V - Nasab Khalifah Allah Al-Mahdi
Dia
dari Quraisy, Bani Hasyim, Itrah Nabi dan Anak Keturunan Fatimah
a) Dari Bani Kinanah, Bani Quraisy, Bani Hasyim
عن قتادة، قال : قلت لسعيد بن المسيب: المهدي حق ؟
قال: حق. قلت: ممن ؟ قال: من كنانة. قلت: ثم ممن ؟ قال: من قريش. قدم أحدهما علىالاخر. قلت: ثم ممن ؟ قال: من بني هاشم . قلت: ثم ممن ؟ قال:
من ولد فاطمة(
Dari Qatadah: “Aku bertanya kepada Said bin Musayab,
“Apakah Al-Mahdi itu haq (benar)?”Dia menjawab,“Benar”, Aku tanyakan.“Dari
siapa (asalnya)?” Katanya,“Dari Kinanah.” Aku tanya lagi,“Kemudian dari siapa?”Katanya,
“Dari Quraisy”lebih awal dari keduanya. Aku tanya lagi “Kemudian dari siapa?”
Katanya “Dari bani Hasyim” Aku tanya“Terus dari siapa?” Katanya, “Dari anak
keturunan Fatimah”.Rujukan: Aqad Ad Darar Fi Akhbar Al Muntazar, Halaman 22
b) Dari Ahlulbait Nabi saw
أخرج أحمد بن حنبل بسنده عن علي،قال: قال رسول الله )صلى الله عليه وآله): (المهدي منا
أهل ألبيت يصلحه الله في ليلة(
Ahmad bin Hanbal menyampaikan dari Fadhl bin Dakin
dari Yasmin Al-‘Ajali dari Ibrahim bin Muhammad Al-Hanafiah dari bapanya dari
Ali:“Rasulullah saw bersabda, “Mahdi berasal dari kami Ahlulbait. Allah akan
mempersiapkannya dalam satu malam.”
Rujukan: Musnad Ahmad, Juz 1, Halaman 84; Sunan Ibnu
Majah, Juz 2, Halaman 1367
c) Dari Itrah Nabi saw
اخرج أحمد في مسنده بسنده عن أبي سعيد
أنرسول الله (صلى الله عليه
وآله) قال:(تملأ الآرض ظلما وجورا ثم يخرج رجل من عترتي يملك سبعا أو تسعا
في ملأ الآرض قسطا وعدلا(
Disebut dalam Musnad Ahmad, dari Abi Sa’id bahawa Rasulullah
saw bersabda: “Bumi akan dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan,
kemudian muncul seorang dari itrahku, dia akan memenuhi bumi selama tujuh atau
Sembilan (tahun) dengan kemakmuran dan keadilan.” Rujukan: Musnad
Ahmad, Juz 3, Halaman 28
حدثنا أحمد بن إبراهيم
ثنا عبد الله بن جعفر الرقي ثنا أبو المليح الحسن بن عمر عن زياد بن بيان عن علي
بن نفيل عن سعيد بن المسيب عن أم سلمة قالت سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم
يقول : المهدي من عترتي من ولد فاطمة
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ibraahiim:
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Ja’far Ar-Raqiy: Telah
menceritakan kepada kami Al-Hasan bin ‘Umar, dari Ziyaad bin Bayaan, dari ‘Aliy
bin Nufail, dari Sa’iid bin Al-Musayyib, dari Ummu Salamah, ia berkata: Aku
mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam
bersabda: “Al-Mahdi itu berasal dari keturunanku dari anak Faathimah” [Diriwayatkan
oleh Abu Daawud no. 4284; dishahihkan oleh Al-Albaaniy dalam Shahih Sunan
Abi Daawud, 3/20-21].
d) Dari Anak Keturunan Fatimah
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: سمعت رسول الله
(صلى الله عليه وآله) ، يقول : (المهدي من عترتي، من ولد فاطمة) رضي الله عنها .
أخرجه الإمام داود سليمان بن الآشعث السجستاني في سننه، والإمام أبو عبد الرحمن
النسائي في سننه، والإمام الحافظ أبو بكر البيهقي، والإمام أبو عمرو الداني، رض ي
الله عنهم،):
Dari
Ummu Salamah (ra) katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Al-Mahdi
berasal dari itrahku, dari anak keturunan Fatimah.” Disebut oleh Al-Imam Daud
Sulaiman bin Al-Asy’ats Al-Sajastani dalam Sunannya, dan Al-Imam Abu Abdu
Rahman Al-Nasa`i dalam Sunannya,Al-Imam Al-Hafidz Abu Bakar Al-Baihaqi dan Al-Imam
Abu ‘Amr Al-Dani (ra). Rujukan: Aqad Ad Darar Fi Akhbar Al Muntazar,
Halaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan