan oleh ansar, dan dia juga bertanya tentang jumlah yang dia dan beberapa orang dibenarkan untuk mengambilnya, orang yang membantunya mengumpulkan wang itu dengan anggapan bahawa perkara ini adalah yang wajar pada Marajik tersebut, dan dia semoga Allah memberi taufiq kepadanya tidak meminta untuk mengambil sepertiga atau separuh, tetapi hanya pertanyaannya adalah mengenai kebenaran untuk mengambil sebahagian wang sebelum menyerahkannya kepada Bait al-Mal ansar, dan saya memberitahunya untuk meninggalkan perkara ini, dan mengembalikan wang itu kepada pemiliknya dan menyampaikan kepada mereka tentang dakwah ini, jika mereka menerimanya kami terima wang tersebut, dan jika mereka menolaknya, kami tidak memerlukan wang mereka. Dia akan mengembalikannya kepada mereka, dan mereka akan membuang wang mereka sesuka mereka. Ini adalah saksi yang berlaku kepada saya tidak lama dulu, yang menunjukkan bahawa Marajik ini telah membuat peraturan untuk wakil-wakil mereka dengan mengambil sepertiga atau separuh daripada dana syar’eiyah (khumus) sehingga orang ramai menganggapnya sebagai perkara syarak yang tidak ada kaitan dengannya. Walaupun tidak ada bukti bahawa seseorang yang mengumpulkan khumus boleh mengambil sepertiga dari wang khumus yang dikumpulkannya.

Saya membangkitkan isu Marajik yang memberikan sepertiga atau separuh wang khumus kepada wakil-wakil mereka yang mengumpulkannya. Sebaliknya, wakil-wakil itu mengasingkan bahagian mereka sebelum mereka menyerahkannya kepada Marajik. Saya mengarahkan sebilangan pelajar hauzah pada masa itu untuk pergi berjumpa mereka dan bertanya kepada mereka mengenai dalil syar’ei mereka atas pemberian sepertiga wang khumus kepada wakil-wakil yang mengumpulkannya. tetapi mereka tidak dapat menjawabnya, dan ada di antara mereka memetik ayat zakat sementara mereka tidak tahu bahawa itu adalah khusus untuk zakat, dan yang lain berkata: Yang kemudian (Al-Khalaf) mengikuti pendahulunya (Al-Salaf), dan ini adalah pernyataan jawapan saya yang paling sedikit yang dapat menggambarkan sebagai sesuatu yang jahil.

Secara umum, semoga Allah menjayakan anda, seorang ansar yang berada di Belanda, semoga Allah melindunginya, sekiranya dia ingin menderma, biarkan dia menderma kepada Husseiniyah dan masjid Al-Mahdawiyah di Eropah atau di negara-negara lain di dunia yang diikuti oleh ansar Imam Al-Mahdi, atau menderma untuk membantu anak yatim, atau menderma untuk membuka saluran satelit Ansar Al-Imam Al-Mahdi, dan tidak dibenarkan baginya untuk menderma bagi memperkuat kekuasaan orang-orang yang sesat yang menghina salah seorang Hujjjah dari Hujaju Allah yang wajib dipatuhi oleh manusia, mereka menghina siang dan malam di saluran-saluran satelit, dan melarikan diri dari perdebatan dengan ansar di saluran-saluran satelit mereka; Takut bahawa kekosongan dan kebankrapan aqidah mereka akan tersingkap dari dalil agama acuan mereka yang menyimpang dari agama Muhammad dan keluarga Muhammad (as), dan untuk ini anda dapati mereka puas dengan penghinaan, kutukan, pembohongan dan fitnah atas dakwah sementara orang-orang yang beriman berada dalam dakwah, dan mereka cuba menipu manusia dengan kedustaan.

 

S / Adakah mengambil, menerima atau menyerahkan jumlah (khumus atau bahagian imam) yang kami terima dari Marajik sebagai gaji bulanan dari hauzah dibenarkan?

J / Mereka yang dipanggil Marajik tidak dibenarkan menerima khumus dan mereka tidak mempunyai dalil atas apa yang mereka lakukan, tetapi jika mereka memberikan kehendak mereka sendiri sejumlah wang ini kerana anda seorang pelajar di hauzah, maka ambillah dari mereka, jika anda menerima wang ini lebih baik untuk mereka, mudah-mudahan Allah membimbing mereka kepada kebenaran dan meninggalkan kepalsuan yang mereka hadapi.

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: