Isnin, 23 Januari 2017

Tokoh-Tokoh Yang Keluar Di Akhir Zaman. Selain Al-Mahdi (as)

DIA MEMBAWA NASH LANTIKAN DARI ALLAH DAN RASUL
DIA MEMBAWA  ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU LILLAH

MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI





Tokoh-Tokoh Yang Keluar Di Akhir Zaman. Selain Al-Mahdi (as)

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Sewaktu saya menyelidaki dan mempelajari, siapakah Imam Mahdi yang dijanjikan yang lahir di akhir zaman. Ada ulamak (Seperti Syeikh Imran Hussein) yang menjangkakan mungkin Imam Mahdi telah zuhur. Saya telah diberikan oleh seorang sahabat satu pautan laman web berbunyi:

Al-Syed Ahmad Al-Hassan atau (Al-Syed Ahmad bin Ismail), pemegang wasiat dan utusan Al-Mahdi yang dijanjikan kepada orang Islam, utusan Elia pada orang-orang Yahudi dan utusan Isa kepada orang-orang Kristian telah muncul.






4.    Tokoh-Tokoh Yang Keluar Di Akhir Zaman

c.    Seruan mentaati khalifah Allah. – bai’atu Lillah







Saya amat terkejut dengan kenyataan ini tetapi demi untuk mencari kebenaran tentang zuhurnya Imam Mahdi saya melayari laman web tersebut.


Kebanyakan manusia berharap dan menunggu-nunggu Sang Penyelamat. Agar Penyelamat itu dapat menjalankan keadilan dan kemakmuran setelah begitu bosan dengan kezaliman, kecurangan dan permusuhan.
Bagi penganut agama-agama samawi, Yahudi, Nasarani dan Islam ada tokoh-tokoh Penyelamat yang perlu dipercayai. Sang Penyelamat yang mereka tunggu adalah tokoh-tokoh yang berlainan.

Dan kita diperintah oleh Allah supaya jangan sekali-kali menyembunyikan kebenaran seperti ahli kitab dahulu ketika diutus Muhammad: Allah rakamkan
                                         
﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ۞ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ﴾

Orang-orang yang telah Kami beri Al Kitab mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. * Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu. [Al-Baqarah 2:146-147] 

Ayat ini sentiasa menjadi kunci untuk menyambut kedatangan Al-Hujjah atau Khalifah Allah Al-Mahdi. Jangan sekali-kali kita menyembunyikan kebenaran. Satu pun makklumat dari kebenaran itu jika disembunyikan atau tidak diambil kira padahnya adalah akan termasuk dan menjadi orang-orang yang ragu-ragu. Dan ragu-ragu akhirnya membawa kerugian dengan balasan azab kerana tidak beriman  atau kerana ingkar dengan. . Kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi adalah suatu berita besar dan suatu kebenaran, jangan suatupun perkara atau maklumat kita terlepas daripadanya. Ia akan menyebabkan keraguan.  Iaitu Keraguan untuk beriman dengannya.

Kini Sampailah masanya Umat manusia diuji oleh Allah setelah Allah mengeluarkan tanda-tanda dan alamat masa munculnya Al Mahdi.  Tanda khusus dan tepat yang tidak perlu takwilan dan huraian:

Berikut adalah tanda yang sudah dan sedang berlaku”

يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان إذا رأيته حسبت في عينه الحول من بعيد، وإذا اقتربت منه لا ترى في  عينه شيئا، يخلفه أخ له اسمه عبدالله، ويل لشيعتنا منه -أعادها ثلاثا- بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة
                                                         
“Hijaz (Semenanjung Arab) akan diperintah oleh seorang lelaki yang namanya adalah nama haiwan, ketika Kamu melihatnya dari jauh, kamu akan berfikir dia memiliki mata juling, dan jika kamu mendekatinya, kamu tidak melihat ada masalah di matanya. Dia akan digantikan oleh saudara lelakinya, bernama Abdullah. Celakalah mengikutinya! Celakalah mengikutinya! Celakalah mengikutinya! – Baginda mengulanginya tiga kali – Beri aku khabar baik tentang kematiannya, maka aku akan memberikan khabar baik tentang munculnya Al-Hujjah (Al Mahdi).” (Musnad Ahmad)

1.   Hijaz akan diperintah oleh raja bernama haiwan – Malik Fahd telah berlaku.
2.   Dia akan digantikan dengan Raja Abdullah, Celakalah mengikutinya!
3.   Raja Abdullah mati adalah berita baik
4.   Berita baiknya tentang munculnya Al=Hujjah (Al-Mahdi).” (Musnad Ahmad)
5.   Akan ada pertelingkahan 3 anak khalifah Salman, Thalah dan Mukrim.

يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلّهم ابن خليفة، ثمّ لا يصير إلى واحد منهم، ثمّ تطلع الرايات السود من قبل المشرق ويقتلونكم قتلاً لم يقتله قوم ـ ثمّ ذكر شيئاً لا أحفظه ـ فقال: فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبواً على الثلج فانّه خليفة اللّه المهدي

Pertempuran (pergaduhan, pertelingkahan)  yang kamu pendamkan antara tiga pihak, kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [13].


1.   muncul Panji-panji hitam dari arah Timur (atau khurasan)
2.   Peperangan yang dahsyat.
3.   Berbai’ahlah/ datang kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji.
4.   dialah Khalifah Allah Al-Mahdi. "

Persoalannya?!

·      Apakah kita hanya sekadar menunggu?
·      Atau perlu dibai’ah?
·      Atau sekurang-kurang selidiki tokoh tersebut?

Sekarang mari kita lihat tokoh-tokoh yang akan keluar di akhir zaman. Selain Al-Mahdi dari arah timur (atau khurasan)

Apakah kepercayaan yang sebenar dalam perkara ini. Marilah kita menyelidiknya. Bagaimana kita ingin memahami perkara beriiman dengan Zaman kezuhuean Al-Mahdi yang melibatkan semua umat manusia. Ia bukan hanya untuk umat Islam sahaja dan ia adalah beriman kepada perkara ghaib yang diturunkan kepada Muhammad dan perkara ghaib yang telah diturunkan sebelum Muhammad (S). Begitulah firman Allah dalam awal Surah Al-Baqarah:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
 الم ﴿١﴾ ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ  ﴿٢ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣ وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ 

Alif laam miim. * Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, * orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. dan mereka yang beriman dengan apa yang telah diturunkan kepada engkau dan apa yang telah diturunkan sebelum engkau, serta mereka yakin akan adanya akhirat. [Al-Baqarah 2:1-4] 
                                                                      
Kedatangan tokoh-tokoh Penyelamat adalah perkara ghaib yang perlu diimani, ia ada dua bahagian

1.    yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad (S) dan baginda telah menyampaikannya
2.    dan begitu juga berita yang telah diturunkan sebelum Muhammad lagi yang telah disampaikan oleh Nabi-nabi terdahulu,

Perkara yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad (S) dan baginda telah menyampaikannya

Sebelum ini telah diterangkan Dua Mahdi atau Imam Mahdi mengutus pemegang wasiatnya, utusannya, yang pertama beriman atau ketua ansar Imam Mahdi.dengan memahami masalah atau perbezaan di antara 2 Mahdi yang akan zuhurr di akhir zaman.

Iaitu yang pertama Al-Mahdi yang dibai’ah di antara Rukun dan Maqam di Mekah, yang belum terjaga dari tidur (yang masih tidak zuhur), dan tidak menumpah darah.

Dan Yang ke 2 pula adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang perlu dibai’ah bila ia keluar dari arah khurasan (timur) Yang membawa panji-panji Al-Mahdi. yang memerangi musuh-musuhnya.

kita juga mesti beriman dengan beberapa tokoh akhir zaman iaitu berita yang telah diturunkan sebelum Muhammad lagi yang telah disampaikan oleh Nabi-nabi terdahulu, Ia juga ada yang diulangi beritanya oleh Muhammad (S).
.
Sebagai contoh dari Sufyan Al-Ka3bi, sabda baginda (S)::
                    
يخرج على لِوَاءٌ المهدي غلام حدث السَنَ خَفِيفُ اللِّحْيَةُ أصْفَرَ ، لو قاتَلَ الجبال لَهَزَها حتى ينزل إيليا

(Keluar atas panji-panji Al-Mahdi seorang pemuda kekuningan janggutnya, walau memusnahkan gunung dengan menggoncangnya sehingga turun Elia (Ilyas) [Riwayat Ibn Hammad / 85, Riwayat dari Al-Hawiy: 2/68, Al-Qaul Al-Mukhtashar / 22, dan Fawaid Al-Fikr / 18. ]

Dalam hadits di atas menerangkan, seorang pemuda kekuningan janggutnya keluar atas panji-panji Al-Mahdi, amat gigih, walaupun terpaksa memusnahkan gunung dengan menggoncangnya sehingga turun Nabi Elia (as).

Di dalam Taurat, Kitab 2 Raja-raja, Bab Kedua: 2:1-18

Menceritakan bagaimana Elia naik ke Langit dan belum diwafatkan

Begitu juga Rasulullah bersabda: “Bagaimana keadaan kalian apabila Ibnu Maryam turun di antara kalian, sedangkan yang menjadi imam (pemimpin) kalian berasal dari kalangan kalian sendiri?”
         
(HR. Bukhari: Kitabu ahadits al anbiya’ no. 3193 dan Muslim: Kitabul iman no. 222, 223, 224).

Turunnya nabi Isa tidak dapat diragukan lagi ada ayat quran dan hadits-hadits yang menyebutkannya. Dari itu

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ
dan mereka yang beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu – iaitu turunnya Al-Mahdi (Imam Mahdi) dan khalifah Allah Al Mahdi)
وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ
dan apa yang telah diturunkan sebelummu, iaitu turunnya Khidir, turunnya Elia (Ilyas) dan turunnya Isa ((3alai himus salam)) di akhir zaman

Kesemua tokoh yang akan turun di akhir zaman itu, adalah Khidir (as), Nabi Elia (Ilyas (as)), Nabi Isa (as), dan Imam Muhammad Al-Mahdi (as) adalah orang-orang yang telah diangkat Allah, Yang belum dimatikan oleh Allah dan akan turun di akhir zaman.. Ia bukan perkara mudah untuk difahami. Mari kita cuba memahaminya.

Semua perkara ghaib yang perlu kita imani di sini ialah tentang kematian. Semua Al-Hujjah atau Khalifah Allah yang belum dimatikan oleh Allah akan diutus kembali di Akhir Zaman..

Kita pernah dengar kisah nabi-nabi yang belum mati dan diangkat Allah.

Nabi Idris pernah diziarahi Malaikat Maut dan beliau pernah merasakan mati, dan dihidupkan kembali, beliau pernah melawat neraka dan syurga dan dia tidak mau keluar dari syurga dan di benarkan Allah:
” Karena firman Allah”:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
“Tiap-tiap diri akan merasai mati…” [Aali’imran 13:185],

لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِينَ

Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.. [ALHijr 15:48]”.

Nabi Idris (as) tidak diturunkan di akhir zaman
         
Khidir bermakna kehijauan – Dalam suatu hadits Rasulullah menyebut kawasan yang di hadiri Khidir akan bertukar kehijauan. Dia seorang wazir Dzul Qarnaian – menurut riwayat dia berjaya mandi 3ainu Al-Hayah dan belum dimatikan Allah.

Nabi Ilyas (as)  Orang-orang Yahudi menyebutnya Ilya (Elia). Ia bermohon untuk terus hidup dengan berzikir kepada Allah, dia diperkenankan Allah untuk terus hidup dan belum dimatikan Allah. Ia dinantikan oleh orang-orang Yahudi.

Al-Daraqathni meriwayatkam dari Ibnu ‘Abbas: “Nabi Khidhir dan Nabi Ilyas bertemu setiap tahun ketika musim haji, dan mereka berdua saling mencukur (tahallul) kepala satu sama yang lain.” Sementara riwayat Ahmad dalam Al-Zuhd dan Al-Thabarani dengan penambahan “Mereka berdua berpuasa Ramadhan di Baitul Maqdis.” Ibnu Hajar mengatakan sanadnya hasan.

Kita tahu Nabi Isa tidak sanggup dibunuh oleh angkara ulamak suuk Yahudi dan Raja Rom dan dia mengadu kepada Allah dan dikabulkan. Walaupun baru 2 tahun beliau berdakwah dia diangkat oleh Allah. Kerja-kerja dakwah dijalankan oleh para pemegang wasiatnya yang dilantik oleh Isa. Kerja-kerja dakwah juga  dijalankan oleh murid-muridnya. Dia belum dimatikan Allah. Ia dinantikan oleh orang-orang Kristian dan Islam yang akan diutus di akhir zaman.

Imam Muhammad bin Hasan Al-Mahdi (as) Imam Ahl Al-Bait ke 12. Dia berumur 5 tahun ketika bapanya Al-Hasan mati, ketika itu bapanya berumur 25 tahun diracun di kawasan ketenteraan Kerajaan Bani Abbasiyah. dia diangkat oleh Allah. Kerja-kerja dakwah dijalankan oleh 4 orang wakilnya, Dia belum dimatikan Allah.
Imam Al-Mahdi Muhammad bin Hasan Al-Askari (as) ditunggu oleh orang-orang bermazhab Imamiyah dan sebahagian orang-orang Al-Sunnah (termasuk Imam Syafi’ei di dalam kitabnya (Muthalib  Al-Su’úl),) yang akan turun di akhir zaman.

Radulullah pernah bersabda:

عن عبد الله بن مسعود، قال: بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم إذ أقبل فتية من بني هاشم، فلما رآهم النبي صلى الله عليه وآله وسلم اغرورقت عيناه وتغير لونه، قال: ( فقلت: ما نزال نرى في وجهك شيئا نكرهه! فقال: إنا أهل بيت اختار الله لنا الآخرة على الدنيا، وإن أهل بيتي سيلقون بعدي بلاء وتشريدا وتطريدا حتى يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود، فيسألون الخير فلا يعطونه، فيقاتلون فينصرون، فيعطون ما سألوا فلا يقبلونه حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي فيملؤها قسطا كما ملؤوها جورا )

Dari Abdullah bin Mas3ud katanya: Kami berada di sisi Rasulullah (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam) dan kerana baginda menerima kedatangan pemuda-pemuda dari Bani Hashim, dan apabila baginda (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam) melihat mereka mengalir air matanya dan berubah warna (wajah baginda), katanya lagi: (Aku berkata: Mengapa kami masih melihat di wajah mu sesuatu yang tidak disenangi!: Baginda bersabda: Sesungguhnya Ahl Al-Bait, Allah pilihkan akhirat berbanding dunia untuk kami, bahawa Ahl Al-Baitku akan menerima ujian selepasku, menjadi buruan dan dikerumuni (musuh), sehingga datang satu kaum dari timur dengan panji-panji hitam, kemudian orang-orang meminta kebaikan dan dia tidak memberinya, kemudian mereka dibantu dalam perjuangan, maka diberikan apa yang mereka minta tidak menerimanya sehingga mereka dihantar seorang lelaki dari Ahl Al-Baitku yang memenuhinya dengan keadilan sebagaimana sebelumnya depenuhi dengan ketidakadilan) [Sunan Abi Dawud 4 / 107. Dan Al-Raudd Al-Fasih Jilid 4 - halaman 2. Dan Kasyfu Al-Ghammah 2 / 473. dan Al-3arif Al-Wardiy: Jilid 48 - halaman 59.]

Ramai umat Islam tidak sedar Ahl Al-Bait Rasulullah (S) hidup dalam keadaan seperti yang digambarkan baginda:

Bahawa Ahl Al-Baitku akan menerima ujian selepasku, menjadi buruan dan dikerumuni (musuh),

Sebab itulah imam Ahl Al-Bait Rasulullah (S) ke 11, Al-Hasan Al-‘Askari hidup di kawasan dan jagaan Tentera Kerajaan Bani Abbasiyah. Beliau mati ketika berumur 25 tahun kerana diracun. Ketika itu satu-satunya anak lelaki beliau yang akan menggantikan beliau baru berumur 5 tahun. Beliau adalah Muhammad Al-Mahdi, Imam Ahl Al-Bait Rasulullah (S) ke 12. Sejak beliau belum dilahirkan lagi ketika dikandung oleh Narjis Khartum keturunan Sam’um Bitrus (Simon Peter) pemegang wasiat dan murid utama Nabi Isa (as), ia sentiasa dipantau untuk dibunuh oleh Tentera Kerajaan Bani Abbasiyah. Sebab itu kelahiran dirahsiakan dan dipelihara Allah. Beliau menjadi Imam ketika berusia 5 tahun. Beliau dighaibkan dan diangkat oleh Allah. Sebab itu zaman ini dipanggil Zaman Ghaib Sughra (kecil). Kerja-kerja dakwah dijalankan oleh seorang demi seorang (4 orang) wakilnya, Ia berjalan selama lebih kurang 70 tahun (255 H – 325H). Wakil-wakil ini boleh menghubungi beliau.

Selepas itu (selepas 325H) zaman ini dipanggil Zaman Ghaib Kubra (Besar) – tiada tiada wakil-wakil yang boleh menghubungi beliau - hingga zaman kexuhurannya. dan (menurut hadits Rasulullah) beliau akan dibai’ah di Mekah di antara Rukun dan Maqam dan sebelumnya akan mengutus pemegang wasiat dan untusannya, orang pertama yang beriman denganya, orang kanannya (Al-Yamani) dan dari Ahl Al-Baitnya atau Ahl Al-Bait Rasulullah..


Semua mereka (3alaihimus salam) akan turun di akhir zaman. Ini adalah perkara nabi Allah dan RasulNya, Elia (Ilyas (as)​​), dan ia diangkat dan tidak mati sehingga sekarang dan dia melakukan banyak kerja kerana Allah SWT di bumi-Nya, tetapi penduduk bumi tidak melihatnya; kerana mereka dibutakan walaupun mata mereka terbuka, Dan juga seperti Elia (Iliya (as)​​), Khidhir (as) juga diangkat dan melakukan kerja-kerja di muka bumi dengan izin Allah SWT, dan Isa (as) juga diangkat dan melakukan kerja-kerja di atas bumi dengan perintah Allah SWT, begitu juga Al-Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al Hassan (as) diangkat dan melakukan kerja-kerja di atas bumi dengan perintah Allah SWT.

Adakah urusan mereka satu atau terpisah-pisah? 
Adakah urusan mereka urusan yang sama atau urusan berlainan?

Pada hakikatnya, perkara dan urusan mereka di akhir zaman adalah satu, sama dan ia tidak terpisah-pisah dan tidak ada perbezaan di antara mereka, kerana Tuhan mereka adalah satu dan agama mereka adalah satu; iaitu penyerahan kepada Allah SWT.

Mereka semua menyeru kepada Allah dan beramal dengan perintah-Nya, kebenaran yang mereka serukan adalah satu dan matlamat mereka adalah satu; iaitu ketika Kiamat Kecil, sebelum berlakunya Kiamat Besar.

dan tujuan mereka adalah satu; iaitu untuk menyebarkan kesaksamaan, keadilan dan Tauhid dengan menyembah mengabdi Allah di muka bumi ini dengan cara yang dikehendaki Allah SWT, kerana mereka adalah satu dan tidak ada perbezaan di antara mereka, disebut tanda beriman dalam al-quran

لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ

"Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun dari rasul-rasul-Nya SWT",.[Al-Baqarah 2:285] 
                                                                                            
dan mereka meminta (menyeru) untuk satu tujuan dan satu matlamat, kerana Tuhan dan Rabb mereka adalah satu.

Oleh itu utusan atau wakil daripada mereka semua sebelum mereka turun mestilah hanya seorang,

dan orang itu juga mestilah hakikatnya seorang utusan dari Allah, kerana mereka semua beramal dengan perintah-Nya, dan kerana sesiapa yang mewakili mereka adalah mewakili Allah, dan sesiapa yang menjayakan mereka di bumi menggantikan Allah SWT, kerana mereka adalah Khalifah Allah di muka bumiNya.

Ada Sebuah hadis Nabi (S) yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah (ra) menyebutkan maksudnya begini:

"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam (as) (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak (pemimpin) bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." HR Muslim
                                                  
Imam Muhammad Al-Mahdi (as) adalah umarak (pemimpin) bagi yang lain iaitu kepada Khidir, kepada Elia (Ilyas (as)), dan kepada Nabi Isa (3alai himus salam),

Mari kita lihat semula hadits:

(Keluar atas panji-panji Al-Mahdi seorang pemuda kekuningan janggutnya, walau memusnahkan gunung dengan menggoncangnya sehingga turun Elia (Ilyaa))

Kita dapati sebelum turunnya keempat-empat tokoh ini, umat manusia mesti membai’ah seorang pemuda dari Ahli Bait Rasulullah kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi, bila ia keluar dari arah khurasan (timur). Yang membawa panji-panji Al-Mahdi. Yang memudahkan Al-Mahdi dan menyediakan kezuhuran (kerajaan) Al-Mahdi, yang memerangi musuh-musuhnya dan mereka adalah ansar Al-Mahdi. Yang pastinya dia telah keluar mengikut tanda-tanda dan alamat yang disebutkan dalam hadits-hadits.


Ada Sebuah Hadis yang diriwayatkan daripada Anas dan Abu Hurairah (ra huma).

"Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya."

Khalifah Allah Al-Mahdi itu telah keluar sejak tahun 1420 H (1999 Masehi akhir Disember). Dia berasal dari Basrah Iraq (Basrah terletak dari arah khurasan (timur)). Telah memulakan dakwah Ilahiyah di Najaf dan ramai di antara ansarnya telah ditangkap diseksa oleh rejim Saddam dan kemudiannya ditangkap diseksa pula oleh pihak berkuasa Ulamak Syiah di Iraq setelah Sadam digulingkan. Kemudian setelah (2011) barulah dakwahnya tersebar ke seluruh dunia. Kini setelah Al-Sufiani mula masuk ke Iraq mareka baru mula belajar memikul senjata untuk mempertahankan Iraq (2015).

Beliau adalah Al-Syed Ahmad bin Ismail Bin Saleh Bin Hussein Bin Salman
Bin Muhammad Bin Hassan
Bin Ali, Bin Muhammad
Bin Ali, Bin Musa
Bin Ja'far Bin Muhammad
Bin Ali, Bin Hussein,
bin  Ali bin Abi Thalib
dan anak Fatimah binti Muhammad Rasulullah (S)
(Shalawat Allah 3alihim Ajma3in).
                      
Beliau adalah ahli bait Rasulullah. Dengan jalur yang diterangkan di atas.
Akhir sekali saya bawakan kata-kata beliau (Ahmad Al-Hasan iaitu Ahmad bin Ismail) sendiri.         
              
“Seruan dakwah ini disokong oleh banyak dalil-dalil, dan (A3uzhu billahi minal Ana) saya berlindung dengan Allah dari sifat Al-Ana (keakuan), saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta tuli, tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik yang haq (benar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan batil seperti berlaku pada Rasulullah (S) apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan baginda.”

Wal-Hamdu Lillahi Rabbil ‘Alamin.




Tiada ulasan: