Selasa, 15 November 2016

Pembaharu (Mujaddid) yang menyelamatkan agama dari penyelewengan


Pembaharu (Mujaddid) yang menyelamatkan agama dari penyelewengan: [1]


Sehinggalah suatu peribadi yang akan memperbaharui agama, mengembalikannya kebenaran kepada tempat-tempatnya. Yang menolak segala penyelewengan dan mereka mesti ada hubungan dengan Allah, kerana Allah lebih mengetahui kedudukan pembetulan dan pembaharuan, jika tidak ia juga akan menyimpang seperti para penyelweng agama yang lain, tidak membawa apa-apa perubahan.

Ada hadits-hadits sahih yang masyhur di kalangan Al-Sunnah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah (S) telah bersabda:

»إن َالله يبعث لهذه الامة على رأس كل مائة سنٍة من يجدِد ُ لها دينها «
«Sesungguhnya Allah akan menghantar setiap permulaan 100 tahun seseorang kepada Ummah yang akan (Tajdid) mengembali kegemilangan Agama mereka."» [2]


Khalifah Allah Al-Mahdi:

Telah diriwayatkan bahawa Al-Mahdi adalah Khalifah Allah di bumiNya ini, dan hadits ini tidak perlukan perbahasan dan penjelasan, ia adalah nash untuk salah seorang dari khalifah-khalifah Rasulullah yang disyariatkan sebagai khalifah Allah. Tidak sah bagi seseorang untuk menjadi Khalifah Allah yang tidak dilantik oleh Allah dan tiada nash baginya.


سنن ابن ماجة: »حدثنا محمد بن يحيى وأحمد بن يوسف، قالا: حدثنا عبد الرزاق عن سفيان الثوري، عن خالد الحذاء، عن أبي قالبة، عن أبي أسماء الرحبي، عن ثوبان، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يقتتل عند كنزكم ثالثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق. فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم «. ثم ذكر شيئا لا أحفظه. فقال »فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا لى الثلج. فإنه خليفة الله، المهدي«.

Sunan Ibn Majah: «Diberitahu kepada kami oleh Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf, mereka berkata: Diberitahu kepada kami oleh Abdul Razaq dari Sufian Al-Tsuri, dari Khalid AL-Hazhaa’ dari Abi Qalibah, dari dari Abi Asmaa’ Al-Rahbi, dari Tsauban, beliau berkata: Rasulullah (S) bersabda:  Perperangan yang terpendam antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir pada seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang tidak aku ingat dan bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi. » [3]

Dan dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dengan sanad lain:

عن سفيان الثوري: »أخبرنا أبو عبد الله الصفار ثنا محمد بن إبراهيم بن أرومة ثنا الحسين بن حفص ثنا سفيان عن خالد الحذاء عن أبي قلابة عن أبي أسماء عن ثوبان رضي الله عنه قال: قال رسول الله (ص): يقتتل عند كنزكم ثالثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقاتلونكم قتالا لم يقاتله قوم ثم ذكر شيئا فقال إذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله المهدي. هذا حديث صحيح على شرط الشيخين«

Dari Sufian Al-Tsuri, «Diberitahu kepada kami oleh Abu Abdullah Al-Shaffar dari Mohammed bin Ibrahim bin Arumah dari Al-Hussein bin Hafsh dari Sufian, dari Khalid AL-Hazhaa’ dari Abi Qalibah, dari dari Abi Asmaa’, dari Tsauban (ra) dia, berkata: Rasulullah (S) bersabda : Perperangan yang terpendam antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir pada seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang tidak aku ingat dan bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi. Hadits ini sahih dengan syarat kedua Sheikh (Bukhari dan Muslim)»[4]

Dalam Kitab Al-Syiah:

Apa yang diriwayatkan dalam kitab-kitab Al-Syiah yang membuktikan penerusan khilafah Ilahiyah (pemerintahan Khalifah Allah) selepas Al-Rasul Muhammad (S) ada banyak sekali, antaranya:

Wasiat Rasulullah Muhammad (S):

Al-Syeikh Al-Thusi:
  
»أخبرنا جماعة، عن أبي عبد الله الحسين بن علي بن سفيان البزوفري ، عن علي بن سنان الموصلي العدل ، عن علي بن الحسين ، عن أحمد بن محمد بن الخليل ، عن جعفر بن أحمد المصري ، عن عمه الحسن بن علي ، عن أبيه ، عن أبي عبد الله جعفر بن محمد ، عن أبيه الباقر ، عن أبيه ذي الثفنات سيد العابدين ، عن أبيه الحسين الزكي الشهيد ، عن أبيه أمير المؤمنين عليه السلام قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم - في الليلة التي كانت فيها وفاته - لعلي عليه السلام : يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة . فاملا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع فقال: يا علي إنه سيكون بعدي اثنا عشر إماما ومن بعدهم إثنا عشر مهديا ، فأنت يا علي أول الاثني عشر إماما سماك الله تعالى في سمائه: عليا المرتضى ، وأمير المؤمنين ، والصديق الاكبر ، والفاروق الاعظم ، والمأمون ، والمهدي ، فلا تصح هذه الاسماء لاحد غيرك . يا علي أنت وصيي على أهل بيتي حيهم وميتهم ، وعلى نسائي : فمن ثبتها لقيتني غدا ، ومن طلقتها فأنا برئ منها ، لم ترني ولم أرها في عرصة القيامة ، وأنت خليفتي على أمتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابني الحسين الشهيد الزكي المقتول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين ذي الثفنات علي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه جعفر الصادق ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه موسى الكاظم ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الرضا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الثقة التقي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الناصح ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه الحسن الفاضل ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد المستحفظ من آل محمد عليهم السلام . فذلك اثنا عشر إماما ، ثم يكون من بعده اثنا عشر مهديا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه أول المقربين (وفي مصادر اول المهديين) له ثلاثة أسامي : اسم كاسمي واسم أبي وهو عبد الله وأحمد ، والاسم الثالث : المهدي ، هو أول المؤمنين.»
  
»Jama’ah yang memberi khabar kepada kami, dari Abi Abdillah Al Hussain bin Ali bin Sufyan Al-Bazuufari, dari bin Ali Sinan Al-Mushili Al-‘Adl, dari Ali bin Al-Hussain, dari Ahmad bin Muhammad bin Al-Khalil, dari Jaafar bin Ahmad Al-Mashri, dari bapa saudaranya Al-Hassan bin Ali, dari bapanya, dari Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, dari bapanya Al-Baqir, dari bapanya Zhi Al-Tsafanaat (Ali) Syed Al-‘Abidin, dari bapanya Al Hussain Al-Zaki Al Syahid, dari bapanya Amirul Mukminin (as) katanya: Telah bersabda Rasulullah (S) pada malam sebelum kewafatan baginda kepada Ali (as): Wahai Aba Al-Hassan bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada perkara berikut, baginda (S) bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku dua belas orang Imam dan selepas mereka dua belas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan dua belas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al-Murtadha, Amir Al-Mukminin, dan Al-Shiddiq Al-Akbar, Al-Faruq Al-A’dzam, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku *Washi) ke atas Ahl Al-Baitku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku esok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al-Birr Al-Wushul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain Al-Syahid Al-Zaki Al-Maqtul (dibunuh). Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Syed (Penghulu) Al-‘Abidin Zhi Al-Tsafanaat Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al-Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’far Al-Shadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadzim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al-Redha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al-Tsiqah Al-Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nashih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara dari keluarga Muhammad (as). Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi.» [5]
                             
Telah diterangkan kesahihannya dalam jawapan sebelum ini, saya telah katakan bahawa Al-Thusi menganggap ia sahih dengan apa yang dilihat daripada perawinya kerana mereka mempunyai kekuatan khusus. Juga: dikuatkan oleh Al-‘Alim Al-Fadhil Al-Syeikh Nadzim Al-‘Uqaili (Semoga Allah memeliharanya) dalam banyak kitab untuk membincangkan sanad wasiat dan tawatur (mutawatir) kandungannya, di sini disampaikan kata-katanya dalam kitab Al-Arba’ein untuk dimanfaatkan.

[Saya telah bahagikan kata-kata (qaul) ini kepada beberapa fasal untuk mengulas sanad wasiat tersebut (Al-Washiah) dalam kitab Al-Intishar Al-Washiah (mendokong wasiat), Dafa’an ‘an Al-Washiah (mempertahankan wasiat), dan Al-Washiah Wal-Washi (wasiat dan wasi) Ahmad Al-Hassan, dan di sini cukup bagi saya membawa kata-kata: Al-Mirza Al-Nuri dalam Al-Najm Al-Tsaqib Jilid 2 halaman 71, hukum mengenai sanad riwayat wasiat tersebut, di mana kata-katanya untuk menunjukkan (dalil-dalil) dalam membuktikan zuriat Imam Mahdi (as) yang diriwayatkan oleh Al-Syeikh Al-Thusi dengan sanad muktabar (tokoh terkemuka) dari Imam Al-Shadiq (as). Ia adalah perkhabaran yang menyebutkan sebahagian daripada wasiat Rasulullah (S) kepada Amir Al-Mukminin (as) pada malam kewafatan baginda, dan pada perenggan sabda baginda: " Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab pertama… hingga akhir.)."

Dan Al-Mirza Al-Nuri adalah dari golongan ulamak terkemuka dan mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu Hadits dan ilmu Rijal Hadits. Dia tidak boleh cuai dalam mengeluarkan hukum tanpa berdasarkan ilmu dan kepakarannya, dan kesaksian yang seperti itu dari orang berilmu seperti itu tentulah bersesuaian dengan ilmu dan ketaqwaannya, dipendekkan kalam (ucapan) dan cukuplah maqamnya..

Apabila kita mengesan kembali apakah syarat-syarat Rijal (ilmu keboleh-percayaan perawi) dalam sanad sesuatu riwayat, matlamatnya adalah untuk mengetahui adakah ia riwayat yang muktabar dan ia akan bergantung kepada kesahihan, boleh dipercayai (tsiqah) atau hasan (baik) riwayat itu atau tidak, apabila kita tahu ia dari suatu sumber yang berwibawa dan sanadnya muktabar, untuk mengesan sanad Rijal bagi mendapatkan kesimpulan ia akan meleret-leret (berpanjangan) tanpa kesudahan;


Kerana tujuan mengesan keadaan sanad Rijal (perawi) ditentukan terlebih dahulu, dan  itulah yang dicari dan yang dikehendaki.

Dan juga penyusunan hukum Al-Mirza Al-Nuri, adalah mengikut pendekatan Al-‘Alamah Al-Hilli dalam mengesahkan atau mempercayai para perawi, maka sebagamana yang dijelaskani Al-Khoei bagi kebanyakan sumber ianya tidak boleh dipersoalkan di dalam ulasan (kamus) beliau, bahawa pendekatan Al-‘Alamah Al-Hilli adalah bergantung pada setiap perawi Syiah di mana tidak berbalik padanya samada dipuji atau dicela, dan Rijal sanad (perawi) riwayat Wasiat telah disaksikan oleh Al-Syeikh Al-Thusi, bahawa mereka adalah Syiah Imamiyah, apabila dia menyebutnya bersama riwayat-riwayat yang dikatakan mengenainya kerana ia diriwayatkan dengan jalan yang khusus – Al-Syiah – oleh itu mereka mengikut pendekatan Al-‘Alamah Al-Hilli iaitu semua mereka diperakui. Pada mereka walaupum jika kita kata, kita tidak mahu memberi mereka apa-apa pujian; kerana mereka semua sekali-kali tidak mahu dihina.

Dan juga pada penyusunan hukum (peraturan) Al-Mirza Al-Nuri, apa faedahnya Al-Syeikh Ali Al-Namazi Al-Syahirudi, menganggap dalil wasiat itu perawinya hasan (baik) dan sempurna aqidah mereka, sebagaimana dijelaskannya pada huraian sebahagian Rijal sanad wasiat suci itu.

Untuk lebih jelas lagi atas semua perkara-perkara ini ada pada-kitab terbitan yang mendokong wasiat tersebut, serta huraian setiap satu daripada Rijal perawi wasiat tersebut, bagi sesiapa yang menginginkannya, sila lihat membuat rujukan.] [6]


-------------------------
[1] Diriwayatkan dalam Tafsir AL-Iyasyi: (dari Jabir dari Abi Ja’far (as) katanya, Aku bertanya kepadanya mengenai tafsir ayat ini:
﴿وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ﴾
Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya. [Yunus 10:47] berkata tafsiran tersembunyinya, Pada setiap-abad umat ini diutus seorang Rasul dari keluarga Muhammad yang dikeluarkan pada abad itu kepada mereka seorang Rasul, mereka adalah Auliak dan rasul-rasul, Adapun pada ayat: " maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil," katanya, yang bererti bahawa para rasul memberi keputusan dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya, sebagaimana firman Allah tersebut).
[2] Sunan Abu Dawood: Jilid 2, Halaman 311; Mustadrak - Al-Hakim: Jilid 4, Halaman 522; Al=Mu’jam Al-Aisath - Al-Thabrani: Jilid 6, Halaman 324; Al-Jami’ Al-Saghir - Al-Suyuthi:. Jilid 1, Halaman 282 Hadits No. 1845; Kanz Al-‘Umal - Al-Muttaqi Al-Hindi: Jilid 12, Halaman 193 hadits no. 34 623; Kasyf Al-Khafaa’ - Al-‘Ajluni haditsno. Jilid 1, Halaman 243 hadits no. 740, dan berkata mengenainya: "Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah dari Rasulullah (S), dan dikeluarkan oleh Al-Thabrani dalam Al-Ausath, Rijal sanadnya juga boleh dipercayai (tsiqah), dan dikeluarkan oleh Al-Hakim dari hadits Ibn Wahab dan ia sahih, dari hadits ini telah disahkan oleh Imam-imam "; Al-Maqashid Al-Hasanah- Al-Sakhawi, di-sahihkan dan diulas oleh Abdullah Muhammad Al-Siddiq, Dar Al-Kitab Al-‘Ilmiyah - Beirut - Lubnan, Cetakan T tahun1979, halaman 121-122.hadits no.238, dan berkata mengenainya: "Telah dikeluarkan oleh Al-Thabrani dalam Al-Ausath seperti yang pertama dan sanadnya sahih, dan Rijalnya semua boleh dipercayai (tsiqah)."; Muktashar Al-Maqashid - Al-Zarqani, ditahqiq oleh Muhammad bin Lutfi Al-Shabagh, Beirut, i 4, Al-Maktab Al-Islami, 1989, halaman 87 hadits No. 215, dan berkata mengenainya: "sahih"; Al-Silsilah Al-Shahihah - Al-Albani: Jilid 2, Halaman 148 hadits no 599, dan berkata mengenainya: "Sanadnya sahih, Rijalnya boleh dipercayai (tsiqah) Rijalnya Muslim." [3] Sunan Ibn Majah - Muhammad bin Yazid Al-Qazawaini Al-Mutawaffi tahun 273 H - Ditahqiq dan penomboran dan ulasan: Muhammad Fuad Abdul Baqi - Dar Al-Fikr: pericetak, penerbit dan pengedar - Jilid 2, Halaman 1367 hadits no. 4084; Mustadrak mengikut dua Kitab Sahih (Bukhari, Muslim) - Al-Hakim Al-Naisaburi, (tahun 405 Hijrah) pengawasan Yusuf Abdul Rahman Al-Mar’asyili: Jilid 4, Halaman 463-464.
 [4] Al-Mustadrak mengikut dua Kitab Sahih (Bukhari, Muslim) - Al-Hakim Al-Naisaburi (tahun 405 Hijrah) pengawasan Yusuf Abdul Rahman Al-Mar’asyili: Jilid 4, Halaman 463-464.
[5] .Al-Ghaibah - Al-Thusi. Halaman 150





Tiada ulasan: