Soalan 287: Jawapan kepada mereka yang
mempertahan ulama (marajik) berbanding dakwah Al-Yamani
السلام عليكم و رحمة الله
Dua orang kawan saya datang dan bercakap
dengan saya mengenai perkara Al-Yamani dan yang menghairankan saya kata-kata yang
mereka sebut dalam perkara ini, dikuatkan dengan hadits-hadits Ahl Al-Bait.
Tetapi soalan yang diajukan kepada saya
adalah, di manakah peribadi duta-duta (safir-safir) ini? Bagaimanakah saya
dapat memastikan kebenaran ia telah keluar? Apakah dalil bahawa perkara anda
bukan fitnah di mana yang menyesatkan penciptaan (makhluk) dan menggoyangkan
iman dari hati mereka?
Mereka berkata: Ahl Al-Bayt aman dan
selamat dari fitnah akhir zaman. Apakah dalil kebenaran kehadiran anda? Sangat
mudah untuk menjadi tapak gerakan Wahabi yang ingin menjauhkan hati orang-orang
Syiah dari marajik yang mulia dan menyebarkan kebencian terhadap mereka. Saya
ingin dalil-dalil untuk meyakinkan hati saya seperti yang diminta oleh Nabi
Ibrahim dari Tuhannya. Saya ingin bertanya beberapa soalan yang tidak akan dijawab
(nelainkan) oleh washi atau Mahdi. Jadi siapa yang akan menjawabnya kepada
saya?
Dihantar oleh: Hamed Al-Hussaini
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب
العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Amma ba3du ... Mengenai dakwah Al-Syed
Ahmad Al-Hassan yang terkenal dan masyhur, terutama di Iraq, ia telah berlalu
hampir enam tahun dan telah mempunyai pejabat dan Husseiniyah-husseiniyah di
sebahagian besar wilayah di Iraq, tetapi selepas jenayah (kejahatan) Kerajaan
Bani Abbas pada tahun sebelumnya telah tidak meninggalkan sebuah pun
Husseiniyah atau pejabat, tidak ada lagi yang boleh dibakar dan diruntuhkan, dan
menjadikan ansar di antara orang-orang buruan; dipenjarakan atau syahid
dibunuh, dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan akan bertemu dengan orang-orang di
khalayak ramai dan pergi ke wilayah-wilayah Iraq, dan beratus-ratus ansar yang
dilihat sebagai mereka yang dipercayai oleh kawan dan lawan, ia bukanlah tidak
diketahui kewujudanya seperti yang anda fikirkan, dan anda boleh berutus surat
kepadanya - atau berutus surat kepada ansarnya dan wakil-wakilnya di laman web
rasmi atau Forum ansar Imam Mahdi (as), dan kami sedia berkhidmat untuk
sebarang penerangan atau penjelasan.
Bagi fitnah yang dibawakan kepadanya dalam
soalan anda, ia dikembalikan semula seperti petunjuk yang disebut oleh Al-Syed
Ahmad Al-Hassan bencana yang telah ditimpakan oleh para ulama akhir zaman. Dakwah
Al-Syed Ahmad Al-Hassan seperti dakwah datuk-datuknya yang suci dengan sokongan
Al-Quran dan Sunnah yang suci, ia adalah dakwah kepada Imam Mahdi (as) dan
kepada Kitab Allah sebagai perlembagaan dan pendekatan dakwah yang menolak pemerintahan
manusia (demokrasi ala Amerika) dan berjihad terhadap orang-orang Kafir Harbi, Dan
ia datang dalam apa yang tidak mampu dijawab oleh semua ulama, dan anda boleh
melihat dan mengkaji dalil-dalil dalam sumber terbitan ansar Imam Mahdi (as)
yang terdapat di laman ansar Imam Mahdi (as), seperti Kitab (Al-Balagh Al-Mubin),
dan Kitab (Wasiat
dan Washi Ahmad Al-Hassan), dan Kitab (Al-Yamani
Yang Dijanjikan Adalah Hujah Allah), dan
berpuluh-puluh buku-buku lain.
Fitnahnya adalah perbedaan pendapat Al-Tsaqalain
(Al-Quran dan Al-Itrah), dan anda dapat mengenalkan diri anda atas apa yang bersalahan
demgam Al-Quran dan Al-Itrah. Adakah ia Al-Syed Ahmad Al-Hassan atau para ulama
akhir zaman?
Maka Allah SWT adalah yang paling ditakuti ketika
datang kekeliruan dan fitnah, maka kembalilah kepada Allah, dan jalan kepada
Allah, ada pada sebilangan diri-diri makhluk, dan Dia yang Maha Suci tidak
mengecewakan siapa yang dimaksudkanNya dan Dia tidak menyesatkan siapa yang diberi
petunjuk, dan tidak menolak apa yang dimintanya. Maha tinggi dan jauh Dia SWT
dari apa yang disifatkan oleh orang-orang yang zalim, dan ini adalah apa yang diajarkan
kepada kita oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan, beliau selalu mengatakan bahawa Allah
membimbing kamu, tidak menyesatan kamu dan untuk menghadkan hidayah kepada
makhluk atau kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan juga telah menyesatan kamu bukan
pada Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Allah berfirman
﴿وَمَن يَهْدِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن
مُّضِلٍّ أَلَيْسَ اللَّهُ بِعَزِيزٍ ذِي انتِقَامٍ﴾
(Dan barangsiapa
yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorangpun yang dapat
menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk)
mengazab?) [314]:
Dan kita berlindung kepada Allah dari fitnah
ulama akhir zaman yang digambarkan oleh Ahl Al-Bayt (as) bahawa ianya seperti
malam yang gelap, dan telah diterangkan Nabi (S) jalan keluar dari fitnah akhir
zaman dalam riwayat yang berikut:
Dari Abi Abdillah, dari bapa-bapanya (as),
katanya: Rasulullah (S) bersabda: (Wahai manusia, kamu berada di daerah gencatan
senjata dan kamu berada di permukaan perjalanan dan kamu berjalan cepat dan
melihat malam dan siang, serta matahari dan bulan yang lusuh semuanya baru dan yang
dekat semuanya jauh dan yang datang dengan semua yang dijanjikan, maka sediakan
peralatan untuk perjalanan jauh, Beliau (perawi) berkata, Maka bangun Miqdad
bin Al-Aswad, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, apa dia daerah gencatan
senjata, baginda bersabda: Daerah penjelasan dan pemberhentian, apabila menjadi
kabur kamu berada dalam fitnah seperti malam yang gelap, kamu ada Al-Quran,
ianya adalah pembantu yang memberi pertolongan ketika tiada yang membenarkan. sesiapa
yang menjadikan dia di hadapannya akan memimpinnya ke syurga dan sesiapa yang menjadikan
dia di belakangnya kedua betisnya akan ke neraka, ia adalah dalil yang
menunjukkan jalan yang terbaik, dan dia adakah kitab yang di dalamnya ada perincian,
penerangan dan ilmu pengetahuan, ia adalah oerkara yang bukan main-main, dan padanya
ada zahir dan batin, pada zahitrnya ada hukum dan batinnya ada ilmu. zahitrnya bergaya
dan batinnya mendalam, padanya ada bintang dan di atas bintangnya ada bintang,
keajaiban yang tidak terkira banyak keajaibannya dan tidak dibuka keasingannya,
padanya ada lampu pedoman dan memancar kebijaksanaan dan dalil atas makrifat, bagi
mereka yang mengenali sifatnya, untuk memuliakan di sekeliling pengelihatanya dan
untuk menyampaikan sifat pandangannya, menyelamatkan kerosakan dan melepaskan
dari terperangkap; bahawa renungan kehidupan mencerminkan pengelihatan hati,
sebagai mana kehidupan disinari di dalam kegelapan dengan cahaya, Kamu akan dibebaskan dengan
baik dan kurangnya menunggu) [315].
Mengenai pandangan anda kami adalah Wahabi
(Semoga dilindungi Allah) ia sungguh pelik, adakah Wahabi menyeru kepada Ahl Al-Bayt
(as) dan melemparkan dan mengutuk semua perampas mereka dari yang pertama
dan yang akhir, adakah mereka mendakwa Mahdi Aali Muhammad (as) ghaib, dan anda
mendakwa perkara ini. Pada hal Al-Syed Ahmad Al-Hassan sangat keras menentang Wahabi
yang keji ini, dan telah mengeluarkan kenyataan menghalalkan darah mereka
selepas mereka mensasarkan tempat-tempat suci para imam (as) dan darah Syiah mereka
yang yang tidak bersalah, Oleh itu, tidak memerlukan saksi mata.
Mengenai para ulama akhir zaman dan
permusuhan mereka kepada Imam Mahdi (as) mengapa kamu tidak bertanya kepada
saya mengenai mereka, dan saya bertanya adakah Muhammad dan Aali Muhammad (as) mereka
yang paling benar dari mereka yang benar:
عن مالك بن ضمرة، قال: (قال أمير المؤمنين (ع): يا
مالك بن ضمرة، كيف أنت إذا اختلفت الشيعة هكذا - وشبك أصابعه وأدخل بعضها في بعض -
؟ فقلت: يا أمير المؤمنين، ما عند ذلك من خير ؟ قال: الخير كله عند ذلك يا مالك،
عند ذلك يقوم قائمنا فيقدم سبعين رجلاً يكذبون على الله وعلى رسوله (ص) فيقتلهم،
ثم يجمعهم الله على أمر واحد)
Dari Malik bin Dhamrah, katanya: (Telah
berkata Amirul Mukminin (as): Wahai Malik bin Dhamrah, bagaimana anda jika
Syiah berselisih begini? - dia menjalinkan jarinya dan memasukkan antara satu
sama lain - Aku berkata: Wahai Amirul Mukminin, Apakah kebaikannya? katanya: Semuanya
baik ketika itu, wahai Malik, Pada masa itu qaim kita akan bangkit lalu akan menghadapi
tujuh puluh orang yang berdusta kepada Allah dan kepada Rasul-Nya (S) lalu membunuh
mereka, kemudian Allah menyatukan mereka bersama-sama pada satu urusan) [316].
Adalah jelas bahawa tujuh puluh orang orang
yang dibunuh Al-Qaim (as) ini adalah para ulama Syiah dan kerana mereka adalah
pemecah belah orang-orang Syiah sebagaimana yang dinyatakan di dalam riwayat
sebelumnya sehingga apabila mereka dibunuh, orang Syiah bersatu atas satu
perkara, dan begitu juga dinyatakan di dalam riwayat ini mengenainya, Beliau (as)
berkata: (Orang-orang yang berdusta kepada Allah dan kepada Rasul-Nya) telah berdusta
kepada Allah dan Rasul-Nya (S) telah menukar agama dan berfatawa secara sesat
dan mendakwa ia adalah dari Syari’at Allah dan Sunnah Rasul-Nya (S) kerana
orang awam jauh dari mengeluarkan fatwa.
وعن رسول الله (ص): (سيأتي زمان على أمتي لا يبقى من القرآن إلا رسمه ولا من الإسلام إلا أسمه، يسمون به وهم أبعد الناس منه، مساجدهم عامرة وهي خراب من الهدى، فقهاء ذلك الزمان شر فقهاء تحت ظل السماء منهم خرجت الفتنة وإليهم تعود)
Dan dari Rasulullah (S): (Akan datang satu
masa (zaman) apabila umatku tiada apa yang tinggal dari Al-Quran selain
tulisannya dan tiada apa yang akan tinggal dari Islam selain namanya. mereka
dinamakan dengannya dan mereka adalah orang-orang yang paling jauh daripadanya.
masjid mereka akan dihias indah tetapi jauh dari petunjuk (hidayah). Ulama
zaman mereka adalah ulama yang paling buruk di bawah naungan langit; Fitnah
akan datang daripada mereka dan kepada mereka (fitnah itu) dikembalikan.) [317].
وقال تعالى في حديث المعراج عن علماء آخر الزمان:
(... قلت: الهي فمتى يكون ذلك -أي قيام القائم (ع) - فأوحى اليّ عز وجل: يكون ذلك
إذا رفع العلم وظهر الجهل وكثر القراء وقل العمل وكثر الفتك وقل الفقهاء الهادون
وكثر فقهاء الضلالة الخونة ...)
Allah Taala berfirman dalam satu hadits Mikraj
mengenai ulama akhir zaman: (... Aku berkata, ya Tuhanku, bilakah berlakunya
demikian – iaitu bangkitnya Al-Qaim (as) – Lalu Allah AWJ mewahyukan kepadaku:
Apabila ilmu diangkat, kejahilan tampak jelas, ramai yang membaca dan sedikit
yang beramal, banyak kemusnahan; sedikit ulama yang memberi bimbingan dan ramai
ulama yang sesat yang berkhianat...) [318].
Telah berkata Imam Ali (as) mengenai mereka
dalam ucapannya: (...ulama cenderung untuk berdusta dan ulama cenderung untuk meragukan,
maka akan terdedahlah tutupan dari dilindungi dan akan terbit matahari dari terbenam,
akan ada suara yang menyeru dari langit: zuhurlah wahai wali Allah kepada kehidupan
ini, dan akan mendengar penduduk di Timur di dan Barat lalu zuhur Qaim kita
dari keghaibannya ... dan kemudian kembali selepas itu kepada umat ini, yang berselisih
dan kurang kesatuan dan akan menyeru kepadanya dari seluruh negara yang
berpendapat bahawa mereka adalah ulama agama yang yakin dan orang-orang yang menggybal
hukum (hukama’), ahli ramal dan ahli falsafah, dan doktor-doktor yang sesat dan
orang-orang Syiah yang patuh, mereka berhukum di antara mereka dengan yang haq atas
apa yang mereka perselisihkan dan dibacakan kepada mereka selepas tertegaknya
keadilan di antara pengkhianatan:
﴿وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا
أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ﴾
dan Kami tiada
menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. [319].
Dan dari Imam Al-Baqir (as), beliau
berkata: (Akan terjadi pada akhir zaman kaum yang mengikuti suatu kaum berpura-pura
berikrar dan peribadatan mereka adalah perlakuan orang-orang bodoh yang tidak mewajibkan
menyeru kepada makruf dan mencegah pada yang mungkar melainkan jika iman mereka
rosak, mereka mencari-cari untuk diri mereka rukhsah (keringanan) dan alasan, mereka
mengikut kesilapan ulama dan kerosakan ilmu mereka ...) [320].
Dan dari Rasulullah (S): (Akan terjadi pada
akhir zaman orang-orang lelaki memperdayakan agama dengan dunia, mereka memakaikan
manusia pakaian kulit domba, lidah mereka lebih manis daripada madu dan hati
mereka seperti hati serigala, Berfirman Allah Ta’ala: kamu sombong menipu
diri sendiri atau kamu berani ke atasKu, Demi Aku bersumpah akan mengirim kepada
sebahagian dari mereka itu fitnah yang membiarkan mereka bersabar dalam kebingungan)
[321].
Dan dari Abi Abdillah (as): (... dan aku
melihat Al-Faqih (ulama) tidak Faqih dalam agama, mereka mencari dunia dan kedudukan
..... dan a melihat mimbar-mimbar menganjurkan ketakwaan tetapi tidak mengamalkan
apa yang telah dikatakan ...) [322].
Dan dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib
(as): (.... Pada masa itu kata-kata para penguasa diambil kira, para hakim makan
rasuah dan ulama bila berhukum dengan bertakwil, dan orang-orang soleh memakan
dunia dengan agama...) [323].
Dan dari Rasulullah (S): (...Akan terjadi (iaitu
Al-Saat) apabila para pemimpin buruk, penduduk diperdaya ;, dan para ulama munafiq
...) [324].
Dan dari baginda (S), baginda bersabda:
(akan datang pada manusia suatu zaman, perut mereka adalah hamba mereka, dan
isteri-isteri mereka kiblat mereka, dan dinar-dinar mereka adalah agama mereka
dan kehormatan adalah kesenangan mereka, dan iman hanya tinggal namanya, dan
Islam hanya pada tulisan, dan Al-Quran hanya dipelajari, masjid-masjid mereka dimakmurkan
seni binaan, dan hati mereka kosong dari hidayah, ulama mereka sejahat-jahat
makhluk Allah di muka bumi ...) [325]
.
Dan dari baginda (S): (akan datang suatu
zaman pada umatku, para pemimpin mereka melakukan kekejaman, dan ulama mereka tamak,
dan ibadah mereka riak (menunjuk-nunjuk..) [326].
Dan dari Imam Al-Hassan Al-Askari (as),
beliau berkata kepada Abu Hashim Al-Jaafari: (Wahai Aba Hashim, akan datang
pada manusia suatu zaman di mana muka mereka tertawa gembira-ria, dan hati
mereka gelap bercampur aduk, cara hidup mereka bid'ah, dan bid'ah pada mereka
adalah cara hidup, orang beriman termasuk pada mereka yang hina, dan orang yang
fasik (jahat) perangainya termasuk yang patut dimuliakan, para pemimpin mereka orang-orang
bingung yang jahil, dan ulama di pintu-pintu kegelapan [penghalang], .... ulama
mereka sejahat-jahat makhluk Allah di muka bumi, kerana mereka cenderung kepada
falsafah dan tasauf, dan Demi Allah, mereka adalah dari orang-orang yang meninggalkan
dan menyeleweng, mereka membesar-besarkan kecintaan kepada orang-orang yang
menentang kita dan menyesatkan orang-orang Syiah dan orang-orang yang
berwalikan kami, Jika mereka mendapat kedudukan mereka tidak berpuas hati
dengan tali ikatan itu, dan mereka beribadah kepada Allah dengan
menunjuk-nunjuk, tidak lain mereka memotong jalan orang-orang yang beriman dan menyeru
kepada kepercayaan orang-orang atheist, sesiaoa yang menyedari mereka, maka
hendaklah takut kepada mereka dan untuk menggmbarkkan agama dan imannya,
dan kemudian berkata: Wahai Aba Hashim, ini adalah apa yang bapaku katakan,
dari bapa-bapanya Jaafar bin Muhammad (as), ia adalah dari rahsia-rahsia kami, Aku
menyekatnya kecuali kepada ahlinya) [327].
Dan dari baginda (S): (akan datang suatu
zaman para ulama yang zuhud pada dunia sebenarnya tidak zuhud, dan yang mengharapkan
akhirat sebenarnya tidak mengharapkannya, dan melarang mengambil kekuasaan sebenarnya
tidak melarang mengambilnya, menjauhi faqir miskin, dan mendekati yang kaya,
mereka adalah musuh-musuh Allah yang sombong ) [328].
Dan dari baginda (S): (Celakalah ulama suuk
bagi umatku yang memperdagangkan ilmu ini dan menjualnya kepada para pemimpin di
zaman mereka untuk keuntungan diri mereka sendiri, Allah tidak akan menguntungkan
perniagaan mereka) [329].
Dan dari baginda (S): (Hari kiamat itu
tidak akan berlaku sehingga Allah mengutus para pemimpin yang dusta, menteri yang
menghancurkan, dan Pemegang Amanah yang khianat, dan penduduk yang melakukan
kejahatan, nama mereka nama ahli ibadah, tidaklah mereka orang yang beribadah (atau
alim). Maka biarkan Allah memasukkan mereka ke dalam fitnah setelah berlalunya
kegelapan, Maka orang yang keliru adalah kekeliruan orang Yahudi di dalam
kegelapan) [330].
Dan dari Amirul Mukminin (as), berkata:
(Kami sedang duduk bersama Nabi (S) Baginda sedang tidur dengan kepalanya di
atas batu, Kami menyebut tentang Dajjal lalu Nabi (S) terjaga, muka baginda kemerahan,
baginda bersabda: Selain Dajjal, aku takut pada kamu dari Dajjal para imam yang
sesat...) [331].
Dan dari baginda (S): (...... Wahai Ibn Mas’ud,
ulama dan fuqaha mereka pengkhianat yang menghancurkan, mereka tidak lain
adalah sejahat-jahat makhluk Allah, begitu juga pengikut mereka yang mendatangi
mereka, yang mengambil dari mereka, yang mengasihi mereka, yang duduk bersama mereka
dan yang bermesyuarat dengan mereka adalah adalah sejahat-jahat makhluk Allah
yang akan dimasukkan ke dalam api neraka,
﴿صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ
يَرْجِعُونَ﴾
Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah
mereka akan kembali (ke jalan yang benar),)
[332].
﴿وَنَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى
وُجُوهِهِمْ عُمْياً وَبُكْماً وَصُمّاً مَّأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ كُلَّمَا خَبَتْ
زِدْنَاهُمْ سَعِيراً﴾
Dan Kami akan
mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan
buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka jahannam. Tiap-tiap
kali bernyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi bagi mereka nyalaannya.
[333].
﴿كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ
جُلُوداً غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ﴾
Setiap kali kulit
mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka
merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [334].
﴿إِذَا أُلْقُوا فِيهَا سَمِعُوا لَهَا
شَهِيقاً وَهِيَ تَفُورُ * تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ﴾
Apabila mereka
dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang
neraka itu menggelegak,
* hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah
lantaran marah. [335].
﴿كُلَّمَا أَرَادُوا أَن يَخْرُجُوا مِنْهَا
مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا فِيهَا وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ﴾
Setiap kali mereka
hendak ke luar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, niscaya mereka
dikembalikan ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan), "Rasailah azab yang
membakar ini". [336].
﴿لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ وَهُمْ فِيهَا لَا
يَسْمَعُونَ﴾
Mereka merintih di
dalam api dan mereka di dalamnya tidak dapat mendengar. [337].
Wahai Ibn Mas’ud, mereka mendakwa bahawa
mereka berada pada agamaku, sunnahku, minhajku, dan syari’atku; Wahai anak
Mas'ud, bahawa mereka berlepas diri dariku dan aku berlepas diri dari mereka
pula. Wahai Ibn Mas’ud, Apa yang membelenggu umatku, pada mereka ada permusuhan,
kebencian dan perdebatan. Merekalah yang menghina umat ini di dunia mereka. Demi
yang mengutusku dengan kebenaran Allah akan menggagalkan dan mengubah bentuk
mereka kepada kera dan babi.
Dia berkata: Lalu Rasulullah (S) menangis
dan kami pun menangis kerana tangisan baginda, dan kami berkata: Wahai
Rasulullah, Mengapa engkau menangis? Baginda bersabda: rahmat bagi orang-orang
yang celaka, Allah SWT berfirman:
﴿لَوْ تَرَى إِذْ فَزِعُوا فَلا فَوْتَ
وَأُخِذُوا مِنْ مَكَانٍ قَرِيبٍ﴾
Dan (alangkah
hebatnya) jikalau kamu melihat ketika mereka terperanjat ketakutan; maka mereka
tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat.) [338]
Maknanya para ulama dan fuqaha ...) [339].
Dari ucapan oleh Amirul Mukminin (as)
menyatakan: (dan membalas dendam (iaitu Al-Qaim) pada ahli fatwa dalam agama atas
apa yang mereka tidak tahu yang memberi kesengsaraan kepada mereka dan
pengikut mereka, adakah agama kurang lengkap lalu ia sempurnakan, atau adakah
ia bengkok, lalu ia luruskan, atau manusia suka berselisih lalu diseru kepada
taat, atau menyeru mereka untuk apa yang betul lalu mereka mendurhakainya, atau
mereka dipilih diturunkan wahyu kepadanya lalu diperingatkannya, atau agama
tidak lengkap semasa baginda lalu dilengkapkan dan disempurnakannya, atau datang
seorang nabi selepas baginda, lalu diikutinya, atau kaum itu mendiamkan diri semasa
pemerintahan baginda, Dan apabila baginda yang kita cintai mati, mereka bertindak
dengan cara apa yang mereka ada? Maka sekali-kali tidak mungkin, Demi Allah. Tiada
apa-apa yang tidak jelas atau terperinci kecuali untuk menjelaskannya dan
supaya tidak ada fitnah bagi orang-orang yang beriman, Dan hanya orang-orang
yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran. maka berapa ramai wali (penguasa)
yang mereka ingkari dan berapa ramai washi (pemegang wasiat) yang mereka
hilangkan dan hak yang mereka ingkari, dan orang yang beriman berpecah belah,
dan berapa banyak berlaku ... ...) [340].
Dan dari Rasulullah (S): (akan terjadi pada
umatku sesuatu yang memalukan dan manusia berubah kepada ulama mereka apabila
mereka adalah kera dan babi) [341].
Dan dari Ibn Abbas, beliau berkata: (angin
merah melanda Al-Zauraa’, orang orang menafikannya, Dan mereka akan takut
kepada ulama mereka, Dan mereka mendapati mereka berubah menjadi kera dan babi
yang hitam wajah mereka, dan mata mereka berwarna biru ) [342].
Dan dari Abi Abdillah (as): Beliau telah
ditanya mengenai bangkitnya Al-Qaim (as) "Jika ada banyaknya kesesatan dan
sedikitnya hidayah, banyaknya ketidakadilan dan kerosakan dan sedikitnya pembaikan
dan kesopanan Dan lelaki menyukai lelaki dan perempuan dengan perempuan, dan harta
bagi fuqaha adalah dunia, dan lebih ramai orang suka kepada nyanyian dan penyanyi-penyanyi,
dan manusia berubah dari ahli bid’ah sehingaa mereka berubah bentuk menjadi
kera dan babi, dan terbunuhnya Al-Sufyani, dan kemudian keluarnya Dajjal dan teguh
memperdaya dan menyesatkan, Lalu kemudiannya dipanggil nama Al-Qaim (as) pada
malam kedua puluh tiga dari bulan Ramadhan, dan bangkit pada hari Asyura,
seolah-olah saya melihatnya berdiri di antara rukun dan maqam dan Jibrail memanggil
di hadaoannya: Al- Bai’atu Lillah (janji seria kepada Allah), Lalu Syiahnya
membai’ahnya) [343].
Telah banyak riwayat yang dibawakan kepada
kamu untuk menyedarkan jejak langkah perkara ini, dan mengapa penduduk di Timur
dan Barat mengutuk Panji Imam Mahdi (as) kerika ia zuhur, seperti yang dikhabarkan
Ahl Al-Bayt (as):
Dan dari Abi Abdillah Ja’far bin Muhammad (as),
berkata: (Apabila tampak Panji kebenaran yang dikuruk penduduk di Timur dan
Barat, adakah anda tahu ia tidak sedemikian? Aku berkata, tidak. Beliau berkata:
Orang yang menemui manusia dari Ahl Al-Baytnya sebelum dia keluar) [344].
Dan dari Abi Ja’far (as), beliau berkata:
(Pemilik urusan ini jika telah keluar menemui manusia seperti yang ditemui
Rasulullah (S) dan banyak lagi) [345].
Dan dengan memperhitungkan hadits yang
seterusnya akan diketahui sejauh mana kezaliman yang diperlakukan kepada orang-orang
yang beriman sebenarnya pada akhir zaman dan sejauh mana Rasulullah (S) telah
terluka pada waktu mereka:
Dari Umar bin Nafil, beliau berkata:: Aku
mendengar Nabi (S) bersabda: Bawakan padaku Usama bin Zaid, Baginda bersabda: (Ya
Usama, ... dan sampai hadits itu hingga kepada dia berkata: Kemudian Rasulullah
(S) menangis sehingga tangisan baginda semakin kuat dan baginda,merintih. kaum itu
diberikan untuk bercakap kepadanya, mereka fikir ia adalah untuk diperintahkan telah
berlaku di langit, dan kemudian baginda mengangkat kepalanya dan menghembuskan
nafas lega, kemudian berkata: Oh Oh, sengsara (menyedihkan) bagi umat ini, apa
yang mereka temui dari taat kepada Allah, mereka dipukul dan didustakan dalam
mentaati Allah mereka dihina kerana mentaati Allah, bahawa tidak akan berlaku
Al-Saah sehingga manusia membenci orang-orang yang taat kepada Allah dari suka kepada
orang-orang yang menderhakai Allah, Lalu Umar berkata: Wahai Rasulullah, padahal
manusia pada hari itu bersama Islam. Baginda bersabda: Islam yang mana, wahai Umar,
Muslim dianggap asing dan pembelot, pada zaman itu Islam telah hilang, yang
kekal hanya namanya, dan tidak ada pengajaran Al-Quran selain pada tulisannya.
'Umar berkata: Wahai Rasulullah, Adakah mereka mendustakan orang-orang yang
taat kepada Allah mereka, diusir dan mereka diseksa? Baginda bersabda: Wahai
Umar, manusia meninggalkan jalan (Allah) dan bersandar pada dunia dan menolak
akhirat, mereka makan yang baik-baik, mereka memakai pakaian cantik dan cara hidup mereka seperti orang-orang
orang-orang Farsi dan Rom ... dan wali-wali (para penguasa) Allah pada mereka telah
lenyap, melayan warna hidup mereka dengan berjaga malam dan melentur kekerasan
mereka dengan menegakkannya ... Apabila bercakap kepada mereka dengan
pembicaraan yang betul atau mengucapkan dengan kata-kata jujur: "Diam,
kamu mendampingi syaitan dan mengetuai kesesatan."...) [346].
Mengenai soalan yang akan ditujukan kepada,Al-Syed
Ahmad Al-Hassan, pintunya sentiasa terbuka dan akan diberikan jawapannya,
InsyaAllah, selepas anda menghantar soalan anda. Ianya jika tidak mencukupi
bagi anda apa yang digariskan mengenai dalil dalam buku-buku ansar Imam Mahdi (as)
dan ianya terdapat di laman web mereka.
Saya sekarang akan mengingatkan anda
tentang salah satu keterangan Al-Syed Ahmad Al-Hassan dengan penjelasan dan dibawakan
dalil secara ringkas, ua adalah dalil (wasiat),
saya katakan: dalil pertama: (wasiat Nabi Muhammad (S) pada malam kematian baginda):
(Selanjutnya adalah apa yang disebutkan di atas).
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah
menempatkannya di bumi.)
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[314] Al-Zumar 39: 37.
[315] Al-Kafi: J 2 hal 598.
[316] Al-Ghaibah Al-Nu3mani: hal 214.
[317] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 190.
[318] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 171
[319] Ilzam Al-Nashib: J 2 hal 185.
[320] Tahzhib Al-Ahkam: J 6 hal 180.
[321] Al-3ilm Wal-Hikmah Fi Al-Kitab Wal-Sunnah
– Oleh Al-Risyahiri: hal 448.
[322] Al-Kafi: J 8 hal 36.
[323] Mustadrak Al-Wasail: J 11 hal 377.
[324] Mu3jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi (as):
J 1 hal 39.
[325] Mustadrak Al-Wasail: J 11 hal 376.
[326] Mustadrak Al-Wasail: J 11 hal 376.
[327] Mustadrak Al-Wasail: J 11 hal 380.
[328] Mizan Al-Hikmah J 3 hal 2324.
[329] Al-3ilm Wal-Hikmah Fi Al-Kitab Wal-Sunnah:
hal 453
[330] Mu3jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi (as):
J 1 hal 26
[331] Al-Amali – Al-Syeikh Al-Thusi. Hal
512
[332] Al-Baqarah 2:18.
[333] Al-Isra 17: 97.
[334] Al-Nisa 4: 56.
[335] Al-Mulk 67:7-8.
[336] Al-Hajj 22:22.
[337] Al-Anbia 21:100.
[338] Saba’ 34:51 .
[339] Makarim Al-Akhlaq: hal 450.
[340] Ilzam Al-Nashib: J 2 hal 184.
[341] Kanz Al-3amal: J 14 hal 279 h 38727.
[342] Al-Malahim Wal-Fitan: hal 283.
[343] Mu3jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi (as):
J 1 hal 490
[344] Al-Ghaibah Al-Nu3mani: hal 308.
[345] Al-Ghaibah Al-Nu3mani: hal 308.
[346] - Ilzam Al-Nashib: J 1 hal 58, Mustadrak
Al-Wasail: J 12 hal 56.