Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3
Makanan dan Minuman:
S 65 / Adakah dibenarkan makan sotong?
J / Tidak dibenarkan.
S 66 / Apa hukum makan moluska (dua cangkerang seperti
tiram dan kepah) dari makanan laut, dan makan ketumbar, tanaman yang digunakan
untuk menyiapkan banyak makanan kita?
J / Moluska (sotong dan sejenisnya) tidak
dibenarkan dimakan. Adapun tanaman ketumbar, dibenarkan memakannya dan tidak
ada masalah dengannya.
S 67 / Saya membaca surat khabar Timur Tengah
bahawa seorang pendakwah Kuwait mengizinkan makan ikan yang diberi makan di
ladang Eropah dengan sisa babi setelah ia ditukarkan menjadi bahan lain, dan
pertanyaannya: Apakah hukum mengenai ikan yang diimport yang tersedia di pasar tempatan?
J / Ia halal dan dibenarkan memakannya jika
memenuhi syarat-syarat analisa lain seperti cara matinya (Al-Zhakatu) iaitu
dengan mengambilnya hidup-hidup dari air.
S 68 / Apakah hukum tentang keju kemasan
asing, terutama keju Kraft, dan apakah hukum tentang renet (pencerna) yang
digunakan di dalamnya (membuat keju)?
J / Renet tidak bermasalah dalam menggunakannya
untuk membuat keju, baik untuk binatang yang disembelih dengan betul, atau
tidak.
S 69 / Adakah air barli halal atau haram untuk
pesakit, dan adakah syarat untuk manisnya?
J / Jika barli tidak diperam ((ditapaikan) dijadikan
khamar), airnya boleh diminum. Tetapi jika barli telah diperam (menjalani
proses penapaian), tidak boleh diminum airnya walaupun untuk rawatan (iaitu
dibenarkan untuk merendam barli dan mengeluarkan airnya dengan menekannya atau
dengan kaedah lain, tetapi sebelum keadaan penapaian muncul padanya).
S 70 / Adakah dibenarkan menggunakan air
kencing unta untuk merawat gangguan pernafasan di dada orang yang beriman, dan
salah seorang doktor menerangkannya kepada saya dengan dalil yang dijelaskan
oleh Imam Al-Shadiq (as). Adakah air kencing memenuhi syarat untuk penyakit
seperti itu?
J / Sekiranya anda bermaksud minum air kencing
unta seperti yang dilakukan oleh syeikh Wahhabi dan orang-orang yang menipu pengikutnya,
maka ini adalah perbuatan yang jelek dan menjijikkan dan tidak dibenarkan
meminum kotoran. Adapun Imam Al-Shadiq, Shalawatu Allah 3alaih, jauh dia dari
meghalalkan minum kotoran.
S 71 / Pertanyaan mengenai kejuruteraan
genetik tumbuhan, haiwan, kulat dan bakteria melalui teknologi biologi, adakah
ia dibenarkan?
Apa yang saya fahami dari jawapan sebelumnya
yang dikeluarkan oleh Imam (as) adalah bahawa tidaklah haram memakan makanan
yang diubahsuai secara genetik, tetapi saya ingin tahu apakah ia dianggap
sebagai perubahan dalam ciptaan Allah SWT, lalu menjadi haram?
J / Adalah dibenarkan untuk mengubah genetik tumbuhan,
haiwan, dan bahkan genetik manusia jika tidak terkeluar peraturan akhlaq dan hukum
syarak umum, kerana jisim-jisim ini hanyalah alat yang digunakan oleh roh kita
untuk diuji di dunia jasmani ini.
✡✡✡✡✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan