Rabu, 9 November 2016

Khilafah Allah Di BumiNya Berterusan Selepas Muhammad Rasulullah (S) Penutup Kenabian (Khatam Al-Nubuwah):


Khilafah Allah Di BumiNya Berterusan Selepas Muhammad Rasulullah (S)


Penutup Kenabian (Khatam Al-Nubuwah):


Secara umumnya pengertian kenabian (nubuwah) adalah mengetahui sebahagian berita-berita langit yang tidak hanya dikhususkan kepada khalifah-khalifah Allah di bumiNya, tetapi boleh dicapai oleh seluruh penciptaan (makhluk) dan semua yang ikhlas kepada Allah, Maka sesungguhnya Allah mungkin membuka pintu makrifah (pengetahuan) sebahagian berita-berita langit, dan pengertian inilah yang berlaku pada seorang nabi iaitu arif (mengenal – mengetahui) sebahagian berita-berita dari langit, dan nubuwah dalam pengertian ini yang hanya dikhususkan untuk semua khalifah-khalifah Allah (shalawatu Allah 3alaihim); kerana mereka adalah ketua-ketua yang ikhlas kepada Allah SWT, Kepimpinan khalifah-khalifah Allah selepas Muhammad (S) adalah dari keluarga (Aali) Muhammad (shalawatu Allah 3alaihim), ia tidaklah bermakna dengan memahamkan bahawa penutup kenabian (khatama Al-Nubuwah) bermakna mereka (shalawatu Allah 3alaihim) tidak diberikan wahyu.

Jadi, apakah dia penutup kenabian (khatama Al-Nubuwah) selepas Muhammad (S)?

Pada hakikatnya, pengutusan nubuwah dari Allah telah ditamatkan dengan Muhammad (S), dan sebab bagi penamatan ini adalah dengan terutusnya Khalifah Allah Muhammad (S) yang sempurna, dan telah mencapai matlamat akhir penciptaan dan ia adalah Khalifah Allah Muhammad (S) yang sempurna, yang menjalankannya bagi pihak Allah terhadap pengutusan (kerasulan), dan ini membuka pengutusan nubuwah daripada baginda (S), dan perubahan ini sangat diperlukan selepas mencapai kenabian kepada Muhammad (S) sebagai Khalifah Allah yang sempurna, yang mewakili ketuhanan dalam penciptaan [1]

Khalifah-khalifah Allah selepas Muhammad Rasulullah(S)  - Khalifah Allah yang sempurna - mereka bermaqam nubuwah, tetapi mereka adalah rasul-rasul (utusan-utusan) dari Muhammad Rasulullah (S), dan yang mengutus dan menyelia mereka adalah Muhammad Rasulullah (S), ini bermakna untuk menjelaskan maksud riwayat-riwayat yang menafikan nubuwah mereka dan lain-lain yang membuktikan mereka diberi wahyu, maka menafikan ia adalah pengutusan nubuwah dari Allah SWT, dan pengutusan nubuwah mereka tidaklah mutlak.

Dalam Bashair Al-Darajat:

» Kami diberitahu oleh ’Imran bin Musa dari Musa Bin Jaafar, dari Al-Hussein Bin Ali, dari Ali bin Abdul Aziz, dari bapanya yang berkata: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as), Semoga aku menjadi tebusan tuan, bahawa orang-orang mendakwa bahawa Rasulullah (S) menghantar Ali (as) ke Yaman untuk membuat keputusan di antara mereka, maka dikatakan, apa yang dibawakan Ali dalam menentukan sesuatu hukum dengan hukum Allah dan Rasul-Nya (S). Beliau berkata: Benat. Aku bertanya, Bagaimana jadi begitu? tidak akan turun Al-Quran keseluruhannya, Bahawa Rasulollah (S) tidak ada bersamanya? Beliau berkata: diterimanya pada Roh Al-Kudus «.{2}


Dalam Al-Kafi:


Beberapa dari sahabat kami, dari Ahmad bin Muhammad Al-Hussein Bin Said, dari Hamad bin Isa, dari Al-Hussein bin Mokhtar, dari Harith bin Al-Mughirah, beliau berkata. telah berkata Abu Jaafar (as), Bahawa Ali (as) adalah yang kami bawa (cakapkan) dan aku berkata ia telah ditanya kepada Nabi, baginda bersabda sambil mengerakkan tangannya demikian, kemudian baginda bersabda, atau seperti sahabat Sulaiman atau seperti sahabat Musa atau seperti Zil Qarnain atau apa yang sampai kepada kamu bahawa ia adalah kata-kata sepertinya. [3]

Dan perlu diberi perhatian bahawa pengutusan penutup kenabian adalah dari Allah, dan pembukaan pengutusan kenabian adalah dari Muhammad (S) tidak bermakna kepentingannya luput, kerana urusan ini dengan batasan yang tersendiri tidak bermakna kepentingannya ditetapkan sebelumnya, kerana risalah dari Muhammad adalah risalah dari Allah SWT, maka pengutusan sebelumnya adalah dari Allah melalui Muhammad (Hijab terdekat) maka hal keadaannya tidak diutus, dan pengutusan seterusnya dari Khalifah yang sempurna (Al-Kamil) Muhammad (S) dan dengan perintah Allah dinyatakan untuk pengutusan.

Akan datang ucapan-ucapan dalam ilmu Khalifah Allah di bumiNya dan ia adalah wahi saat demi saat secara khusus demi keperluan manusia dalam urusan agama. Di sini dipetik riwayat dalam sumber ilmu mereka sesuai dengan kedudukan mereka, di mana diterangkan di dalamnya mereka adalah Imam dan mereka adalah utusan-utusan dari Muhammad (S), dan bahawa yang mengetahui mereka adalah Muhammad Rasulullah (S). Sudah tentu, bagi Khalifah Allah selepas Ali bin Abi Talib; Sesungguhnya Ali adalah pintu kota ilmu Muhammad (S), maka tidak dapat dihalang untuk dia menjadi jalan bagi ilmu mereka juga:

»Diriwayatkan oleh Abdullah bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Walid atau diriwayatkan daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yunus bin Ya’kub daripada Manshur Bin Hazim, katanya: Aku mendengar Abu Abdillah (as) mengatakan bahawa pada kami ada shahifah yang di dalamnya ada penetapan sekecil denda bagi yang melukai. katanya: Aku katakan, Ini bukanlah ilmu (untuk diajarkan). Beliau berkata: Ini bukan ilmu (untuk diajarkan) tetapi untuk dirinya sendiri,  ia adalah ilmu yang membicarakan apa yang berlaku dalam sehari semalam dari Rasulullah dan dari Ali bin Abi Talib (as) «[4]

Asalnya Adalah Khilafah Ilahiyah

Kerajaan adalah milik Allah, dan tidak berhak bagi seseorang menjalankan Kerajaan Allah tanpa izin-Nya, Sesiapa yang mahu keluar menjalankan Kerajaan Allah dari Allah kepada manusia untuk manusia melantik wilayah (kekuasaan) atau pemerintahan khalifah - seperti Iktiqad Al-Sunnah – hendaklah ia mendatangkan dalil bahawa Allah mengizinkannya, melainkan perkara itu mengikut asas-asasnya, iaitu ia adalah Wilayah (kekuasaan) Allah dan ia tidak dipindahkan tanpa kebenaran daripadaNya SWT dan lantikan dariNya   SWT.

Pada asas yang kukuh ia adalah Khalifah Allah di bumiNya dengan lantikan Ilahi, dan pada setiap zaman Khalifah adalah milik Allah di bumiNya dengan ketetapan (lantikan) Allah.

Ia juga adalah sunnah Allah SWT, sebagaimana firmanNya:

:﴿سُنَّةَ اللَّـهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati peubahan pada sunnah Allah. [33:62]

dan mereka yang mahu menolak keperluan kepada dalil untuk membatalkannya dan ia adalah sesuatu yang sia-sia.
  

. Sejak hari pertama lagi asas ini digunakan pada Adam (as):

Maka Allah mewariskan kepada Adam di bumi dan dilantik sebagai KhalifahNya di muka bumi:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ﴾.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". [Al-Baqarah 2:30].

Dan Kami tambahkan kepadanya ilmu agama:

﴿وَعَلَّمَ  آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama nama- itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" [Al-Baqarah 2:31]
                                 
Diperintahkan kepada penciptaan supaya taat kepada-Nya (melaksanakan tuntutan Hakimiyah Allah):

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴾

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. [Al-Baqarah 2:34]


Perkara ini berterusan sehingga kepada Muhammad (S) - sebagai sunnah Ilahiyah yang dijalankan - dan berterusan selepas Muhammad (S), sehingga Allah mewariskan bumi dan semua orang-orang yang ada di atasnya, dan berakhirnya kekhilafahan dengan berakhirnya kewujudan para mukallaf di atas muka bumi ini.

Dan (akan) dibuktikan dengan nash naqal di sisi Al-Sunnah:



--------------------------------------------
[1] Untuk lebih terperinci lsgi dila rujuk mencari dalam buku "Penutup Kenabian ."
[2] .Bashairair Al-Darajat – Al-Shaffar:. halaman 472.
[3] Al-Kafi - Al-Kulaini: 1, halaman 269..
[4] Bashairair Al-Darajat – Al-Shaffar:. halaman 344


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya





Tiada ulasan: