II- Beriman kepada Imam Mahdi
Melainkan
perselisihan dalam masalah-masalah tertentu, keimanan kepada Imam Mahdi (as) termasuk
kepercayaan terhadap keberadaan musuhnya adalah salah satu kebenaran dalam
akidah yang disepakati oleh muslimin. Sebagaimana semua orang meyakini adanya pengislahan
(pembaharu)sejagat.
يقول ابن خلدون : )اعلم إنّ
المشهور بين الكافة من أهل السلام على ممر الآعصار: أنه
لا بد في آخر الزمان من ظهور رجل من أهل البيت، يؤيد الدين ويظهر العدل،
ويتبعه المسلمون ، ويستولي على الممالك السلامية، ويسمى المهدي(
. تاريخ بن خلدون :ج 1 ص 311 الفصل: 52
Ibnu Khaldun mengungkapkan: “Ketahuilah, yang masyhur di kalangan semua orang
Islam di sepanjang masa adalah bahawa di akhir zaman akan muncul seorang lelaki
dari Ahlulbait. Ia menjunjung agama, menegakkan keadilan dan diikuti oleh
muslimin serta menguasai seluruh pemerintahan Islam. Ia bernama Al-Mahdi.” Rujukan:
Tarikh Ibn Khaldun, Jilid 1,halaman 311 Bab 52
Sejalan
dengan ucapan Ustaz Amin Al-Azhari Al-Mishri bahawa Ibnu Hajar telah
mendapati hadits-hadits terkait Al-Mahdi sebanyak 50 riwayat(Rujukan: Al
Mahdi wal Mahdawiyah, halaman 48). Sebagaimana tulisan Syaukani dalam
kitabnya yang diberi judul “Al-Taudhih fi Tawatur ma Ja3a fi Al-Muntadzar
wa Al-Dajjal wa Al-Masih".
Muttaqi
Al-Hindi dalam kitabnya
mengatakan: “Syaikh Yahya bin Muhammad Al-Hanbali mengkafirkan orang yang
mengingkari Al-Mahdi. Ia berkata, “Siapa yang mendustakan Al-Mahdi yang
dijanjikan telah disabdakan akan kekafirannya.”Rujukan: Al Burhan, halaman
104
Ibnu
Taimiyah mengatakan: “Hadits-hadits
yang berhujjah atas kemunculan Al-Mahdi adalah sahih, diriwayatkan oleh Abu
Daud, Turmudzi, Ahmad dan lainnya dari Ibnu Mas’ud dan lainnya.” Demikian juga
di dalam kitab Al-Muntaqa min Minhaj Al-I’tidal karya Dzahabi, halaman 534.
Saya katakan, “Lima ulama besar ahli hadits telah mensahihkan hadits-hadits
kemunculan Al-Mahdi, disertai ulama yang lain dari para pendahulu dan generasi
sebelumnya, yang boleh sahaja saya sebutkan nama-nama mereka…” Rujukan:
Minhaj Al Sunnah, Jilid 4, halaman 211
Bin
Baz pernah ditanya tentang
keimanan ini bahawa:
“Ada
orang yang mengingkari Al-Masih, Al-Dajjal dan Al-Mahdi, turunnya Isa (as),
Ya`juj wa Ma`juj. Tidak satupun darinya yang dia percayai. Bahkan katanya
bahawa tiada hadits yang diriwayatkan mengenainya, dengan kesedaran bahawa dia
tidak faham ilmu haditssama sekali dan ilmu-ilmu lainnya. Walaupun beberapa
ulama telah membantahnya, beliau yang merupakan orang yang melaksanakan solat,
puasa dan kewajiban-kewajibannya masih lagi tetap dalam dakwaannya bahawa semua
hadits tentang hal ini adalah dusta kepada Nabi saw dan tambahan terhadap
Islam. Maka apa hukum baginya?”
Jawabannya: “Orang seperti beliau
adalah kafir, kerana telah mengingkari sesuatu yang kukuh dari Rasulullah saw.
Jika telah dijelaskan oleh ulama kepadanya dan dia masih keras mendustakan dan
mengingkarinya, maka ia menjadi kafir, kerana orang kafir mendustakan Rasulullah
saw. Adalah sahih dan mutawatir dari Rasulullah saw berkaitan hadits-hadits di
akhir zaman tentang turunnya Al-Masih bin Maryam dari langit di akhir zaman,
munculnya Ya`juj wa Ma`juj, Dajjal dan Al-Mahdi. Empat perkara ini; Al-Mahdi di
akhir zaman akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah dipenuhi kezaliman,
turunnya Al-Masih bin Maryam, munculnya Dajjal dan Ya`juj wa Ma`juj, semuanya
dikukuhkan oleh hadits-hadits yang sahih mutawatir dari Rasulullah saw. Maka
mengingkarinya adalah kufur dan sesat.
Mengenai
Dajjal, Al-Masih bin Maryam dan Ya`juj wa Ma`juj yang diriwayatkan secara
mutawatir dari Nabi saw, tiada keraguan di dalamnya. Demikian juga dalam hal
Al-Mahdi. Walaupun demikian, perkara ini masih dipermasalahkan (isykal) dan
ditangguhkan (tawaquf) oleh sebagian orang; maka orang yang mengingkari Al-Mahdi,
ia menangguhkan perkara ini dalam kekafiran. Sedangkan yang mengingkari adanya
Dajjal atau Al-Masih bin Maryam atau Ya`juj wa Ma`juj, jelas ia kafir.
Dikatakan tawaquf dalam kekafiran dan kemurtadannya, kerana ia telah dilewati
oleh orang yang menjadikannya masalah. Yang paling tampak dan mendekati ialah
kekafirannya dalam hal ini. Adapun sehubungan dengan Ya`juj wa Ma`juj, Dajjal
dan Al-Masih bin Maryam jelas kafir..” Rujukan: Laman Rasmi Bin Baz http://www.binbaz.org.sa/mat/21563
Sebelum ✡✡ Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan