Selamat Datang
Khalifah Allah Al Mahdi
Diterjemah
dari Kitab:
Atas Kedatangan
Ahmad Al-Hassan
Menuntut Sebagai
Khalifah Allah Al-Mahdi
Pengenalan
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين،وصلى الله على محمد
وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Pengsihani.
Segala puji adalah untuk Allah
Tuhan sekalian alam,
dan selawat sanjungan Allah,
atas Muhammad dan keluarga Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam
pengiktirafan..
﴿بسم
الله الرحمن الرحيم﴾
﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ
الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani
{Tentang
apakah mereka saling bertanya-tanya?? (1) Tentang berita yang besar, (2) yang
mereka perselisihkan tentang ini. (3) Sekali-kali tidak; kelak mereka akan
mengetahui, (4) kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. (5)}
[Al-Naba' 78:1-5]
Berita
kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi adalah berita besar. Ia kerap
diperselisihkan. Tetapi kita tidak boleh bosan dengannya kerana ada banyak berita
besar selainnya seperti kedatangan Al-Saah atau Kiamat dan kedatangan
Rasul-rasul Allah di muka bumiNya.
Ia adalah kisah yang berulang
di setiap zaman di mana terdapat Khalifah dari khalifah-khalifah yang diutus
Allah di bumi dan langit-Nya. Dan ia adalah suatu kisah yang sentiasa diperselisihkan
oleh penciptaan (Makhluk) terhadap Hujjah Allah ini kepada mereka iaitu yang
terdiri dari para Nabi, Rasul-rasul dan Pengganti (Khalifah) mereka (as) - atau
seperti yang Allah telah sebutkan dalam firmanNya ﴿النَّبَأِ
الْعَظِيمِ﴾{Berita yang besar} dalam ayat di atas.
Allah telah merakamkan ketika
akan di utus Muhammad sebagai rasul kepada Bani Israel:
﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ
إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ
التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ
أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ
مُّبِينٌ﴾
"Dan (ingatlah) ketika Isa ibn Maryam berkata:
"Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu,
membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan
(datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.".
Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata,
mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata"." [Al-Saff 61:6]
Apakah kesudahannya terhadap
Bani Israel, umat Yahudi dan Keistian. Adakah mereka beriman dengan Muhammad
(saw). Adakah kerana yang mereka tunggu Ahmad dan yang datang Muhammad?
Tidak, malah merekalah yang membina Bandar Yatsrib (Madinah) untuk menunggu
Nabi Penutup Muhammad (saw). Bahkan mereka mengenal Muhammad seperti mereka
mengenal anak-anak mereka sendiri. Allah SWT berfirman:
﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ
أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ
يَعْلَمُونَ﴾
Orang-orang yang telah Kami beri Al Kitab
mengenalnya Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan
sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal
mereka mengetahui. [Al-Baqarah 2:146]
﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ
يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ الَّذِينَ خَسِرُوا
أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾
Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya,
mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri.
Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman (kepada Allah).
[Al-An3aam 6:20]
Apabila Muhammad diutus mengikut
Jalur (nasab) Ismail bin Ibrahim (as) mereka (ahli kitab) tidak beriman dengan
Muhammad. Ini diingatkan Allah SWT dari pengajaran ayat di atas:
1.
Mereka menyembunyikan kebenaran, padahal
mereka mengetahui
2.
Mereka merugikan diri sendiri kerana mereka
itu tidak beriman
Maka Khalifah Allah Al-Mahdi adalah
berita besar untuk akhir zaman. Apakah tindakan kita? Apakah kita
biarkan kerana sudah terlalu banyak yang mendakwanya? Janganlah kita menzalimi
(tidak berlaku adil) kepada diri kita sendiri.
﴿وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ
مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ﴾
{Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan
mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.} [Al-Syhu'araa' 26::227].
Ingatlah
firman Allah ﴿كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Sekali-kali tidak; kelak
mereka akan mengetahui.} iaitusemasa kedatangannya (Khalifah Allah Al-Mahdi)
dan bersabarlah dan kajilah
﴿ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{kemudian sekali-kali tidak;
kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa kedatangannya (Khalifah Allah Al-Mahdi).
Dan di hujung surah itu Allah
mengingatkan
﴿إِنَّ
لِلْمُتَّقِينَ مَفَازاً﴾
{Sesungguhnya orang-orang yang
bertakwa mendapat kemenangan,} [98 Al-Naba' 78:31],
Mereka adalah orang-orang yang
beriman kepada khalifah Allah yang dijanjikan oleh Rasulullah (saw), dan taat
kepadanya dan mengikuti jejak langkahnya pada jalan yang lurus, dan mereka
mengenal Allah melalui Khalifah Nya. Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan
suatu {Berita yang besar}!? Dia (Khalifah Allah) juga adalah pintu untuk
mengenal Allah, Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang
besar}!?
Dan dalam Al-Quran penjelasan
berita yang besar ini adalah peringatan untuk orang yang mengambil peringatan
dan untuk orang yang mengambil pengajaran, mudah-mudahan dia akan sedar dan
menjadi salah seorang yang mengetahui dan yang sujud, dan supaya dia tidak
kekal di dalam kejahilannya dan keangkuhan, dan supaya ia menjadi salah seorang
daripada orang-orang yang memberi peringatan kepada orang lain seperti
firmanNya SWT:
﴿قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ *انْتُمْ
عَنْهُ مُعْرِضُونَ* ........ وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ
بَعْدَ حِينٍ﴾
{Katakanlah:
"Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya
*.......... Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah
beberapa waktu lagi.):[Shaad 38:67,68 dan 88].
Semoga
kita mendapat hidayah Allah SWT. Maka dihidangkan kepada saudara-saudari Kitab Selamat
Datang Khalifah Allah Al Mahdi yang diiterjemah dari Kitab:
(Bahasa Arab)
atas Kedatangan Ahmad Al-Hassan yang Menuntut Sebagai Khalifah Allah Al-Mahdi.
والحمد لله رب العالمين
.Segala puji adalah untuk Allah
Tuhan sekalian alam,
Penterjemah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan