Rabu, 27 Oktober 2021

Pembuktian dari Laman Rasmi Al-Mahdyoon 11

  

Hadits Manzilah: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun di sisi Musa

حديث المنزلة :ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى

 

(Menentukan Sahihnya Wilayah Imam Ali, Sahihlah Wilayah Imam 12 dan Sahihlah 12 Mahdi-mahdi di  akhir zaman sebagai Khalifah Allah – Pent.)   

 

Hadits Manzilah:

ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى

Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun di sisi Musa

 

Ibn Abd Al-Barr dalam Al-Isti3ab mengenai hadits ini: adalah dari khabar yang sah dan sahih. Beliau berkata: Jalan hadits Saad bin Abi Waqas terlalu banyak. Beliau menyebut beberapa orang sahabat yang meriwayatkan Hadits ini, kemudian berkata: kumpulan yang panjang (ramai) menyebutnya.[1]

 

Sama seperti itu juga yang diperkatakan Al-Mazi dalam Tarjamah Amir Al-Mukminin (as) dalam Tahzhib Al-Kamaal.[2]

 

Dan hadits ini disebut oleh Al-Hafidz Ibn 3asakir dalam Tarjamah Amir Al-Mukminin dari Tarikh Dimasyq (sejarah Damsyik) atas banyak jalan, dan sanadnya hampir dua puluh sahabat.[3] Al-Hafidz Ibn Hajar Al-3asqalaniy berkata  dalam  Syarah Al-Bukhari selepas dia menyebut sebilangan nama-nama sahabat, dan meriwayatkan kisah-kisah pengumpulan daripada mereka mengatakan, telah diambil dalam jalan Ibn 3asakir dalam Tarjamah Ali.[4] Tambahan pula hadits ini adalah mutawatir di sisi Imamiyyah, ia adalah hadits-hadits shahih yang dikenali dan masyhur di sisi Ahl Al-Sunnah, hadits-hadits ini juga adalah mutawatir di sisi mereka. Kata Al-Hakim Al-Naisaburiy: Hadits ini mencapai tahap tawatur (mutawatir).[5] Al-Hafidz Al-Suyuthi juga melaporkan Hadits ini dalam kitabnya Al-Azhaar Al-Mutanatsirah termasuk dalam khabar (hadits) yang mutawatir,[6] diikuti oleh Syeikh Ali Al-Muttaqi di dalam kitabnya Quthf Al-Azhaar Al-Mutanatsirah termasuk dalam khabar (hadits) yang mutawatir. Dan di antara yang mengakui hadits ini adalah Syah Waliullah Al-Dahlawiy Muhadits India dalam kitabnya Izalah Al-Khafaa’ Fi Sirah AL-Khulafaa’.

 

 

Perawi masyhur yang meriwayatkan hadits ini pada abad-abad yang berbeza:

 

1 - Muhammad bin Ishaq, penulis Al-Sirah.

2 - Sulaiman bin Daud Tayaalisi Abu Dawud Tayaalisi, di dalam Musnad

3 - Muhammad bin Saad, Pemilik Al-Thobaqaat.

4 - Abu Bakar Ibn Abi Syaibah, pemilik Al-Mushnaf.

5 - Ahmad ibn Hanbal, pemilik Al-Musnad.

6 - Bukhari dalam Shahih-nya.

7 - Muslim dalam Shahih-nya.

8 - Ibn Majah, dalam Shahih-nya.

9 - Abu Hatem Ben Habban, dalam Shahih-nya.

10 - Tirmizhi, dalam Shahih-nya.

11 - Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, Imam besar ini yang mungkin mendahulukan sedikit pada ayahnya, beliau meriwayatkan hadits ini dalam Ziadaat Musnad Ahmad dan Ziadaat Manaqib Ahmad.

12 - Abu Bakar Al-Bazar, pemilik Al-Musnad. 13 - Al-Nasaaei, pemilik Al-Shahih

14 - Abu Ya3la Al-Mushli, pemilik Al-Musnad.

15 - Muhammad bin Jarir Al-Thabari, pemilik Al-Tarikh wa Al-Tafsir.

16 - Abu 3awanah, pemilik Al-Shahih.

17 - Abu Syeikh Al-Ishfahani, pemilik Thabaqaat Al-Muhaditsin.

18 - Abu Al-Qasim Al-Thabaraani, pemilik Al-Mu3ajam Al-Tsalatsah.

19 - Abu Abdullah Al-Hakim Al-Naisaburiy, pemilik Mustadrak 3ala Al-Shahihain.

20 - Abu Bakar Al-Syiraziy, pemilik Kitab Al-AlQaab.

21 - Abu Bakar bin Mardawiyah Al-Ishfaahaniy, pemilik Al-Tafsir.

22 - Abu Naim Al-Isfahani, pemilik Haliyah Al-Auliak.

23 - Abu Al-Qasim Al-Tanwakhi, dalam Kitabnya Fi Thariq Ahadits Al-Manzilah

24. Abu Bakar Al-Khathib, pemilik Tarikh Baghdad.

25 - Ibn Abd Al-Barr, pemilik Al-Isti3ab.

26 – Al-Baghawi, digelar sebagai yang menghidup Al-Sunnah, pemilik Mashabih Al-Sunnah.

27 – Ruzain Al-3abdariy, pemilik Al-Jami3 Baina Al-Shihah.

28 - Ibn 3asakir, pemilik Tarikh Dimasyq.

29 – Al-Fakhr Al-Raziy, pemilik Al-Tafsir Al-Kabir.

30 - Ibn Al-Atsir Al-Jazariy, pemilik Jami3 Al-Ushul.

31 – Akhwah Ibn Al-Atsir, pemilik Asad Al-Ghaabah.

32 - Ibn Al-Najar Al-Baghdadi, pemilik Tarikh Baghdad.

33 – Al-Nawawiy, pemilik Syarah Shahih Muslim.

34 - Abu Al-Abbas Muhibb Al-Din Al-Thabariy, pemilik Al-Riyadh Al-Nadhirah dalam Manaaqib Al-3asyarah Al-Mubasyirah.

35 - Ibn Syed Al-Nas, dalam Sirahnya.

36 – Ibn Qiyim Al-Jauziyah, dalam Sirahnya.

37 – Al-Yaafaei, pemilik Miraah Al-Jinan.

38. Ibn Katsir Al-Damsyiqi, pemilik Al-Tarikh wa Al-Tafsir.

39 - Al-Khatib Al-Tabrizi, pemilik Misykaat Al-Mashbih.

40 - Jamal Al-Din Al-Mazi, pemilik Tahzhim Al-Kamal.

41 – Ibn  Al-Syahnah, pemilik Al-Tarikh Al-Ma3ruf.

42 – Zain Al-Din Al-Iraqi Al-Muhadits Al-Ma3ruf, pemilik Al-Mualafaat, pemilik Al-Alfiah dalam 3ulum Al-Hadits.

43 - Ibn Hajar Al-3asqalaani, pemilik Al-Mualafaat.

44 – Al-Suyuthi, pemilik Al-Mualafaat Kal-Dar Al-Mantsur dan lain-lain.

45 – Al-Diyaribkariy, pemilik Tarikh Al-Khamis.

46 - Ibn Hajar Al-Makki, pemilik Al-Shawa3iq Al-Muharraqah.

47 – Al-Muttaqi Al-Hindiy, pemilik Kanz Al-3amal.

48 – Al-Manaawi, pemilik Faidh Al-Qadir Fi Syarah Al-Jami3 Al-Shaghir.

49 - Waliullah Al-Dahlawi, pemilik Al-Mualafaat penulis Kitab Hujjah Allah Al-Balighah Wa Azalah Al-Khifaa’.

50 - Ahmad Zaini Dahlan, pemilik Al-Sirah Al-Dahlaniyah. Dan yang lain-lain dari ahli sejarah, ahli hadits dan Ahli Tafsir dari abad dan lapisan masyarakat yang berbeza.

 

 

Teks Hadits dalam Shahih Bukhari:

 

حدثنا محمد بن بشار ، حدثنا غندر ، حدثنا شعبة ، عن سعد قال : سمعت إبراهيم بن سعد عن أبيه [ أي سعد بن أبي وقاص ] قال النبي ( صلى الله عليه وسلم ) لعلي : أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى

 

Muhammad bin Bashar, diberitahu oleh Ghundar, diberitahu oleh Syu3bah, dari Saad katanya: Aku mendengar Ibrahim bin Saad daripada bapanya [iaitu, Sa3ad bin Abi Waqash] Nabi (S) bersabda kepada 'Ali: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa.[7]

         

قال : وحدثنا مسدد ، حدثنا يحيى ، عن شعبة ، عن الحكم ، عن مصعب - مصعب بن سعد بن أبي وقاص - عن أبيه : إن رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) خرج إلى تبوك فاستخلف عليا فقال : أتكلفني بالصبيان والنساء ؟ قال : ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه ليس بعدي نبي

 

Beliau berkata: kami diberitahu oleh Musdad, diberitahu kepada kami oleh Yahya, dari Syu3bah,dari AL-Hakim dari Mush3ab – Mush3ab bin Sa3ad bin Abi Waqash – dari bapanya, bahawa Rasulullah (S) hendak berangkat dalam perang Tabuk, baginda menugaskan ‘Ali untuk menggantikannya (mengurus Madinah) Ali berkata: Adakah engkau menugaskan aku degan kanak-kanak dan wanita? Baginda bersabda: Tidak engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak ada nabi sesudahku.[8]

 

 

Hadits Al-Manzilah dalam Shahih Muslim:

 

Bagi lafaz Muslim, ia meriwayatkan hadits ini dengan banyak sanad bukan pada satu dan dua sanad: termasuk: yang diriwayatkannya dengan sanad

 

عن سعيد بن المسيب ، عن عامر بن سعد بن أبي وقاص ، عن أبيه قال : قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) لعلي : أنت مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي . قال سعيد : فأحببت أن أشافه بها سعدا ، فلقيت سعدا فحدثته بما حدثني به عامر فقال : أنا سمعته ، قلت : أنت سمعته ؟ قال : فوضع إصبعيه على أذنيه فقال : نعم ، وإلا أستكتا

 

dari Sa3id ibn al-Musaiyib, dari 3amir bin Sa3ad bin Abi Waqash, dari bapanya yang berkata: Rasulullah (S) kepada 'Ali: Kamu di sisiku seperti kedudukan Harun pada Musa, melainkan tidak ada nabi selepasku. Sa3id berkata: “Aku ingin sekali menceritakan ini kepada Sa3ad, kemudian aku pun bertemu dengannya. Aku lalu menceritakan apa yang telah diceritakan 3amir kepadaku. Sa3ad berkata, “Aku telah mendengarnya.” Aku (Sa3id) bertanya, “Benarkah engkau telah mendengarnya?” Dia meletakkan kedua jarinya di telinganya seraya berkata, “Ya, jika tidak, semoga kedua telinga ini menjadi tuli.” [9]

 

Dalam hadits ini, dan di dalam lafaz jenaka ini perlu memberi perhatian kepada. Dan pada sanad yang lain dalam Shahih Muslim:

 

عن بكير بن مسمار ، عن عامر بن سعد بن أبي وقاص ، عن أبيه قال : أمر معاوية بن أبي سفيان سعدا فقال : ما منعك أن تسب أبا التراب ؟ فقال : أما ما ذكرت ثلاثا قالهن له رسول الله فلن أسبه . . . فذكر الخصال الثلاث ومنها حديث المنزلة

 

Dari Bakir bin Musamar, dari 3amir bin Sa3ad bin Abi Waqas, ayahnya berkata: Amir Muawiyah ibn Abi Sufyan berkata kepada Sa3ad: Apa yang mencegahmu untuk mencaci Abu Turab (‘Ali as)?” Sa’ad menjawab, “Adapun setelah aku mendengar tiga hal yang telah disabdakan oleh Rasulullah (S), oleh karena itu aku tidak akan mencacinya,. . . Dia mengingat semula tiga hal, termasuk Hadits Manzilah.[10]

 

Dilalah (Penunjukan Makna) Hadits Manzilah:

 

Perkara paling penting kita mesti lihat apa kedudujan Harun pada Musa, sehingga membuatkan taraf Ali pada Nabi (Muhammad) berbanding Harun pada Musa, dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran Al-Karim dan mengambil manfaat daripada ayat-ayat yang memberi berkat pada kedudukan Harun:

 

Manzilah I: Al-Nubuwah, FirmanNya SWT:

﴿وَوَهَبْنَا لَهُ مِن رَّحْمَتِنَا أَخَاهُ هَارُونَ نَبِيًّا﴾

(Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya dari rahmat Kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.)[11]

 

Manzilah II: Wazir, FirmanNya SWT  dengan lisan Musa:

 

﴿وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي * هَارُونَ أَخِي﴾

(dan jadikanlah untukku seorang pembantu (wazir) dari keluargaku, * Harun, saudaraku) [12],

 

dan dalam Surah Al-Furqan FirmanNya SWT  

 

﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَا مَعَهُ أَخَاهُ هَارُونَ وَزِيرًا﴾

(Dan sesungguhnya kami telah memberikan Al Kitab (Taurat) kepada Musa dan Kami telah menjadikan Harun saudaranya, menyertai dia sebagai wazir (pembantu).)[13]

 

dan dalam Surah Al-Qashash dengan lisan Musa:

 

﴿وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا فَأَرْسِلْهُ مَعِيَ رِدْءًا يُصَدِّقُنِي﴾

(Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)ku;")[14]

 

Manzilah III: Khalifah, FirmanNya SWT  :

 

﴿وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ﴾

(Dan berkata Musa kepada saudaranya Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan.")[15]

 

Manzilah IV: Kerabat berdekatan FirmanNya SWT dengan lisan Musa:

 

﴿وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي * هَارُونَ أَخِي * اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي * وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي﴾

(dan jadikanlah untukku seorang pembantu (wazir) dari keluargaku, * Harun, saudaraku * teguhkanlah dengan dia kekuatanku, * dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku,)[16]

 

Rasulullah (S) memberitahu dalam satu hadits Manzilah mengesahkan semua kedudukan-kedudukan Harun dalam Al-Quran ini meyamai Ali kecuali nubuwah. Rasulullah (S) telah mengeluarkan nubuwah untuk menegakkan keperluan kepada bahawa tiada nabi selepas baginda (S), dan kekallah kedudukan (manzilah) selain kedudukan (manzilah) ini masih tetap ada dan disahkan pada Ali (as).

 

Manzilah V: dari kedudukan Harun: Paling berilmu selepas Musa atas semua Bani Israel, dan atas semua umatnya, telah membuktikan kedudukan ini sesuai dengan penunjukan diturunkannya pada Ali dengan kedudukan Harun pada Musa kepada Amir Al-Mukminin (as).[17]

 

 

Dilalah (Penunjukan Makna) Hadits Manzilah Pada Kemaksuman:

 

Adakah terdapat apa-apa keraguan yang terbukti pada kemaksuman Harun? Rasulullah telah menyerahkan pada Amir Al-Mukminin kedudukan Harun, tidak ada seorang sahabat pun yang diserahkan pemilikan maksum, dan tidak diserahkan pemilikannya pada mana-mana sahabat, seperti yang diberikan kepada Amir Al-Mukminin (as). Dan pada masa itu adakah diterima akal (dibenarkan) menjadi Imam selepas Rasulullah yang tidak maksum ketika ada yang maksum? Aadakah diterima akal seseorang yang tidak maksum menjadi pengantara antara penciptaan dan Pencipta ketika ada yang maksum? Bolehkah mengikuti bukan yang ma'sum ketika ada yang maksum?

 

Dilalah (Penunjukan Makna) Hadits Manzilah Pada Khalifah Amir Al-Mukminin (as).

 

Kita beralih pula kepada kepentingan hadits ini pada keutamaan Khalifah dan Wilayah, adalah menjadi nash pada yang mendakwa. Tidak ada keraguan pada kedudukan Harun sebagai Khalifah Musa (as),

 

Dia SWT berfirman melalui Lisan Musa berucap kepada Harun::

﴿اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ﴾

("Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan.")[18]

 

Harun adalah Khalifah kepada Musa, dan Ali menurut ketentuan Hadits Manzilah adalah Khalifah kepada Rasulullah (S), maka Hadits ini menjadi nash pada Khilafah, Imamah dan Wilayah selepas Rasulullah. Dan kesan dari ayat Khilafah ini: Wajib taat secara mutlak, dan Wajib menyerah secara mutlak, dan ketaatan mutlak dan penyerahan mutlak memerlukan (melibatkan) Khilafah, Imamah dan Wilayah secara awam. Tiada siapa yang meragui pada kewajipan taat dan penyerahan mutlak kepada Harun, ia adalah daripada kesan dan ketentuan nubuwah, bukan dari kesan dan dari ketentuan ia Khilafah Musa, sehingga tidak diwajipkan ketaatan secara mutlak kepada Ali, kerana dia bukan seorang nabi. Pemikiran ini adalah batil dan tertolak, jika terdapat dalam beberapa kitab sebahagian ulamak mereka, yang demikian kerana kewajipan ketaatan mutlak jikalah kesan nubuwah bukan daripada kesan khalifah. Jika demikian mengesahkan tidak wajib pula taat kepada ketiga-tiga (khalifah) terdahulu, kerana mereka bukan nabi, dan juga: mengesahkan tidak wajib taat mutlak kepada Ali di tempat keempat, yang mereka katakan kepadanya (as), apabila pada masa itu dia bukan seorang nabi, tetapi seorang khalifah. oleh sebab itu, wajib taat mutlak kepada Harun dengan ketetapan sebagai khalifahnya dari Musa bukan dengan ketetapan nubuwah, dan pada masa itu wajib taat mutlak kepada Ali (as) dengan ketetapan dari Rasulullah, dan dengan ketetapan kedudukannya dari Rasulullah seperti Kedudukan (Manzilah) Harun kepada Musa.

 

Perbincangan Pelbagai Pihak Pada Hadits:

 

Perbincangan Pertama: Bahawa hadits ini tidak menunjukkan Manzilah umum, dan pada masa itu mencukupi persamaan antara Ali dan Harun dari satu sudut, dan ia mencukupi dalam hadits yang shahih. Adapun kedudukan Ali di sisi Rasulullah berbanding Harun di sisi Musa pada semua kedudukan Harun tidak disepakati dalam perkara ini.

 

Jawapannya: Hadits yang termasuk dalam lafaz dan dari jenis nama “Manzilah” bersandar kepada keunggulan “Harun”. Sabda baginda: Kamu di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun, maka perkataan Manzilah jenis nama yang bersandar kepada keunggulan Harun kemudian hadits itu digabungkan dengan pengecualian, melainkan bahawa tidak ada nabi sesudahku. Hadits tersebut terdiri daripada jenis nama bersandar kepada keunggulan, dan terdiri daripada pengecualian secara lafaz yang kami telah sebutkan, ini matan (isi kandungan) hadits. Jika kita rujuk kepada tulisan-tulisan Ilmu Ushul Fiqh, jika kita rujuk kepada tulisan-tulisan Ilmu Balaghah (tata bahasa) dan kesusasteraan, kita akan dapati mereka menyusun garis panduan Al-Istitsnaa’ (pengecualian) secara umum, dan menyusun pada kata-kata umum jenis nama yang disandarkan, Maka apakah makna bidang perbincangan ini? Jenis nama yang bersandar dengan kedudukan Harun dari bentuk umum, dan pengecualian juga adalah secara umum, maka nash-nash (teks) hadits adalah umum, kerana dalam hadits tidak ada lafaz yang lain: Lafaznya

أنت مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي

(Kamu di sisiku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi sesudahku.)

Dan oleh kerana itu menghilangkan keraguan dan membatalkan perbincangan. Ini adalah 3ibarah Ibn Al-Hijab, yang merupakan salah seorang imam (pembimbing) Ilmu Ushul dan imam (pembimbing) Ilmu Nahu dan Sharaf (tata bahasa) dan Ilmu kesusasteraan, yang mengatakannya di dalam Kitab Mukhtashar Al-Ushul (Ringkasan Ilmu Ushul) - sebuah kitab, Matan, tulisan yang banyak memberi penjelasan dan keterkaitan: Kemudian rumusan yang ditetapkan untuknya – iaitu secara umum – Pada pencari kebenaran ia adalah: keadaan nama-nama dan kefahaman , yang berkaitan dengannya, Kumpulan besar yang berpengetahuan mentakrifkan jenis bukannya pengetahuan, dan takrif jenis nama ditakrifkan jenis atau sandaran.[19]

 

Bahawa dikatakan: Harus untuk diangkat tangan di khalayak umum, berhubung dengan keutamaan Hadits Manzilah ketika Perang Tabuk, dan jika hubungan atau keutamaan lafaz tidak sesuai atas Dilalah (Penunjukan Makna) pada umum, maka Hadits itu adalah petunjuk pada melantik pengganti menjadi pengurus kanak-kanak, wanita dan warga tua - kenyataan Ibnu Taimiyyah – Tinggal  di Madinah Al-Munawarah adalah tidak lebih daripada itu. Tetapi menolak kemuskilan dan tuntutan ini, dan mengada-adakan Hadits Manzilah selain masa Tabuk. Bahawa dikatakan juga: Jika pengecualian ditunjukkan secara umum, maka pengecualian telah disambungkan, manakala pengecualian ini tidak terhenti, kerana ayat tidak termasuk antara nilai berita, dan tidak boleh dikecualikan kumpulan berita yang pengecualiannya adalah pengecualian yang bersambung. Tetapi apabila disemak semula hadits ini kita dapati ada kalimah nubuwah selepas perkataan melainkan Jika tidak, tidak ada antara nilai berita, dan sanad (sandaran) hadits ini atau hadits-hadits ini sanadnya muktabar (sandaran yang besar), dan nash hadits yang sahih sanadnya dengan lafaz (kata-kata) ini: Ibn Kathir Al-Damsyiqiy dalam kitabnya Al-Tarikh Al-Bidayah wa Al-Nihayah.[20] Itu adalah kerana mereka mengesahkan dalam Ilmu Al-Ushul dan juga dalam Ilmu Balaghah: Asal pengecualian ini adalah untuk menghubungkan, tidak diangkat tangan bagi ushul ini melainkan dengan dalil atau dengan hubungan, bagaimanapun, anggapan, orang yang mempersoalkan dan mahu membuat tanggapan laporan kumpulan berita dikecualikan, telah menjawab dengan nama pudar yang dikecualikan yang tidak ada nilai berita. Jika anda ingin menjangkakan anggapan dan kenyataan mereka mengenai usul pengecualian adalah sambungan yang tidak putus yang memungkinkan anda mengkaji semula Kitab Kasyf Al-Asrar (Terbukanya Rahsia-rahsia) dalam Syarah Ushul Al-Bazdawiy[21] oleh Syeikh Abdul Aziz Al-Bukhari, yang berasal dari sumber Al-Ushuliyah. Anda juga boleh menyemak Kitab Mukhtashar Al-Ushul oleh Ibn Al-Hajib[22] Juga, teks ini. bahkan jika jika anda rujuk dalam Syarah-syarah hadits, yang anda boleh dapati daripada Muhaditsin juga kepada fakta bahawa pengecualian ini disambung tidak terputus, kemudian rujuk pendapat Al-Qisthalaniy dalam Irsyaad Al-Saariy.[23]

 

Perbincangan Kedua: Jika Hadits Manzilah hanya dinyatakan khusus berhubung dengan peperangan Tabuk, dan Rasulullah (S) mengucapkannya apabila baginda keluar dalam peperangan Tabuk dan meninggalkan kepada Ali hal ehwal keluarganya dan tinggal di Madinah Al-Munawarah, maka menetapkan secara khusus Hadits Manzilah hanya lantikan ini kes.

 

Jawapannya: Hadits Manzilah tidak diketengahkan terhad pada Peperangan Tabuk sahaja, tetapi kita dapati dalam khabar-khabar muktabar dan riwayat-riwayat Shahih bahawa Nabi (S) mengumumkan Hadits Manzilah pada masa-masa lain, seperti pada Hari Mempersaudarakan di mana hadits ini diriwayat oleh Al-Suyuthi dalam Al-Daar Al-Mantsur: dari Al-Baghawi, dan Al-Bawaridiy, dan Ibn Qani3, Al-Thabraani, dan Ibn 3asaakir. Ia juga:ada dalam Manaqib Ali oleh Ahmad, dan dalam Al-Riyadh Al-Nadhirah dalam Manaqib sepuluh yang dijanjikan, dan dalam Kanz Al-3amal juga dalam Manaqib Ali.[24] Dan baginda (S) bersabda dalam satu hadits di sekitar Hari Al-Inzhar pada riwayat Abi Ishaq Al-Tsa3labiy dalam Kitab Tafsirnya Al-Kabir menyebut perkataan ini:

 

فأيكم يقوم فيبايعني على أنه أخي ووزيري ووصيي ويكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي

Maka kepada kamu wahai kaum maka bai’ahlah Ali, bahawa dia adalah saudaraku dan wazirku dan washiyku dan dia bagi-ku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi selepas ku.

 

Dan baginda (S) bersabda dalam khutbah Al-hadir Khum. Di pintu-pintu (di-hadapan) sebuah lembah empangan air, seperti yang diriwayatkan oleh Al-Faqih Ibn Al-Mughazaliy dalam Manaqib Amir Al-Mukminin.[25] Dalam satu hadits dari Jabir yang berkata,

 

جاء رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) ونحن مضطجعون في المسجد قال رسول الله : أترقدون بالمسجد ! إنه لا يُرقد فيه ، فحينئذ خاطب عليا وكان علي فيهم قال: تعال يا علي ، إنه يحل لك في المسجد ما يحل لي ، أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا النبوة

 

telah datang Rasulullah (S) dan kami sedang berbaring di dalam masjid, Rasulullah (S) bersabda: berbaringlah di masjid! Bahawa tidak berbaring di dalamnya, pada masa itu baginda bercakap kepada Ali dan Ali bersama mereka: baginda (S) bersabda: Marilah wahai Ali, adalah dibenarkan kamu di dalam masjid apa yang dibenarkan kepadaku, adakah kamu redha di sisi-Ku seperti manzilah (kedudukan) Harun pada Musa melainkan nubuwah. Ini adalah juga dalam Tarikh Damsyik.[26]

 

وقاله لأم سلمة : يا أم سلمة ، إن عليا لحمه من لحمي ودمه من دمي ، وهو مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي

Dan baginda (S) bersabda kepada Ummu Salamah: Wahai Ummu Salamah, daging Ali adalah dari darah dan daging ku, dan dia di sisiku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi selepasku.[27] Terdapat sumber-sumber lain.

 

Perbincangan Ketiga: Riwayat dari Qiz3ah bin Suwaid, dari Abi Malikah, dari Ibnu Abbas, Rasulullah (S) bersabda: Abu Bakr dan Umar kepada saya seperti Harun kepada Musa.

 

Jawapan: hadits ini adalah satu pembohongan, seperti kata Al-Zhahabiy di dalam kitabnya "Mizaan Al-I3tidal," katanya dalam terjemahan Qiz3ah bin Suwaid: pemindahan Hadits Manzilah ini kepada kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), Ammar bin Harun menafikannya dan berkata: Ini adalah satu pembohongan.

 

Perbincangan Keempat: Ibn Taimiyyah menyebut hadits yabg sama sepertinya di sisi Rasulullah, Abu Bakar dengan Ibrahim, dan menyamakan Umar dengan Nuh, dan berkata hadits ini di dalam (Al-Shahihain) kedua-dua Shahih (Bukhari dan Muslim).

 

Jawapannya: Ia adalah satu pembohongan, hadits ini tidak ada di dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), dan anda perhatikan; kepada kitab Bukhari dan Muslim, dan dilihat ianya dalam Kitab Minhaj Al-Sunnah, Edisi baru yang dihasilkan oleh Dr. Mohamed Rashad Salim, dicetak di Arab Saudi dalam sembilan bahagian (juzuk), kajilah ungkapannya, dan akan menyaksikan Ibn Taimiyyah menenisbahkan hadits ini kepada kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), yang disahkan pada nota kaki: bahawa hadits ini ada dalam Musnad Ahmad, dikatakan yang disahkan dalam Al-Musnad Al-Syeikh Ahmad Syakir dalam edisi baru: hadits ini adalah dhaif. Ia juga ada dalam Manaqib Al-Shahabah oleh Ahmad ibn Hanbal, yang dicetak dalam dua bahagian di Arab Saudi yang lain, Rujuklah dan lihatlah apa yang ditulis pada nota kaki: Sanadnya dhaif. Jadi hadits tersebut tidak ada di dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), untuk menentang Hadits Manzilah yang ada dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain),, tetapi ia ada dalam beberapa buah kitab, dan disahkan teksnya dalam huraian mereka pada kitab yang mendhaifkan hadits ini.

 

 

______________________

[1] - Al-Isti3ab 3/1097 – Dar Al-Jil - Beirut --1412 H.

[2] – Rahzhib Al-Kamal 2/483 – Muassasah Al-Risalah - Beirut --1 413 H.

[3] - lihat dalam Tarjamah Al-Kitab Imam Ali (as) 1 / 306-393.

[4] – Fath Al-Baari dalam Syarah Shahih Al-Bukhari, 7/60 – Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy  - Beirut.

[5] - lihatlah dalam Kifayah Al-Thalib dalam Manaqib Ali bin Abi Talib oleh Al-Hafidz Al-Kinjiy: 283.

[6] – Al-Azhaar  Al-Mutanatsirah dalam Al-Ahadits AL-Mutawatirah: Huruf ALif.

[7] - Shahih Al-Bukhari 5/24 - Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy  - Beirut.

[8] - Shahih Al-Bukhari 6/3.

[9] - Shahih Muslim 4/1870 No. 2404 - Daar AlFikr-- Beirut --1398 H.

[10] - Shahih Muslim 4/1871

[11] – Surah Maryam 18:53.

[12] - Surah Taha 20:29.

[13] - Al-Furqan 25:35

[14] - Al-Qashash 28:34

[15] - Surah Al-A3raaf 7:142.

[16] - Surah Taha 20:31.

[17] - Lihatlah kepintaranHarun selepas Musa dalam tafsiran ayat:

)قال إنما أوتيته على علم عندي (

(ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". ) dalam:Tafsir Al-Baghawi 4/357 - Daar AlFikr-- Beirut --1405 H. Tafsir Al-Jalalain 2/201 - Tafsir Mustafa Al-Baabi Al-Halabi, Mesir --1388 H.

[18] - Surah Al-A3raaf 7:142.

[19] – Al-Mukhtashar (Biyaan Al-Mukhtashar 2): 111 – Markaz Ihyaa’ Al-Islamiy - Mekah Al-Mukarramah.

[20] – Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, jilid 4 Bahagian 7/340.

[21] – Kasyf Al-Asrar 3/178 Bab Biyaan Al-Taghir - Daar Al-Kitab - Beirut --1418.

[22] - Al-Mukhtashar (Biyaan Al-Mukhtashar 2): 246.

[23] – Irsyaad Al-Saariy 6 / 117-118 - Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy  - Beirut.

[24] - Lihat: Al-Dar Al-Mantsur 6 / 76-77. Fadhaail Amir Al-Mukminin (as): 142 No 207. Al-Riyadh Al-Nadhirah 3/182, sebahagian dari. Kanz Al-3amal 9/167 No. 25 554 dan 13/105 No. 36345.

[25] - Manaqib Imam Ali (as) oleh Al-Mughazliy: 255-257.

[26] - Tarjamah Al-Imam Ali (as) dari Tarikh Dimasyq 1/290 No. 329.

[27] - Tarjamah Al-Imam Ali (as) dari Tarikh Dimasyq 1/365 No. 406

 

 

Kembali Ke Laman Untuk Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah

 

 

Pembuktian dari Lamah Rasmi Al-Mahdyoon 9

 

 Beberapa keterangan mengenai penerusan Khalifah Allah selepas Rasulullah (S)

بعض الادلة على استمرار الخلافة الالهية بعد رسول الله (ص)

 

(Menentukan Sahihnya Wilayah Imam Ali, Sahihlah Wilayah Imam !2 dan Sahihlah 12 Mahdi-mahdi di  akhir zaman sebagai Khalifah Allah – Pent.)   

 

Selepas membuktikan tanggapan mengenai Imamah di dalam Al-Quran Al-Karim adalah lantikan Allah, dan imam yang dilantik selepas Rasulullah (S) adalah Ali bin Abi Talib (as), akan dibuktikan pula di sini kemimpinan Aimmah (Imam-imam) dua belas (as), seperti berikut:

 

Dalil-dalil yang boleh membuktikan kebenaran ini melalui jalan yang pertama ayat Al-Quran, dan jalan yang kedua melalui riwayat-riwayat (Hadits).

 

Jalan Pertama: Ayat-ayat Al-Quran:

 

Ayat pertama: FirmanNya SWT :

 

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى الاْرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَ يَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّى أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ﴾

 {Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".}.[Al-Baqarah 2:30]

                                                 

Ayat yang diberkati ini menunjukkan:

 

Pertama, bahawa Khalifah di bumi ini, ia wujud pada setiap zaman, dan penunjuk katanya adalah: [جَاعِلٌ - jadikan] kerana ia Al-Jumlah Al-Ismiyah (Ayat namaan - kalimat yang didahului oleh kata nama), dan menjadi khabar atas kata kerja «aktif – bangun membuat» dan ia adalah kata kerja kala kini, dengan menyatakan kekekalan dan berkesinambungan, dan apabila membandingkan Al-Ja3ala ini dengan yang terdapat (persamaan) dalam Al-Quran Al-Karim, kita dapati bahawa ia membantu makna sunnah Allah sebagaimana firmanNya SWT:

﴿جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِـلَـلاً﴾

{menjadikan bagimu dengan diciptakan tempat bernaung,}

﴿وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا﴾

{Dan menciptakan padanya bulan sebagai cahaya}

dan seumpamanya.

 

Kedua, Khalifah ini bukanlah hak mutlak manusia, untuk itu sebagaimana firmanNya SWT:

 

﴿هُوَ الَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَـئِفَ فِى الاْرْضِ فَمَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ﴾

{Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. }. [Fathir 35:39]

 

Bahawa yang dimaksudkannya pada manusia secara khususnya, dan Itulah keterangan ayat-ayat berikut yang membuktikan bahawa mesti wujud di bumi ini Khalifah Allah kerana dia tahu semua nama-nama secara terus dariNya Yang Maha Tinggi:

﴿وَ عَلَّمَ ءَادَمَ الاْسْمَآءَ كُلَّهَا﴾

(Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya,),

Kemudian Allah menempelak malaikat-malaikat-Nya

﴿يَـــَادَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَآئِهِمْ﴾

(Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama semuanya itu")

Dari sini adalah jelas ia tidak boleh ditujukan kepada semua manusia, sehingglah orang-orang itu diibaratkan oleh Al-Quran Al-Karim, dengan firmanNya SWT:

﴿أُولَـئِكَ كَالاَنْعَـمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ﴾

(Mereka itu seperti ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi),

maka, ayat ini menunjukkan keperluan untuk kesinambungan Khalifah Allah, dan adalah khalifah itu dari setiap zaman, maka hendaklah mengkajinya semula, kami akan menunjukkannya kemudian.

 

Ayat Kedua: FirmanNya SWT kepada  Ibrahim Al-Khalil (as):

﴿إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾

(Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia"), dan Imamah ini bukanlah nubuwah dan Risalah yang diperuntukkan bagi Ibrahim (as). Saksikanlah atas yang demikian itu.:

 

1 «Meminta Al-Imamah bagi zuriat di mana FirmanNya SWT:

﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾

(dan dari keturunanku),

adalah jelas bahawa ia berlaku kepada Ibrahim (as) pada zuriat, semasa lemah karena usia tuanya, sebagaimana FirmanNya SWT:

﴿الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى وَهَبَ لِى عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَـعِيلَ وَ إِسْحَـقَ﴾

(Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan Ishaq.), [Ibrahim 14:39] 

dan Dia SWT menceritakan isteri Ibrahim

﴿قَالَتْ يَـوَيْلَتَى ءَأَلِدُ وَ أَنَا عَجُوزٌ وَ هَـذَا بَعْلِى شَيْخًا إِنَّ هَـذَا لَشَىْءٌ عَجِيبٌ﴾

(Isterinya berkata: "Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh".). [Hud 11:72] 

Permintaan ini tidak betul melainkan kepada orang-orang yang tidak mempunyai anak, manakala tanda memperoleh anak itu adalah jawapan yang mengembirakan, Dia SWT berfirman:

﴿أَبَشَّرْتُمُونِى عَلَى أَن مَّسَّنِىَ الْكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ﴾

(Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?"), [Al-Hijr 15:54] 

Maka tidak benar dari keadaan ini untuk meminta sesuatu selain dari keturunannya).

 

Walaupun pada awal-awal kehidupannya dan sebelum dikurniakan zuriat, menjadi suatu kewajipan untuk mengatakan:

«dan dari keturunanku jika dikurniakan zuriat», dan Al-Khalil (as) hanya perlu mengucapkan kepada Al-Jalil TuhanNya termasuk apa yang tidak diketahuinya, dan ini adalah apa yang berjalan pada maqam Ibrahim (as).

 

2 «Jika ayat ini:

 

﴿وَ إِذِ ابْتَلَى إِبْرَ هِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَـت فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾

(Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia".)

 

menunjukkan bahawa Imamah ini dikurniakan tetapi selepas percubaan dengan berbagi ujian dan cubaan Allah kepadanya, tetapi ini bukanlah satu-satunya ujian yang telah diterima (as) dalam hidupnya, Al-Quran telah menyatakan bahawa sebab yang paling jelas dari penyembelihan Ismail (as), Dia SWT berfirman:

 

﴿ قَالَ يَـبُنَىَّ إِنِّى أَرَى فِى الْمَنَامِ أَنِّى أَذْبَحُكَ﴾

{Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu.) [Al-Shaffaat 37:102]

 

Hinggalah kepada firmanNya:

 

﴿إِنَّ هَـذَا لَهُوَ الْبَلَـؤُا الْمُبِينُ﴾

(Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.). [Al-Shaffaat 37:106] 

 

Imamah ini disahkan untuk Ibrahim (as) yang meminta untuk keturunannya, di mana beliau berkata:

                                                                   ﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾

(dan dari keturunanku)

Allah SWT telah benar-benar makbulkan doanya, tetapi tidak diperkenankan untuk para penzalim dari keturunannya, dan juga pada orang lain.

 

Dari penjelasan ini bahawa diperkenankan doa untuk zuriatnya, tidak khusus benih dalam sulbinya sahaja, tetapi yang sempurna bagi semua keturunannya yang memenuhi syarat dan yang tidak zalim. Ini telah disahkan oleh Imam Redha (as) yang  berkata: «Imamah dikhaskan oleh Allah AWJ pada Nabi Ibrahim (as) selepas nubuwah dan akhlak martabat ketiga, dan menurut kelebihan dan kemuliaan memberi penghormatan dengan menyebutnya, Dia SWT berfirman:

﴿إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾

(Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia),

Maka Al-Khalil (as), berkata

                                                                   ﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾

(dan dari keturunanku)

Allah SWT berfirman,

﴿لاَيَنَالُ عَهْدِى الظَّـلِمِينَ﴾

(Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim") Maka ayat Imamah ini berlawanan dengan semua orang yang zalim hingga hari kiamat dan menjadi golongan terpilih, maka Allah yang menjadikannya kepada keturunan terpilih dan kemudian Allah SWT memuliakannya dengan menjadikan keturunannya terpilih dan suci, Dia SWT berfirman:

 

﴿وَهَبْنَا لَهُ إِسْحَـقَ وَ يَعْقُوبَ نَافِلَةً وَ كُلاًّ جَعَلْنَا صَــلِحِينَ * وَ جَعَلْنَـهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَ تِ وَ إِقَامَ الصَّلَوةِ وَ إِيتَآءَ الزَّكَوةِ وَ كَانُوا لَنَا عَـبِدِينَ﴾

 

(Dan Kami telah memberikan kepada-nya (Ibrahim) lshak dan Ya'qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang saleh. * Kami telah menjadikan mereka itu sebagai imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah,), [Al-Anbiak 21:72] 

 

Maka tidak akan tersilap keturunannya dalam mewarisi sebahagian dari sebahagian yang lain dan generasi demi generasi, sehingga Allah SWT mewariskan Nabi Muhammad (S) dan keluarga baginda, maka Dia Jalla Wa Taala berfirman:

 

﴿إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَـذَا النَّبِىُّ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَاللَّهُ وَلِىُّ الْمُؤْمِنِينَ﴾

 

(Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad), beserta orang-orang yang beriman (kepada Muhammad), dan Allah adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman.) [Aali Imraan 3:68] 

 

Maka adalah ia secara khusus kepada baginda, dan begitu juga Ali (as) dengan perintah Allah SWT atas perkiraan yang dibuat Allah ke atasnya, maka keturunannya menjadi pilihan Allah yang memberi mereka ilmu dan iman, dengan firmanNta SWT:

 

﴿وَ قَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَ الاْيمَـنَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِى كِتَـبِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ فَهَـذَا يَوْمُ الْبَعْثِ﴾

(Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir): "Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu.") [Al-Rum 30:56] 

 

Maka ini adalah pada anak-anak Ali (as) secara khusus hingga hari kiamat ».

 

Ayat ketiga:

 

﴿وَ إِذْ قَالَ إِبْرَ هِيمُ لاِبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ * إِلاَّ الَّذِى فَطَرَنِى فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ * وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾

(Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu sembah, * tetapi (aku menyembah) Tuhan Yang menjadikanku; karena sesungguhnya Dia akan memberi hidayah kepadaku". * Dan (lbrahim (as)) menjadikan kalimah itu kalimah yang kekal pada keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimah itu.). [Al-Zukhruf 43:26] 

 

«Semua Ahli tafsir mentafsirkan perkataan

الكلمة الباقية في عقب إبراهيم

(Dan (lbrahim (as)) menjadikan kalimat tauhid itu kalimat yang kekal pada keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimat tauhid itu).

Al-Kalimah adalah Kalimah Tauhid. apabila dia tidak bertanggung jawab terhadap apa yang disembah kaumnya, dan hala tuju ke arah yang menciptanya adalah pengertian teras kepada Kalimah Tauhid (لا إلـه إلاّ الله - Tiada Tuhan selain Allah), dan pada firmanNya:

لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

(supaya mereka kembali), iaitu supaya mereka kembali dari mensyirik kepada seruan (dakwah) mentauhid Allah Taala.».

 

Jadi, Allah Taala telah menjadikan Tauhid berterusan pada keturunan lbrahim (as) dan anak cucunya, Tidak boleh tanpa keturunannya atas orang-orang yang bertauhid, dan kekalnya Tauhid yang dijadikan Allah Taala atas anak cucu Ibrahim (as) mestilah Tauhid sebenar (haqiqi), yang tidak dicemari oleh sesuatu yang syirik selamanya, yang layak mendapat pujian dalam Al-Quran, jika tidak ia tidak mungkin bertauhid seperti yang dikehendaki dan yang diterangkan Allah SWT dengan firmanNya

﴿وَ مَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِاللَّهِ إِلاَّ وَ هُم مُّشْرِكُون﴾

(Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah.). [Yusuf 12:106] 

 

Ini adalah tambahan kepada ayat yang jelas bahawa Tauhid yang diteruskan oleh anak cucunya ini adalah Tauhid lbrahim (yang disampaikan lbrahim), yang tidak bercampur dengan syirk kepada Allah Al-3adzim. Tetapi siapakah yang benar (nyata) memiliki Tauhid Al-Haqiqi seperti itu dari segi ilmu dan amalannya ? Sesiapa yang membawa antara sayapnya apa yang dibawa Sheikh yang bertauhid, iaitu

﴿قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَــلَمِينَ﴾

(Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" dia (Ibrahim) menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam.")? [Al-Baqarah 2:131] 

 

Tidak ada keraguan lagi bahawa yang membawanya adalah yang telahpun dikurniakan janji Allah SWT dari keturunan Al-Khalil (as) ketika Dia berfirman:

﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِى الظَّــلِمِينَ﴾

 (“dan dari keturunanku.” KataNya “Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim”).

 

Adalah jelas di sini bahawa berterusannya Imamah yang dijadikan (dilantik) Allah SWT untuk khalilNya (KekasihNya) Ibrahim (as), dengan berterusannya Kalimah yang diberkati pada anak cucu dan keturunannya».

 

Atas dasar ini, banyak dari riwayat hadits wujud yang telah menunjukkan bahawa Kalimah Al-Baqiyah (Kalimah yang berterusan) pada keturunannya (as) ini adalah Imamah.

 

عن أبي هريرة قال : سألت رسول الله (صلى الله عليه وآله) عن قوله عزّ وجلّ : (وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ) قال : « جعل الامامة في عقب الحسين يخرج من صلبه تسعة من الائمّة ، ومنهم مهدي هذه الامّة

 

Dari Abu Hurairah katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah (S) pada FirmanNya AWJ

( وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ )

(Dan (lbrahim (as)) menjadikan kalimah itu kalimah yang kekal pada keturunannya). Baginda bersabda: «Dijadikan Imamah dari anak cucu Al-Hussein yang keluar dari sulbinya sembilan Imam-imam, dan dari mereka Mahdi umat ini».

 

- Jalan kedua: Hadits-hadits: Hadits Taaqalain (daripada dua perkara penting): -

 

Kami akan membicarakannya secara terperinci dalam artikel yang lain

 

Kembali Ke Laman Untuk Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah

 

 

Pembuktian dari Lamah Rasmi Al-Mahdyoon 8

Contoh Dari Al-Quran Mengenai Keluarga-Keluarga Terpilih

الأمثلة القرآنية لاصطفاء البيوتات

 

Pertama: Aali Ibrahim (Keluarga Ibrahim) (as):

 

Allah Ta’ala berfirman:

﴿إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾

(Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan Keluarga Imran atas sekalian alam)[1]

 

Adalah jelas terpilihnya Aali Ibrahim (as), demikianlah Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Nisaa’

 

﴿أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ  فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا﴾

 (Ataukah mereka dengki kepada manusia  (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepada mereka kerajaan yang besar.)[2]    

 

Ia dari ayat-ayat yang dinyatakan Allah memilih nabi-nabi dari zuriat Ibrahim (as) Allah berfirman kepada Ibrahim (as):

 

﴿وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ وَآتَيْنَاهُ أَجْرَهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ﴾

 (Dan Kami anugrahkan kepadanya (Ibrahim), Ishak dan Ya'qub, dan Kami jadikan kenabian dan Al-Kitab pada keturunannya, dan Kami berikan kepadanya balasannya di dunia; dan sesungguhnya dia di akhirat, termasuk orang-orang yang sholeh.)[3]

 

Dan seperti firmanNya yang lain:

 ﴿وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا وَإِبْرَاهِيمَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ ۖ فَمِنْهُم مُّهْتَدٍ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ﴾

 (Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim dan Kami jadikan kepada keturunan keduanya kenabian dan Al-Kitab, maka di antara mereka ada yang menerima petunjuk dan banyak di antara mereka fasik.) [57:26][4]

 

Adapun asas yang diingatkan Al-Quran untuk menurunkan Imamah tersebut kepada zuriat Ibrahim (as) disahkan oleh firman Allah Ta’ala:

 

﴿وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾

 (Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan aku mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim") [2:124][5]

 

Sebaliknya, Allah telah berfirman bahawa ia akan kekal di tumit, berkata:

وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَة فِي عَقِبِهِ﴾

(Dan (lbrahim) menjadikan kalimat itu kalimat yang kekal pada keturunannya.) [43:28] [6]

 

Seperti yang diminta Ibrahim (as) kepada Tuhannya supaya menjadikan keturunannya Imam-imam kepada manusia juga meminta kepadaNya supaya hati manusia cenderung kepada mereka dalam firmanNya SWT:

 

﴿رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ﴾

 (Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati-hati manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur) [14:37] [7]

 

Dan tersembunyi dalil-dalil dalam lafaz (أفئدة من الناس – hati-hati manusia) bermaksud bahawa hati-hati ini mereka suka dengan mereka sesuai sebagai Imam petunjuk di kalangan manusia, jika tidak, mengapa diminta kepadaNya, terutamanya apabila Al-Quran tiada menyukai orang-orang yang berdosa dalam firmanNya SWT

 

﴿لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ﴾

(Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya) [Al-Mujadalah 58:22] [8].

 

Kedua: (Keluarga) Aali Musa dan Aali Harun (as):

Telah disebut Aali Musa (as) dalam firmanNya SWT:

﴿وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَىٰ وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلَائِكَةُ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ﴾

 

(Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.) [2:248] [9]

 

Adalah diterangkan dalam Al-Quran Al-Karim Tempat Kedudukan yang khusus bagi Harun pada Musa menjadi pengganti (Khalifah Musa) dalam firmanNya SWT:

              

﴿وَوَاعَدْنَا مُوسَىٰ ثَلَاثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَاتُ رَبِّهِ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ۚ وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ﴾

 (Dan telah Kami janjikan kepada Musa sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya iaitu Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan") [7:142] [10]

 

Dan darinya boleh diketahui hakikat yang ditekankan oleh Al-Rasul (S) atas Kedudukan Ali (as) seperti Kedudukan Harun atas Musa sebagaimana dipersetujuai  kesahihahannya pada keseluruhannya.

 

Ketiga: Aali Ya’kub (as):

 

Walaupun mereka dijelaskan adalah sebahagian daripada keluarga Ibrahim, tetapi Al-Quran khusus menyebutnya apabila memperkatakan tentang Yusuf bin Yakub (as) dalam firmanNya SWT:

 

﴿وَكَذَٰلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَىٰ آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَىٰ أَبَوَيْكَ مِن قَبْلُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾

 (Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, (yaitu) Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) [12:6] [11]

 

dan juga apabila memperkatakan tentang Zakaria (as) apabila dipanggil kepada Allah AWJ dan menuntut zuriat yang sholeh dalam firmanNya SWT:

 

﴿فَهَبْ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا *  يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا﴾

 (maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera,yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai") [19:5-6] [12]

 

Allah perkenankan doanya dan menganugerahkan Yahya seorang nabi yang sholeh.

 

 

Keempat: Aali Daud (as):

 

Adapun Aali Daud telah disebutkan dalam firmanNya SWT:

 

﴿اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ﴾

(Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.) [34:13] [13]

 

dan yang dimaksudkan mereka sekurang-kurangnya seorang nabi Allah Daud dan anaknya Sulaiman (as), Al-Quran Al-Karim telah menerangkan bahawa Nabi Sulaiman mewarisi Daud dalam firmanNya SWT:

 

﴿وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ الطَّيْرِ ﴾

 (Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung) [27:16] [14]

 

ia tidak dapat dielakkan untuk mengiktiraf dalam penurunan (kuasa) martabat Ilahiyah pada keturunan yang Suci seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat ini.

 

Al-Quran telah menyatakan dengan firmanNya SWT:

 

﴿قُلْ مَا كُنتُ بِدْعًا مِّنَ الرُّسُلِ﴾

(Katakanlah: "Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul.) [46:9] [15]

 

bahawa Rasulullah (S) adalah seperti para rasul yang lain (as), mengapa diwarisi oleh nabi-nabi yang lain dengan menngutamakan 3itrah (keluarga) mereka, apakah dihentikan kelebihan baginda tanpa pergantian (perlantikan) dari keluarga baginda? Jauh, amatlah jauh, dan Al-Quran saksi terbaik atas khalifah baginda seperti yang dibaca dan yang membuat kesimpulan.

 

Kelima: Aali Imran (as):

 

Mereka telah disebut dalam ayat:

 

﴿إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ * ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

(Sesungguhnya  Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan Keluarga Imran atas sekalian alam, (sebagai) satu keturunan yang sebagiannya (turunan) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.)

 

Sebaliknya, ayat ini menandakan dengan maksud untuk memperkatakan mengenai kisah Aali Imran dan tujuan Imran bapa Maryam (as) sebagaimana diceritakan, Allah SWT berfirman kemudian:

 

﴿إِذْ قَالَتِ امْرَأَتُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي ۖإِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ﴾

((Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang sholeh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui") [3:35] [16]

 

Telah ditulis di dalam Al-Bihar, diriwayatkan dari Al-Baqir (as) beliau telah ditanya mengenai sama ada Imran itu seorang nabi? Beliau berkata: "Ya, beliau adalah seorang nabi yang diutus kepada kaumnya."

 

Hasilnya bahawa maksud dengan Aali Imran, mereka telah dipilih Allah AWJ.  Imran bapa Maryam, Maryam dan Isa putera Maryam, (as) - atas mereka dan atas Nabi serta keluarganya selawat dan salam yang terbaik.

 

 

Keenam: Aali Zakaria (as):

 

Tidak dapat ditolak di dalam Al-Quran Al-Karim kenyataan Aali Zakaria, melainkan kisah mereka tidak berbeza dari Aali Dawud dan Aali Imran, bahkan mereka sezaman dengan keluarga Imran, maka Isa dan Yahya bin Zakaria (as) adalah (sepupu) anak ibu saudara.

 

Bahkan, doa Zakaria kepada Allah bermohon zuriat telah diulangi selepas melihat kelebihan Maryam anak perempuan Imran, begitu juga dengan urutan peristiwa-peristiwa ini dalam kisah-kisah dalam Al-Quran, Allah berfirman:

 

﴿وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ﴾

 {Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.}[17] [21:89] 

 

dan demikian juga dalam firmanNya:

 

﴿كهيعص * ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا * إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا *  قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا * وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِن وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا * يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ * وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا * يَا زَكَرِيَّا إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ اسْمُهُ يَحْيَىٰ لَمْ نَجْعَل لَّهُ مِن قَبْلُ سَمِيًّا﴾

 (Kaaf Haa Yaa 'Ain Shaad * (ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria, * iaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut. *Ia berkata "Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. *Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, *yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai". * Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.) [19:1-7] 


Ayat ini, sebagai tambahan kepada yang disebutkan sebelumnya mengesahkan dakwaan bahawa pemilihan keluarga-keluarga dan keturunan Nabi-nabi dan keluarga mereka perkara dikenali (terdapat) dalam Al-Quran yang tidak menafikannya melainkan  yang lalai lagi jahil.

 

Nota: Semua keluarga tersebut kembali kepada bapa Al-Anbiak Ibrahim (as) bagaimanapun setiap daripada keluarga mereka boleh dipanggil sekeluarga seperti mana dijelaskan oleh Al-Quran Al-Karim, dan kita akan melihat bahawa Aali Muhammad (as) juga dari Aali Ibrahim (as).

 

Di sini dibawakan ayat-ayat yang penting yang ditujukan kepada Ahl Bait Rasulullah (S) secara khusus:

 

Pertama: FirmaNya SWT:

 

﴿إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا﴾

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya. [Al-Ahzab 33:33].

Ayat ini diturunkan mengenai hak lima orang Ahli Al-Kisaa’ (Orang-orang di bawah Jubah) iaitu Muhammad (S), Ali dan Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein (as). Ayat ini ditujukan kepada mereka tidak kepada yang lain, ia mempunyai pengertian yang sama kepada apa yang telah diturunkan pada hak Maryam (as)]

 

﴿وَإِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ عَلَىٰ نِسَاءِ الْعَالَمِينَ﴾

{Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia.} [Aali Imran 3:42] 

Yang menunjukkan tidak boleh terpisah daripada kehendak Ilahiyah khusus untuk menyucikan mereka.

Kehendak yang suci ini berbeza dari kehendak umum yang tidak boleh terpisah dengan setiap manusia seperti dalam firmanNya:

 

﴿مَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ﴾

{Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak menyucikan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.}[Al-Maidah 5:6] ,

Yang berkenaan dengan wudhuk, maka kesucian di sini dipanggil kehendak syariat (perundangan), dan ia adalah secara umum.

Ada pun kehendak kesucian bagi Maryam dan seperti kehendak Kesucian bagi Ahl Al-Bait kedua-duanya adalah kehendak khusus yang dilantik, maka ia adalah kehendak yang tidak akan ketinggalan dari yang dikehendaki Allah AWJ, seperti FirmaNya SWT

 

﴿وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ﴾

{dan Kami jadikan kepada keturunan keduanya kenabian dan Al Kitab}[Al-Hadid 57:26] 

 

Itulah apabila Dia mahu jadikan Imamah pada keturunan Ibrahim.

 

Kedua FirmaNya SWT:

 

﴿قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَىٰ ۗ وَمَن يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا ۚ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ شَكُورٌ﴾

{Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali mengasihi pada keluargaku". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.} [Al-Syura42:23] 

.

 

Ayat ini menunjukkan sesuatu yang dilakukan dan berasal dari Rasul-rasul, mereka tidak meminta upah (ganjaran) duniawi manusia atas amalan mereka dan telah dinyatakan dalam Al-Quran Al-Karim bahawa mereka nabi-nabi seperti demikian di di beberapa tempat:

 

﴿وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ﴾

 {Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.} [Al-Syu3araa’ 26: 109, 127, 145, 164, 180] 

 

Ya, itulah perkara-perkara yang dikehendaki oleh Rasulullah (S) dari kaumnya, mereka telah membuat sangkaan bahawa baginda menerima dan meminta ganjaran, tetapi Al-Quran memberi ingatan kepada Rasul (S) untuk menerangkan kepada mereka:

 

﴿ قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّـهِ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ﴾

{Katakanlah: "Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."}. [Saba’ 34:47] 

 

Al-Quran Al-Karim juga menunjukkan bahawa segala yang diminta Al-Rasul (S) adalah sebelumnya mengingatkan dan memimpin mereka kepada Allah AWJ dan inilah makna FirmaNya SWT:

 

﴿قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِلَّا مَن شَاءَ أَن يَتَّخِذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا﴾

{Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan supaya orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhan nya.} [Al-Furqaan 25:57] 

 

Sama ada pengecualian yang berkaitan dalam erti kata bahawa Al-Rasul (S) meminta suatu ganjaran zahir, atau pengecualian yang tidak terhenti dalam erti kata bahawa baginda tidak meminta upah, tetapi meminta perkara-perkara lain adalah dengan memperbaiki (mengislah) manusia.

 

Maka Dia SWT berfirman:

 

﴿قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَىٰ﴾

 

{Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali mengasihi pada keluargaku."} [Al-Syura42:23] 

 

dalam konteks pengecualian adalah serupa dengan pengecualian yang terdapat dalam FirmaNya SWT:

 

﴿قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْعَالَمِينَ﴾

 

{Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu atasnya upah ".Bahawa ia tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh alam.} [Al-An3am 6:90] 

 

Dan baginda hamba yang mengambil jalan kepada kepada Allah sebagai FirmaNya AWJ:

 

﴿قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِلَّا مَن شَاءَ أَن يَتَّخِذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا﴾

 

{Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan supaya orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhan nya.} [Al-Furqaan 25:57] 

 

Oleh kerana mengasihi ahli Al-Bait adalah hasil dari kedudukan mereka sebagai Imam-imam petunjuk adalah menjamin perkara-perkara yang memberi manfaat kepada manusia, dan ia adalah peringatan untuk seluruh alam, Ia semestinya daripada jalan yang diambil menuju Allah..

 

Ketiga: FirmaNya SWT:

 

﴿فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّـهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ﴾

 

{Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.} [Aali Imran 3:61] 

                                               

Keempat: FirmaNya SWT

 

﴿سَلَامٌ عَلَىٰ إِلْ يَاسِينَ﴾

 

{(iaitu): "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ilyas?"} [Al-Shaafaat 37:130] 

 

Saya memperkatakan ayat-ayat yang mendahului ayat ini mengenai Ilyas (as), iaitu FirmaNya SWT:

 

﴿وَإِنَّ إِلْيَاسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ﴾

 

{Dan sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk salah seorang rasul-rasul.} [Al-Shaafaat 37:123]         

 

dengan itu pentafsir umum berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk mentafsirkan [آل ياسين] Aal Yassin sebagai " إلياس- Ilyas", dengan mendakwa bahawa ia kebiasaan orang-orang Arab untuk menukar sebahagian lafaz kepada yang menghampirinya dalam sebutan seperti di Sinai dan Sinain (سيناء وسينين).

 

Tetapi di sana ia terhalang oleh satu titik yang pada asasnya tidak dapat dibenarkan, iaitu pemisahan perkataan "Aali - آل " dengan: "Yassin - ياسين ". Di mana didapati dalam Mushhaf Uthmaniyyah Al-Qadimah (Asal) dengan cara ini..

 

Ibn Jarir berkata dalam tafsirnya: "Pembaca berselisih dalam membaca FirmanNya:

﴿سَلَامٌ عَلَىٰ إِلْ يَاسِينَ﴾

{Salaamun 3ala Il-Yaasin - Salam atas Ilyas}

Maka bacaan umum pembaca Mekah, Basrah dan Kufah: Salamun 3ala Il-Yassin. bacaan umum pembaca Madinah: Salamun 3ala Aali Yassin, iaitu terputus dari Yaasin. Maka sebahagian mereka mentafsirkannya dengan makna salam atas keluarga (Aali) Muhammad [18].

 

Pengetahuan ini ada tiga golongan pembaca yang membaca Aali Yassin, mereka adalah Nafi3, Ibn 3amir dan Ya3kub [19], dan berkata Al-Wahidi dalam tafsirnya: bacaan Nafi3 pada Aali Yaasin dan hujahnya dalam mushaf (Al-Quran) ia diasingkan daripada Yaasin [20], dan disampaikan yang lain, ini adalah suatu akuan dari semua orang bahawa dia dipisahkan dalam (mushaf) Al-Quran, Bagaimana mereka boleh membaca dengan menyambungkan Yaasin?

 

Ini telah disampaikan Ibn Abi Hatim dalam tafsirnnya dari Ibn Abbas pada FirmanNya

                                                                    سَلَامٌ عَلَىٰ آل يَاسِينَ

Salamun 3ala Aali Yassin,

berkata: Kami adalah Aali Muhammad (Aali Yaasin) [21] dan Thabraani menyebut dalam Mu3jam Al-Kabir-nya [22], Syaukaani berkata dalam (Fath Al-Qadir): dan Al-Kalbi berkata: Maksud Aali Yaasin adalah Aali Muhammad [23].

           

Secara umum, semata-mata mereka  mempercayai yang berlawanan dengan bacaan mutawatir, kesemuanya dengan fakta bahawa lebih daripada satu pembaca membaca:

                                                                    سَلَامٌ عَلَىٰ آل يَاسِينَ

Salamun 3ala Aali Yassin,- Salam atas Aali (keluarga) Yassin

cukuplah kesimpulan sahihnya dalam ayat ini.

 

Kelima: ayat

 

﴿إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا﴾

 

{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [24]. [Al-Ahzab 33:56] 

 

 

Telah diriwayatkan dalam Sahih Bukhari Kitab Al-Tafsir, tafsiran Surah Al-Ahzab dari Ka'ab bin 3ujrah bertanya,

 

Wahai Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau, tetapi bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?

Rasulullah pun menjelaskan , Katakanlah:

 

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد

 

Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ia juga meriwayatkan dari Abu Sa'eed juga [25].

 

Ia juga diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab Al-Shalah, Bab Al-Shalah Al-Nabi (S) selepas Al-Tasyahud, dari Abi Mas'ud Al-Ansari dan dari Ka'ab bin 3ujrah [26].

 

Jadi walaupun ayat tersebut tidak merujuk kepada keluarga Muhammad (S), seperti yang dijelaskan, tetapi kesepakatan umat Islam pada bentuk selawat kepada Nabi dan melibatkan hak keluarga (Aali) baginda dengannya, malah mereka disamakan dengan keluarga (Aali) Ibrahim (as) sesungguhnya ia adalah kehendak menghantar (selawat) semuanya untuk Ibrahim dan keluarganya kepada Muhammad dan keluarganya. Adakah keberkatan Ibrahim pada isteri-isterinya sehingga dikatakan membawa maksud dengan Aali Muhammad isteri-isteri baginda? Atau keberkatan Ibrahim pada anak-anaknya seperti FirmanNya SWT:

[وَمِن ذُرِّيَّتِي - dan dari keturunanku]

dan FirmanNya:

[وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ - dan Kami jadikan kenabian dan Al Kitab pada keturunannya]

dan FirmaNya:

[إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ 

 - sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman]

 

Keenam: Aali Muhammad (S) mereka adalah Aali Ibrahim (as)

 

FirmanNya SWT:

 

﴿إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَـٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاللَّـهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ﴾

 

{Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad), dan orang-orang yang beriman, dan Allah adalah waliy orang-orang beriman.} [Aali Imran 3:68] 

                                                                

Maka diperhatikan bahawa istilah [هذا النبي والذين آمنوا  - Nabi ini dan orang-orang yang beriman] di dalam ayat, adalah sama seperti FirmanNya:

إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا

[Sesungguhnya waliy kamu, Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman], dan melalui hadits bahawa ia adalah Ali (as) dan mereka yang mengikuti Ibrahim telah disebut di dalam FirmanNya:

 

﴿وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ*رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾

 

{Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Ibrahim 14:35-36] 

                                                                                

yang dimaksudkan dengan baik keturunannya yang dimakbulkan doanya pada mereka, maka benarlah katanya " فإنه مني - maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku," Apa yang kita mahu katakan bahawa ayat-ayat pada akhirnya saya rujukkan dan tunjukkan, mereka pada hakikatnya Aali Ibrahim, yang merujuk kepada mereka dalam ayat:

 

﴿إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾

 

(Sesungguhnya  Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan Keluarga Imran atas sekalian alam) [Al-Imran 3:33]

 

bahawa Tuhan telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan Imran di dunia .

 

Kebanyakan dalil hakikat bahawa Muhammad (S) adalah dari Aali Ibrahim dari doa Ibrahim (as):

 

﴿رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾

 

{Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al-Hikmah serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.} [Al-Baqarah 2:129] 

 

Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Abi Amamah berkata: Aku bertanya, Wahai Rasulullah, apa yang pertama memulakan urusan engkau? " Baginda menjawab, “Aku adalah buah dari doa Nabi Ibrahim dan khabar gembira nabi Isa. Ketika ibuku mengandungku, ia melihat dari tubuhnya keluar sebuah cahaya yang menerangi istana-istana di negeri Syam. "[27].

 

Ia adalah penting bahawa kita dapati dalam Al-Quran disebut dengan terang akan wujudnya yang terpilih selepas rasul penamat, seperti dalam FirmanNya:

 

﴿ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا﴾

 

{Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami.} [Fathir 35:32] 

 

dan FirmanNya:

 

﴿هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ﴾

 

{Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu}

 

Bahkan adalah zahir FirmanNya SWT:

 

﴿وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِي عَقِبِهِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾

 

{ Dan (lbrahim as) menjadikan kalimat yang kekal pada keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimat itu.}[Al-Zukhruf 43:28] 

 

walaupun ia bermakna perkataan "benteng/kesukaran" iaitu selepasnya, dan pada huruf " في – dalam/pada" makna pada ayat ini, jadi ia adalah lebih tepat untuk mempunyai makna tumit iaitu zuriatnya yang selaras dengan ayat-ayat yang kita cakapkan sebelumnya.

 

Berdasarkan atas apa yang dinyatakan di dalam Sahih Muslim Kitab AL-Fadhail Bab Kelebihan Nasab Nabi (S) dari Watsilah bin Al-Asqa3, katanya: Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda: "Allah telah memilih Kinanah dari anak Ismail dan memilih Quraisy dari Kinanah dipilih daripada kaum Quraisy Bani Hashim dan aku terpilih dari Bani Hashem."[28].

 

Mestilah bahawa orang-orang yang Allah pilih terdiri dari Bani Hashim berbanding Quraisy yang lain, dan mestilah dua belas khalifah yang disebut dalam riwayat Bukhari dan Muslim adalah dari Bani Hashim, Quraisy tidak dari keturunan lain.

 

Dan yang ajaibnya mereka menerima riwayat yang disampaikan oleh Al-Bukhari dalam Kitab Al-Ahkam Bab Al-Umaraa’ Min Quraisy dari Ibn 'Umar bahawa Rasulullah (S) bersabda: "Tiada hentinya urusan ini pada Quraisy apa yang tinggal (kekal) dua daripada ianya"[29] dan tidak menerima untuk mengatakan bahawa ia pada Bani Hashim dan mereka dianggap dari perwarisan tercela.

 

Salah satu ayat paling besar yang menunjukkan ikatan antara Aali Ibrahim (as) dan Aali Muhammad (S) adalah  FirmanNya SWT:

 

﴿أَمْ لَهُمْ نَصِيبٌ مِّنَ الْمُلْكِ فَإِذًا لَّا يُؤْتُونَ النَّاسَ نَقِيرًا *أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا﴾

 

{Ataukah ada bagi mereka bahagian dari kerajaan (kekuasaan)? Sekalipun ada, mereka tidak akan memberikan sedikitpun (kebajikan) kepada manusia. ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.} [Al-Nisaa’ 4:53-54] 

 

Ayat ini membicarakan tentang sejumlah orang yang cemburu pada zaman Rasulullah (S), dan sama seperti Aali Ibrahim dalam menangani hak-hak keluarga. Jadi Al-Quran membuat bantahan kepada mereka yang dengki, yang bermaksud bahawa memberi keutamaan kepada keluarga dari keluarga nabi-nabi yang bukan tiada yang mendahuluinya, bahkan kamu semua tahu ia terjadi pada Aali Ibrahim (as) .

 

Maka tidak boleh untuk maksud selain dari, keluarga Muhammad (S), dan yang peliknya di sini juga bahawa selepas ayat-ayat yang pendek dengan  FirmanNya AWJ ini:

 

﴿إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًايَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ﴾

 

{Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.* Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. } [Al-Nisaa’ 4:58] 

       

 

Lihatlah urutan ayat-ayat

 

Pertama, larangan dari dengki dan memberikan ketaatan kepada mereka, Allah melebihkan mereka dengan kitab, hikmah dan Kerajaan yang besar seperti diberikan kepada Aali Ibrahim.

 

Kedua: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.

 

Ketiga dan akhir sekali, Perintah taat kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Al-Amri.

 

Urutan ini tidak mendedahkan siapakah mereka Ulil Al-Amri. dan siapakah orang-orang yang berhasad dengki?

 

 

✡✡✡✡✡

 

__________________

[1] - Al-Imran 3:33

[2] – Al-Nisaa’ 4:54

[3] – Al-Angkabut  27

[4] – Al-Hadid  26

[5] – Al-Baqarah 2:124

[6] – Al-Zukhruf  28

[7] - Ibrahim 37

[8] – Al-Mujadalah 58: 22

[9] - Al-Baqarah 2:248

[10] – Al-A3raaf 142

[11] - Yusuf 6

[12] – Mariam 5-6

[13] – Saba’ 13

[14] – Al-Naml 16

[15] – Al-Ahqaaf 9

[16] – Aali Imran 35

[17] – Al-Anbia’ 89

[18] – Tafsir Al-Thabari -. Jilid 22, halaman 114

[19] - Thaiyiyah Al-Nasyar fi Al-Qiraat Al-3asyar - Ibn Al-Jazari - halaman 303

[20] – Al-Wasith Fi Tafsir Al-Quran – Al-Wahidi - Jilid 3, halaman 532

[21] - Tafsir Ibn Abi Hatim Jilid 10, halaman 3225

[22] – AL-Mu3jam Al-Kabir – Al-Thabraani - Jilid 11, halaman: 56

[23] – Fath Al-Qadir – AL-Syaukaani - Jilid 4, halaman 470

[24] – Al-Ahzab 33:56

[25] - Sahih Bukhari - Jilid 6, halaman 151

[26] - Sahih Muslim - Jilid 1, halaman 305

[27] - Musnad Ahmad - Jilid 5, halaman 362

[28] - Sahih Muslim - Jilid 4, halaman 1782

[29] - Sahih Bukhari - Jilid 9, halaman 78

 

 

Kembali Ke Laman Untuk Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah