Rabu, 9 Jun 2021

Hukum Umum Untuk Lelaki dan Wanita: S 94-100

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3

 

Hukum Umum Untuk Lelaki dan Wanita: 

 

S 94 / Apakah hukum berada di tempat bercampur (Lelaki dan Wanita)?

J / Ia dibenarkan.

 

S 95 / Adakah diperbolehkan memberi nama anak-anak sesuai dengan sifat-sifat Allah Jalla Wa3ala seperti (Thahir – Yang Suci), pada hal sebahagian manusia tidak suci?

J / Tidak ada masalah dengan nama Thahir, dan orang yang beriman itu suci, insya Allah.

 

S 96 / Adakah boleh menusuk bahagian badan dan meletakkan anting-anting, misalnya?

J / Dibolehkan menusuk bahagian bawah telinga dan meletakkan anting-anting di dalamnya untuk lelaki dan wanita.

 

S 97 / Apa hukum berbekam bagi seorang wanita, kerana saya mendengar dari salah seorang saudara bahawa dia pernah membaca riwayat yang mengatakan bahawa bekam makruh bagi wanita khususnya?

J / Dibolehkan kepadanya berbekam dari menderma darah, sama ada untuk lelaki atau wanita, semoga Allah memberi kejayaan kepada anda dan membimbing langkah anda.

 

S 98 / Apakah alasan seseorang itu kidal (menulis dengan tangan kiri) dari segi biologi, dan adakah anda menasihatkan untuk tidak berkahwin dengan orang-orang ini?

J / Menggunakan tangan kiri sebagai ganti tangan kanan adalah sifat genetik dan diwarisi, dan perkahwinan dengan seseorang yang menggunakan tangan kirinya adalah seperti menikahi orang lain.

 

S 99 / Kami mendapat tahu dari imam bahawa boleh mencium tangan ibu bapa dan anak-anak kecil. Adakah saudara lelaki, saudara perempuan dan guru juga boleh mencium tangan selain fuqahak?

J / Jauhkanlah ia, semoga Allah memberi taufik kepada anda dan meneguhkan jejak langkah anda. Ini adalah sunnah (tradisi) yang tidak baik, yang kebiasaannya membawa kepada sifat takabbur. Adapun bagi kedua ibu bapa, anak-anak, suami dan isteri, maka hendaklah merapatkan (memeluk) tubuh mereka dan jauhkan daripada mencium tangan kedua ibu-bapa, anak, suami atau isteri yang mendorong kepada sifat takabbur..

 

S 100 / Apakah hukum bermain kad “daun terup” dan permainan menggunakan papan dan buah dadu?

J 3 / Ini adalah jawapan kepada soalan sebelumnya yang telah dijawab tetapi tidak diterbitkan:

[S 1: Apa hukum bermain catur jika tidak mengalihkan perhatian saya dari sholat dan yang difardhukan, dan bukan untuk tujuan pertaruhan dan perkara lain, dan bukan untuk tujuan ketagihan, tetapi hanya meluangkan masa bersama kawan-kawan kadang-kadang untuk hiburan sahaja?

J /

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Semoga Allah memberi kejayaan kepada anda dan membetulkan kesilapan anda. Bermain catur dibenarkan jika tidak disertai dengan perkara terlarang seperti pertaruhan dan perjudian. Semoga Allah memberi kejayaan kepada anda dan membetulkan kesilapan anda.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Ahmad Al-Hassan

Safar / 1433 H.]

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: