Isnin, 31 Januari 2022

Bab 2.7 Bukti Evolusi: Pemerhatian Anggota Badan Dan Naluri Haiwan


Pemerhatian Anggota Badan Dan Naluri Haiwan

 

 

Pertama-tama sekali, di peringkat bahagian badan dan bagaimana ia disusun, kita akan mendapati ikan normal bernafas melalui udara yang larut di dalam air, sementara ikan berparu-paru:

Lepidosiren Paradoxa

 

Seperti Lepidosiren Paradoxa, mampu bernafas melalui udara di atmosfera. Ini dianggap sebagai salah satu langkah awal diambil oleh ikan untuk hidup di darat. Sesetengah ikan paru-paru tinggal di air cetek, sementara yang lain, hidup pada musim panas di dalam lubang lumpur, menutupi diri mereka dengan bahan bermukus (pent: berlendir atau lembap) yang melindungi



  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 86

 

 

badan mereka. Semua ini adalah langkah evolusi untuk hidup di daratan, dibantu oleh kapasiti mereka untuk bernafas di udara atmosfera.

 

Ikan berparu-paru bernafas melalui insang seperti ikan yang lain. Mereka juga mempunyai kantung udara yang asalnya digunakan untuk terapung, namun telah berevolusi untuk bernafas melalui udara atmosfera. Ikan paru-paru telah dianggap sebagai mengambil langkah yang jelas ke arah membentuk dua kantung air menjadi dua paru-paru di masa hadapan, seperti haiwan vetebrata yang menyedut udara dengan dua paru-paru.

 

 

Wujud juga sejenis ikan yang dikenali sebagai ikan puyu (Anabas Testudineus) yang mampu memanjat, merangkak dan tinggal dalam lumpur untuk suatu tempoh yang panjang, dan kemudian pulang semula ke dalam air. Ia adalah ikan yang sebenar-benar ikan. Ia malah menggunakan penutup insangnya untuk merangkak kerana siripnya tidak berevolusi untuk berjalan.

 

Ikan mudskipper (belacak / belodok / belontok) adalah sejenis ikan amfibia yang berjalan dengan siripnya yang berevolusi di atas lumpur dan bernafas melalui kulitnya serta insang yang sudah terbentuk. Haiwan ini, atau ikan ini, tinggal di dalam air dan juga di dalam lumpur. Ia membiak di dalam air dan telurnya juga menetas di dalam air. Jelas, ini adalah langkah pertama ikan untuk tinggal di daratan dan berevolusi dari berenang di atas air hingga berjalan di daratan.

 

Oleh itu, dalam garis keturunan organisme yang wujud di bumi hari ini, kita melihat ada ikan yang berevolusi untuk bernafas melalui udara atmosfera, kemudian ikan yang berevolusi untuk menahan kekurangan air selain dari turut mempunyai kemampuan bernafas dari udara atmosfera, seterusnya, kita melihat ada ikan yang mampu berjalan di atas lumpur, bernafas udara atmosfera dan menahan kekurangan air; dan ikan lain yang mempunyai sirip yang berevolusi untuk berjalan di atas lumpur.

Isu perubahan dan evolusi sebuah organ atau anggota badan haiwan telah terbukti secara saintifik, jadi kita tidak boleh mendakwa evolusi itu tidak wujud sedangkan kita dapat melihat urutan dan tahap-tahap perubahan di hadapan kita. Berkenaan bagaimana evolusi ini terjadi, ia dengan mudah boleh disebabkan oleh kewujudan air berlumpur. Dengan berlalunya masa, persekitaran tersebut akan menapis ikan-ikan agar hanya individu yang mempunyai pembuluh darah luaran yang berhubungan dengan udara atmosfera sahaja - yang mewakili satu bahagian paru-paru bagi membolehkan oksigen diambil terus dari udara atmosfera - dapat melepasi tapisan tersebut. Maka, persekitaran akan menapis ikan-ikan tersebut agar hanya

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 87

 

 

ikan-ikan yang boleh merangkak di atas lumpur sahaja dapat berpindah dari kolam yang berlumpur, di mana kehidupan tidak boleh diteruskan di kolam tersebut, kepada kolam yang lebih baik agar kehidupan dan reproduksi boleh berterusan. Dengan cara ini, proses penapisan akan berterusan sehingga pelan genetik yang sesuai untuk persekitaran ini telah ditegakkan dengan kuat - dengan kata lain, sehingga ikan dengan sifat yang bersesuaian dalam persekitaran tersebut boleh terus hidup, membiak dan memperbaiki sifat mereka ke arah yang lebih baik sedikit demi sedikit. Inilah cara bagaimana evolusi terjadi

 

“Kita boleh melihat banyak kes di kalangan haiwan bawahan, di mana organ yang sama melaksanakan dua tugasan yang berbeza dalam masa yang sama; saluran pencernaan bernafas, menghadam dan membuang najis dari larva pepatung dan ikan tongkol. Pada haiwan Hydra[a], haiwan tersebut boleh dibalikkan luar dan dalam, dan permukaan luarnya akan bertugas menghadam sementara perut akan berperanan sebagai medium pernafasan. Dalam kes-kes ini, pemilihan semulajadi boleh membuat pengkhususan dengan mudah, jika wujud kesempatan yang dapat ditambah, satu anggota atau organ, yang sebelum itu telah melakukan dua fungsi untuk melaksanakan hanya satu fungsi dan maka telah mengubah sifatnya secara menyeluruh dalam peringkat yang tidak logik...... Wujud ikan dengan insang atau branchiae yang bernafas melalui udara yang larut dalam air, dalam masa yang sama ia dapat bernafas melalui udara terbuka dengan pundi apungan, iaitu sebuah organ yang mempunyai ductus pneumaticus untuk bekalan, serta dipisahkan oleh pembuluh darah.

Illustrasi pundi apungan di dalam ikan adalah contoh terbaik, kerana ia menunjukkan kepada kita dengan jelas hakikat bahawa sebuah organ asalnya dibina untuk satu tujuan, iaitu apungan, telah ditukarkan kepada sebuah organ yang mempunyai fungsi berbeza sama sekali, iaitu, pernafasan. Pundi apungan juga telah ditukarkan sebagai sebuah aksesori kepada organ pendengaran beberapa jenis ikan...

Semua ahli fisiologi mengakui bahawa pundi apungan adalah homolog atau serupa secara ideal, di dalam posisi dan struktur dengan paru-paru haiwan vetebrata yang mahu: maka pada saya, tiada kesukaran yang untuk percaya bahawa seleksi natural (pemilihan semulajadi) telah menukarkan pundi apungan kepada paru-paru, atau, organ yang digunakan secara khusus untuk pernafasan.[1]

 

Yang kedua, pada peringkat naluri, terdapat beberapa spesis semut yang mengambil hamba abdi, digunakan untuk berkhidmat pada mereka.

 

___________________

[a] Hydra: ular air, polip air tawar, hidra, sejenis ular zaman dahulu yang sukar dibunuh

[1] Sumber (Darwin - The Origin of Species): ms 301

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 88

 

 

Dalam satu spesis, naluri tersebut telah berevolusi secara sempurna sehinggakan semut-semut itu tidak dapat makan sendiri atau tidak dapat menjaga anak-anak mereka, kerana hamba melakukan semua kerja tersebut, dari membina sarang, menjaga anak-anak semut sehinggalah memberi makan kepada yang tua dan muda. Malah hamba semut ini membawa tuan-tuan mereka dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun di dalam spesis yang lain di mana naluri ini tidak sempurna, kita akan dapati bahawa semut-semut ini hanya bergantung kepada hamba sebagai bantuan untuk kerja domestik sahaja. Kita mungkin akan menjumpai spesis semut lain yang melakukan kerja-kerja lebih dari hamba mereka. Perbezaan ini menunjukkan secara jelas bahawa naluri mengambil hamba abdi bagi semut merah atau semut merah darah (F. Sanguinea dan Formica rufescens) adalah naluri yang berevolusi.

 

“Saya tidak akan mengikuti sangkaan tentang asal-usul naluri F. Sanguinea (semut merah). Namun sebagai semut yang asalnya tidak mengambil hamba, kita melihat mereka membawa pupa spesis lain jika ia berada berhampiran dengan sarang mereka. Wujud kemungkinan pupa tersebut disimpan sebagai makanan, namun ia telah berkembang sempurna; dan semut-semut tersebut seterusnya dibesarkan secara tidak sengaja, dan mengikuti naluri mereka dan membuat apa-apa kerja yang boleh. Jika kewujudan hamba-hamba ini terbukti berguna kepada spesis yang mengutip mereka, atau dengan kata lain, lebih menguntungkan untuk menangkap pekerja dari membiakkan mereka, maka naluri mengutip pupa sebagai makanan boleh diperkuatkan oleh seleksi semulajadi dan dikekalkan dengan tujuan berbeza, iaitu membesarkan hamba. Apabila naluri itu diperolehi, ia telah dilaksanakan dalam kadar yang kurang dari F. Sanguinea dari British, seperti yang kita dapat lihat, tidak banyak dibantu oleh hamba dari spesis yang sama di Switzerland, saya tidak melihat sebarang kesukaran bagi seleksi semulajadi untuk menambah atau mengubah naluri – dengan andaian setiap modifikasi akan bermanfaat kepada spesis tersebut – sehinggalah terbentuknya semut yang terlalu bergantung kepada hambanya, seperti Formica Rufescens (semut merah darah).[1]

 

_________________

[1] Sumber (Darwin - The Origin of Species) ms 419

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

  

Bab 2.6 Bukti Evolusi:

 Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 85

Bab 2.6 Bukti Evolusi: Fosil

 

Subjek berkenaan fosil ini panjang dan luas yang menjangkau sekurang-kurangnya ratusan juta tahun, dan mengandungi bukti untuk isu evolusi secara umum dan evolusi tubuh manusia khususnya. Dalam ilmu geologi sejarah, sejarah Bumi, yang menjangkau 4,600 juta telah direkodkan dengan cara yang baik dari segi ketepatan saintifik, dan begitu juga dengan sejarah kehidupan bumi yang berusia ratusan juta tahun telah direkodkan serta fosil organik dipelihara dengan lebih teliti dan tepat. Rekod sejarah geologikal jelas mengesahkan evolusi hidupan dan organisme di bumi.

 

Pada umumnya sejarah geologikal dan fosil adalah salah satu dari kaedah untuk membuktikan evolusi. Namun sesetengah pengkritik teori evolusi, akibat kejahilan mereka, menyangka ia adalah bukti terkuat dan tunggal bagi teori tersebut.

 

Bagaimanapun, hakikatnya ia hanyalah salah satu dari pautan yang mendukung evolusi, malah jika dibandingkan, mungkin tidak sekuat pembuktian dalam kajian genetik dan perbandingan anatomi. Sebagai tambahan, fosil tidak lagi hanya dikaji oleh ahli-ahli geologi sejarah, anatomi dan antropologi yang membuat kesimpulan yang akan dipersoalkan oleh orang yang jahil. Hari ini, kita berkemampuan untuk menjalankan analisis makmal ke atas fosil untuk menentukan umur geologikalnya dan melaksanakan analisis genetik ke atas fosil yang berumur puluhan ribu tahun, untuk menentukan mereka secara tepat.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Bab 2.5 Bukti Evolusi: Anatomi Komparatif

 Bab 2.5 Bukti Evolusi: Anatomi Komparatif

 

Perbandingan anatomi mengesahkan evolusi. Wujud banyak contoh bagi perkara ini, namun saya akan berikan hanya satu, saraf laring. Saraf ini boleh didapati di dalam ikan, amfibia, rusa, manusia dan zirafah. Dalam ikan, saraf laring ini bersambung dari otak ke insang setelah menggelungi hati.

 

Baik, jika badan setiap haiwan direka secara berasingan, dan tidak berevolusi dari ikan, saraf ini akan bersambungan secara terus dari otak ke bahagian atas laring kerana jarak yang dekat antara keduanya. Namun, apa yang terjadi secara tabi’ei adalah, saraf ini mengikut laluan yang sama dengan ikan pada haiwan yang lain. Ini bermakna, haiwan tersebut telah berevolusi dari ikan, dan pemanjangan leher serta kedudukan jantung yang terpencil memaksa saraf ini membuat lencongan melalui aorta, kemudian pusing semua dengan jarak yang hampir sama sehingga sampai kepada bahagian atas leher dan bersambung dengan bahagian atas laring. Jarak panjang yang diambil saraf ini tidak membawa sebarang manfaat, -mengikut ahli biologi dan perbandingan anatomi - Alasan untuk berjalan dalam jarak ini adalah karena ia membungkus arteri yang keluar dari jantung dan kemudian kembali dengan jarak yang kira-kira sama hingga mencapai puncak leher dan menghubungkan ke laring dari atas. Jadi, saraf ini terbungkus dalam ikan, dan berlanjut dengan cara yang sama membungkus haiwan yang lain, akibat evolusi, pembungkus ini adalah warisan sejarah.

 

Saraf laring telah mengambil satu lencongan yang tidak diperlukan kerana ia tidak direka pada asalnya secara berasingan untuk setiap haiwan. Ia bersambungan dari otak ke permulaan dada dan balik semula ke atas laring. Ini adalah bukti evolusi dan perkembangan kerana ia adalah langkah evolusi, pemanjangan saraf ini sedikit demi sedikit adalah lebih mudah dari penyambungan terus. Sebaliknya, jika jasad setiap haiwan direka secara khusus dan dicipta berasingan, saraf ini akan bersambung secara terus, dan pembaziran ekonomikal yang terhasil dari rekaan saraf dengan kepanjangan tersebut, seperti yang kita lihat pada zirafah sebagai contoh, adalah tidak diperlukan.

 

Fakta yang disebutkan di atas telah digunakan untuk menentang ideologi Perancangan Pintar (Pent: Intelligent Design), kerana kecacatan dalam rekaan yang berlaku ketika proses evolusi ini bukanlah satu Perancangan Pintar yang sempurna untuk semua haiwan. Reka bentuk awal menghasilkan pemanjangan terhadap saraf laring yang ketara pada haiwan, khususnya haiwan dengan leher yang panjang seperti zirafah, tanpa sebarang manfaat. Fakta ini membatalkan dakwaan Perancangan Pintar apabila dibandingkan dengan evolusi.

 

  

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 82

 

 

Apa yang telah disebutkan di atas adalah ringkasan bagaimana anatomi komparatif digunakan untuk membuktikan evolusi, dan ia juga adalah kekaburan ateis ke atas Perancangan Pintar. Saya telah cuba meringkaskan isu ini sebaik mungkin. Ilustrasi mungkin membantu meringkaskannya lebih lagi.

 

 

InsyaAllah, kita akan membincangkan argumen ini dan akan kita buktikan bahawa kecacatan yang terjadi dalam struktur badan ketika proses evolusi bukanlah satu argumen kuat ke atas sifat evolusi yang bersifat mematuhi suatu perundangan dan mempunyai matlamat. Pelan genetik yang pertama adalah bermatlamat dan patuh perundangan, yang kemudiannya menunjukkan adanya suatu pembuat undang-undang dan pereka cipta yang mencipta undang-undang tersebut demi mencapai suatu hasil yang khusus. Pastinya, perkara berkenaan saraf laring berulang ini membatalkan dakwaan-dakwaan mereka yang menafikan evolusi dan mendakwa penciptaan terjadi dalam satu letusan tunggal, kerana semua rekaan dan perlaksanaan yang terjadi dalam letusan tunggal memerlukan kepada ketiadaan kecacatan yang kita lihat pada pemanjangan saraf laring berulang. Malahan, walaupun jika kita mengatakan pemanjangan saraf ini mempunyai manfaat, ia tidak mengubah hakikat bahawa ia adalah sejarah warisan evolusi yang bercanggahan dengan teori penciptaan dalam satu letusan.

 

Saya telah membentangkan contoh saraf laring berulang secara khusus kerana ia bukan sahaja digunakan untuk membuktikan teori evolusi, malah ia juga digunakan untuk menafikan evolusi sebagai sebuah proses yang patuh perundangan dan matlamat. Kita akan terangkan mengapa konklusi ini terbatal, dan bagaimana kecacatan dalam suatu produk evolusi sama sekali bukan bermaksud evolusi tidak mengikuti suatu peraturan. Paling tidak, ia hanya menunjukkan penciptaan tidak terjadi dalam satu letusan namun secara berperingkat melalui evolusi. 

 Gambar 1 Ilustrasi pemanjangan saraf laring berulang dalam zirafah semasa proses evolusi apabila ia menggelungi satu saluran darah, kemudian pulang semula ke laring di kepala.

 

Sumber [1] Dawkins, Pertunjukan terbesar di bumi: bukti evolusi:

  

 

 

___________________

[1] Sumber: Dawkins R 2009. Pertunjukan terbesar di bumi: bukti evolusi. Akhbar percuma, Transworld. muka surat 160.

  


Gambar 2. Ilustrasi pemanjangan saraf laring berulang (warna hitam) dalam zirafah semasa proses evolusi apabila ia mengelilingi saluran darah dan pulang semula ke laring di kepala.[1]

 


___________________________

[1] Ini ialah video demonstrasi:

Saluran Video The Book of Illusion of Atheism (04/09/2013) Ilustrasi saraf laring yang berulang zirafah. Boleh didapati di

http://www.youtube.com/watch?v=kAJKZdHmiTg

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

BAB 2.4 Bukti Evolusi: Kombinasi Antara Variasi

BAB 2.4 Bukti Evolusi: Kombinasi Antara Variasi, Pemilihan Semulajadi dan Perwarisan Pasti Akan Menghasilkan Evolusi

 

Fakta ini bisa diringkaskan dengan contoh berikut:

 

Orang Eropah mempunyai asal usul kulit gelap, namun hari ini, kita dapati mereka berkult cerah. Lebih tepat lagi, mereka berkulit cerah dengan gred tertentu. Sebagai contoh, orang Eropah di selatan lebih gelap berbanding Eropah di utara kerana warna kulit dipilih oleh persekitaran. Berkenaan sebab warna kulit cerah dipilih, mudahnya adalah kerana Vitamin D, yang memerlukan cahaya matahari menembusi kulit agar ia boleh dihasilkan. Sebaliknya, kulit gelap menghalang atau mengurangkan cahaya matahari menembusi kulit. Di Eropah, keadaannya mempunyai cahaya matahari yang kurang, akan membuatkan manusia berkulit gelap mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengidap kekurangan Vitamin D, yang memberi ancaman kepada nyawa dan reproduksi. Atas sebab ini, yang paling kuat akan terus hidup. Oleh kerana variasi warna kulit (atau pigmen) pasti akan terjadi, warna cerah akan dipilih, kerana mereka yang punya kulit cerah akan lebih sesuai untuk terus hidup dalam persekitaran cahaya matahari yang kurang. Dengan cara ini, proses tapisan pasti akan berlaku, dan ini berterusan, generasi demi generasi sehingga kulit mencapai warna yang sesuai untuk persekitaran. Perkara yang sama juga harus diaplikasikan kepada saiz hidung, ketinggian dan sifat yang lain.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 78

                        

 

“Pendedahan kepada persekitaran yang baru pasti akan menyebabkan adaptasi kepada persekitaran tersebut. Dalam tempoh 50,000-100,000 tahun sejak perpisahan dari Afrika, telah wujud peluang yang besar untuk adaptasi budaya dan biologikal. Kita dapat lihat dari sisi biologikal dalam warna kulit, saiz, bentuk hidung, mata, kepala dan badan. Kita dapat katakan bahawa setiap kumpulan etnik telah dicipta secara genetik di bawah pengaruh persekitaran tempat tinggalnya. Kulit hitam melindungi mereka yang tinggal berhampiran dengan khatulistiwa dari dibakar radiasi ultraviolet yang boleh menyebabkan kanser kulit merbahaya.

 

Petani-petani Eropah yang mengambil diet dengan kurang bahan tenusu, berasaskan bijirin yang kekurangan Vitamin D yang siap, mungkin akan menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit rakhitis (susu kita masih perlu dikayakan dengan vitamin ini). Namun mereka mampu terus hidup di latitud lebih tinggi di mana mereka berhijrah ke situ dari Timur Tengah, kerana vitamin penting ini boleh dihasilkan dengan bantuan cahaya mahatari, dari molekul yang wujud di dalam bijirin. Atas sebab ini, orang Eropah telah mengembangkan kulit putih yang mampu ditembusi radiasi ultraviolet dari cahaya matahari, untuk menukarkan molekul itu kepada vitamin D. Bukanlah tanpa sebab orang Eropah mempunyai kulit yang lebih cerah, apabila mereka dilahirkan di daerah yang lebih utara. 

 

Saiz dan bentuk badan akan diadaptasi kepada suhu dan kelembapan persekitaran. Di kawasan beriklim panas dan lembap, seperti di hutan tropika, memiliki badan yang rendah memberi kelebihan besar, kerana lebih banyak lapisan badan untuk pengewapan peluh berbanding saiz badan. Badan yang lebih kecil juga menggunakan tenaga dan menghasilkan haba yang lebih rendah. Rambut kerinting membolehkan peluh kekal di kulit kepala lebih lama untuk penyejukan yang baik. Dengan adaptasi ini, risiko kepanasan melampau di iklim tropika dapat dikurangkan. Populasi yang tinggal di hutan tropika lazimnya berbadan rendah. Orang Pigmi adalah contoh terbaik.”[1]

 

Contoh: Perubahan warna kupu-kupu dari putih kepada hitam hasil dari revolusi industri.

___________________

[1] Sumber (Kavelli - Gen, Orang dan Bahasa): ms 22 - 23

Profesor Luigi Luca Cavalli-Sforza (Genoa, 25 Januari 1922 ialah ahli genetik Itali dan juga bekerja dalam antropologi. Beliau memperoleh Ph.D. pada tahun 1944 dan menamatkan pengajiannya di Universiti Cambridge dengan ahli biologi evolusi Roland Fischer, dan sejak 1970 beliau telah mengajar di Universiti Stanford di California, Amerika Syarikat. Beliau ialah Profesor Emeritus di sana, serta ahli Académie de l'Ansi, dan telah dianugerahkan Hadiah Balzan untuk Antropologi pada tahun 1999, dan juga ahli kehormat Persatuan Itali Biologi Evolusi.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 79

 

 

Sebelum ini, kupu-kupu mendapat manfaat dari warna mereka yang putih kerana kulit pokok yang putih dapat menyembunyikan mereka dari dilihat burung-burung. Apabila revolusi industri bermula di Eropah, kulit pokok di sesetengah kawasan industri menjadi hitam akibat dari pencemaran yang disebabkan oleh arang. Kupu-kupu putih lebih mudah terdedah kepada burung-burung, sementara kupu-kupu yang mempunyai mutasi warna lebih gelap dapat terus bersembunyi dan terus hidup. Hasilnya, warna kupu-kupu  berubah dalam masa yang singkat dari memerlukan jutaan tahun memandangkan mereka mempunyai kitaran hidup yang singkat. Oleh itu, dalam kes kupu-kupu, suatu tempoh masa yang singkat adalah memadai untuk ratusan atau ribuan generasi berlalu dan evolusi biologikal terjadi.

 

Contoh: Panjang leher nenek moyang zirafah yang berbeza, sesetengahnya mempunyai leher yang lebih panjang dari zirafah yang lain. Jika kita mengandaikan zirafah hidup di kawasan yang mana makanan mereka berada di suatu ketinggian yang lebih sesuai bagi zirafah yang mempunyai leher yang panjang berbanding yang mempunyai leher yang pendek, maka pemilihan semulajadi akan terjadi, memilih zirafah yang lebih sesuai untuk hidup di persekitaran tersebut. Oleh itu, zirafah berleher pendek akan kebuluran, tidak mampu untuk membiak kerana kekurangan makanan atau ketidakmampuan mereka memberi makanan kepada anak-anak mereka. Dengan cara ini, bilangan zirafah berleher pendek akan berkurangan dalam persekitaran ini dan mungkin akan pupus, sementara zirafah berleher panjang akan terus hidup dan membiak dengan baik.  Maka bilangan zirafah berleher panjang akan bertambah dan memindahkan sifat genetik kepada keturunan mereka, sebaliknya sifat leher pendek akan dihapuskan dari pelan genetik zirafah, generasi demi generasi.

 

Perkara ini terbukti dengan sendirinya, dan membuktikan kesahihan perkara ini menggunakan ilmu genetik adalah sama seperti membuktikan bumi berputar mengelilingi matahari dengan menggunakan imej. Walaubagaimanapun, ramai orang menafikannya, hanya kerana mereka menyangka ia bercanggahan dengan skriptur (teks) keagamaan.

 

Contoh: Haiwan pemangsa seperti serigala berbeza dari segala aspek, seperti organisme lain.

Jika serigala tinggal di persekitaran yang mempunyai mangsa yang pantas, maka serigala yang perlahan dan berkaki pendek akan kebuluran. Hasilnya, mereka tidak akan mewariskan sifat mereka kepada generasi seterusnya. Dengan beredarnya masa, melalui pemilihan semulajadi, serigala yang berkaki panjang dan bergerak pantas akan terbentuk dalam persekitaran tersebut. Dalam keadaan salji, hanya serigala berbulu putih akan dapat terus hidup kerana yang berbulu gelap akan dapat dilihat dengan mudah oleh mangsa dan tidak dapat memburu, seterusnya akan mati kebuluran. Dengan cara ini, warna bulu serigala akan beransur-ansur menjadi putih, dan perkara yang sama juga terjadi kepada mangsa, contohnya bulu arnab yang menjadi putih untuk membantu penyamaran. Dalam kasus beruang kutub, warna putih mereka membantu dalam penyamaran ketika memburu mangsa, kerana mereka tidak akan dilihat sehinggalah terlambat. Jika tidak kerana sifat bulu putih ini, mereka mungkin tidak mampu memperolehi makanan. Warna putih ini tidak diperolehi secara mengejut, namun

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 80

 

 

melalui proses evolusi yang sama dengan evolusi kupu-kupu semasa revolusi industri. Keduanya terjadi apabila mutasi genetik memberikan pilihan yang sesuai kepada keberterusan hidup, reproduksi dan membangunkan sifat yang menggantikan sifat yang lain. Bagaimanapun, ia mengambil masa 150,000 tahun untuk beruang kutub berevolusi dari beruang perang menurut Dr. Ian Stirling.[1] Tempoh masa ini lebih lama dari yang diperlukan oleh kupu-kupu ketika revolusi industri, sebabnya adalah perbedaan antara kitaran hidup yang panjang dan pendek bagi haiwan tersebut, seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini.

 

Contoh: Di zaman sekarang, kita dapati walaupun dengan kemajuan ketamadunan, teknologi dan perubatan, masalah kesihatan, penyakit dan permasalahan dari wabak semakin bertambah. Kita semua -  malah mungkin termasuk doktor - tertanya-tanya, apakah sebab terjadinya perkara ini?! Salah satu sebabnya yang sangat jelas, iaitu dengan kemajuan pelbagai bidang, kita telah menghapuskan salah satu dari faktor evolusi bagi spesis kita, iaitu pemilihan semulajadi.

 

Bagi menjelaskan lagi perkara ini, mari kita meneliti penyakit keturunan seperti diabetes, sebagai contoh. Industri kesihatan (para doktor, makmal, pakar, farmasis dan perubatan dan lain-lain) telah memanjangkan umur pesakit diabetis sehingga mereka boleh dewasa, mempunyai anak dan mewariskan gen kepada keturunan mereka. Ini menyebabkan pertambahan jumlah manusia yang mempunyai gen ini. Oleh itu, dengan kemajuan kita, kita telah menghapuskan pemilihan semulajadi. Jika kita tidak menyertakan industri kesihatan dalam persamaan ini, pemilihan semulajadi pasti terjadi. Hasilnya, ramai pesakit diabetis akan mati sebelum menjadi dewasa dan mampu mempunyai zuriat, lantas bilangan orang yang mempunyai gen ini akan berkurangan secara beransur-ansur.

 

Sebagai tambahan, oleh kerana kita tinggal di rumah yang terlindung, ramai orang tidak mampu menghadapi kesusahan tinggal di persekitaran semulajadi, seperti keupayaan untuk menghadapi kuman atau gigitan serangga.

 

Malah, wujud kajian yang menunjukkan penghapusan biologikal yang telah menimpa orang asli Dunia Baru akibat daripada binatang peliharaan yang dibawa ke rantau tersebut oleh peneroka baru. Orang Eropah telah beradaptasi untuk hidup dengan kuman-kuman ini, dan membentuk ketahanan terhadapnya, namun orang asli Dunia Baru tidak mempunyai ketahanan tersebut, yang akhirnya menyebabkan pengstrukturan semula populasi berdasarkan sistem evolusi.

 

____________________

[1] Dr. Ian Stirling dianggap sebagai salah seorang pakar terbaik dunia mengenai topik beruang kutub, dan telah menulis dan bercakap secara meluas tentang ancaman yang ditimbulkan oleh pemanasan global terhadap beruang kutub.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Ahad, 30 Januari 2022

Bab 2.3 Kedua: Teori Perkembangan dan Evolusi

 Bab 2.3 Kedua: Teori Perkembangan dan Evolusi

 

Kedua: Teori Perkembangan dan Evolusi



Pada 24 November 1859, Charles Darwin  telah menerbitkan buku terkenalnya, Origin of Species - Asal Usul Spesis - Melalui Pemilihan Semulajadi, atau Pengekalan Spesis Terpilih Dalam Perjuangan Kehidupan. Di dalam buku ini, beliau mempersembahkan sebuah teori yang menyatakan bahawa organisme di bumi (tumbuhan dan haiwan) berevolusi, dan tidak wujud secara tiba-tiba atau serentak.

 

Walaupun di waktu itu Darwin tidak mempunyai fosil yang mencukupi untuk mendukung teorinya, beliau mempersembahkan bukti yang beliau perolehi dari pemerhatian serta kajian hibridisasi dan pendomestikan. Beliau juga telah mempersembahkan beberapa bukti dan kajian yang beliau perolehi dari pelayaran terkenal beliau di atas HMS Beagle, dan bukti lain dari ahli biologis lain. Kebanyakan bukti Darwin datang daripada pemerhatian, perbandingan anatomi dan kajian ke atas organisma moden.

Bukti-bukti evolusi terus bertambah setelah pemergian Darwin melalui kajian saintifik yang dibantu oleh kemajuan teknologi dalam pemeriksaan fosil, perbandingan anatomi dan genetik. Darwin dan ahli biologi evolusi yang datang selepas beliau telah menyimpulkan bahawa kombinasi antara individu (kerana perbezaan pelan genetik mereka, sebagai contoh), proses pemilihan yang terjadi dari alam sekeliling dan perwarisan, menghasilkan evolusi kehidupan yang sesuai untuk persekitaran tersebut. Jika pembaca memahami maksud variasi dalam pelan genetik dan pengekalan spesis terpilih oleh alam semulajadi, maka mereka akan melihat dengan jelas bahawa evolusi adalah tidak dapat dielakkan. Selanjutnya menjadikan bukti fosil tidak lagi diperlukan.

                     

Ringkasnya, di mana sahaja ada variasi (kepelbagaian), pemilihan dan pewarisan, evolusi pasti terjadi. Variasi wujud, dan tiada keraguan bahawa ia wujud antara individu dalam spesis yang sama. Pemilihan

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 76

 

 

juga wujud, kerana ia adalah sebahagian penting dari alam semulajadi, keperluannya dan perubahan persekitaran yang sentiasa terjadi, seperti pengurangan paras air, kemarau, kenaikan atau penurunan suhu atau kewujudan pemangsa dan mangsa yang baru. Pewarisan juga adalah elemen yang tidak dapat dielakkan, selagi ada pembiakan dan pembiakan semula. Maka evolusi tidak dapat dielakkan di masa lalu, sekarang dan pada masa hadapan, kerana semua komponen yang diperlukan masih wujud. Oleh itu, isu ini tidak perlu diperdebatkan, kerana ia jelas seperti jelasnya bumi ini berputar. Sebagai tambahan, wujud juga bukti dari perbandingan anatomi, fosil-fosil dan genetik yang mengesahkan evolusi, walaupun evolusi itu sendiri sudah jelas walaupun dalam susur galur organisme moden.

 

Oleh itu, evolusi akan terjadi di mana sahaja ada variasi, pewarisan akibat pembiakan dan pemilihan semulajadi ke atas spesis yang paling kuat. Sebagai contoh, jika kita melihat kepada evolusi organ kompaun seperti mata, telinga dan hidung, langkah evolusi yang pertama adalah perubahan sel deria pada haiwan sel berganda yang primitif. Sel-sel ini kemudiannya akan berganda pada generasi seterusnya, kerana variasi yang disebabkan oleh mutasi genetik akan menyebabkan pergandaan ini. Jika sel deria ini memberikan manfaat dan tenaga kepada haiwan tersebut untuk melepaskan diri dari musuhnya dan membantu mencari makanan, serta jika tenaga yang diberikan sel tersebut melebihi kos kewujudannya, maka haiwan dengan sifat ini akan mempunyai lebih banyak peluang hidup seterusnya dipilih oleh alam semulajadi. Dengan itu, pemilihan ke atas sel deria ini akan terjadi. Maka, apabila ada langkah evolusi yang memberikan lebih banyak manfaat dari kos kepada haiwan tersebut, ia akan dikekalkan.

 

Setelah sel deria yang khusus ini membiak melalui langkah-langkah evolusi akibat variasi dan pemilihan, sekumpulan sel yang dapat mengesan cahaya atau mengesan bahan kimia atau bau mula wujud. Apabila sekumpulan sel yang mengesan cahaya wujud di dalam haiwan, dan variasi juga ada, persekitaran akan memilih sel yang paling bersesuaian untuk terus maju kepada keadaan terbaik. Bentuk melengkung akan lebih disukai kerana ia mengesan cahaya dengan lebih baik, seperti kanta yang menumpukan cahaya dan menjadikan imej lebih jelas, begitu juga deria yang lain. Apabila mutasi sesuai yang lebih baik mula ada, haiwan tersebut akan memilih (bukan secara sedar atas kemahuan haiwan tersebut, namun melalui kaedah evolusi yang saya telah jelaskan) sebuah sistem yang menggabungkan dan menyusun pekerjaan sel deria yang mempunyai pelbagai fungsi sebagai sebuah kumpulan dari sekadar bekerja secara individu, untuk meningkatkan peluang hidup.

 

Jika mutasi memberikan sumber untuk sistem tersebut, atau memberikan asas untuk sistem itu berhubungan dengan sel deria serta menyusun atur kerja mereka, maka sistem tersebut akan dipelihara. Ini mewakili sistem saraf primitif, yang boleh kita katakan sebagai asas kepada otak. Dan inilah caranya sel-sel deria berevolusi menjadi mata, hidung dan lain-lain. Umumnya, ia adalah perihal ekonomi untuk haiwan tersebut: jika sifat yang diperolehi dari mutasi genetik membantu haiwan mendapatkan makanan dan menambah kemampuannya memperolehi 2 unit tenaga dengan hanya membelanjakan 1 unit tenaga, maka sifat ini memberikan manfaat kepada haiwan

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 77

 

 

tersebut, lalu dipelihara. Sebaliknya, jika penggunaan tenaga mengoperasikan melebihi manfaatnya - berdasarkan contoh di atas, penggunaan tenaga adalah 3 unit - maka sifat itu memudaratkan, dan akan dihapuskan. Penghapusan sifat ini bukan dari tindakan individu haiwan tersebut, sebaliknya ia adalah penghapusan keseluruhan spesis. Dengan kata lain, apabila haiwan memperolehi sifat yang lebih memudaratkan dari manfaatnya, ia akan binasa kerana mereka tidak akan mampu hidup atau bersaing dengan haiwan lain.

 

Wujud beberapa perbezaan pendapat berkenaan jalan yang diambil evolusi, dan ada juga beberapa teori yang menerangkan perjalanannya. Teori-teori ini berbeza pendapat tentang kelajuan evolusi, samada ia sentiasa bergerak sangat perlahan atau kelajuannya berubah secara khusus atau berterusan. Salah satu darinya adalah teori mutasi genetik ekstrim, yang telah ditinggalkan hampir sepenuhnya. Teori ini menyebutkan organ kompoun wujud secara terus dan serta merta melalui mutasi genetik tunggal.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Bab 2.2 Membincangkan Hipotesis Abiogenesis

 Bab 2.2 Membincangkan Hipotesis Abiogenesis

 

Pertama: Membincangkan Teori Abiogenesis

 

Tiada satu pun dari teori abiogenesis (asal usul) telah dibuktikan dengan pembuktian saintifik. Malah semuanya adalah teori-teori dan hipotesis-hipotesis yang tidak terbukti.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 67

 

 

DNA dan RNA wujud di dalam sel hidup dan dianggap sebagai pendua (replicator). DNA, RNA serta protein yang boleh menduakan dirinya, terdiri dari unit atau molekul yang besar. Jika kita menganggap kebarangkalian untuk semua molekul ini untuk membentuk atau berhimpun secara tidak sengaja, hanya sekali, dengan cara betul yang membolehkan replikasi / penduaan, kita akan mendapat hasil jumlah yang tidak boleh dicapai secara saintifik dalam tempoh yang kita ketahui di muka bumi ini.

 

Walaupun jika kita mengandaikan bahawa abiogenesis bermula dengan protein yang paling ringkas, yang dapat memastikan proses replikasi kendiri dapat berlaku (kita andaikan ia sangat ringkas dan terdiri dari asid amino yang terdiri dari 32 urutan), memandangkan wujud lebih dari 20 jenis asid amino yang dapat membentuk urutan ini, jumlah kebarangkalian yang kita akan perolehi adalah (4.294967296e+41) atau lebih kurang 4 x 1041, iaitu nombor 4 diikuti 41 jumlah sifar. Ini adalah bilangan yang sangat besar, dan menunjukkan kebarangkalian terjadi yang sangat rendah.

 

Malah, ini membuatkan Dr. Richard Dawkins membuat andaian yang tidak realistik di dalam bukunya, “The Blind Watchmaker”, dalam satu cubaan terdesak untuk mengurangkan jumlah nombor sifar pada satu bahagian dan meningkatkan jumlah sifar pada bahagian yang lain. Dengan cara ini, kebanyakkan ateis mengurangkan puluhan jumlah sifar di sini dan menambahkan puluhan jumlah sifar di sana secara tidak saintifik dan cuai, membuat andaian khayalan dengan harapan untuk mencapai kebarangkalian yang mereka anggap boleh diterima dan dapat dicapai dalam had masa di bumi, lebih kurang satu bilion tahun maksimal.

 

Sekarang mari kita andaikan terjadinya keajaiban pertama: iaitu asid amino terbentuk di bumi di dalam keadaan luar biasa, yang sesuai dengan kemunculan atau kehadiran mereka, dan asid tersebut berada di dalam persekitaran yang sesuai untuk satu percubaan kemunculan protein mereplikasi sendiri untuk setiap saat selama satu bilion tahun, Bilangan percubaan yang boleh diadakan adalah (31,449,600,000,000,000) atau lebih kurang 3 x 1016  bilangan percubaan. Jika kita menolak nombor ini dari bilangan percubaan yang diperlukan, kita masih memerlukan 3.9999999999999999999999997e+41 percubaan, ringkasnya 3.9 x 1041, untuk ia menjadi kemungkinan yang berjaya. Seperti yang kita lihat, satu percubaan untuk satu saat selama satu bilion tahun tidak mempunyai sebarang kesan kepada nombor ini. Oleh itu jika kita mengira masa yang diperlukan agar kemungkinan itu mencukupi untuk satu percubaan per saat, tempoh waktunya adalah lebih kurang 4 x 1041 saat, atau 1034 tahun, iaitu nombor 1 dengan 34 sifar selepasnya. Ini adalah nombor yang sangat besar, jauh melangkaui umur bumi, malah umur alam semesta ini.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 68

 

 

 

Umur bumi dianggarkan 4.6 bilion tahun, iaitu sebuah nombor bersama sembilan digit selepasnya, sementara umur alam ini adalah 13.7 bilion tahun, iaitu digit bersama 10 digit selepasnya.

 

Jika kita mengiranya dengan cara yang lain, dengan mengira berapa banyak percubaan sesaat untuk satu bilion tahun yang diperlukan bagi mendapatkan protein yang mereplikasikan diri dalam had kebarangkalian, bilangan percubaan sesaat adalah hasil daripada membahagikan bilangan percubaan yang diperlukan dengan masa yang ada, iaitu satu bilion tahun. Hasilnya adalah: 

 

(12,718,762,718,762,718,762,718,762.718763), atau kira-kira 1025 percubaan, bermakna kita memerlukan 1 dengan 25 jumlah sifar, atau hampir 10 juta, juta, juta, juta percubaan setiap saat selama satu bilion tahun dalam usaha untuk menjadikan ia mungkin. Ini adalah nombor khayalan.

 

Bukan itu sahaja, malah kebarangkalian bahawa asid amino yang sedia ada di bumi ini menepati syarat juga sangat rendah. Terdapat dua jenis asid amino: kidal kiri dan kidal kanan. Protein yang wujud di dalam struktur makhluk hidup hanya terdiri daripada asid amino kidal kiri sahaja. Oleh itu, percubaan kita sebelum ini untuk mendapatkan protein hanya akan berjaya dengan pembentukan asid amino kidal kiri.  Ini bermakna bahawa kebarangkalian mendapat protein yang diperlukan adalah satu setengah kuasa kepada bilangan asid amino dalam protein tersebut. Sebagai contoh, jika bilangan asid amino dalam protein yang diperlukan adalah 50, maka kebarangkalian semua daripada protein tersebut protein kidal kiri adalah setengah daripada kuasa 50. Ini adalah kebarangkalian yang sangat rendah. Dengan menggabungkan kebarangkalian yang amat rendah pada setiap peringkat proses yang diperlukan untuk pembentukan sebuah protein, kemungkinannya hampir hilang dan menjadi hampir mustahil.

 

Walau bagaimanapun, terdapat ateis yang mengira secara mundur untuk mendapatkan nombor yang diperlukan supaya akhirnya ia akan menjadi munasabah. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah pertama iaitu kewujudan asid amino, mereka menggunakan hipotesis tertentu yang dicadangkan oleh penyelidik, seperti hipotesis yang mengatakan amino yang terbentuk akibat dari keadaan bumi di waktu yang lepas serta kewujudan banyak kilat di waktu tersebut kerana bumi sedang dalam proses terbentuk.

 

Sebuah lagi hipotesis yang tidak realistik adalah bumi telah dibom oleh meteor-meteor yang membawa asid amino empat bilion tahun yang lalu. Apabila mereka mendapati asid amino ini perlu dalam bentuk kidal kiri, sesetengah dari mereka mencadangkan sebuah lagi hipotesis yang tidak logik, dengan mengatakan meteor-meteor ini terdedah kepada cahaya bintang neutron dalam perjalanan ke bumi dan seterusnya. Oleh itu, keseluruhan pendakwaan mereka dibina di atas hipotesis yang tidak realistik demi untuk membuktikan pembentukan protein mereplikasi sendiri

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 5

 

 

di bumi berbilion tahun yang lepas adalah agak normal. Walaupun semua hipotesis ini tidak realistik, dan peluang untuk hanya satu darinya terjadi adalah berkemungkinan rendah, apatah lagi untuk semuanya terjadi secara berturutan, sesetengah ateis merasakan mereka boleh berkata semua kemungkinan ini logik dan boleh diterima.

 

Bagi para ateis, mereka menerima kemunasabahan sejumlah besar meteor yang membawa sejumlah besar asid amino dan seterusnya memilih bumi secara khusus, iaitu ibarat sebutir pasir di gurun berbanding dengan alam semesta ini, walaupun ia satu kemungkinan yang hampir tidak mungkin.

 

Ateis juga menerima kemunasabahan meteor-meteor ini telah didedahkan kepada cahaya sebuah bintang neutron dalam perjalanan mereka ke bumi lalu membentuk asid amino kidal kiri. Mereka merasakan semua hipotesis, yang hampir mustahil terjadi, sebagai sangat munasabah. Namun, mereka tidak pula merasakan kemunasabahan wujudnya seorang penggubal undang-undang di sebalik perundangan yang mencipta protein yang mereplikasi sendiri atau DNA, serta wujud seorang penutur di belakang bahasa pelan genetik!

 

Saya percaya apa yang telah dibentangkan ini memadai untuk merumuskan isu ini. Adakah seorang yang waras, yang mengetahui sebuah kemungkinan yang hampir mustahil terjadi, walaupun  dengan memfaktorkan umur keseluruhan alam semesta, masih akan mengatakan kejadian ini masih normal untuk terjadi di antara satu hingga satu setengah bilion tahun sebelum kemunculan hidupan di bumi, namun dalam masa yang sama tidak mahu membincangkan kemungkinan bahawa peristiwa ini adalah satu keajaiban / mukjizat?

 

Seterusnya, beliau cuba mencari apa sahaja cara untuk membuktikan hipotesisnya, jadi apabila beliau mendapati bukti saintifik bahawa ada meteor yang telah menghentam bumi pada suatu masa, beliau pergi jauh untuk mengatakan bahawa meteor ini datang dari galaksi jauh dan penuh dengan asid amino. Namun sekadar bersangka begitu tidak memadai, maka mereka menambah bahawa dalam perjalanan ke bumi, meteor yang penuh dengan asid amino ini telah melalui sebuah bintang neutron dan cahaya tersebut telah mengubah asid tersebut kepada asid amino kidal kiri dan kidal kanan. Hipotesis mimpi ini terus bersambung kepada hipotesis yang lain demi untuk melarikan diri dari dilema kebarangkalian.

 

Ada juga hipotesis yang lain berkenaan pembentukan RNA atau DNA, seperti yang diperkenalkan oleh sesetengah ahli kimia dan biokimia, yang mencadangkan bahawa ia tidak bermula dengan protein atau asid nukleik, tetapi bermula dengan bahan kimia tidak hidup seperti polimer dan partikel tanah yang terbentuk dengan cara tertentu yang boleh mereplikasi.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 70

 

 

“Kita boleh mengatakan bahawa alat survival mereka telah diambil alih oleh DNA pada peringkat seterusnya. Jika benar, replikator yang asal telah dimusnahkan, kerana ia tidak meninggalkan apa-apa tinggalan dalam alat survival moden. Berkaitan dengan perkara ini juga, A.G Cairns-Smith telah memberikan pandangan yang menarik bahawa nenek moyang kita, replikator pertama itu, boleh sahaja berbentuk molekul bukan organik, sebaliknya adalah kristal bukan organik seperti mineral, dengan sedikit tanah kering.”[1]

 

Ini adalah hipotesis yang tidak realistik dan akan terus kekal sebagai sebuah hipotesis yang tidak bersandarkan kepada data saintifik yang tepat. Kebergantungan kepada apa yang berlaku dalam tindak balas kimia pada kristal yang nampak seolah-olah mereplikasikan dirinya adalah tidak lebih dari kebergantungan kepada fenomena yang tidak ada kena mengena dengan topik kajian. Hakikatnya replikasi dan perwarisan maklumat tidak berlaku sama sekali dalam tindak balas kimia. Dalam bidang sains teori dan eksperimental, ini tidak lebih dari hipotesis yang masih belum dibuktikan secara saintifik. Tiada beza antara mereka (pent: para saintis yang mempercayai perkara ini) dengan “Roh Agung di langit” yang menyusun batu-batu di pantai, seperti yang dipercayai oleh orang-orang primitif dalam buku Dr. Dawkins.[2] Oleh itu saya tidak melihat sebarang sebab untuk membincangkan atau menafikan hipotesis ini, memandangkan ia hanya andaian yang tidak mencapai peringkat saintifik yang layak dibincangkan atau diberi respon.

 

Dengan mengambil kira semua perkara, jika kita mengubah topik ini ke peringkat sub-biologikal, yakni peringkat tindak balas kimia, adalah lebih baik jika diskusi bersama ateis diubah kepada membincangkan prinsip-prinsip tindakbalas kimia yang telah terbukti, sifat fizik atomik dan partikel sub-atomik, empat daya (pent: interaksi dasar) - nuklear lemah, nuklear kuat, graviti dan elektromagnetik. Oleh kerana kita membincangkan tentang daya atomik dan sub-atomik, diskusi kita perlu berkenaan membuktikan kewujudan tuhan pada peringkat sub-biologikal ini, samada tahap molekular, atomik atau sub-atomik.

 

Menurut hipotesis yang menyebutkan bahawa polimer atau sesuatu yang serupa dengan polimer, mula mereplikasikan dirinya secara tetap dan berevolusi sehingga ia menghasilkan kehidupan seperti hari ini, maka hidupan sepatutnya bermula dari polimer tersebut, bukan dari protein atau pelan genetik. Jika ini adalah perkaranya, maka adalah lebih baik jika diskusi tersebut lebih menjurus kepada asal usul jirim. Kita akan tanggapi perkara ini apabila kita membincangkan topik Dentuman Besar. Kami akan membuktikan kewujudan Tuhan pada tahap

 

________________

[1] Sumber (Dawkins, The Selfish Gene): ms 38

[2] Jika anda berjalan di pantai kerikil ke sana ke mari, anda akan perasan bahawa batu kerikil tidak disusun secara rawak. Petak yang lebih kecil biasanya cenderung terletak di kawasan berasingan di sepanjang pantai, dan petak yang lebih besar di kawasan atau garisan yang berbeza. Batu kerikil disusun, diatur atau dipilih. Suku kaum yang tinggal berhampiran pantai mungkin kagum dengan bukti penyisihan atau organisasi di dunia ini, dan mungkin mencipta legenda untuk menerangkannya, mungkin mengembalikannya kepada hantu gergasi dengan fikiran yang teratur dan rasa tertib (The Blind Watchmaker - Dawkins. Ini akan dibincangkan kemudian dalam buku ini.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 71

 

 

sub-atomik ini, dan ia mencukupi untuk membuktikan kewujudan tuhan tanpa mengira adanya kehidupan fizikal dan evolusinya, samada ia telah wujud melalui campur tangan tuhan atau tidak, samada ia berevolusi secara rawak atau tidak rawak, ada tujuan atau tanpa tujuan.

 

Ada juga teori atau hipotesis yang mencadangkan bahawa hidupan datang dalam keadaan telah sempurna dalam meteor atau batuan tertentu beberapa ratus juta tahun selepas pembentukan planet bumi. Terkait hipotesis ini, beberapa eksperimen telah dijalankan untuk menentukan samada adakah mungkin bagi organisme hidup atau replikator utama untuk terselamat dalam suhu sejuk dan panas yang ekstrem serta pelanggaran yang teruk. Turut terbukti adalah sesetengah organisme multi-selular mampu hidup dalam keadaan hibernasi tanpa air pada suhu rendah yang ekstrem.

 

Teori dan hipotesis yang lain adalah replikator pertama muncul di pinggiran paya dan lautan yang terdedah kepada kitaran kering dan lembab serta pasang-surut teruk akibat dari bulan yang lebih dekat dengan bumi pada waktu tersebut berbanding sekarang. Hal ini ditambah pula dengan matahari, mungkin menyebabkan asid amino untuk terkumpul dalam kolam-kolam kecil, seterusnya membantu pembentukan sup primordial yang sesuai untuk kemunculan replikator pertama.

 

Teori atau hipotesis seterusnya pula berkait rapat dengan persekitaran ekstrem dan mengandaikan abiogenesis terjadi samada di kolam air panas atau persekitaran berasid tinggi. Hipotesis ini diperkenalkan kerana penemuan beberapa bentuk hidupan di kedalaman lautan yang mampu terus hidup dalam persekitaran bersuhu tinggi dan berasid tinggi. Oleh itu, replikator pertama mungkin muncul dalam keadaan yang sama, tambahan pula keadaan ini normal dalam ratusan juta tahun pertama umur bumi.

 

Sebenarnya seorang yang adil dalam penilaian akan nampak dengan jelas bahawa teori abiogenesis yang dipersembahkan sebenarnya bukanlah satu persembahan saintifik yang berdasarkan fakta dan realiti. Hakikatnya ia adalah sebuah penyelidikan yang berdasarkan sebuah asas dan hipotesis bahawa entiti yang benar wujud hanyalah alam ini dan semua perkara lain harus diterangkan dalam had kewujudannya walaupun ia hanyalah beberapa siri hipotesis khayalan, satu demi satu. Kemungkinan untuk mencapai hanya salah satu dari hipotesis tersebut sahaja sudah mustahil, apatah lagi untuk mencapai semuanya dalam bentuk berturutan. Malah logik akal mengkehendaki bahawa jika semua hipotesis berkemungkinan rendah ini dapat dicapai dalam bentuk berturutan, ia menunjukkan satu bentuk keajaiban, yang seterusnya akan menunjukkan sesuatu entiti telah mentadbir dengan jalan ini untuk mencapai hasil yang dikehendaki, iaitu kewujudan kehidupan di muka bumi ini.

 

Oleh kerana tiada satu pun teori saintifik yang menerangkan abiogenesis (asal-usul) dengan penerangan saintifik yang boleh diterima dan didukung oleh bukti yang kukuh, sehingga

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 72

 

 

Dawkins di dalam bukunya “The Blind Watchmaker”, terpaksa membincangkan kemungkinan kejadian separa keajaiban telah terjadi, seperti seseorang yang disambar kilat pada waktu yang tepat seperti yang dijangka, atau seperti seseorang yang disambar kilat enam kali seperti yang direkodkan dalam Buku Rekod Dunia Guinness. Dawkins berkata, sesuatu yang dianggap sebagai keajaiban dalam tempoh pendek tidak semestinya dianggap sebagai ajaib dalam tempoh panjang, dengan kata lain, apabila masa yang mencukupi itu ada.

 

Ini bermakna beliau menganggap kemunculan sel sebagai satu keajaiban, namun keajaiban yang relatif kepada masa. Untuk membantah tanggapan ini, adalah memadai dengan mengatakan kemungkinan kebarangkalian kemunculan organisme yang mereplikasi diri adalah hampir tiada dalam had masa yang kita ketahui. Malah, jika beliau mahu mengira kebarangkalian pada tahap seluruh alam semesta ini, bilangan planet yang berpotensi sesuai untuk kejadian ini tidak akan membantu kerana kita harus menyertakan kebarangkalian meteor membawa amino asid, kebarangkalian ia akan melanggar bumi, kebarangkalian bahawa asid amino tersebut adalah kidal kiri dan kebarangkalian bahawa asid nukleik dan protein mereplikasi diri akan muncul, menjadikan semua ini layak disebut sebagai suatu keajaiban,[1] luar biasa dan tidak alami. Inilah sebabnya, walaupun jika seseorang itu adalah pendukung kuat idea bahawa kemunculan pertama kehidupan moden adalah kejadian alami, beliau akan mengatakan bahawa ia hanya terjadi sekali dan tidak terjadi lagi. Ini adalah pengakuan tidak langsung bahawa abiogenesis adalah keajaiban atau sekurang-kurangnya, sebuah dakwaan yang sukar dicapai.

 

Organisme (makhluk hidup) tidak mungkin tidak berkaitan antara satu sama lain, kerana amat pasti,

 

________________

[1] Mengetahui bahawa semua ini tidak akan menghasilkan sel dengan nukleus sebenar yang layak untuk pembangunan dan kepelbagaian, sebaliknya ia akan menghasilkan protein transcriber untuk dirinya sendiri, dan dalam keadaan terbaik katakan protein ini boleh mencapai melalui evolusi kepada sel bakteria hidup dan bakteria adalah berbeza daripada sel-sel organisma haiwan dan tumbuhan yang lain yang mempunyai nukleus sebenar; Kerana organisma yang diketahui secara saintifik dibahagikan kepada: bakteria, dan nukleus sebenar, yang mengandungi sel-sel kecil kecil, dan transformasi kehidupan daripada bakteria kepada sel dengan nukleus sebenar yang layak untuk pembangunan dan kepelbagaian juga merupakan isu yang kompleks, dan kebarangkalian kejadiannya juga tidak besar, dan kita boleh masuk ke dalam labirin yang sama dengan kemungkinan sebelumnya jika kita mengiranya, teori Margolis berkata: Sel dengan nukleus sebenar seperti kita adalah hasil daripada gabungan jenis bakteria, sebagai dalam sel kita, contohnya, terdapat mitokondria dalam nukleus dan mereka mempunyai DNA mereka sendiri, yang berbeza daripada DNA utama sel, bermakna terdapat kesatuan yang berlaku sebelum ini, Itulah sebabnya terdapat lebih daripada DNA dalam sel, dan mitokondria menyalin dirinya sendiri, bermakna terdapat lebih daripada satu mesin penyalin dalam sel dengan nukleus sebenar, tetapi mitokondria biasanya dihantar dari induk hanya kerana telur mempunyai ruang dan kapasiti untuk pergerakannya, tidak seperti sperma, yang kecil dan tidak mempunyai ruang dan kapasiti untuknya, dan untuk ini ia boleh dikesan nenek moyang wanita melalui DNA terdapat dalam mitokondria, dan nenek moyang lelaki boleh dikesan melalui gen jantina y kerana ia terdapat dalam sperma lelaki sahaja, dan dalam sel tumbuh-tumbuhan dengan nukleus sebenar terdapat bahan Lain yang dipanggil kloroplas juga mempunyai DNA mereka sendiri selain daripada DNA utama.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 73

 

 

bahawa kehidupan yang kita ketahui hanya muncul sekali di muka bumi ini.[1]

 

 

Kesimpulannya, tiada penjelasan logik dan saintifik berkenaan kemunculan kehidupan yang disokong oleh bukti, malahan yang diterima oleh saintis.

 

Mungkin dalam teori sup primordial[a] pula, mengandaikan keajaiban atau campur tangan ghaib untuk menerangkan kewujudan sup primitif (sup purba) yang sesuai untuk kemunculan kehidupan tidak lebih daripada mengandaikan ketersediaan sup dengan cara semula jadi, dan kemunculan protein seterusnya.

 

Dan kita boleh katakan: Penolakan akan lebih logik dalam kes mengandaikan mukjizat ketuhanan - setelah kita buktikan kewujudan tuhan - daripada mengandaikan pengganda kristal atau pengganda tanah liat.

 

Sebaliknya, jika dikatakan ia terbentuk dan digandakan tanpa sebarang campur tangan luar sehingga menghasilkan kehidupan, ini bermakna ia mesti membiak berkali-kali selepas penggandaan pertama itu dan terus menghasilkan kehidupan baru atau sekurang-kurangnya beberapa jenis pengganda utama setiap tempoh masa sehingga hari ini selama mana bahan mentah ada untuk proses tersebut, Ini tidak terjadi sebelumnya, juga tidak terjadi sekarang. Maka andaian ini tidak betul.

 

Perkara yang sama turut terpakai kepada teori sup primordial. Walaupun jika kita cuba mencipta semula sup primordial (sup purba) di dalam makmal, ia tidak dijangka menghasilkan protein yang mereplikasi (mengganda) sendiri, atau asid ribonukleik, tanpa campur tangan kita lebih daripada persediaan sup pertama. Oleh itu, kita harus mengandaikan campur tangan luar menggabungkan bahan-bahan kimia, kristal, partikel tanah atau asid amino kepada gabungan bahan yang mampu mereplikasi sendiri, mengganda dan menghasilkan hidupan pertama. Jika ini berlaku, mengapa tidak kita anggap campur tangan ini bersifat ketuhanan, campur tangan ghaib, terutamanya setelah kita membuktikan kewujudan Tuhan dalam bab-bab selanjutnya?!

 

Maka, masalah Abiogenesis (asal-usul) tidak mempunyai penjelasan saintifik. Ia merupakan satu jurang yang tidak dapat dilangkau sains dan saintis walaupun dengan kecanggihan makmal yang ada pada hari ini, yang mana dalam eksperimen, telah menyediakan semua keadaan yang sesuai untuk meniru apa sahaja tempoh masa yang dijangka oleh ahli biologi dan biokimia akan munculnya kehidupan, seperti mana ketika empat

 

________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 343

[a] Sup primordial adalah teori asal pada sel pertama. Teori ini ialah bahawa molekul anorganik menjadi tertumpu di kolam air hangat yang tertutup. Kemudian daripada kekacauan dan gangguan molekul rawak sel pertama dibentuk.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 74

 

 

bilion tahun yang lepas atau kurang.

 

Berkenaan apa yang telah dibincangkan sebelumnya, objektif saya bukanlah untuk menolak hipotesis abiogenesis atau pembentukan protein pertama yang mereplikasi diri melalui cara tertentu jika wujud bahan, keadaan dan masa. Malah saya mempercayai apa yang disebutkan oleh para Imam (as), dan apa yang diramalkan oleh ahli-ahli kosmologi dan biologi: bahawa alam semesta ini dipenuhi dengan organisme dan kita tidak berseorangan di alam ini. Apa yang saya mahu jelaskan adalah abiogenesis (asal-usul) merupakan sebuah dilema yang tidak dapat diselesaikan oleh sains, kerana sains tidak dapat mencari jalan keluar untuk menyediakan bahan dan syarat yang sesuai untuk kemunculan kehidupan - atau kita katakan, seperti yang kita percaya, perlaksanaan pelan genetik yang pertama atau benih pelan genetik - dari bahan kimia bukan organik yang berevolui sehingga ia mencapai matlamatnya: iaitu penciptaan manusia dan pelan genetik manusia.

 

Kesimpulannya, tidak wujud hipotesis yang mempunyai nilai saintifik untuk menerangkan tentang kemunculan kehidupan di muka bumi ini dengan cara yang logik dan boleh diterima tanpa mengandaikan kejadian-kejadian yang secara saintifiknya mustahil. Oleh itu, wujud penjelasan yang logik dan dapat diterima, sekurang-kurangnya setakat ini, untuk mengandaikan campur tangan Tuhan dalam aspek-aspek yang tidak dapat dilihat, dalam menjelaskan abiogenesis bersama hipotesis mereka yang mustahil untuk terjadi dan bersifat separa-keajaiban.

 

Bagaimanapun, mari kita meneliti hipotesis yang dipegang pihak penentang,  - pihak ateis - iaitu pereplikasi (pengganda) tidak organik, primordial dan kimia, dibuat dari kristal atau tanah, menghasilkan protein, atau bumi adalah seperti kawah yang dipenuhi dengan sup asid amino kidal kiri, dan bilangan percubaan adalah mencukupi (tanpa mengambil kira penjelasan saintifik, logikal dan tidak mustahil berkenaan kewujudan bahan.)

 

Dan seterusnya, kita memperolehi protein yang hanya terdiri daripada asid amino kidal kiri. Jika ini terjadi, adalah ia akan membatalkan kebenaran yang cuba diabaikan oleh Dr. Dawkins dan ateis lain yang serupa dengan beliau? Kebenaran bahawa pelan genetik adalah berbentuk kompoun, kompleks, mengikut suatu peraturan dan mencapai matlamatnya - yang akan kami tunjukkan nanti - maka ia menunjukkan kewujudan pembuat peraturan dan penutur. Jika mereka menolak Dia atau wakilNya adalah penggubal peraturan untuk pelan genetik, dan menolak bahawa Dia adalah sebab tersembunyi kemunculan pelan genetik di bumi ini, dan jika mereka berkeras bahawa sebab kemunculannya hanyalah sebab-sebab semulajadi, maka bagaimana mereka menafikan atau menutup mata terhadap fakta yang memberi sebab kepada matlamatnya, patuh pada suatu peraturan dan menuturkan suatu bahasa, semuanya dalam rangka agar menjadikan ia berfungsi dan menunjukkan suatu entiti bermatlamat yang mencipta dan menuturkan perundangannya?!!!

 

Adakah logik bagi kita untuk mengatakan pelan bagi sebuah bangunan atau jambatan, apabila ia berjaya dilaksanakan, menuruti suatu peraturan, ditulis di dalam bahasa kejuruteraan, maka kita katakan sesiapa yang menulisnya adalah entiti yang waras, namun dalam masa yang sama, kita tidak mengatakan perkara yang serupa apabila melihat pelan genetik dilaksanakan dan berfungsi? Bukankah bahasa kita menunjukkan kesedaran kita dan mempunyai maksud, namun bagaimana pula bahasa genetik tidak menunjukkan kepada penciptanya

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 75

 

 

atau suatu penutur yang sedar lagi waras, yang bertujuan untuk mencapai maksud atau matlamat tertentu dengannya?!!!!

 

Saya percaya mana-mana orang yang rasional akan mengatakan jika bahasa kita menunjukkan kita mampu bertutur, dan berniat untuk mencapai maksud tertentu, maka bahasa genetik juga menunjukkan wujudnya penutur dan entiti bermatlamat di belakangnya, terutamanya apabila ia telah mencapai matlamat jelas yang diketahui oleh kita sekarang, seperti kecerdikan - mesin survival yang terbaik.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya