Selasa, 13 Disember 2016

Ushul Ketiga Risalah:


Ushul Ketiga


Risalah:

Tujuan penciptaan adalah ibadah (pengabdian) dan makrifah (mengenal). Untuk mencapai tujuan ini hendaklah dengan ilmu dan makrifah tentang kehendak Pencipta atau risalah. Semua mukallaf (yang dibebani tugas) mengetahui supaya mencapai tujuan penciptaan, Tanpa ianya tidak akan meningkatkan kecepatan perjalanan pemiliknya, malah jauh tersasar daripada tujuan.

Risalah itu termasuklah aqidah dan syari’ah (kepercayaan dan Perundangan), dan kitab ini dikhususkan kepada aqidah-aqidah, dengan itu kita akan menghadkan kepada memperkatakan bahagian Risalah khusus mengenai aqidah, , dan kita hanya akan menyentuh dengan ringkas pada syari’ah.


Syari’ah (Perundangan),


Maklumat (perincian) mengenai Syari’ah (Perundangan) boleh sentiasa berubah di sepanjang perjalanan agama Ilahi, sama ada dalam penggantian para rasul, atau semasa pengutusan Rasul yang sama seperti Muhammad (S). Maka semasa perjalanan risalah agama bagi Al-Rasul Muhammad (S) terdapat penggantian bagi hokum-hukum yang diterima pakai oleh baginda (S) pada awal pengutusan baginda, contohnya tempuh 'iddah bagi isteri-isteri yang suaminya telah meninggal dunia seperti yang telah ditetapkan dalam Al-Quran:

Dia SWT telah berfirman:

﴿وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِّأَزْوَاجِهِم مَّتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ ۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ﴾﴿وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِّأَزْوَاجِهِم مَّتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ ۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ﴾

Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al-Baqarah 2:240]

 Dan juga Dia SWT telah berfirman:

﴿وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ  ﴾

Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. [Al-Baqarah 2:234]

Al-Quran telah menerangkan masalah tersebut telah diubah hokumnya (syari’at) dengan jelas pada ayat-ayatnya; sebahagian darinya adalah firmanNya SWT:

   ﴿شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚكَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّـهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ﴾﴿شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚكَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّـهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ﴾

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). [Al-Syura 42:13]

Atau hinggakan mungkin terdapat beberapa syari’at yang sebahagian matlamatnya untuk menguji manusia, dan menyingkirkan pokok persoalan mereka bagi mereka yang mencari kebenaran, maka pada ketika kiblat orang-orang beragama Hanif di Mekah adalah Ka'bah sementara kiblat Al-Rasul dan sholat baginda menghadap ke Bait Al-Maqdis, di mana ia adalah kiblat orang-orang Yahudi, dan apabila baginda pergi ke Madinah di mana kiblat orang-orang Yahudi adalah Bait Al-Maqdis, kita dapati bahawa Allah jadikan Ka’bah sebagai kiblat, sekiranya di Mekah kiblatnya arah ke Ka’bah adalah lebih mudah bagi orang-orang beragama Hanif beriman. Maka yang pastinya Muhammad (S) mengambil Kiblat orang-orang Yahudi adalah perkara yang berat pada orang-orang beragama Hanif di Mekah, kerana kiblat mereka adalah Ka’bah, dan juga Muhammad (S) mengambil Ka’bah Mekah sebagai kiblat adalah urusan yang berat bagi orang-orang Kristian dan Yahudi di Madinah, kerana kiblat mereka adalah Bait Al-Maqdis.

Allah berfirman:

﴿وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى لأناسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّـهُ ۗ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بِلأناسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ﴾

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (peralihan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. [Al-Baqarah: 143]

Allah berfirman:
﴿نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّـهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ﴾

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Al Kitab memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang mereka kerjakan.[Al-Baqarah 2:144]

Allah berfirman:   

﴿وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ ۚ وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ ۚ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ الظَّالِمِينَ﴾

Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang yang diberi Al Kitab, semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu -- kalau begitu -- termasuk golongan orang-orang yang zalim.[Al-Baqarah: 145]

Jadi Syari’at ilahi menerima penggantian dan perubahan, dan terdapat banyak sebab-sebab yang boleh membawa kepada penggantian dan perubahan; sebahagian darinya keadaan persekitaran masyarakat manusia di bumi ini.

Juga: sebahagian Syari’at yang yang diberi kuasa kuasa Al-Rasul, maka apa yang ditetapkan Al-Rasul dalam batas-batas yang ditetapkan oleh Allah SWT diredhai oleh Allah SWT, Allah SWT berfirman:

:﴿الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَىٰ نَفْسِهِ مِن قَبْلِ أَن تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ ۗ قُلْ فَأْتُوا بِالتَّوْرَاةِ فَاتْلُوهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴾

Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan makanan yang diharamkan oleh Israil (Ya'qub) untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah: "(Jika kamu mengatakan ada makanan yang diharamkan sebelum turun Taurat), maka bawalah Taurat itu, lalu bacalah dia jika kamu orang-orang yang benar". ([Al-Imran: 93]

Jelas daripada ayat-ayat ini bahawa ada perkara yang dilarang oleh Nabi Allah Yakub (as).

Tiada yang berhak untuk menghadkan selain Allah dan sesiapa diberi mandat dari rasulNya untuk menetapkannya. Kerana Agama milik Allah SWT, dan Dialah yang menjaga agamanya, Tiada sesiapa pun yang berhak mencabar untuk menetapkan peraturan dengan melebihi dan mengganggu agama Allah, Kita telah membincangkan perkara ini terlebih dahulu dalam membahaskan ayat Ikmal Al-Din.

Adakah Akal itu ada baik dan buruknya?

Yang dimaksud dengan akal adalah kekuatan fikiran yang tersimpan pada setiap manusia, ia ada pada orang yang baik dan jahat, ada pada orang yang beriman dan yang kafir.

Akal adalah pengukur, oleh itu ia perlu tolok ukur atau pengukur piawai (standard) untuk membanding segala perkara dan yang membezakan baik dan buruknya, Maka jika adanya pengukur piawai (standard) untuk akal dalam sesuatu perkara, membolehkan akal untuk membezakan yang benar dengan yang salah dan yang baik dan yang buruk, dan jika tidak ada pengukur piawai (standard) maka akal tidak boleh membezakan yang baik dan yang buruk dan yang benar dengan yang salah, dan dengan itu kesalahan terletak pada membezakan yang benar dan yang salah pada manusia dalam banyak keadaan dan ia sering berlaku.

Orang-orang yang tidak boleh membezakan yang baik dan yang buruk atau yang benar dengan yang salah, mereka mempunyai salah satu daripada sebab-sebab berikut:

Mereka sama ada hilang alat pertimbangan, dan mereka ini adalah orang-orang yang tidak siuman dan akalnya tidak berfungsi, dan mereka ini dimaafkan.

Atau mereka hilang pengukur piawai (standard), dan merekalah orang-orang yang tidak mengambil berat untuk mendapatkan yang hak bagi mengenal pengukur piawai (standard) yang ada demi membezakan yang benar dengan yang salah, atau bahawa mereka mencari kebenaran dengan kejahilan dan pengetahuan yang lemah atau sembarangan, iaitu, mereka yang mencarinya dengan lidah mereka tanpa pembelajaran dan penyelidikan yang teliti dan pengetahuan sebenar untuk mengenal pengukur piawaian bagi mencerakin den menentukan yang benar dengan yang batil daripada mereka golongan yang sesat.

Atau mereka mempunyai pertimbangan dan mereka mengenal pengukur piawaian atau biasa dengannya, tetapi walaupun begitu mereka mengelakkan dari mencerakin untuk mengenal yang benar dengan yang batil dan yang baik dari yang buruk untuk tetap kekal dalam kebatilan yang ada kepentingan padanya dan yang disokongnya, dan mereka adalah golongan yang dimurkai. Tiada siapa yang boleh mengajaknya - Selain dari seruan-seruan ini untuk setiap manusia - ia mempunyai semua pengukur piawaian; kerana ini bermakna bahawa ia tahu hakikat-hakikat segala sesuatu , apa kesudahannya dan apa yang mereka tidak mengetahuinya pada semua keadaannya, dan ini tidak mungkin terjadi selain pada Allah SWT
.
Jadi, mengetahui yang baik dan yang buruk untuk semua perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh akal, bahkan akal seperti diterangkan apabila ia mempunyai pengukur-pengukur piawaian ia boleh membezakan.

Atas sebab ini untuk mengatakan bahawa akal menggubal syari’at adalah kata-kata (qaul) yang batil, kerana ia sama dengan mengatakan bahawa Tuhan Yang Maha Mutlak itu berbilang-bilang, Maha Suci dan Maha Tinggi Dia (SWT) dari apa yang mereka sifatkan.


Aqidah Ilahiyah Sejak Adam sehingga berlakunya Al-Saah (kiamat):


Semua Aqidah Ilahiyah tidak boleh ditukar ganti atau diubah; kerana agama Allah satu dan juga diturunkan daripada Yang Maha Esa lagi Maha Suci. Ya, sebahagian keterangan boleh diubah, dan untuk menerangkan aqidah dan menjelaskannya mungkin akan lebih banyak dan lebih mendalam hasil tulisannya, dan pengetahuan memberi kesan ke atas aqidah dan amalannya boleh menjadi lebih besar (tinggi) bergantung kepada penerima, tetapi aqidah tidak ditukar ganti dan tidak berubah, Firman Allah Ta’ala:

:﴿إِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُون﴾

Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku. [Al-Anbia 21: 92]

dan Dia berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا ۖإِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ﴾

Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.[Al-Mukminun 23:51]

﴿وَإِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ  وَإِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ﴾

Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. [Al-Mukminun 23:51]
           
Semua umat para rasul adalah satu dan agama mereka adalah satu dan aqidah mereka adalah satu, maka mereka adalah lebih baik daripada dia kepada Allah SWT, dan agama mereka adalah penyerahan kepada Allah atau Islam:
﴿إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّـهِ فَإِنَّ اللَّـهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ﴾

Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. [Aali Imran 3:19)

﴿إِنَّا أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِن كِتَابِ اللَّـهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ﴾

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. [Al-Maidah 5:44])

﴿وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّـهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۗوَاتَّخَذَ اللَّـهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا﴾

Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya. (Al-Nisa’ 4:125],

dan untuk memastikan selamat dalam kehidupan maka mestilah mencontohi mereka dan menyerah kepada mereka kerana ia datang kepada mereka dari Tuhan mereka mengenai aqidah, dan ia adalah kebenaran yang nyata dan tidak sama dengan kebatilan yang dihiasi.

Agama para Rasul, dan agama di sisi Allah adalah penyerahan kepada Allah. Dia SWT berfirman:

﴿وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُ ۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ﴾

Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh. [Al-Baqarah 2:130]

﴿إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ﴾

Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam". [Al-Baqarah 2:131:

﴿وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".[Al-Baqarah 2:132]

Agama Ibrahim adalah agama yang benar dan ia tidak sama dengan kebodohan: [Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri]


dan agama Ibrahim adalah penyerahan kepada Allah iaitu Islam [Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam".].

Sesiapa yang menyerahkan kepada Allah adalah seorang Muslim dan agamanya adalah Islam, sama seperti dia mengikut Ibrahim (as) pada zamannya, atau Musa (as) pada zamannya atau Isa (as) pada zamannya [1], Dia SWT berfirman:

﴿أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّـهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ ۞ قُلْ آمَنَّا بِاللَّـهِ وَمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَالنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ ۞ وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِ3نَ الْخَاسِرِينَ

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.* Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri".. * Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. [Aali Imran 3. 85-85]:

Adapun merujuk agama atau ushul aqidah-aqidahnya adalah penyerahan; kerana kita mengatakan bahawa adanya pencipta, tidak sekali-kali mencipta penciptaan yang terhad. Kemudian mereka dikirim ke dalam kegelapan, dan kemudian diserukan kepadanya kepada cahaya, maka sesiapa menyerah kepada Penciptanya, menerima dan kembali kepada cahaya akan terselamat, dan sesiapa menderhaka akan binasa di mana ia adalah dalam kegelapan, tetapi dengan rahmat-Nya Yang Maha Suci Dia mengutus para penyelamat yang menyeru orang-orang yang binasa dalam kegelapan kepada cahaya sebelum masa tamat:
﴿وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ﴾
Kalau tidaklah kerana suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu.

﴿وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.[Al-Nur 24:21]

﴿وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُوا ۚوَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ﴾

Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah kerana suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu. (Yunus 10:19]

﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَاخْتُلِفَ فِيهِ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ﴾

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab (Taurat) kepada Musa, lalu diperselisihkan tentang Kitab itu. Dan seandainya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Tuhanmu, niscaya telah ditetapkan hukuman di antara mereka. Dan sesungguhnya mereka dalam keraguan yang menggelisahkan terhadap (Al Quran). (Hud 11:110]

﴿وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَكَانَ لِزَامًا وَأَجَلٌ مُّسَمًّى﴾

Dan sekiranya tidak ada suatu ketetapan dari Allah yang telah terdahulu atau tidak ada ajal yang telah ditentukan, pasti (azab itu) menimpa mereka. [Taha: 20 129]

﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَاخْتُلِفَ فِيهِ ۗ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ﴾

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa Al-Kitab lalu diperselisihkan tentangnya. Kalau tidak ada keputusan yang telah terdahulu dari Rabb-mu, tentulah orang-orang itu sudah dibinasakan. Dan Sesungguhnya mereka terhadap Al Quran benar-benar dalam keragu-raguan yang membingungkan. [Fushshilat 41: 45.]

﴿وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِن بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ﴾

Dan mereka tidak berpecah belah, kecuali setelah datang pada mereka ilmu pengetahuan, karena kedengkian di antara mereka. Kalau tidaklah karena sesuatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulunya sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab sesudah mereka, benar-benar berada dalam keraguan yang menggoncangkan tentang kitab itu. [Al-Syuraa 42:14]

Sesiapa yang tunduk menyerah kepada penyelamat yang diutus kepada mereka akan terselamat, dan sesiapa menderhaka kepada mereka akan binasa, ini adalah kisah penciptaan yang sempurna bagi mereka yang menyukainya. Inilah yang berlaku di Alam Al-Zhar, yang disebut di dalam Al-Quran [2] dan di dalam riwayat [3] Aali Muhammad (as), orang-orang yang paling awal menjawab– dengan mengiyakannya (bi bala – bahkan):
﴿أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ﴾
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami) [Al-A’raf 7:172]; jadilah orang-orang di peringkat terkemudian sebagai orang-orang yang diseru dan diberi peringatan dan mereka diuji, Mereka menghadapi ujian dan mereka akan selamat:
﴿هَـٰذَا نَذِيرٌ مِّنَ النُّذُرِ الْأُولَىٰ﴾
Ini (Muhammad) adalah seorang pemberi peringatan di antara pemberi-pemberi peringatan yang terdahulu. ([Najm 53: 56] dan dikembalikan semula kelebihan ini kepada manusia, kerana mereka semua telah melayakkan diri mereka ketika berada pada tahap yang sama sebagai orang-orang yang paling awal menjawab. Maka tidak boleh diungkit sekarang dengan mengatakan mengapa mereka lebih utama daripada kita, dan mengapa mereka sedemikian dan sebagainya. Bahkan pada hakikatnya, Allah tidak pernah melebihkan seseorang atas yang lain, Sesungguhnya semua penciptaan (orang) diberikan kepada mereka naluri (fitrah) yang sama yang melayakkan mereka semua untuk menjadi makhluk yang terbaik seperti orang-orang yang paling awal menjawab, tetapi mereka berlambat-lambat dan melihat diri mereka sendiri dan setiap seorang daripada mereka lalai terhadapNya Yang Maha Suci dan berpaling kepada dirinya sendiri dan keakuannya (egonya) dengan berkata, [Aku] menurut suatu kiraan, mereka tidak seperti orang-orang yang paling awal menjawab yang berkata [Huwa – Dia] dan berpaling dari Al-Ana (keakuan) pada setiap perkiraan mereka mendapat kedudukan tertinggi ini.

Dan di dalam kehidupan di dunia di mana kita hidup mengenai perkara ini:
﴿أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ﴾
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami)
Ia telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku, dan akan berterusan hingga akhir kehidupan ini. Maka ada yang mencipta kita dan menghantar kita ke Alam Kebendaan, Jasmani yang serba legap (kegelapan) ini, dan kemudian Dia memanggil kita sentiasa menyeru kita, dan memberikan kepada kita semua fitrah (naluri) yang sama dan kelayakan yang sama untuk mendengar dan kita pergi kepadaNya kepada cahaya dan kesucian, tetapi sedikit sekali yang mensyukuri nikmatNya dan menjawab (seruan)Nya dengan mengatakan [Dia] dan berpaling dari keakuan [Al-Ana], sangat sedikit bilangan mereka, seperti bintang-bintang dalam kegelapan langit. Mereka sangat sedikit, mereka adalah nabi-nabi, washi-washi dan Rasul-rasul (as):
﴿وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ﴾
Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih. [Saba’ 34:13] Malangnya, ramai yang sibuk dari merayu kepadaNya SWT dan tidak bersyukur atas segala nikmat yang ditunjukkan dalam penciptaan mereka, Mereka melalaikanNya Yang Maha Suci, sibuk dengan keakuan mereka dan tuhan-tuhan mereka dalam kehidupan di dunia ini, di sini ada campur tangan rahmat ilahi mengutus orang-orang yang mendengar rayuannya dan terselamat dengan menyahut dakwahnya untuk mengingatkan orang-orang yang lalai semoga mereka boleh berubah, tetapi malangnya, terlalu sedikit yang menyahut seruan mereka, Maka Dia Yang Maha Suci melebihkan mereka dengan mengirimkan ubat-ubatan (penawar) bersama mereka dan membolehkan ia diturunkan secara berperingkat-peringkat.

---------------------------------
[1] Pennyerahan tertakluk kepada keikhlasan, Bilamana keikhlasan seorang manusia itu tinggi pennyerahannya kepada Allah juga tinggi, dan dengan itu ia sesuai dipanggil agama Allah SWT pada setiap zaman dengan agama Islam dan bukan yang lain, tetapi ia adalah kehendak Allah supaya nama ini tidak dibawa melainkan Muhammad (S) untuk menjadi isyarat yang jelas kepada pennyerahan bagi seluruh penciptaan.
[2] Fieman Allah:
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ [Al-A’raf 7:172]

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lalai terhadap ini.",
[3] Dari Abi Jafar (as) katanya: Sesungguhnya Allah TWT
apabila mencipta penciptaan, Dia menciptakan air gula (manis) dan air bergaram masin, Lalu dicampor kedua air itu, maka diambil tanah liat (Thin) dari kerak bumi lalu digosokkannya dengan gosokan yang kuat.. Seterusnya berfirman kepada Ashabul Yamin (golongan kanan) dan mereka dalam keadaan seperti habuk yang melata: (pergilah) ke syurga dengan aman dan berfirman kepada Ashabul Syimal (golongan kiri): (pergilah) ke dalam neraka dan jangan memperdulikanKu, kemudian Dia berfirman: "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lalai terhadap ini "
(1) (kemudian diambil persetiaan (mitsaq) atas para Nabi, Dia berfirman: "Bukankah Aku ini Tuhanmu? dan Muhammad RasulKu, dan bahawa Ali Pemimpin orang mukmin (Amir Al-Mukminin)?, mereka berkata: Ya dan maka disahkan nubuwah mereka dan diambil persetiaan (mitsaq) atas Ulul ‘Azmi dengan menentukan bahawa Aku Tuhan kamu dan Muhammad RasulKu, dan bahawa Ali Pemimpin orang mukmin (Amir Al-Mukminin) dan washi-washi selepas beliau Penguasa UrusanKu dan penyimpan (khazanah) IlmuKu (as), dan bahawa Al-Mahdi Pendokong (memenangkan) agamaKu dan mezahirkan KerajaanKu dan membalas bela ke atas musuhKu dan menyembahKu secara sukarela atau terpaksa, mereka berkata: Kami mengakuinya, ya Tuhan, dan kami menyaksikannya, dan Adam tidak menafikan tidak mengakuinya dan Ulul ‘Azmi mengesahkan kelima-lima (mitsaq) ini pada Al-Mahdi. Adam tidak berazam (kuat) untuk mengakuinya, ia adalah fiemanNya AWJ:
﴿وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا﴾
Dan sesungguhnya telah mengambil perjanjian Kami kepada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.," katanya, sesungguhnya dia telah dibiarkankan
(2) kemudian mengarahkan api marak
(3) kemudian berfirman kepada Ashabul Syimal (golongan kiri): masuklah ke dalamnya lalu mereka merasa gerun akannya, Seterusnya berfirman kepada Ashabul Yamin (golongan kanan): masuklah ke dalamnya lalu mereka masuk dan merasa sejuk dan nyaman , berkata Ashabul Syimal: Ya Tuhan, kurangilah kami. Maka Dia berfirman: Aku telah kurangkan buat kamu maka masuklah ke dalamnya, lalu mereka pergi kepadanya dan merasa gerun akannya. Setelah itu ditetapkan ketaatan dan Wilayah (kekuasaan) serta kemaksiatan. [Al-Kafi - Kulaini: Jilid 2: halaman 8]


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Tiada ulasan: