DIA MEMBAWA NASH LANTIKAN DARI ALLAH DAN RASUL
DIA MEMBAWA ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH
MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI
DIA MEMBAWA ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH
MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI
Peraturan
Mengenal Hujah Allah
بسم الله
الرحمن الرحيم
والحمد لله
رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Peraturan Ilahi Dalam Mengenali Hujjah Atau Khalifah
Allah Di Muka Bumi. - Bagaimana Membezakan
Pendakwa Kebenaran Dan Kebathilan?
Adakah
Allah SWT telah meletakkan peraturanNYA dalam mengenali pendakwa
kebenaran pada setiap zaman iaitu Hujjah Allah SWT
atas
hambaNYA serta Khalifah Allah SWT di muka bumiNYA? Mentaatinya bermakna
mentaati Allah SWT. Manakala Ingkar kepadanya bermakna ingkar kepada Allah
SWT. Beriman dengannya dan tunduk kepadanya adalah keimanan dan tunduk kepada
Allah SWT. Menafikannya serta berpaling daripadanya adalah penafian kepada
Allah SWT dan berpaling daripadaNYA.
|
5.
Peraturan Mengenal Hujah Allah (Al-Mahdi)
a. perlantikan atau wasiat Rasulullah.
b. Dia memlilki Ilmu dan Hikmah.
c.
Seruan mentaati khalifah Allah. – bai’atu Lillah |
Adakah
Allah SWT terlupa atau dengan sengaja meninggalkan hal ini? sedangkan DIA SWT
adalah Penguasa Sebenar dan telah menetapkan setiap sesuatu dengan
sebaik-baik ketetapan. Firman Allah SWT::
﴿اللَّـهُ
يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ وَمَا
تَزْدَادُ وَكُلُّ شَيْءٍ عِندَهُ بِمِقْدَارٍ﴾
"Allah mengetahui akan apa yang
dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang
dikandung di dalam rahim itu atau yang lebih, dan setiap sesuatu itu
ditetapkan di sisiNYA dengan kadar yang tertentu". [Al Ra'd 13:8]
DIA
SWT juga Maha Mengetahui sebagaimana firmanNYA:
﴿وَرَبِّي
لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَالِمِ الْغَيْبِ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ
ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَلَا أَصْغَرُ مِن ذَٰلِكَ
وَلَا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ﴾
Demi Tuhanku yang Maha Mengetahui segala perkara yang
Ghaib, hari kiamat itu sesungguhNya akan datang kepada kamu . Tiada
tersembunyi dari pengetahuanNYA barang seberat debu yang ada di langit atau
di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar
melainkan semuaNya tertulis di dalam Kitab yang terang lagi nyata". [Saba'
34:3]
Jelas
sekali bahawa keperluan kebijaksanaan Ilahi dalam meletakkan peraturan bagi
mengenali khalifah Allah di muka bumiNYA pada setiap zaman. Peraturan ini juga
mestilah telah ditetapkan sejak hari pertama Allah SWT menjadikan khalifah
bagi mewakiliNYA di muka bumiNYA ini.
Tidak mungkin ianya ditetapkan kemudian iaitu dalam salah satu
risalah-risalah terkemudian yang diturunkan dari langit, melainkan telah
ditetapkan bersama-sama dengan kewujudan manusia pertama iaitu Adam a.s.
Sepertimana keyakinan umum yang tidak menafikan kewujudan Iblis LA sejak hari
pertama lagi. Manusia amat memerlukan peraturan ini dalam mengenali pembawa
kebenaran Ilahi agar tidak dijadikan alasan untuk tidak mengikuti serta
mentaatinya. Mereka mungkin beralasan bahawa tidak mampu membuat perbezaan
disebabkan tidak pernah wujud sebarang peraturan Ilahi dalam mengenali
khalifah Allah ini. Namun di sana wujud ketetapan yang diyakini oleh semua
umat Islam berkaitan dengan peristiwa di hari pertama Allah SWT menjadikan
khalifah bagi mewakiliNYA di muka bumiNYA. Ianya adalah seperti berikut:
.
1)
Allah SWT telah menaskan atau melantik Adam a.s di hadapan para Malaikat dan
juga Iblis bahawa dia adalah khalifah di muka bumiNYA, sebagaimana
firmanNYA:
﴿وَإِذْ قَالَ
رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا
أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ
نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا
تَعْلَمُونَ﴾
“Dan (ingatlah)
ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: SesungguhNya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi. Mereka bertaNya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan
berfirman: SesungguhNya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah 2:30)
2)
Setelah itu, Allah SWT mengajarkan Adam a.s kesemua nama-nama iaitu nama-nama
Ketuhanan, sebagaimana firmanNYA:
﴿وَعَلَّمَ آدَمَ
الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ
أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾
"Dan Dia telah
mengajarkan Adam akan segala nama-nama, kemudian ditunjukkanNya kepada
malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama-nama ini semuaNya
jika kamu golongan yang benar”. (Al-Baqarah 2:31)
3)
Kemudian Allah mengarahkan mereka yang menyembahNYA pada waktu tersebut iaitu
para Malaikat dan Iblis untuk sujud kepada Adam a.s, sepertimana dalam
firmanNYA:
﴿فَإِذَا
سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾
“Kemudian apabila
Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padaNya roh dari (ciptaanKu)
maka hendaklah kamu sujud kepadanya” (Al-Hijr 15:29),
Dan
﴿وَإِذْ قُلْنَا
لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ
الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ
أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ
بَدَلًا﴾
“Dan
(ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu
kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari
golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu,
patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai pemimpin
selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya
bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu”. (Al-Kahf 18:50)
Ketiga-tiga
syarat ini adalah peraturan yang ditetapkan Allah SWT dalam mengenali
hujahNYA atas umat manusia dan khalifah Allah SWT di muka bumiNYA. Ianya
adalah Sunnah Allah (Aturan Allah) yang telah ditetapkan dalam mengenali
khalifah Allah sejak dari hari pertama penciptaan Adam a.s lagi. Ianya akan
terus berkekalan sehingga pengakhiran dunia iaitu hari Kiamat, sebagaimana
firmanNYA:
﴿سُنَّةَ اللَّـهِ
فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ
تَبْدِيلًا﴾
“Yang demikian
adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang
berlaku kepada orang-orang yang telah lalu dan engkau tidak sekali-kali akan
mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu”. (Al-Ahzab 33:62)
﴿سُنَّةَ اللَّـهِ
الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ
تَبْدِيلًا﴾
"Sunnatullah"
(peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak
akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu”. (Al-Fath 48:23)
Peraturan Ilahi Dalam
Penentuan Imam, Ketua Dan Khalifah Allah Adalah Bersesuaian Dengan Fungsi
Akal Yang Sihat.
Secara logiknya mana-mana insan yang memiliki kilang, ladang, kapal atau apa sahaja yang melibatkan pekerja yang bekerja untuknya. Hendaklah dia menentukan salah seorang daripada pekerja-pekerjanya untuk menjadi ketua dan dijelaskan namanya agar tidak berlaku anarki. Perlantikan ini juga perlu ditetapkan pada orang yang paling tahu dan berkelebihan, serta diarahkan semua pekerja agar mentaati ketua tersebut dalam melaksanakan apa yang diinginkannya. Kegagalan pemilik untuk berbuat demikian pasti akan mengakibatkan impiannya hancur musnah kerana ketiga-tiga aspek ini menggambarkan kebijakan seseorang. Oleh itu, sekiranya kita berkeyakinan bahawa kesemua aspek ini adalah keperluan bagi manusia yang bergelar pemilik, bagaimana pula kita mengharuskan salah satu dari tiga aspek ini ditinggalkan Allah SWT, sedangkan DIA SWT adalah Pemilik dan Penguasa mutlak buat semesta alam ini?
Pelbagai
contoh pemilik bot, kilang, ladang atau apa sahaja yang memerlukan sekumpulan
orang yang bekerja untuknya, bukankah dimestikan padanya untuk menentukan
kapten botnya, pengarah kilangnya atau ketua bagi mereka? Jika dia
meninggalkan perkara tersebut sehingga menyebabkan tenggelamnya bot atau
musnahnya kilang atau berlaku sesuatu yang berbahaya, maka sudah tentu
pemilik itu dianggap bodoh atau tidak bijak.
Tetapi
setelah ditetapkan kapten bot, pengarah kilang atau ketua dan ternyata
bukanlah yang paling berkebolehan dalam bidangnya. Ini pasti mengakibatkan
kekurangan dalam pengeluaran kilang atau berlakunya sesuatu yang menyebabkan
bahaya tertentu seperti tenggelamnya bot disebabkan kejahilan ketua ini dalam
mengendalikan prosedur-prosedur dan operasi berkaitan botnya. Sudah tentu
pemiliknya akan dipersalahkan dan dicop sebagai bodoh atau tidak bijak. Ianya
adalah satu kemestian dan keperluan untuk memilih yang paling tahu di
kalangan pekerjanya atau melengkapkannya dengan ilmu sepatutnya agar
berkelayakan dan berkemampuan dalam memimpin bot untuk kembali semula ke
darat dengan aman dan mengoperasikan kilang sehingga memperolehi pengeluaran
terbaik.
Setelah
itu, pemilik tersebut perlu mengarahkan pekerja-pekerjanya untuk mematuhi
orang yang dilantiknya itu. Jika tidak ianya akan menyebabkan
pekerja-pekerjanya bertindak sesuka hati mereka setelah tidak diarahkan untuk
berbuat demikian?. Bila berlakunya anarki, maka sudah tentulah pemiliknya
akan dianggap sebagai kurang bijak atau bodoh kerana tiada faedahnya
menetapkan kepimpinan atau ketua yang berkelayakan, sekiranya tidak diarahkan
mentaatinya. Tidak akan ada orang yang berakal lagi bijaksana akan berpendapat
selain daripada ini iaitu wajib ditentukan ketua yang mempunyai ilmu atau
kepandaian yang mencukupi serta diwajibkan untuk mematuhi arahannya.
Ini
semua dibuktikan di dalam Al-Quran bilamana Allah SWT menetapkan peraturan
ini bersama-sama dengan penentuan Adam a.s sebagai khalifah Allah yang
pertama di atas muka bumiNYA. Ini adalah peraturan dalam mengenali khalifah
Allah atau hujahNYA ke atas hamba-hambaNYA, sekaligus peraturan dalam
mengenal Allah SWT kerana dengan mengenali khalifah Allah ini, maka akan
dikenali Allah SWT. Peraturan Ilahi ini disebutkan dalam firmanNYA seperti
berikut:
﴿وَإِذْ قُلْنَا
لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ
الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ
أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ
بَدَلًا﴾
“Dan (ingatlah)
ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: SesungguhNya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi. Mereka bertaNya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan
berfirman: SesungguhNya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah 2:30)
﴿وَعَلَّمَ آدَمَ
الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ
أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾
"Dan Dia telah
mengajarkan Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkanNya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama
benda-benda ini semuaNya jika kamu golongan yang benar”.
(Al-Baqarah:31)
﴿فَإِذَا
سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾
“Kemudian
apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padaNya roh dari
(ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya”. (Al-Hijr:29)
Malahan
terdapat banyak teks di dalam kitab Taurat dan Injil yang menerangkan hal
yang serupa iaitu peraturan dalam mengenali khalifah Allah atau peraturan
dalam mengenal Allah SWT, sepertimana yang telah diterangkan.
Persoalannya,
siapakah pemegang wasiat (Washiy) Rasulullah (S)? siapakah orang yang paling
alim selepas Rasulullah (S) ? Siapakah yang diarahkan oleh Rasulullah (S)
dengan perintah Allah SWT supaya ditaati selepasnya? Peribadi yang
melengkapi ketiga-tiga peraturan Ilahi ini mestilah wujud pada setiap zaman.
Jika ada yang mengatakan ianya tidak wujud, maka dia telah menuduh Allah SWT
sebagai tidak bijaksana? Siapakah yang ingin berkata sedemikian? Soalan ini
hendaklah dijawab dengan hati yang insaf dalam mencari kebenaran.
Di
samping itu, jika kita renungi mereka yang menolak untuk tunduk kepada
perintah Allah SWT, tidak menerima kewujudan perantara antaranya dan Allah
SWT, dan membantah untuk menjadikan Adam a.s sebagai kiblatnya kepada Allah
SWT adalah Iblis Laknatullah (Tawus Al-Malaikah) sejak dari mula lagi. Ya,
diulang sekali lagi bahawa yang membantah untuk sujud kepada Adam a.s adalah
Tawus Al-Malaikah iaitu yang paling alim dan paling banyak ibadahNya kepada
Allah SWT di kalangan Malaikat. Seharusnya kita mengambil iktibar dan
bertadabbur dalam dalam menjawab persoalan yang telahpun disebutkan Allah SWT
dalam firmanNYA:
﴿وَإِذْ قُلْنَا
لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ
الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ
أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ
بَدَلًا﴾
“Dan
(ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu
kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari
golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu,
patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunanNya sebagai
sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka
itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim:
Pengganti yang mereka pilih itu”. (Al-Kahf:50)
Perincian Peraturan Ilahi
Bagi Mengenal Khalifah Allah
Peruntukan
Ilahi ke atas Adam a.s berubah ke dalam bentuk wasiat disebabkan wujudNya
khalifah terdahulu bilamana dinaskan atau diperuntukkan ke atas orang
selepasnya dengan perintah Allah SWT berdasarkan kewajipannya sebagai
khalifah Allah di muka bumiNYA, sebagaimana yang difirmankan:
﴿إِنَّ اللَّـهَ
يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم
بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا
يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴾
“Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahliNya
(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. sesungguhnya Allah itu
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. sesungguhnya Allah
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (Al-Nisa’:58)
Tujuan
Allah SWT mengajarkan Adam a.s nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkannya
akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, memperelokkan dia dengannya dan
memanifestasikanNya pada dirinya sebelum bergelar khalifah Allah di muka
bumiNYA. Maka tindakan Adam a.s menerangkan kepada para Malaikat nama-nama
tersebut adalah untuk mengenalkan mereka akan hakikat sebenar nama-nama
ketuhanan, yang mana diciptakan mereka daripadanya. Oleh itu Allah SWT
mengenalkan Adam a.s akan kesemua Nama-nama ketuhanan bersesuaian dengan
kedudukannya sebagai khalifah Allah. Adapun di kalangan Malaikat tiada satu
pun yang tahu melainkan hanya satu atau beberapa nama yang diciptakan mereka
daripadanya. Dengan ilmu dan hikmah ini, maka terbuktilah hujah Adam a.s
sebagai khalifah Allah SWT ke atas para Malaikat.
Perkara ketiga di dalam peraturan Ilahi ini ialah
arahan Allah SWT kepada para Malaikat dan Iblis untuk sujud kepada Adam a.s.
Ini bagi mempraktikkan perbuatan yang perlu dilakukan oleh khalifah Allah
selaku individu yang diamanahkan khilafah padanya. Ia juga bagi mempraktikkan
peranan yang perlu dimainkan oleh wakil-wakil (Malaikat) Allah SWT selaku
pekerja dan penuntut di sisi khalifah Adam a.s. Sekaligus menetapkan bahawa
Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di atas muka bumiNYA hanya dapat
direalisasikan dengan mentaati khalifah Allah di muka bumiNYA. Hal yang sama
juga berlaku pada semua Rasul termasuk Nabi Muhammad (S) , di mana mereka a.s
membawa panji yang sama iaitu kepatuhan (Bai’ah) hanya kepada Allah atau
Ketuanan dan Kekuasaan hanya untuk Allah SWT. Kesemua mereka a.s berhadapan
dengan tentangan orang-orang yang ingin mengekalkan status quo iaitu Ketuanan
Manusia dan sekaligus menolak Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, sehinggakan
mereka a.s sentiasa dicurigai disebabkan tuntutan dan pertentangan ini. Isa
a.s dikatakan datang untuk menuntut pemerintahan Bani Israel, sepertimana
yang dituduhkan musyrikin Quraysh kepada Nabi Muhammad (S) : “bukan Syurga dan bukan Neraka tetapi kekuasaan yang
diinginkanya” atau dengan kata lain Muhammad (S) diutuskan untuk
menuntut kekuasaan bagi diri dan keluarganya. Tuduhan yang sama juga
dilemparkan kepada Ali a.s sebagai gilakan takhta kekuasaan.
Namun
bagi pengkaji-pengkaji sirah, hakikat sebenar yang berlaku adalah sebaliknya
kerana penolakan mereka a.s terhadap dunia serta segala perhiasan yang ada di
dalamnya samada berupa harta benda atau pangkat kekuasaan adalah amat nyata
sekali. Mereka a.s hanya melaksanakan perintah Allah SWT supaya menuntut
pengembalian Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di muka bumiNYA. Malah mereka
a.s mengetahui bahawa manusia tidak akan sekali-kali menyerahkan kekuasaan
tersebut kerana akan ditentang dengan cara diperlekeh, dihina, dikeji, cubaan
bunuh dan dipenjarakan. Inilah yang berlaku kepada pengganti serupa Isa a.s
bilamana dipakaikan mahkota duri dan diperlekehkan sebelum dia disalib. Hal
sedemikian juga berlaku kepada Ali a.s bilamana dipecahkan pintu rumahnya
sehingga menyebabkan remuk tulang rusuk isterinya Fatimah a.s, serta diheret
keluar secara paksa sedang pedang-pedang berkilauan di mukanya. Musa ibnu
Jaafar Al-Kadzim a.s juga dipenjarakan sehingga maut bilamana dia a.s
menetapkan sempadan Fadak sebagai Kekuasaan dan khilafah Allah di muka
bumiNYA.
Beginilah tanggapan biasa orang-orang jahil yang
sentiasa beranggapan bahawa tuntutan empunya sebenar kekuasaan Ilahi sebagai
alasan untuk menjatuhkan mereka, sambil meneriakkan di muka empunyanya bahawa
kedatangannya untuk menuntut kekuasaan bagi kepentingan dirinya sendiri.
Hakikat sebenarnya bukan itu yang diinginkan oleh khalifah Allah ini dalam
menuntut kekuasaan dunia, kerana dia sedia maklum bahawa tuntutannya ini akan
menjadi sebab utama kehormatannya dicela dan diperlekehkan serta bakal
ditentang hebat oleh mereka yang jahil ini. Malahan mereka yang jahil ini
akan menggunakan cara yang biasa digunakan oleh kebanyakan manusia iaitu
jalan tipu daya dan pemalsuan atau pembunuhan dan ancaman ketakutan untuk
mengekalkan kekuasaan mereka. Ini terbukti bilamana Ali a.s menuntut
kekuasaan dan berkata “aku adalah pemegang wasiat
Rasulullah (S) dan aku adalah khalifah Allah di muka bumiNYA”, Namun hakikat sebaliknya yang berlaku iaitu Abu Bakar
bin Quhafah yang mendapat kekuasaan duniawi, yang kemudiannya berkata “perbetulkanlah aku kerana aku bukanlah yang terbaik di
kalangan kamu”. Dalam situasi ini, Adakah Ali a.s yang tamakkan dunia
atau Abu Bakar yang zuhud akan kekuasaan dunia? Sedangkan Abu Bakarlah yang
mengingkari hak Ali a.s sebagai khalifah Allah dan mengingkari wasiat
Rasulullah (S) kerana berkehendakkan kekuasaan dunia? Apakah rasionalnya???
Secara khususnya wasiat didatangkan bersama-sama dengan
pemegang-pemegang wasiat (Aushiak) a.s sebagai menguatkan tuntutan mereka a.s
di masa yang paling sukar. Sebagai contoh Hussain a.s dalam peristiwa karbala
berkata kepada mereka yang memeranginya: ”carilah di muka bumi ini orang
yang paling hampir dengan Muhammad (S) nescaya kamu tidak akan
menjumpaiNya selain aku” (انا سبط محمد الوحيد على هذه الأرض). seterusnya Hussain a.s menguatkan tuntutannya dengan wasiat
dan nas Ilahi:
﴿ذُرِّيَّةً
بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾
“Satu keturunan
(zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah),
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui” (Ali-Imran:34).
Mereka
yang memahami ayat ini akan cepat mengetahui bahawa Hussain a.s hendak
memberitahu tentang wasiat yang ada berserta dengannya a.s kerana dia a.s
adalah satu-satunya zuriat yang diamanahkan khilafah dan masih hidup.
Peraturan Ilahi Di Zaman
Kemunculan Imam Mahdi a.s
Setelah
kita mengetahui kewujudan peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah di
muka bumiNYA sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga
ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul Alaihimussalam. Maka perlulah kita
memanfaat dan beramal dengan peraturan Ilahi di zaman kemunculan yang suci
ini iaitu zaman keluarga Muhammad kerana mereka yang tidak mempraktikkan
peraturan ini adalah terdiri daripada pengikut-pengikut Iblis LA sepertimana
yang diterangkan sebelum ini. Di dalam kitab injil juga diterangkan tentang
Nabi Isa a.s telah menguatkan dakwaannya bahawa Nabi-nabi terdahulu di
kalangan Bani Israel telah menyebutkannya, memberi khabar gembira tentangnya
dan berwasiat tentangnya dan disebut namanya dalam kitab Taurat. Dia a.s
datang untuk mengajarkan Al-kitab dan hikmah sambil menegakkan panji Ketaatan
kepada Allah dan menuntut kekuasaan dan ketuanan Allah SWT di atas muka
bumiNYA.
Begitu
juga terdapat banyak riwayat di kalangan Ahli keluarga Muhammad (Aali
Muhammad) a.s yang menyokong fakta berkaitan dengan peraturan Ilahi ini
supaya pendokong-pendokong (Syiah) mereka tidak tersesat. Tetapi amat malang
sekali kerana mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong-pendokong
Ahlulbayt a.s di akhir zaman memilih untuk mengingkari dan menentang riwayat-riwayat
ini dan juga Al-Quran yang mulia. Seterusnya mengikuti jejak langkah Ulamak
Pasif (Ghayru Amilin) yang menyesatkan mereka serta mencampuradukkan yang hak
dengan yang bathil sehingga mereka gagal untuk kembali kepada peraturan Ilahi
dalam mengenali hujah Allah dan khalifahNYA. Peraturan Ilahi ini juga adalah
merupakan ujian Allah SWT ke atas umat manusia keseluruhannya sepertimana
terdapat dalam Al-Quran dan telah diterangkan sebelum ini. Semoga mereka yang
mendakwa diri mereka sebagai pendokong-pendokong Ahlulbayt (Syiah ahlulbayt)
dan juga penganut-penganut agama yang lainNya dapat memberi perhatian kepada
peraturan Ilahi ini dan seterusnya dapat menyelamatkan diri mereka dari siksa
api neraka.
Oleh
itu, sekiraNya datang pemilik kebenaran Ilahi iatu pemegang wasiat dan
pembawa berita gembira yang dikhabarkan oleh para Nabi Allah dan juga
rasul-rasul terdahulu, maka akan diketahui peribadi tersebut melalui tiga
perkara ini:
1. Wasiat:
Iaitu
orang yang terdahulu mewasiatkannya dan menyrbutkannya dengan nama, sifat dan
tempat tinggalnya sepertimana wasiat kerasulan Muhammad (S) daripada
nabi-nabi yang terdahulu tentang namanya, sifatnya, Tunggangannya iaitu unta
dan juga tempat tinggalnya iaitu Faran atau Mekah dan di sekitarnya (Arafat).
Begitu juga banyak riwayat yang menunjukkan wujudnya pemegang wasiat di akhir
zaman iaitu Mahdi pertama atau Al-Yamani lengkap dengan namanya, sifatnya,
tunggangannya dan juga tempat tinggalnya.
2. Ilmu dan Hikmah
Sebagaimana
Rasulullah (S) diutuskan dengan ilmu dan kebijakan, begitulah juga
halnya dengan pemegang wasiat di akhir zaman tersebut. firman Allah
SWT:
﴿هُوَ الَّذِي
بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ
وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن
قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِين﴾
“Dialah yang
telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang
Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada
mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka
Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah, dan sesungguhNya mereka sebelum
(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Al-Jumu’ah 62:2)
Rasul
dalam ayat di atas adalah ditujukan kepada Muhammad bin Abdullah (S)
yang diutuskan di permulaan umat ini, setelah itu Allah berfirman lagi:
﴿وَآخَرِينَ
مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾
“Dan juga yang
lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang)
menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana”. (Al-Jumu’ah 62:3)
Rasul
yang dimaksudkan dengan (وأخرين منهم) iaitu “yang lain dari mereka”
adalah Mahdi pertama daripada anak Imam Mahdi Muhammad bin Hassan Al-Askari
a.s, yang juga utusannya. Diajarkan juga kepada mereka Al-Kitab dan hikmah
sebagaimana Rasulullah (S) . Nama baginda (S) di langit adalah Ahmad,
manakala Mahdi pertama namaNya di dunia adalah Ahmad dan namaNya di langit
adalah Muhammad. Dia a.s adalah gambaran kepada Rasulullah (S) iaitu
diutuskan sepertimana diutuskan Muhammad (S) , dan melalui jalan dakwah
sepertimana dilalui Muhammad (S) . Di sana pasti akan wujudNya Quraysh serta
pemimpin-pemimpinnya, ummul Qura (Mekah), hijrah, Madinah dan setiap perkara
yang mengiringi dakwah Rasulullah (S) . Cuma situasiNya sahaja yang berbeza
manakala prinsip utamaNya adalah sama.
3. Tuntutan Ketuanan dan
Kekuasaan Allah
Pemilik kebenaran Ilahi atau pemegang wasiat ini
mestilah merealisasikan kebijakan dan ilmu pengetahuanNya dalam segenap segi
realiti kehidupan seharian. Syukur kepada Ilahi kerana dengan kurniaNYA telah
terbukti bahawa kesemua “ulama pasif” (ulama’ ghayru amilin) mengajak kepada
ketuanan manusia melalui pilihanraya, syura dan saqifah di akhir zaman.
Melainkan pemegang wasiat sebenar yang sentiasa mengajak kepada Ketuanan dan
Kekuasaan Allah SWT, serta tidak pernah lari dari jalan yang diterangkan oleh
Muhammad (S) dan Ahlulbaytnya alaihimussalam. ianya adalah jalan yang
ditetapkan Allah SWT untuk mendaulatkan panji Rasulullah (S) iaitu
Ketaatan kepada Allah (bai’ah kepada Allah).
Mereka
yang selainnya telah bertindak mendaulatkan panji pilihanraya dan ketuanan
manusia iaitu dengan jalan ketaatan kepada Taghut dan memenuhi
kehendak-kehendak mereka. Malahan mereka mengajak manusia berbondong-bondong
menyertainya dan memperdayakan orang-orang yang jahil tentang akidah sebenar
yang diredhai oleh Allah SWT, sedangkan Ahlulbayt a.s telah memperjelaskan
perkara ini dengan terang lagi nyata. Sebaik-baik contoh adalah darah Imam
Hussain a.s di Karbala dan ucapan Fatimah a.s ketikamana umat Islam Madinah
mengenepikan khilafah Ali a.s sebagai pemegang wasiat dan khalifah sebenar
Rasulullah (S) :
“Wahai ummat manusia yang
bergegas ke arah ucapan batil, yang diam dan rela atas tindakan keji dan
merugi. Apakah kalian tidak merenungkan Al-Quran atau ada tembok di hati
kalian?. Tidak demikian yang sesungguhnya, melainkan perbuatan buruk kalian
telah mengalahkan hati kalian. Maka dia telah merampas telinga dan mata
kalian. Sejelek-jelek pentakwilan adalah pentakwilan kalian. Seburuk-buruknya
ganti adalah kebatilan yang kalian jadikan sebagai ganti dari kebenaran. Demi
Allah sesungguhnya kalian akan menerima beban yang berat dan akibat yang
dahsyat (di hari kiamat nanti). Ketika tabir telah terungkap bagi kalian dan
tampak bagi kalian sesuatu yang di belakangNya adalah kesulitan. Dan tampak
bagi kalian, dari Tuhan kalian, sesuatu yang tidak kalian sangka-sangka
sebelumnya, dan di sanalah pengikut-pengikut kebatilan akan merugi”. Kitab Ma’ani Al-Akhbar, Syeikh Al-Shaduq, halaman 355.
Pada
hari ini, mereka menyedari bahawa diri mereka telah mengikuti dan mengambil
jalan orang-orang yang telah terlebih dahulu sesat. Apakah realiti yang kamu
hadapi sekarang ini azab dari Allah SWT atau tidak? Jauh di lubuk hati kamu
mengakui bahawa ini adalah azab dari Allah SWT tetapi kamu takut untuk
mengakuinya dengan lidah kamu bahawa Ahmad Al-Hassan adalah utusan Imam Mahdi
a.s. Ini adalah risalah Ketuhanan sepertimana firman Allah SWT:
﴿وَمَا كُنَّا
مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا﴾
“dan tiadalah Kami
mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul” (Al-Isra’:15).
Mukjizat Sebagai Medium
Keimanan?
Mukjizat
kebendaan tidak mungkin menjadi medium untuk berimannya manusia kepada Allah
SWT, malahan Allah SWT tidak meredhai keimanan berasaskan kebendaan
semata-mata seperti ini. sekiranya Allah SWT menerima iman sebegini, sudah
pasti diterimaNYA keimanan Firaun setelah melihat Mukjizat kebendaan yang
tidak dapat disangkal lagi iaitu melihat terbelahnya laut sambil menyentuh
tembok laut yang tinggi dengan tangannya sendiri, seraya berkata:
﴿آمَنتُ أَنَّهُ
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ
الْمُسْلِمِينَ﴾
“Aku percaya, bahawa
tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari
orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)” (Yunus
10:90) .
Namun
begitu Allah SWT tidak meredhai keimanan sebegini dan berfirman lagi:
﴿آلْآنَ وَقَدْ
عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ﴾
“Adakah sekarang
(baru engkau beriman), padahal sesungguhNya engkau dari dahulu telah kufur
derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan
kerosakan?” (Yunus 10:91).
SeterusNya
Allah SWT membiarkan badan Firaun tidak luput agar manusia di kemudian hari
berfikir, firmanNYA lagi:
﴿فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ
لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ
كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ﴾
“Maka
pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang
tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang
yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah)
sesungguhNya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan)
tanda-tanda kekuasaan Kami! (Yunus 10:92).
Amat
malang sekali kerana hanya sedikit dari kalangan manusia yang mengambil pengajaran
dari ayat dan peristiwa ini. Begitulah mukjizat tidak mungkin dapat
membuatkan manusia beriman sepertimana yang mereka kehendaki, kecuali
berimanNya manusia dengan berat hati kerana dipaksa untuk menerima sesuatu
yang hebat setelah tidak mampu berhadapan dengannya. Keislaman sebegini
hanyalah Islam pada mata kasar dan bukannya Islam dalam ertikata tunduk
kepada yang tidak Nampak (Ghaib) iaitu Allah SWT. Mereka yang bertadabbur
dengan kisah para Nabi a.s akan mendapati bahawa mereka a.s didatangkan dengan
perkara yang sama iaitu kesamaan yang tersebar luas di zaman mereka a.s. Musa
a.s diberikan tongkat yang boleh menjadi ular besar di zaman yang terdapat
banyakNya ahli sihir yang menukarkan tongkat menjadi ular bagi memukau
pandangan orang ramai. Begitu juga Isa a.s diberikan mukjizat dapat
menyembuhkan penyakit ketikamana tersebar luasNya perubatan di zamannya. Nabi
Muhammad (S) juga diberikan mukjizat Al-Quran ketikamana umat Arab
mengagung-agungkan sajak dan syair. Hal sedemikian berlaku adalah untuk
kesamaran (اللبس), sebagaimana firmanNYA:
﴿وَلَوْ
جَعَلْنَاهُ مَلَكًا لَّجَعَلْنَاهُ رَجُلًا وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا
يَلْبِسُونَ﴾
“Dan kalau Kami
jadikanNya malaikat (sebagai Rasul), tentulah Kami jadikan dia berupa seorang
lelaki dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran
sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran”
(Al-An’aam 6:9).
Kesamaran
ini adalah bagi memberi ruang kepada mereka yang tidak beriman dengan perkara
ghaib agar dapat mentafsir dan seterusNya beriman dengan perkara ghaib. Jika
tidak, keimanan mereka hanya berdasarkan kebendaan semata-mata dan bukanlah
keimanan dan keislaman sebenar yang diterima oleh Allah SWT, sepertimana
dalam firmanNYA:
﴿قُلْ يَوْمَ
الْفَتْحِ لَا يَنفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ﴾
“Katakanlah (wahai
Muhammad): Pada hari pembukaan itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang
kafir kiranya mereka hendak beriman dan mereka pula tidak akan diberi tempoh
(berbuat demikian)” (Al-Sajdah 32:29).
Kesimpulannya,
kesempurnaan Iman itu adalah beriman dengan perkara Ghaib seratus peratus
sepertimana keimanan para Nabi dan Aushiak alaihimussalam. Tiap kali keimanan
itu bercampur aduk dengan tanda, isyarat, karamah ataupun mukjizat kebendaan
ianya adalah keimanan yang paling rendah dan tiada nilainya di sisi Allah
SWT. Keimanan dan keislaman yang hanya berdasarkan kekuatan serta
kesempurnaan mukjizat semata-mata adalah tidak diterima sepertimana
tertolaknya keimanan dan keislaman Firaun. Ini kerana keimanan sebegini
adalah seratus peratus keimanan kebendaan, sedangkan Allah SWT menggambarkan
bahawa orang-orang beriman itu adalah orang yang beriman dengan
perkara-perkara Ghaib:
﴿الَّذِينَ
يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
يُنفِقُونَ﴾
“Iaitu orang-orang yang
beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan)
sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada mereka”. (Al-Baqarah 2:3)
﴿الَّذِينَ
يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَهُم مِّنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ﴾
“Iaitu mereka yang
takut Tuhannya dengan beriman kepada perkara Ghaib dan mereka pula gerun
cemas akan hari kiamat”. (Al-Anbiya’ 21:49)
﴿إِنَّمَا تُنذِرُ
الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَمَن
تَزَكَّىٰ فَإِنَّمَا يَتَزَكَّىٰ لِنَفْسِهِ وَإِلَى اللَّـهِ الْمَصِيرُ﴾
"Sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada mereka yang takut
akan Tuhan mereka dengan beriman kepada perkara Ghaib, serta mereka
mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya maka sesungguhnya
dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah),
kepada Allah jualah tempat kembali”. (Al-Fathir 35:18)
﴿إِنَّمَا تُنذِرُ
مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَـٰنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ
بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ﴾
“Sesungguhnya
peringatan dan amaran hanyalah kepada orang menurut Al-Quran serta ia takut
Al-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib. Oleh itu berilah
kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia”.
(Yasin 36:11)
﴿مَّنْ خَشِيَ
الرَّحْمَـٰنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ﴾
“Orang yang takut akan Al-Rahman dengan
beriman kepada perkara-perkara Ghaib serta dia datang (kepada Allah)
dengan hati yang tunduk taat”. (Qaf 50:33)
﴿لَقَدْ
أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ
وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ
فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّـهُ مَن
يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّـهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ﴾
“Demi sesungguhnya!
Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat
yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan
keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan
keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi
kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. dan supaya
ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menolongNYA serta
Rasul-rasulNYA dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib, sesungguhnya
Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. (Al Hadid 57: 25)
﴿إِنَّ الَّذِينَ
يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ﴾
“’Sesungguhnya orang-orang
yang takut akan TuhanNya dengan beriman kepada perkara-perkara ghaib, mereka
beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Al-Mulk 67:12)
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan