Ahad, 30 Januari 2022

Bab 2.3 Kedua: Teori Perkembangan dan Evolusi

 Bab 2.3 Kedua: Teori Perkembangan dan Evolusi

 

Kedua: Teori Perkembangan dan Evolusi



Pada 24 November 1859, Charles Darwin  telah menerbitkan buku terkenalnya, Origin of Species - Asal Usul Spesis - Melalui Pemilihan Semulajadi, atau Pengekalan Spesis Terpilih Dalam Perjuangan Kehidupan. Di dalam buku ini, beliau mempersembahkan sebuah teori yang menyatakan bahawa organisme di bumi (tumbuhan dan haiwan) berevolusi, dan tidak wujud secara tiba-tiba atau serentak.

 

Walaupun di waktu itu Darwin tidak mempunyai fosil yang mencukupi untuk mendukung teorinya, beliau mempersembahkan bukti yang beliau perolehi dari pemerhatian serta kajian hibridisasi dan pendomestikan. Beliau juga telah mempersembahkan beberapa bukti dan kajian yang beliau perolehi dari pelayaran terkenal beliau di atas HMS Beagle, dan bukti lain dari ahli biologis lain. Kebanyakan bukti Darwin datang daripada pemerhatian, perbandingan anatomi dan kajian ke atas organisma moden.

Bukti-bukti evolusi terus bertambah setelah pemergian Darwin melalui kajian saintifik yang dibantu oleh kemajuan teknologi dalam pemeriksaan fosil, perbandingan anatomi dan genetik. Darwin dan ahli biologi evolusi yang datang selepas beliau telah menyimpulkan bahawa kombinasi antara individu (kerana perbezaan pelan genetik mereka, sebagai contoh), proses pemilihan yang terjadi dari alam sekeliling dan perwarisan, menghasilkan evolusi kehidupan yang sesuai untuk persekitaran tersebut. Jika pembaca memahami maksud variasi dalam pelan genetik dan pengekalan spesis terpilih oleh alam semulajadi, maka mereka akan melihat dengan jelas bahawa evolusi adalah tidak dapat dielakkan. Selanjutnya menjadikan bukti fosil tidak lagi diperlukan.

                     

Ringkasnya, di mana sahaja ada variasi (kepelbagaian), pemilihan dan pewarisan, evolusi pasti terjadi. Variasi wujud, dan tiada keraguan bahawa ia wujud antara individu dalam spesis yang sama. Pemilihan

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 76

 

 

juga wujud, kerana ia adalah sebahagian penting dari alam semulajadi, keperluannya dan perubahan persekitaran yang sentiasa terjadi, seperti pengurangan paras air, kemarau, kenaikan atau penurunan suhu atau kewujudan pemangsa dan mangsa yang baru. Pewarisan juga adalah elemen yang tidak dapat dielakkan, selagi ada pembiakan dan pembiakan semula. Maka evolusi tidak dapat dielakkan di masa lalu, sekarang dan pada masa hadapan, kerana semua komponen yang diperlukan masih wujud. Oleh itu, isu ini tidak perlu diperdebatkan, kerana ia jelas seperti jelasnya bumi ini berputar. Sebagai tambahan, wujud juga bukti dari perbandingan anatomi, fosil-fosil dan genetik yang mengesahkan evolusi, walaupun evolusi itu sendiri sudah jelas walaupun dalam susur galur organisme moden.

 

Oleh itu, evolusi akan terjadi di mana sahaja ada variasi, pewarisan akibat pembiakan dan pemilihan semulajadi ke atas spesis yang paling kuat. Sebagai contoh, jika kita melihat kepada evolusi organ kompaun seperti mata, telinga dan hidung, langkah evolusi yang pertama adalah perubahan sel deria pada haiwan sel berganda yang primitif. Sel-sel ini kemudiannya akan berganda pada generasi seterusnya, kerana variasi yang disebabkan oleh mutasi genetik akan menyebabkan pergandaan ini. Jika sel deria ini memberikan manfaat dan tenaga kepada haiwan tersebut untuk melepaskan diri dari musuhnya dan membantu mencari makanan, serta jika tenaga yang diberikan sel tersebut melebihi kos kewujudannya, maka haiwan dengan sifat ini akan mempunyai lebih banyak peluang hidup seterusnya dipilih oleh alam semulajadi. Dengan itu, pemilihan ke atas sel deria ini akan terjadi. Maka, apabila ada langkah evolusi yang memberikan lebih banyak manfaat dari kos kepada haiwan tersebut, ia akan dikekalkan.

 

Setelah sel deria yang khusus ini membiak melalui langkah-langkah evolusi akibat variasi dan pemilihan, sekumpulan sel yang dapat mengesan cahaya atau mengesan bahan kimia atau bau mula wujud. Apabila sekumpulan sel yang mengesan cahaya wujud di dalam haiwan, dan variasi juga ada, persekitaran akan memilih sel yang paling bersesuaian untuk terus maju kepada keadaan terbaik. Bentuk melengkung akan lebih disukai kerana ia mengesan cahaya dengan lebih baik, seperti kanta yang menumpukan cahaya dan menjadikan imej lebih jelas, begitu juga deria yang lain. Apabila mutasi sesuai yang lebih baik mula ada, haiwan tersebut akan memilih (bukan secara sedar atas kemahuan haiwan tersebut, namun melalui kaedah evolusi yang saya telah jelaskan) sebuah sistem yang menggabungkan dan menyusun pekerjaan sel deria yang mempunyai pelbagai fungsi sebagai sebuah kumpulan dari sekadar bekerja secara individu, untuk meningkatkan peluang hidup.

 

Jika mutasi memberikan sumber untuk sistem tersebut, atau memberikan asas untuk sistem itu berhubungan dengan sel deria serta menyusun atur kerja mereka, maka sistem tersebut akan dipelihara. Ini mewakili sistem saraf primitif, yang boleh kita katakan sebagai asas kepada otak. Dan inilah caranya sel-sel deria berevolusi menjadi mata, hidung dan lain-lain. Umumnya, ia adalah perihal ekonomi untuk haiwan tersebut: jika sifat yang diperolehi dari mutasi genetik membantu haiwan mendapatkan makanan dan menambah kemampuannya memperolehi 2 unit tenaga dengan hanya membelanjakan 1 unit tenaga, maka sifat ini memberikan manfaat kepada haiwan

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 77

 

 

tersebut, lalu dipelihara. Sebaliknya, jika penggunaan tenaga mengoperasikan melebihi manfaatnya - berdasarkan contoh di atas, penggunaan tenaga adalah 3 unit - maka sifat itu memudaratkan, dan akan dihapuskan. Penghapusan sifat ini bukan dari tindakan individu haiwan tersebut, sebaliknya ia adalah penghapusan keseluruhan spesis. Dengan kata lain, apabila haiwan memperolehi sifat yang lebih memudaratkan dari manfaatnya, ia akan binasa kerana mereka tidak akan mampu hidup atau bersaing dengan haiwan lain.

 

Wujud beberapa perbezaan pendapat berkenaan jalan yang diambil evolusi, dan ada juga beberapa teori yang menerangkan perjalanannya. Teori-teori ini berbeza pendapat tentang kelajuan evolusi, samada ia sentiasa bergerak sangat perlahan atau kelajuannya berubah secara khusus atau berterusan. Salah satu darinya adalah teori mutasi genetik ekstrim, yang telah ditinggalkan hampir sepenuhnya. Teori ini menyebutkan organ kompoun wujud secara terus dan serta merta melalui mutasi genetik tunggal.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: