Ahad, 13 November 2016

Engkau Di Sisiku Seperti Kedudukan (Manzilah) Harun Di Sisi Musa!


Engkau Di Sisiku Seperti Kedudukan (Manzilah) Harun Di Sisi Musa! [1]


Contoh-contoh Hadits:

Sahih Bukhari:

»حدثنا محمد بن بشار حدثنا غندر حدثنا شعبة عن سعد قال سمعت إبراهيم بن سعد عن أبيه قال قال النبي صلى الله عليه وسلم لعلي: أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى«.

«Muhammad bin Bashar, Diberitahu oleh Ghundar, diberitahu oleh Syu’bah, dari Sa’ad katanya: Aku mendengar Ibrahim bin Sa’ad daripada bapanya, katanya, Nabi (S) bersabda kepada 'Ali: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa.» [2].


Sahih Bukhari:

»حدثنا مسدد حدثنا يحيى عن شعبة عن الحكم عن مصعب بن سعد عن أبيه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم خرج إلى تبوك واستخلف عليا فقال أتخلفني في الصبيان والنساء قال الأ ترضى أن تكون منى بمنزلة هارون من موس ى الأ انه ليس نبي بعدي«

«Beliau berkata: kami diberitahu oleh Musdad, diberitahu kepada kami oleh Yahya, dari Syu’bah,dari AL-Hakim dari Mush’ab – Mush’ab bin Sa’ad bin Abi Waqash – dari bapanya, bahawa Rasulullah (S) hendak berangkat dalam perang Tabuk, baginda menugaskan ‘Ali untuk menggantikannya (mengurus Madinah) Ali berkata: Adakah engkau menugaskan aku degan kanak-kanak dan wanita? Baginda bersabda: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak ada nabi sesudahku.» [3].       

Sahih Muslim:

حدثنا يوسف أبو سلمة الماجشون حدثنا محمد بن المنكدر عن سعيد بن المسيب عن عامر بن سعد بن أبي وقاص عن أبيه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي: أنت منى بمنزلة هارون من موسى الأ انه لا نبي بعدي «..... .

«Kami diberitahu oleh Yusuf Abu Salamah Al-Majisyun diberitahu oleh Muhammad bin Al-Munkadar dari Sa’id bin Musaiyab, dari ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqash dari bapanya dia berkata, Rasulullah (S) bersabda kepada Ali: Engkau di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak ada nabi sesudahku.» ...... [4]


Sahih Muslim:
«(Kami diberitahu oleh) Abu Bakar ibn Abi Syaibah diberitahu oleh Bahagian Ghundar dari Syu’bah (ح) dan diberitahu oleh Muhammad bin Al-Mutsanna dan Ibn Basyar kedua-duanya berkata. diberitahu oleh Muhammad ibn Jaafar diberitahu oleh Syu’bah dari Al-Hakim dari Mush’ab bin Sa’ad bin Abi Waqash dari Sa’ad bin Abi Waqash katanya:

»خلف رسول الله صلى الله عليه وسلم علي بن أبي طالب في غزوة تبوك فقال: يا رسول الله تخلفني في النساء والصبيان فقال: أما ترضى أن تكون منى بمنزلة هارون من موسى غير أنه لا نبي بعدي«

Rasulullah (S) meninggalkan Ali bin Abi Talib dalam peperangan Tabuk, beliau berkata: Wahai Rasulullah engkau tinggalkan aku bersama wanita dan kanak-kanak. Baginda bersabda: Tidakkah engkau berpuas hati di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, Cuma ianya tidak ada nabi selepasku.» [5].

Sahih Muslim:
«(Kami diberitahu oleh) Ubaidillah bin Mu’az diberitahu oleh bapaku diberitahu oleh Syu’bah dalam isnad ini (diberitahu oleh) Qutaibah bin Sa’id dan Muhammad bin ‘Ibad (dan sebutannys lebih dekat kepada) kedua-duanya berkata, diberitahu oleh Hatim (dia adalah Ibn Ismail) dari Bakir bin Musammar dari ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqash dari bapanya telah berkata

امر معاوية بن أبي سفيان سعدا فقال ما منعك أن تسب أبا التراب فقال: أما ما ذكرت ثلاثا قالهن له رسول الله صلى الله عليه وسلم فلن أسبه لان تكون لي واحدة منهن أحب إلى من حمر النعم سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول له خلفه في بعض مغازيه فقال له على يا رسول الله خلفتني مع النساء والصبيان فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم أما ترضى أن تكون منى بمنزلة هارون من موسى الأ انه لا نبوة بعدي وسمعته يقول يوم خيبر لأعطين الراية رجلا يحب الله ورسوله ويحبه الله ورسوله قال فتطاولنا لها فقال ادعوا لي عليا فأتى به أرمد فبصق في عينه ودفع الراية إليه ففتح الله عليه ولما نزلت هذه الأية فقل تعالوا ندع أبناءنا وأبناءكم دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم عليا وفاطمة وحسنا وحسينا فقال اللهم هؤلاء أهلي« [6]

Muawiyah bin Abi Sufyan memerintah Sa’ad, lalu berkata “Apa yang menghalang kamu untuk mencaci Abu Turab?” Sa’ad berkata “Selama aku masih ingat tiga hal yang dikatakan oleh Rasulullah (S) aku tidak akan mencacinya yang jika aku memiliki salah satu saja darinya maka itu lebih aku sukai dari segala macam kebaikan. Rasulullah (S) telah menunjuknya sebagai Pengganti Baginda dalam salah satu peperangan, kemudian Ali berkata kepada baginda “Wahai Rasulullah (S) engkau telah meninggalkanku bersama perempuan dan kanak-kanak?” Maka Rasulullah (S) berkata kepadanya, Tidakkah engkau redha bahawa kedudukanmu di sisiku sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak ada Nabi selepasku. Aku mendengar Rasulullah (S) berkata di Khaibar “Sungguh Aku akan memberikan panji ini pada orang yang mencintai Allah dan RasulNya serta dicintai Allah dan RasulNya. Maka kami semua berharap untuk mendapatkannya. Lalu baginda berkata “Panggilkan Ali untukku”. Lalu Ali datang dengan matanya yang sakit, kemudian baginda meludah kedua matanya dan memberikan panji kepadanya. Dan ketika turun ayat “Maka katakanlah : Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kalian” [Aali Imran ayat 61], Rasulullah (S) memanggil Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dan berkata “Ya Allah merekalah keluargaku.”»[6]
           
Sahih Muslim:
«Kami diberitahu oleh Abu Bakr bin Abi Syaibah, diberitahu oleh Ghundar dari Syu’bah (ح) diberitahu oleh Muhammad bin Al-Mutsanna dan Ibn Basyar kedua-duanya berkata, diberitahu oleh Muhammad bin Jaafar diberitahu oleh Syu’bah dari Sa’ad Ibn Ibrahim, telah mendengar Ibrahim bin Sa’ad dari Sa’ad dari Nabi (S), baginda berkata kepada Ali: Tidakkah engkau redha bahawa kedudukanmu di sisiku sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa.» [7].

Musnad Ahmad:
« Kami diberitahu oleh Abdullah diberitahu oleh bapaku dari Abu Sa’id maula Bani Hashim dari Sulaiman bin Bilal dari Al-Ju’aid bin Abdul Rahman dari ‘Aisyah binti Sa’ad daripada bapanya bahawa Ali (ra) keluar bersama Nabi (S), sehingga sampai ke Tsaniyat ul-Wada’ dan Ali (ra) menangis sambil berkata engkau tinggalkan aku dengan orang-orang yang tidak berperang (wanita dan yang lain) lalu baginda bersabda, atau apakah engkau redha bahawa kedudukanmu di sisiku sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa melainkan nubuwah.» [8]

Harun adalah saudara dan washi Musa, dan untuk pengesahan akan mendapat kedudukan bukannya pada tali persaudaraan, maka tidak ada makna kepada Al-Rasul untuk memberitahu bahawa Ali kerabatnya. Ia adalah jelas kepada semua masyarakat dan kesimpulan daripadanya tidak perlu diberitahu atau diistiharkan kenyataannya kerana ia adalah pemberian ilahiyah, kerana persaudaraan itu sendiri terhad, tidak terdapat di dalamnya penyucian dan tidak dianggap dan dipadankan dengan pemberian ilahiyah, Itulah sebabnya Abu Lahab bapa saudara Nabi, masih belum dapat menetima kedudukan washi dan khilafah-Allah di bumiNya, sepertimana Harun washi Musa begitu pula Ali washi Muhammad, dan ini adalah sesuai dengan huraian dalam beberapa hadits dengan pengecualian pengutusan nubuwah dari Allah mengenai Ali, dan perkara ini dibincangkan dalam kitab "Penutup Kenabian (Al-Nabuwah Al-Khatimah)" dan diterangkan mengapa ditamatkan pengutusan nubuwah (kenabian) dari Allah dan membuka pengutusan nubuwah dari Muhammad (S), dan baginda adalah imej ketuhanan sempurna dalam penciptaan.

Hasilnya: apa yang ditunjukkan oleh hadits-hadits ini, bahawa Ali bin Abi Talib adalah Khalifah Allah dalam penciptaan-Nya selepas Muhammad Rasulullah (S).


---------------------------------
[1].Bentuk hadits disebut secara hampir dalam:
- Sahih Bukhari Jilid 4, halaman 208 Bab Manaqib (keutamaan) Al-Muhajirin dan kelebihan mereka. Jilid 5, halaman 129 Bab Ghazwah Tabuk, dari Sa’ad
- Sahih Muslim: Jilid 7, halaman 120 dan 121 Bab Fadhail (keutamaan) Ali, dari Sa’ad bin Abi Waqash
 - Musnad Ahmad: Jilid 1, halaman 170, 173, 175, 177, 179, 182, 184, 185 dan 331 . Jilid 3, halaman 32 dan 338 . Jilid 6, halaman 369 dan 438, Sa'ad bin Malik dan Sa’ad bin Abi Waqash, dari Ibn Abbas dan Abi Sa'id Al-Khudri dan Jabir bin Abdullah Asmaa’ binti ‘Umayi
- Sunan Ibn Majah: Jilid 1, halaman 42 dan 45 dari Sa’ad.
- Sunan Al-Tirmizhi: Jilid 5, halaman 301 dan 304 dari Sa’ad Jabir bin Abdullah
- Fadhail Al-Shahabah – Al-Nasa’ei: halaman 13 dan 14 untuk Sa’ad bin Abi Waqash.
 - Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 2, halaman 337 untuk Ali (as). Jilid 3, halaman 108 dan 133 dari Sa’ad dan Ibnu Abbas
- Sunan Al-Kubra - Al-Baihaqi: Jilid 9, halaman 40 dari Sa’ad
[2].Sahih Bukhari: Jilid 4, halaman 208 Bab Manaqib (keutamaan) Al-Muhajirin dan kelebihan mereka
[3] Sahih Bukhari: Jilid 5, halaman 129 Bab Ghazwah Tabuk.
[4] Sahih Muslim: Jilid 7, halaman 120 Bab Fadhail (keutamaan) Ali,(ra).
[5] Sahih Muslim: Jilid 7, halaman 120 Bab Fadhail (keutamaan) Ali,(ra).
[6] Sahih Muslim: Jilid 7, halaman 120 Bab Fadhail (keutamaan) Ali,(ra)..
[7] Sahih Muslim: Jilid 7, halaman 121 Bab Fadhail (keutamaan) Ali,(ra).
[8] Musnad Ahmad: Jilid 1, halaman 170.


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Tiada ulasan: