Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3
Berkaitan Keluarga Dan Penjaga:
S 146 / Adakah hak
wali Al-Amr (ayah atau suami) melarang (mengharamkan) sesuatu pada anak
perempuannya atau isterinya? Maksudnya bukan sholat atau puasa dan seumpamanya,
melainkan larangan melakukan sesuatu atau wajib untuk meninggalkan sesuatu dari
masalah kehidupan dan jika dia melarangnya, bolehkah saya melakukannya? Secara
amnya, apakah hak bapa terhadap anak-anak lelaki dan perempuan?
J / Tidak seorang
pun boleh mengharamkan apa yang dihalalkan Allah. Adapun perwalian bapa yang
beriman, kedudukannya telah dijelaskan seperti dalam masalah perkahwinan, dan hak-hak
suami dan isteri dijelaskan di dalam Kitab Al-Syarai3.
S 147 / Ketua
keluarga telah sampai pada tahap akhir penyakit Alzheimer, dan sekarang dia
tidak menyedari apa-apa, dan isterinya telah mulai mengurus urusan perbelanjaan,
dan dia diberitahu bahawa dia tidak berhak membelanjakan dari wangnya kecuali
untuk perbelanjaan rawatan, makanan dan hal-hal peribadinya yang lain dan juga
hal-hal yang sangat sempit, dan ini menyebabkan dia sangat malu menguruskan
perbelanjaan untuk tetamu, misalnya, atau urusan rumah tangga yang lain. Adalah
diketahui bahawa isteri tiada sumber kewangan lain.
Dan satu lagi
perkara: Rumah itu dalam keadaan tidak baik dan dia ingin menjualnya dan
membeli yang lain, untuk menjimatkan sejumlah wang untuk melaburkannya dan menggunakan
faedahnya untuk membelanjakannya dan untuk dirinya sendiri, adakah dia berhak
melakukannya?
J / Adalah
dibenarkan baginya untuk membelanjakan wangnya dengan cara yang diredhai Allah
dan seperti yang biasa ia (suami) gunakan pada hari-hari dia sihat. Adapun menjual
hartanya seperti rumah, tidak dibenarkan kecuali jika perlu, seperti untuk
memberi rawatan kepadanya.
✡✡✡✡✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan