Jumaat, 18 Jun 2021

Berkaitan Dengan Bersuci (Thaharah): S 1 - 12

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 4

 

Berkaitan Dengan Bersuci (Thaharah): 

 

S 1 / Seseorang yang melakukan wuduk dan dia tidak menyedari ada yang menghalang wuduknya pada anggota badannya, dan setelah dia sholat, dia menyedari halangan tersebut, apa hukum sholatnya, patutkah dia mengulanginya atau tidak ?

J / Hendaklah mengulanginya.

 

S 2 / Sekiranya saya mengetahui di bahagian dalam kuku terdapat titik pewarna kuku ada di kuku saya, dua minggu yang lalu, adakah saya harus mengulangi sholat dan ghusl (mandi), dan hari itu saya berpuasa, adakah puasa saya diterima atau tidak ?

J / Tidak perlu mengulang-ulang wuduk dan ghusl, dan sholat dan puasa anda sah, dan secara umum tidak perlu menyampaikan air ke bahagian dalam kuku.

 

S 3 / Terdapat inai yang dilukiskan pada tubuh, tetapi mengandungi peratusan pewarna. Adakah boleh berwuduk dengannya atau dianggap sebagai penghalang?

J / Ia tidak dianggap sebagai penghalang selagi ia mewarnai kulit itu sendiri.

 

S 4 / Saya seorang tentera yang sudah bersara, dan saya mengalami kecederaan dimana kaki kanan dipotong tanpa sendi pergelangan kaki, yang menyebabkan saya berjalan pada sendi kaki, tetapi doktor yang merawat saya merawatnya semula supaya saya boleh berjalan pada sendi yang tidak akan menyakitkan saya, mengubah tulang pergelangan kaki ketika berada dalam kedudukan menegak dan membuatnya mendatar sehingga saya dapat berjalan pada sendi. Apabila saya membaca dalam Kitab "Sharai3 Al-Islam" dalam bab berwuduk bahawa menyapu kaki bagi seseorang yang mempunyai kaki yang dipotong tidak akan menyapu kaki ini jika tidak ada buku lali (mata kaki) padanya, dan saya melakukan seperti yang saya baca, tetapi sejak hari itu saya bingung adakah saya menyempurnakan perkara itu mengikut hukum syar’ei, atau tidak?

J / Bila melakukan sesuai dengan apa yang disebutkan dalam "Sharai3 Al-Islam" dan tidak ada alasan untuk meragukannya:

(Dan jika terputus (kudung) bahagian tempat (anggota) sapuan kaki, sapulah bahagian kaki yang tertinggal (masih ada), jika terputus dari buku lali kaki gugurlah menyapu ke atas kaki.

 

S 5 / Saya membersihkan luka, dan setelah itu saya dapati darah masih keluar dari situ, dan kemudian pendarahan berhenti dan saya lupa membersihkannya lagi, jadi saya berwuduk dan sholat, apakah hukum wuduk saya dan sholat saya?

A / Menurut pertanyaan, terdapat darah pada salah satu bahagian badan semasa berwuduk, seperti tangan atau muka, dan kemudian wuduk berlaku pada darah ini tanpa membersihkan darah, dan menurut anggapan ini, anggota tersebut najis dan tidak suci, dan dengan itu wuduk tidak sah, maka ulanglah sholatnya.

 

S 6 / Seorang gadis yang (kembali) suci pada waktu malam dalam bulan Ramadan, tetapi dia tidak dapat melakukan ghusl kerana malu pada ayahnya atau saudara-saudaranya, adakah dia harus melakukan ghusl, atau adakah dia boleh berbuka puasa? Hal yang sama berlaku untuk hukum-hukum istihaadah, jika seorang gadis tidak dapat ghusl pada waktu fajar dengan alasan yang sama, apakah penyelesaiannya?

J / Malu bukanlah alasan untuk tidak melakukan ghusl, tetapi secara umumnya jika seseorang tidak dapat membersihkan dirinya dengan air, dia tukar (gantikan) kepada tanah (debu), iaitu tayammum.

 

S 7 / Sekiranya seseorang itu wajib ghusl, tetapi dia tidak mengetahui hukumnya dan tidak tahu bahawa ghusl itu wajib, dan tidak melakukan ghusl, dan dia sholat dan berpuasa, maka apakah hukum sholat dan puasanya, adakah dia harus mengqadhakannya? Dan jika dia wajib mengqadhakannya tetapi dia tidak tahu berapa hari dia patut berpuasa atau sholat yang perlu dia lakukan, apa yang harus dia lakukan?

J / Setiap kali dia dihalangi dari bersuci, batallah sholatnya, dan begitu juga dengan puasa disyaratkan dia dalam keadaan suci, dan dengan tidak mengetahui jumlah harinya, dia mesti mengqadhakannya sehingga dia puas (tenang) dengan qadhanya itu.

 

S 8 / Adakah darah yang turun pada wanita hamil akibat kecacatan pada uri atau tembuni dianggap darah istihaadah?

J / Menurut keadaan yang disebutkan di atas, ia dianggap darah istihaadah.

 

S 9 / Adakah dibenarkan bersalaman dengan Sabian (beragama lain), menciumnya dan memakan makanannya?

J / Dibenarkan.

 

S 10 / Kadang-kadang kami berurusan dengan Hindu atau Majusi, yang berjabat tangan dengan kami atau menawarkan teh dan makanan di mana-mana tempat (restoran, syarikat, ...) dan apabila dia mencuci bekas atau menyentuh kami dengan tangannya yang basah, atau misalnya dia adalah tukang kayu atau tukang cat atau yang lain dan memasuki rumah kita, Dia menyentuh di sana sini. Apakah batas-batas berurusan dengan mereka dari segi najis, adakah kita perlu melakukan ghusl, berwuduk, atau membersihkan tempat-tempat dan benda-benda. Dan bagaimana dengan makan dan minum, samada yang menyediakan makanan atau hanya pembawa makanan?

J / Orang Hindu dan Majusi, selama mereka percaya akan kewujudan Allah Yang Maha Suci, mereka tidak dihukum sebagai najis. Oleh itu, tidak ada masalah jika dia menyentuh anda, atau menyentuh makanan atau peralatan dalam keadaan basah dan berair.

 

S 11 / Adakah wajib bagi kita ghusl bila menyentuh orang mati ketika menyentuh pesakit semasa dia mati secara klinikal dan sebelum doktor mengumumkan kematiannya?

J / Tidak wajib ghusl kerana menyentuh orang mati melainkan setelah tubuh mayat itu menjadi sejuk dengan kematian yang benar-benar diyakini bahawa dia sudah mati, dan ini disebutkan dalam Al-Syarai3: (Wajib ghusl pada orang yang menyentuh orang mati sebelum dimandikan dan selepas ia sejuk oleh kematiannya).

 

S 12 / Tilam tebal yang ukuran tebalnya lebih dari 25 cm terkena najis air kencing kanak-kanak dan tidak dapat dicuci dengan air. Kerana air tetap di dalamnya dan tidak keluar dari dalamnya, tetapi ada syarikat yang mencuci tilam seperti itu dengan alat khas, dan cara mencuci dan membersihkan tilam adalah dengan menekan wap air panas di atasnya sahaja dan bukan dengan air. Adakah ini cara yang patut digunakan untuk mencuci tilam tebal, atau tidak?

J / Untuk membersihkannya, boleh disampaikan (dikenakan) air terus kepadanya (seperti mengalirkan air paip di rumah), dan boleh juga dibersihkan tempat yang kena najis itu dengan wap, tetapi kotoran itu sendiri tidak dibersihkan dengan mengenakan wap air sahaja, sebaliknya, ia mesti dibuang atau dihilangkan dengan air yang banyak seperti air paip, atau agar wap air dikenakan (disembur) untuk jangka waktu yang agak lama, agar cukup untuk wap itu untuk menghilangkan sumber kotoran (najis) dan membersihkan tempat atau kawasan tersebut.

 

✡✡✡✡✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: