Jumaat, 22 Februari 2019

Soalan 330: Hukun Sedekah - tugas Bait Al-Mal


Soalan 330:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.

السلام على رجال الهدى ورحمة آلله وبركاته،

Dengan nama beberapa orang Ansar, kami bertanya tentang sesuatu yang telah kami katakan dari sebahagian saudara ansar bahawa amal sedeqah adalah wajib bagi semua orang tanpa pengecualian, Adalah diketahui bahawa pada kita yang tidak mempunyai kekuatan setiap hari dan terdapat orang-orang yang bersedekah kepadanya. Apakah hukum sedekah kepada orang-orang seperti ini – kami menunggu jawapan tuan - beberapa ansar Allah.

Pengirim: Musa - Iraq

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Senoga Allah memberkati anda dengan segala yang baik, Yang wajib ialah khumus dan zakat, namun sedekah adalah mustahab. Dan bagi mereka yang memerlukan barang-barang keperluan dan tidak dapat mencari rezeki pada hari-harinya, dia mempunyai hak di Bait Al-Mal, saya harap mereka yang berada di Bait Al-Mal untuk berhubung kepada faqir miskin atas hak-hak mereka dan Insya Allah mereka berhak atas perkara demikian.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahmad Al-Hassan
Zu Al-Qaedah 1430 H
                              

✡✡✡✡✡


Soalan 329: Sebahagian Jenis Zina


Soalan 329: Sebahagian Jenis Zina
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صلِّ على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Salam atasmu Saidi wa maulai, semoga jiwaku menjadi tebusanmu, aku memperbaharui bai;ahku kepadamu dengan roh dan jasadku, hartaku, keluargaku, anak-anakku dan semua yang ada padaku.

Tuan, saya ada soalan: Jika perzinahan dilakukan oleh wanita yang sudah berkahwin sebelum bertahun-tahun berpisah dan bertaubat kepada Allah dan selepas masa bertemu secara kebetulan dan tahu bahawa suaminya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu ....

Dan tuan telah mewarnai kami sntuk menyokong Imam Mahdi (as), dan saya menanti jawapan tuan.

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Sesiapa yang melakukan zina dengan seorang wanita tidak dilarang bagibya menikahinya. Sekiranya dia berzina dengan pasangannya (iaitu yang dinikahinya), atau yang masih berada dalam masa ‘iddah raj’i, maka sampai bila pun perempuan tersebut diharamkan baginya,.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahmad Al-Hassan
Zu Al-Qaedah 1430 H
* *                          

           ✡✡✡✡✡


Rabu, 20 Februari 2019

Soalan seorang Sunni terhadap dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan


Contoh: Soalan  seorang Sunni terhadap dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan


بسم الله الرحمن الرحيم،
السلام عليكم يا سيد الحسن ورحمة الله وبركاته

Kemudiannya ... Saya suka untuk memberitahu tuan bahawa saya adalah seorang Sunni dan kini terkapai-kapai kerana saya tidak tahu riwayat Aali Bait yang mengesahkan bahawa tuan adalah washi Al-Imam (as). Saya harap tuan boleh membantu saya mengenainya, ditambah pula saya ingin tuan membimbing saya dengan kitab-kitab fiqah supaya saya boleh beribadat dengannya. Bolehkah saya bertaqlid kepada marajik atau tidak? Ada beberapa perkara yang saya perlukan untuk menghujjah dengan Ahl Sunnah.
Saya mohon  kepada Allah agar membimbing kita semua .. Maulana Karim ..
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Pengirim: Abdul 3aal Salimah - Mesir

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Selepas semua itu... untuk riwayat-riwayat, yang menjadi nash dan mengesahkan bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hasan adalah washi dan utusan Imam Mahdi (as) boleh di dapati laman web ansar Imam al-Mahdi (as) iaitu: www.mahdyoon.org,
Terutamanya kitab khusus daripadanya: kitab
(Wasiat Dan Washi Ahmad Al-Hasan),
kitab
Al-Yamani Hujjah Allah,
Dan kitab
(Ringkasan dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan) dan banyak lagi.
Bagi kitab-kitab Fiqh telah dikeluarkan dua Juzuk dari Kitab Syaraei3 Al-Isla.m, Ia adalah kenyataan hukum-hukum dari Imam Mahdi (as) melalui Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Kita tidak dibenarkan bertaqlid kepada mana-mana orang yang bukan maksum atau yang dilantik secara langsung.

Bagi hujah masyarakat umum (Ahl Sunnah) dan untuk membuktikan hak Amirul Mukminin (as), Al-Syed Ahmad Al-Hassan menulis dalam beberapa kitab beliau mengenainya, dan juga dia mengeluarkan Kitab (Ketuanan Allah Bukan Ketuanan Manusia), dan akan dikeluarkan beberapa kitab mengenainya oleh ansar Imam Mahdi (as) Insya Allah.

Tetapi sekarang saya akan mengingatkan sebahagian daripada apa yang ditulis oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan, ia merupakan peraturan ilahi untuk mengenal Al-Hujah pada setiap zaman, dan saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saudara untuk menolong Aali Muhammad (as):

Keterangan dari Kitab Iidha'at Min Da3watu Al-Mursalin J 3 / Bahagian II: (....

﴿ثُمَّ بَدَا لَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا رَأَوُا الْآياتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّى حِينٍ﴾

Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu. [151].

﴿وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِمَّا جَاءَكُمْ بِهِ حَتَّى إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ مِنْ بَعْدِهِ رَسُولاً كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُرْتَابٌ﴾

Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan, tetapi kamu senantiasa dalam keraguan tentang apa yang dibawanya kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu berkata: "Allah tidak akan mengirim seorang (rasul pun) sesudahnya. Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang melampaui batas dan ragu-ragu. [152].

Tanda-tanda (mukjizat) yang mengiringi Yusuf (as) Insyaallah bukanlah tongkat yang menjadi ular dan tangannya tidak bercahaya dan tidak dapat membelah laut, Tetapi ia adalah pakaian (baju) yang menunjukkan kebenaran Yusuf (as) dan ia merupakan taufik dan penyelesaian ilahi bagi perjalanan Yusuf (as), Siapakah mereka dan berapa ramai yang melihat baju yang koyak, bahkan terkoyak pada baju itu sebagai tanda (mukjizat)? Dan di manakah mereka yang melihat taufik dan penyelesaian Allah kepada Yusuf (as) untuk mengetahui bahawa dia diutus oleh Allah Yang Maha Suci?

Tanda-tanda (mukjizat) itu mengiringi Yusuf dan yang melihat orang-orang yang mengiringi perjalanan Yusuf (as), tetapi mereka tidak melihat sebagai tanda-tanda (mukjizat), dan ia telah memutuskan bahawa
﴿ثُمَّ بَدَا لَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا رَأَوُا الْآياتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّى حِينٍ﴾

setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu. [153].

Dari Abi Ja’far (as): pada firmanNya: [Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu,]
Tanda-tanda (mukjizat) tentang kesaksian anak muda dan baju yang terkoyak dari belakang dan kedua-duanya berkejaran dari pintu sehingga didengar dia menariknya di pintu, Dan apabila dia mengambilnya, dIa masih lagi menekan suaminya sehingga masa penahanannya,
﴿وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيانِ﴾
Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda
Dia berkata: Dua orang hamba kepada raja itu salah seorang dari mereka tukang roti, seorang lagi pembuat minuman, dan yang berdusta tidak melihat mimpi adalah seorang tukang roti. [154].

Tanda-tanda (mukjizat) tidak semua mengiringi dakwah dan perjalanan Yusuf (as), tetapi apa yang didatangkan kepada semua nabi yang diutus (as) sebagai bukti dakwah Ilahiyah yang bertanggung jawab seperti yang dibawa oleh Yusuf (as), dia (as)) tidak terkecuali dari para rasul dan jalan mereka satu iaitu untuk menunjukkan risalah mereka,
﴿قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعاً مِنَ الرُّسُلِ﴾
Katakanlah: "Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul [155],
jalan mereka jelas (wasiat atau nash, ilmu dan hikmah, panji-panji bai3atu Lillah (ikrar taat setia milik Allah) atau Kerajaan Allah atau Hakimiyah Allah), ketiga-tiga tanda keterangan yang dibawa oleh Yusuf (as).
﴿وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ﴾
Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan, [156].
Sebelum kita tahu bagaimana, bila dan di mana Yusuf (as) datang, kita perlu tahu apakah ketiga-tiga perkara ini mewakili garis panduan dakwah Ilahiyah secara umum.

Allah berfirman

﴿أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلا هُدىً وَلا كِتَابٍ مُنِيرٍ * وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَى عَذَابِ السَّعِيرِ * وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ﴾

Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.* Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah". Mereka menjawab: "(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)? * Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan. [157]
.
Dakwah kebenaran tidak mungkin hanya bersendirian, tanpa wujudnya seruan kebatilan yang menentangnya, sejak hari pertama nabi telah mewasiatkan kepada mereka siapa selepas baginda dengan perintah Allah SWT, kita dapati ada dakwaan yang batil yang menentang dakwah kebenaran, Adam (as) yang pertama yang diutus dari nabi-nabi Allah, yang mewasiatkan kepada Habil (as), dan Qabil menentang dakwah kebenaran dan menuntut hak Khilafah, sehinggalah qurban sebagai ukuran yang menentukan washi Adam (as) dan qurban Qabil tidak diterima seperti mana qurban yang ditunjukkan Habil washi Adam, Qabil telah mengemukakan ancaman kepada Habil sebagai washi dan kemudian membunuhnya tanpa teragak-agak atau takut kepada Allah SWT:

﴿وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ  * لَئِنْ بَسَطْتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ ل ِأَقْتُلَكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ * إِنِّي أُرِيدُ أَنْ تَبُوءَ بإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ  * فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴾

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa". * "Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam". * "Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim". * Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang rugi. [158].

Ini juga berlaku kepada Yusuf (as) kerana hasad dengki saudara-saudaranya.

Bahkan ia berlaku kepada semua washi-washi (as), apabila Allah memilih Rasul-rasul-Nya, begitu juga Iblis (laknahu Allah) memilih dari tenteranya yang menentang dakwah kebenaran.

Allah SWT memilih Habil (as), dan Iblis (laknahu Allah) memilih Qabil untuk menentang pendakwah Allah, dan Allah memilih Muhammad (S), dan Iblis memilih Musailamah dan Syajah, Al-Aswad dan lain-lain untuk menentang pendakwah kebenaran Muhammad (S).
                   
Berikut dihadapkan soalan: Apakah diterima alasan sesiapa yang meninggalkan dari mengikut Muhammad (S) atas alasan wujud terlalu banyak halaman dakwah, Dan tidak dapat membezakan yang hak dari yang batil?!!!

Sebenarnya, tidak diterima alasan dan jadilah tempat kembalinya adalah neraka jahanam sama seperti orang-orang yang mengikuti dakwah atau risalah nubuwah yang dusta dan palsu.

Maka adakah Allah SWT meletakkan peraturan untuk mengenal pendakwah kebenaran pada setiap zaman dan dia adalah hujah Allah atas hamba-hambaNya dan Khalifah Allah di bumiNya, mentaatinya adalah mentaati Allah dan mendurhakainya adalah mendurhakai Allah dan beriman dan menyerah (Islam) kepadanya adalah beriman dan menyerah kepada Allah dan mengkarinya (kufur) dan menyeleweng darinya, adalah kufur kepada Allah dan menyeleweng dari Allah.

Atau bahawa Allah telah meninggalkan tali pergantungan yang lemah (Jauh Dia Yang Maha Suci lagi Maha tinggi), Dia Al-Hakim Mutlak dan mengukur segala sesuatu dengan kadar ukuran terbaik,
﴿وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ﴾
Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. [159],
﴿عَالِمِ الْغَيْبِ لا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الْأَرْضِ وَلا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ﴾
Yang Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarrahpun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata. [160].

Akibatnya adalah bahawa diperlukan Hikmah Ilahiyah yang meletakkan peraturan untuk mengenal Khalifah Allah di bumiNya pada setiap zaman, dan peraturan ini perlu diletakkan sejak hari pertama Allah SWT menjadikan di dalamnya seorang Khalifah di bumiNya. Maka tidak boleh terjadi peraturan ini adalah secara kebetulan saja dalam salah satu dari risalah-risalah langit hingga ke hari ini dari hari pertama oleh wujudnya tanggung jawab sejak hari pertama lagi, setidak-tidaknya ukuran yang meyakinkan bagi kesemuanya adalah wujudnya Iblis sebagai mukallaf (yang bertanggung jawab) sejak hari pertama, dan mukallaf (yang bertanggung jawab), perlu akan peraturan ini perlu tahu pemilik hak ketuhanan, jika tidak ia akan beralasan dari mengikut hak ketuhanan (Al-Haq Al-Ilahiyah) kerana dia tidak dapat membezakan, dan tidak mempunyai peraturan ilahi untuk mengenal Khalifah ini dilantik oleh Allah SWT.
Dan ukuran yang meyakinkan bagi kesemuanya sekitar tarokh hari pertama Allah SWT menjadikan di dalamnya seorang Khalifah di bumiNya. adalah:

1 - Allah nashkan ke atas Adam, dan bahawa dia Khalifah di bumiNya dengan kehadiran malaikat (as) dan Iblis.
2 - Setelah Allah menciptakan Adam (as) mengajarkannya semua nama-nama.
3 - Kemudian Allah memerintahkan sesiapa yang menyembahNya pada masa itu, malaikat dan Iblis sujud kepada Adam.

Allah Taala berfirman:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". [161].

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ﴾
             
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu mamang orang-orang yang benar!" [162].

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. [163]
.
﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً﴾

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. [164].

Tiga perkara ini adalah peraturan Allah SWT untuk mengenal Al-Hujah pada umat manusia dan Khalifah Allah di bumiNya, Keriga-tiga perkara ini adalah peraturan dan sunnah Allah SWT untuk mengenal KhalifahNta sejak hari pertama lagi, dan sunnah Ilahiyah ini akan berjalan hingga ke akhir dunia dan bangkitnya Al-Saah (Kiamat).

﴿سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾

Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati pada sunnah Allah itu perubahan. [165].
                       
﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾

Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu. [166].

Secara logiknya mana-mana insan yang memiliki kilang, ladang, kapal atau apa sahaja yang melibatkan pekerja yang bekerja untuknya. Hendaklah dia menentukan salah seorang daripada pekerja-pekerjanya untuk menjadi ketua dan dijelaskan namanya agar tidak berlaku kekacauan. Perlantikan ini juga perlu ditetapkan pada orang yang paling tahu dan berkelebihan, serta diarahkan semua pekerja agar mentaati ketua tersebut dalam melaksanakan apa yang diinginkannya. Kegagalan pemilik untuk berbuat demikian pasti akan mengakibatkan impiannya hancur musnah kerana ketiga-tiga aspek ini menggambarkan kebijakan seseorang. Oleh itu, sekiranya kita berkeyakinan bahawa kesemua aspek ini adalah keperluan bagi manusia yang bergelar pemilik, bagaimana pula kita mengharuskan salah satu dari tiga aspek ini ditinggalkan Allah SWT, sedangkan DIA SWT adalah Pemilik dan Penguasa mutlak buat semesta alam ini? 

Jika kita meluaskan lagi peraturan ilahi ini secara terperinci kita dapati bahawa nash (Peruntukan) Ilahi ke atas Adam (as) berubah ke dalam bentuk wasiat disebabkan wujudNya khalifah terdahulu bilamana dinashkan atau diperuntukkan ke atas orang selepasnya dengan perintah Allah SWT berdasarkan kewajipannya sebagai khalifah Allah di muka bumiNya, sebagaimana yang difirmankan: 

﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا﴾

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahliNya. [167]

Tujuan Allah SWT mengajarkan Adam (as) nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkannya akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, memperelokkan dia dengannya dan mentajallikanNya pada dirinya sebelum bergelar khalifah Allah di muka bumiNya. Maka tindakan Adam (as) menerangkan kepada para Malaikat nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkan mereka akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, yang mana diciptakan mereka daripadanya. Oleh itu Allah SWT mengenalkan Adam (as) akan kesemua Nama-nama ketuhanan bersesuaian dengan kedudukannya sebagai khalifah Allah. Adapun di kalangan Malaikat tiada satu pun yang tahu melainkan hanya satu atau beberapa nama yang diciptakan mereka daripadanya. Dengan ilmu dan hikmah ini, maka terbuktilah hujah Adam (as) sebagai khalifah Allah SWT ke atas para Malaikat.

Perkara ketiga di dalam peraturan Ilahi ini ialah perintah Allah SWT kepada para Malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Adam (as). Ini bagi melaksanakan perbuatan yang perlu dilakukan oleh khalifah Allah selaku individu yang diamanahkan khilafah padanya. Ia juga bagi melaksanakan peranan yang perlu dimainkan oleh wakil-wakil (Malaikat) Allah SWT selaku pekerja dan penuntut di sisi khalifah Adam (as).

Sekaligus menetapkan bahawa Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di atas muka bumiNya hanya dapat direalisasikan dengan mentaati khalifah Allah di muka bumiNya.

Hal yang sama juga berlaku pada semua Rasul termasuk Nabi Muhammad (S), di mana mereka (as)  membawa panji yang sama iaitu kepatuhan (Bai’ah) hanya kepada Allah atau Ketuanan dan Kekuasaan hanya untuk Allah SWT. Kesemua mereka (as) berhadapan dengan tentangan orang-orang yang ingin mengekalkan kedudukan iaitu Ketuanan Manusia dan sekaligus menolak Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, sehinggakan  mereka (as) sentiasa dicurigai disebabkan tuntutan dan pertentangan ini. Isa (as) dikatakan datang untuk menuntut pemerintahan Bani Israel, sepertimana yang dituduhkan musyrikin Quraish kepada Nabi Muhammad (S): “bukan Syurga dan bukan Neraka tetapi kekuasaan yang diinginkanya”[168] atau dengan kata lain Muhammad (S) diutuskan untuk menuntut kekuasaan bagi diri dan keluarganya. Tuduhan yang sama juga dilemparkan kepada Ali (as) sebagai gilakan takhta kekuasaan.

Sebenarnya para pengikut Isa atau Muhammad (S) atau Ali (as) mendapati bahawa mereka terdedah kepada dunia dan perhiasannya, harta atau pangkat, Mereka (as) hanya melaksanakan perintah Allah SWT supaya menuntut pengembalian Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, Malah mereka (as) mengetahui bahawa manusia tidak akan sekali-kali menyerahkan kekuasaan tersebut kerana akan ditentang dengan cara diperlekeh, dihina, dikeji, cubaan bunuh dan dipenjarakan. Inilah yang berlaku kepada pengganti serupa Isa (as) bilamana dipakaikan mahkota duri dan diperlekehkan sebelum dia disalib. Hal sedemikian juga berlaku kepada Ali (as) bilamana dipecahkan pintu rumahnya sehingga menyebabkan remuk tulang rusuk isterinya Fatimah (as), serta diheret keluar secara paksa sedang pedang-pedang berkilauan di mukanya. Musa nin Jaafar Al-Kadzim (as) juga dipenjarakan sehingga maut bilamana dia (as) menetapkan sempadan Fadak sebagai Kekuasaan dan khilafah Allah di muka bumiNYA. [169] dipenjarakan sehingga mati,

Beginilah tanggapan biasa orang-orang jahil yang sentiasa beranggapan bahawa tuntutan empunya sebenar kekuasaan Allah SWT sebagai alasan untuk menjatuhkan mereka, sambil meneriakkan di muka empunyanya bahawa kedatangannya untuk menuntut kekuasaan bagi kepentingan dirinya sendiri. Hakikat sebenarnya bukan itu yang diinginkan oleh khalifah Allah ini dalam menuntut kekuasaan dunia, kerana dia sedia maklum bahawa tuntutannya ini akan menjadi sebab utama kehormatannya dicela dan diperlekehkan serta bakal ditentang hebat oleh mereka yang jahil ini.

Malahan mereka yang jahil ini akan menggunakan cara yang biasa digunakan oleh kebanyakan manusia iaitu jalan tipu daya dan pemalsuan atau pembunuhan dan ancaman ketakutan untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Ini terbukti bilamana Ali (as) menuntut kekuasaan dan berkata “Aku adalah pemegang wasiat Rasulullah (S)  dan aku adalah khalifah Allah di muka bumiNya”, Namun hakikat sebaliknya yang berlaku iaitu Abu Bakar bin Abi Quhafah yang mendapat kekuasaan duniawi, yang kemudiannya berkata “perbetulkanlah aku kerana aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu”. [170]  

Dalam situasi ini, Adakah Ali (as) yang tamakkan dunia atau Abu Bakar yang zuhud akan kekuasaan dunia? Sedangkan Abu Bakarlah yang mengingkari hak Ali (as) sebagai khalifah Allah dan mengingkari wasiat Rasulullah (S)  kerana berkehendakkan kekuasaan dunia? Apakah rasionalnya???

Secara khususnya wasiat didatangkan bersama-sama dengan pemegang-pemegang wasiat (Aushiak) (as) sebagai menguatkan tuntutan mereka (as) di masa yang paling sukar. Sebagai contoh Al-Hussain (as) dalam peristiwa karbala berkata kepada mereka yang memeranginya: ”carilah di muka bumi ini orang yang paling hampir dengan Muhammad (S)  nescaya kamu tidak akan menjumpaiNya selain aku”
(انا سبط محمد الوحيد على هذه الأرض). [171]
seterusnya Hussain (as) menguatkan tuntutannya dengan wasiat dan nash Ilahi: 
﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾
“Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui” [172]

Mereka yang memahami ayat ini akan cepat mengetahui bahawa  Al-Hussain (as) hendak memberitahu tentang wasiat yang ada berserta dengannya (as) kerana dia (as) adalah satu-satunya zuriat yang diamanahkan khilafah dan masih hidup. 

Kini kita kembali kepada Yusuf kita dapati:

1- Wasiat:

Pada kata-kata Ya'qub (as) kepada Yusuf (as)

﴿وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَى آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَى أَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾
            
Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [173].

Maka Ya'qub menerangkan bahawa Yusuf (as) pemegang wasiatnya (washinya) dan lanjutan daripada dakwah Ibrahim (as) dan ia sangat jelas.

Pada kata-kata Yusuf (as)

﴿وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ مَا كَانَ لَنَا أَنْ نُشْرِكَ بِاللَّهِ مِنْ شَيْءٍ ذَلِكَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَشْكُرُونَ﴾

Dan aku pengikut agama bapa-bapaku Ibrahim, Ishak dan Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya). [174],

Yusuf, (as) mengesahkan hubungan beliau kepada para nabi dan yang merupakan Barisan Semulajadi untuk meneruskan dakwah mereka.

2- Ilmu:

Pada FirmanNya:

﴿قَالَ لا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِ إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِ قَبْلَ أَنْ يَأْتِيَكُمَا ذَلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي إِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ﴾

Yusuf berkata: "Tidak disampaikan kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan kepadamu melainkan aku telah dapat menerangkan jenis makanan itu, sebelum makanan itu sampai kepadamu. Yang demikian itu adalah sebagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari akhirat. [175].

Pada FirmanNya:

﴿... تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَباً فَمَا حَصَدْتُمْ فَذَرُوهُ فِي سُنْبُلِهِ إِلَّا قَلِيلاً مِمَّا تَأْكُلُونَ @ ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلاً مِمَّا تُحْصِنُونَ @ ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ﴾

 ..."Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.* Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (benih gandum) yang kamu simpan.* Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memerah anggur". [176].

Dan Pada FirmanNya:

﴿قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ﴾

Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan". [177].

3 – Bai3atu Lillah - kesetiaan kepada Allah
:
Pada FirmanNya:

﴿يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ مُتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ @ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُُوا إِلَّا إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ﴾

Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa? * Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". [178],

akhir perkataan Ahmad Al Hassan.

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)

Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)

Al-Syeikh Nazim Al-‘Uqili

-------------------
[151] – Yusuf 12: 35.
[152] - Ghafer: 34.
[153] – Yusuf 12: 35.
[154] - Tafsir Al-Qumi J 2, hal 344.
[155] - Al-Ahqaf 46: 9.
[156] - Ghafir: 40 34.
[157] - Luqman: 20-22.
[158] - Al-Maidah: 27-30.
[159] - Al-Ra3d: 8.
[160] - Saba: 3.
[161] - Al-Baqarah 2: 30.
[162] - Al-Baqarah 2: 31.
[163] - Al-Hijr: 29.
[164] - Al-Kahf: 50.
[165] - Al-Ahzab: 62.
[166] - Penaklukan: 23.
[167] - Al-Nisaa;: 58.
[168] - Apabila Othman bin Affan mengambil alih Khiilafah, Abu Sufyan berkata: Genggamlah ia wahai Bani Umaiyahm Genggamlah sekali. Maka  Abu Sufyan yang bersumpah dengannya, bukan Syurga dan bukan Neraka tetapi kekuasaan yang diinginkanya. Darasat Fi Al-Hadits Wal-Muhaditsin: hal 90
[169] - Berkata Ibn Syahr Asyub dalam Al-Manaqib, dan dalam Kitab Akhbar Al-Khulafa': (Harun Al-Rashid berkata kepada Musa Bin Jaafar: Ambil Fadakmu sehingga aku kembalikan kepadamu, Jadi dia menegaskannya, beliau (as) berkata: Saya tidak akan mengambilnya kecuali ditentukan sempadannya, dia berkata: Apakah sempadannya?, katanya, sempadannya engkau belum mengenal pastinya? dia berkata: hak datukkmu, tetapi aku melakukannya, beliau berkata: sempadan pertama tidak ada apa-apa, berubah wajah Al-Rashid dan berkata: Aduhai, beliau berkata, sempadan kedua Samarkand – Tambah berubah wajahnya - ketiga Afrika - Hitam mukanya - katanya: Oh begitu. beliau berkata. : keempat daripada tepi laut diikuti ke pulau-pulau dan Armenia, Al-Rashid berkata, Tiada apa-apa yang tersisa untuk kami, dan dia berpaling kepada tempa dudukku, kata Musa: Aku telah memberitahu kamu bahawa jika kamu belum mengenalinya. Dengan itu dia berazam untuk membunuhnya.) dan dalam riwayat Ibn Asbath bahawa beliau berkata: (sempadan pertama dari takhta Mesir, dan kedua Dumat Al-Jandal, dan yang ketiga Uhud, dan keempat tepi laut) Manaqib Aali Abi Talib: J 3 hal 435.
[170] - Syarah Nahj Al-Balaghah oleh Ibn Abi Al-Hadid: J 1, gal 169..
[171] – Riwayat Sheikh Al-Mufid khutbah Al-Hussein (as) pada Hari Asyura, dia berkata, dan kemudian Al-Hussein (as) memberitahu mereka: (Jika kamu ragu mengenainya, Aku yakin bahawa aku adalah anak kepada anak perempuan nabi kamu!  Maka demi Allah tiada di Timur dan Barat anak kepada anak perempuan nabi kamu selain aku di kalangan kamu atau selain kamu! dan mereka menghakimi ku untuk membunuh ku, kamu membunuhnya, atau harta kamu yang dimusnakkannya, atau dengan  balasan (qishash) rampasan?! Al-Irsyad J 2, hal 98.
[172] – Aali Imran: 34.
[173] – Yusuf 12: 6.
[174] – Yusuf 12: 38.
[175] – Yusuf 12: 37.
[176] – Yusuf 12: 47 - 49.
[177] – Yusuf 12: 55.
[178] – Yusuf 12: 39 - 40.


✡✡✡✡✡

A