Hadits-hadits
dalam pewarisan (Khalifah) Imam-imam Ahlul Bait Muhammad Rasulullah (S)
Perumpamaan
Ahlul Bait
seperti
bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya terselamat dan yang tertinggal akan
tenggelam. [1]
Berikut
adalah contoh-contoh haditsnya:
المستدرك للحاكم النيسابوري، بسنده عن أبي ذر، عن
رسول الله (ص):
»الأ إن مثل أهل بيتي فيكم
مثل سفينة نوح من قومه من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق«.
Mustadrak Al-Hakim Al-Naisaburi, Dengan sanad dari Abu
Zhar, dari Rasulullah (S): «Bahawa jika diumpamakan Ahli Baitku adalah seperti Bahtera Nuh, mana-mana dari
kaum yang menaikinya akan selamat dan yang tertinggal akan tenggelam.»
Al-Bazaz dengan sanad dari Abdullah bin Zubair: «Perumpamaan
Ahli Baitku adalah seperti Bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya akan selamat
dan yang tertinggal akan tenggelam.»
البزاز
والطبراني بسندهما عن ابن عباس: »مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركب فيها نجا ومن
تخلف عنها غرق«.
Al-Bazaz dan Al-Thabrani
dengan sanad dari dari Ibn Abbas: «Perumpamaan Ahli Baitku adalah seperti
Bahtera Nuh, sesiapa yang menaiki di dalamnya akan selamat dan yang tertinggal
darinya akan tenggelam.»
الطبراني بسنده عن أبي سعيد الخدري: »إنما مثل أهل
بيتي فيكم كمثل سفينة نوح من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق وإنما مثل أهل بيتي فيكم
مثل باب حطة في بني إسرائيل من دخله غفر له«.
Al-Thabrani dengan sanad dari Abu Sa'id Al-Khudri: «Sesungguhnya
perumpamaan Ahli Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya
akan selamat dan yang tertinggal darinya akan tenggelam. Sesungguhnya perumpamaan
Ahli Baitku pada kamu adalah seumpama pintu Khiththah pada Bani Israel,
barangsiapa memasukinya maka diampunkan dosa-dosanya.»
Riwayat-riwayat
dari Rasulullah (S) mengenai perumpamaan Ahli Bait ini kerana mereka adalah
orang-orang yang diturunkan Ayat Al-Tathhir [Iaitu ayat
﴿إِنَّمَا
يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ
تَطْهِيرًا﴾
Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kekejian
dari kamu, wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [Al-Ahzab
33:33] - pent]
Mereka adalah Ali dan anak-anaknya (Shalawatu Allah ‘alaihim) kerana mereka seumpama bahtera Nuh, di mana orang-orang yang menaikinya akan selamat. Jadi Muhammad Rasulullah (S) menerangkan dengan jelas bahawa sesiapa yang menyertai Ahli Bait ini sesungguhnya telah mengenal kebenaran, dan selamat dari azab Allah, sebagaimana terselamat orang-orang yang menaiki bahtera Nuh dari azab Ilahi, dan sesiapa yang meninggalkan Ahli Bait ini tidak diterima perkataan mereka dalam agama ini dan telah binasa dalam azab Allah, sebagaimana binasa orang-orang yang membiarkan perkataan Nuh (as) dan mereka tidak taat kepadanya. Dan menyertai Ahli Bait ini adalah dengan menjadi penyokong dan pendokong mereka, beriman dengan dakwah mereka, menerima perkataan mereka dan menjadikan mereka washi-washi Al-Rasul Muhammad (S). di mana mereka memiliki nash di sisi mereka dan orang yang pertama dari mereka dengan jelas ditunjukkan dan banyak nash-nash sebagai dalil- dalil - ini salah satu darinya - sehingga membingungkan orang-orang yang menentang demi memikirkan bagaimana untuk menutup dalil- dalil (petunjuk) yang jelas bahawa Ali adalah Khalifah Allah dan Imam yang wajib ditaati selepas Rasulullah (S).
Mereka adalah Ali dan anak-anaknya (Shalawatu Allah ‘alaihim) kerana mereka seumpama bahtera Nuh, di mana orang-orang yang menaikinya akan selamat. Jadi Muhammad Rasulullah (S) menerangkan dengan jelas bahawa sesiapa yang menyertai Ahli Bait ini sesungguhnya telah mengenal kebenaran, dan selamat dari azab Allah, sebagaimana terselamat orang-orang yang menaiki bahtera Nuh dari azab Ilahi, dan sesiapa yang meninggalkan Ahli Bait ini tidak diterima perkataan mereka dalam agama ini dan telah binasa dalam azab Allah, sebagaimana binasa orang-orang yang membiarkan perkataan Nuh (as) dan mereka tidak taat kepadanya. Dan menyertai Ahli Bait ini adalah dengan menjadi penyokong dan pendokong mereka, beriman dengan dakwah mereka, menerima perkataan mereka dan menjadikan mereka washi-washi Al-Rasul Muhammad (S). di mana mereka memiliki nash di sisi mereka dan orang yang pertama dari mereka dengan jelas ditunjukkan dan banyak nash-nash sebagai dalil- dalil - ini salah satu darinya - sehingga membingungkan orang-orang yang menentang demi memikirkan bagaimana untuk menutup dalil- dalil (petunjuk) yang jelas bahawa Ali adalah Khalifah Allah dan Imam yang wajib ditaati selepas Rasulullah (S).
Hadits-hadits
Para Khalifah dari Quraisy:
Dalam
hadits-hadits ini terdapat Khalifah-khalifah Al-Rasul Muhammad (S) dari kaum Quraisy,
sedangkan Muhammad seorang Khalifah Allah maka siapakah yang melantik Muhammad untuk
memerintah - secara syariat yang diredhai Allah – ia mestilah lantikan dari
Allah, kerana kerajaan kepunyaan Allah SWT. Dua belas orang Imam-imam telah
dituntut oleh orang-orang lain dari mereka semua tanpa lantikan ilahi, sebagaimana
nash-nash lain yang menunjukkan (hak) mereka.
صحيح
البخاري: »حدثني محمد بن المثنى حدثنا غندر حدثنا شعبة عن عبد الملك سمعت جابر بن
سمرة قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: يكون اثنا عشر أميرا فقال كلمة لم
اسمعها فقال أبي أنه قال كلهم من قريش«
.
Sahih Bukhari: «Telah diberitahu
oleh Muhammad bin Al-Mutsanna diberitahu oleh Ghundar diberitahu oleh Syu’bah
dari Abdul Malik telah mendengar Jabir bin Sammarah katanya: Aku
mendengar Nabi (S) bersabda: Kelak akan ada dua belas
Pemimpin (Amir). Baginda
lalu melanjutkan kalimatnya yang aku tidak mendengarnya (dengan jelas). Lalu
bapaku mengatakan, bahawa baginda berkata, ”Semuanya dari Quraisy.» [2]
صحيح مسلم: »حدثنا أحمد بن عبد
الله بن يونس حدثنا عاصم بن محمد بن زيد عن أبيه قال قال عبد الله قال رسول الله
صلى الله عليه وسلم: لا يزال هذا الأمر في قريش ما بقي من الناس اثنان« .
Sahih Muslim: « Telah diberitahu kepada kami oleh Ahmad
bin Abdullah bin Yunus dari ‘Ashim bin Muhammad bin Zaid dari bapanya, katanya
Abdullah berkata, Rasulullah, (S) bersabda: Urusan ini senantiasa ada di tangan
Quraisy walaupun manusia hanya tinggal dua orang.» [3].
صحيح مسلم: »حدثنا قتيبة بن سعيد وأبو بكر بن أبي
شيبة قالأ حدثنا حاتم (وهو ابن إسماعيل) عن المهاجر بن مسمار عن عامر بن سعد بن
أبي وقاص قال كتبت إلى جابر بن سمرة مع غلامي نافع ان اخبرني بشئ سمعته من رسول
الله صلى الله عليه وسلم قال فكتب إلى سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم جمعة
عشية رجم الأسلمي يقول: لا يزال الدين قائما حتى تقوم الساعة أو يكون عليكم اثنا
عشر خليفة كلهم من قريش« [4]
Sahih Muslim: «Telah diberitahu kepada kami oleh Qutaibah
bin Sa’id dan Abu Bakr ibn Abi Shaibah kedua-duanya berkata diberitahu kepada kami
oleh Hatim (dia adalah Ibn Ismail) dari Al-Muhajir bin Musamar dari ‘Amir bin
Sa’ad bin Abi Waqash, katanya, Aku pernah mengirim surat kepada Jabir bin Samarah
melalui perantaraan Nafi’ pelayanku, agar Jabir memberitahukan kepadaku suatu
hadits yang didengarnya dari Rasulullah (S). Jabir menjawab suratku. Dia
menulis, “Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda pada hari Jum’at petang, hari
dihukumnya seorang Aslam dengan hukuman rajam, Baginda bersabda “Agama
Islam akan senantiasa tegak sampai hari kiamat tiba atau adanya dua belas orang
khalifah yang semuanya berasal dari Quraisy.”» [4]
Hadits
Khufalaa Al-Rasyidin:
Hadits-hadits
mengenai Khufalaa Al-Rasyidin (khalifah-khalifah yang mengikuti jalan yang
lurus) seperti sebelumnya dalam menunjukkan
khalifah Al-Rasul Muhammad (S) secara syar'ei dan dilantik oleh Allah SWT pemilik
segala Kerajaan, yang tidak seorang pun berhak untuk mengendalikan kerajaanNya
tanpa izin dariNya.
Musnad Ahmad ibn Hanbal:
مسند
أحمد بن حنبل: »حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا عبد الرحمن بن مهدي ثنا معاوية يعنى
ابن صالح عن ضمرة بن حبيب عن عبد الرحمن بن عمرو السلمى أنه سمع العرباض بن سارية
قال وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظة ذرفت منها العيون ووجلت منها القلوب
قلنا يا رسول الله إن هذه لموعظة مودع فماذا تعهد إلينا قال قد تركتكم على البيضاء
ليلها كنهارها لا يزيغ عنها بعدى الأ هالك ومن يعش منكم فسيرى اختالفا كثيرا
فعليكم بما عرفتم من سنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين وعليكم بالطاعة وان عبدا
حبشيا عضوا عليها بالنواجذ فإنما المؤمن كالجمل الأنف حيثما انقيد انقاد« .
«Telah menceritakan kepada kami Abdullah dari Abdul
Rahman bin Mahdi dari Mu'awiyah (iaitu) Ibn Shalih dari Dhamrah bin Habib dari Abdul
Rahman bin 'Amru Al- Sulami bahwasanya dia mendengar 'Irbadh bin Sariyah berkata;
Rasulullah (S) memberi kami satu nasehat yang membuat air mata mengalir dan hati
menjadi gemetar. Maka kami berkata kepada beliau; "Ya Rasulullah,
sesungguhnya ini merupakan nasihat perpisahan, lalu apa yang engkau wasiatkan
kepada kami?" Rasulullah (S) bersabda: " Aku telah
tinggalkan untuk kalian petunjuk yang terang, malamnya seperti siang. Tidak ada
yang berpaling darinya setelahku melainkan ia akan binasa. Barangsiapa di
antara kalian hidup, maka ia akan melihat banyaknya perselisihan. Maka kalian
wajib berpegang teguh dengan apa yang kalian ketahui dari sunnahku, dan sunnah
para Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk (Al-Mahdiyin), Hendaklah kalian taat meski kepada seorang budak Habasyi. Dan gigitlah ia dengan gigi geraham. Orang
mukmin itu seperti seekor unta jinak, di mana saja dia diikat dia akan
menurutinya."»
[5]
Musnad Ahmad ibn Hanbal: «Diceritakan kepada kami
oleh Abdullah dari bapaku dari Al-Dhahaak bin Mukhlid dari Tsur dari Khalid bin
Ma'dan Abdul Rahman bin ‘Amru Al-Silmi dari ;Arbadh Bin Sariah, Rasulullah (S)
memberikan nasihat kepada kami yang begitu menggetarkan hati dan membuat air
mata bercucuran. Kami berkata atau mereka berkata: wahai Rasulullah, seolah ini
adalah nasihat perpisahan saja, Maka berikanlah wasiat kepada kami! Kemudian baginda
bersabda: «Aku berwasiat kepada kalian supaya bertakwa kepada Allah, mendengar
dan menaati, sekalipun dia seorang budak Habsyi. Sesungguhnya orang yang hidup
setelahku nanti akan menemui banyak perbalahan. Oleh karena itu, hendaklah kalian
berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah lurus lagi terpimpin.
Gigitlah dengan gerahammu! Waspadailah segala hal yang baharu. Karena sesuatu yang
baharu itu adalah bid`ah, sedangkan semua perbuatan bid`ah itu adalah suatu
kesesatan!» [6]
المستدرك للحاكم النيسابوري: » (حدثنا) أبو
العباس محمد بن يعقوب ثنا عباس بن محمد الدوري ثنا أبو عاصم ثنا ثور بن يزيد ثنا
خالد بن معدان عن عبد الرحمن بن عمرو السلمي عن العرباض بن سارية قال صلى لنا رسول
الله (صلى الله عليه وآله) صلاة الصبح ثم اقبل علينا فوعظنا موعظة وجلت منها
القلوب وذرفت منها العيون فقلنا يا رسول الله كأنها موعظة مودع فأوصنا قال أوصيكم
بتقوى الله والسمع والطاعة وان امر عليكم عبد حبشي فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا
كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ وإياكم
ومحدثات الأمور فان كل بدعة ضلالة. هذا حديث صحيح ليس له علة«
Mustadrak Al-Hakim Al-Naisaburi: «( Diceritakan
kepada kami oleh) Abu Al-Abbas Muhammad bin Yakub dari Abbas bin Muhammad
Al-Duri dari Abu ‘Ashim dari Tsaur bin Yazid dari Khalid bin Ma'dan dari Abdul Rahman
bin ‘Amru Al-Silmi dari ‘Arbadh bin Sariah katanya, Rasulullah (S) shalat
Shubuh bersama kami. kemudian baginda berbalik menghadap kepada kami, lalu
menasihati kami dengan satu nasihat yang sangat jelas, yang menyebabkan air
mata bercucuran dan hati pun bergetar. dan kami berkata, wahai Rasulullah, seolah-olah
ini adalah nasihat perpisahan, maka berikanlah wasiat kepada kami! Kemudian baginda
bersabda: «Aku berwasiat kepada kalian supaya bertaqwa kepada Allah, mendengar
dan menaati, sekalipun perintah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya orang yang
hidup setelahku nanti akan menemui banyak perbalahan. Oleh karena itu, hendaklah
kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah lurus lagi terpimpin
(Al-Rasyidin Al-Mahdiyin). Gigitlah dengan gerahammu! Waspadailah perkara-perkara
yang baharu. Karena semua perbuatan bid`ah itu adalah kesesatan! Hadits ini sahih dan tiada cacat celanya.» [7]
Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi: «(Dikhabarkan kepada
kami) Abul Hassan Ali bin Ahmad bin Omar bin Hafsh bin Al-Hamami Al-Muqri di Baghdad
diberitakan oleh Ahmad bin Salman diberitakan oleh Abdul Malik bin Muhammad dari
Abu ‘Ashim (ح dikhabarkan kepada kami) Abu
Abdullah Al-Hafidz dari Abu Al-Abbas Muhammad bin Ya’kub dari Abbas bin Muhammad
Al-Duri dari Abu ‘Ashim dari Tsaur Ibn Yazid dari Khalid bin Ma'dan dari Abdul
Rahman bin ‘Amru Al-Silmi dari Arabadh dari ;Arbadh bin Sariah 'berkata kepada
kami Rasulullah (S) shalat Shubuh bersama kami. Kemudian baginda berbalik
menghadap kepada kami, lalu menasihati kami dengan satu nasihat yang sangat
jelas, yang menyebabkan air mata bercucuran dan hati pun bergetar. Lalu kami
berkata, wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat perpisahan, maka
berikanlah wasiat kepada kami! Kemudian baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kalian
supaya bertaqwa kepada Allah, mendengar dan menaati, sekalipun perintah seorang
hamba. Sesungguhnya orang yang hidup setelahku nanti akan menemui banyak perbalahan.
Oleh karena itu, hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para
khalifah lurus lagi terpimpin (Al-Rasyidin Al-Mahdiyin). Gigitlah dengan gerahammu!
Waspadailah perkara-perkara yang baharu. Karena semua perbuatan bid`ah itu
adalah kesesatan!» [8]
----------------------------------
[1]
Hadits ini diriwayatkan dengan banyak sekali dan lafaznya sangat hampir, ianya
seperti berikut
- Al-Mustadrak: " Bahawa jika
diumpamakan Ahlul
Baitku pada
kamu seperti bahtera Nuh mana-mana kaum yang menaikinya terselamat (Najaa) dan
yang tertinggal akan tenggelam." "Perumpamaan Ahlul Baitku seperti
bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya terselamat (Najaa) dan sesiapa yang
tertinggal akan tenggelam."
- Majmu’ Al-Zaqaid: "Perumpamaan Ahlul Baitku sama
seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaiki di dalamnya terselamat (Najaa) dan sesiapa
yang meninggal darinya akan tenggelam dan sesiapa yang memerangi kami pada
akhir zaman seperti orang yang berperang bersama Dajjal," dari Al-Bazaz
dan Al-Thabrani dengan sanad dari Abi Zhar. "
Perumpamaan Ahlul Baitku seperti bahtera Nuh sesiapa
yang menaikinya selamat (Salam) dan sesiapa yang tertinggal akan tenggelam."
dari Al-Bazaz dengan sanad dari Abdullah bin Zubair."
Perumpamaan Ahlul Baitku seperti bahtera Nuh sesiapa
yang menaikinya selamat (Najaa) dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam."
dari Al-Bazaz dan Al-Thabrani dengan sanad dari Ibn Abbas.
"Sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku pada
kamu seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya selamat (Najaa) dan sesiapa
yang tertinggal darinya akan tenggelam. Dan sesungguhnya perumpamaan Ahli
Baitku pada kamu adalah seumpama pintu Khiththah pada Bani Israel, barangsiapa
memasukinya maka diampunkan dosa-dosanya " dari Al-Thabrani dengan sanad dari
Abu Sa'id Al-Khudri.
- Al-Jami’ Al-Shaghir oleh Al-Suyuthi: "Bahawa
perumpamaan Ahlul Baitku pada kamu seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya
selamat (Najaa) dan sesiapa yang tertinggal darinya akan binasa." "Perumpamaan
Ahlul Baitku seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya selamat (Najaa) dan sesiapa
yang tertinggal darinya akan tenggelam."
Betapa
hampir lafaznya dan sekarang kita sampai kepada senarai sumber:
Fadhail
Al-Sahabah - - Ahmad ibn Hanbal: Jilid 2, halaman 987 hadits no 1402; Al-Bahr
Al-Zakhar - Al-Bazaz: Jilid 11, halaman 329 hadits no 5142; Al-Mustadrak - Al-Hakim
Al-Naisaburi: Jilid 3,
halaman 150-151, Jilid 2, halaman 343, dan berkata mengenainya: "Hadits ini
sahih mengikut syarat Muslim tetapi dia tidak menyampaikannya."; Al-Majmu;
Al-Kabir - oleh Al-Thabrani: Jilid 3, halaman 45-46 hadits no 2636, 2637, 2638;
Nawadir Al-Ushul – oleh Al-Tirmizhi: Jilid 2, halaman 840 hadits no 1133; Al-Jami’
Al-Shaghir oleh Al-Suyuthi: Jilid 1, halaman 373 hadits no 2442, Jilid 2,
halaman 533 hadits no 8162; Ihya’ Al-Mayat - Al-Suyuthi: halaman 20-21 hadits
no 24, dari Ibn Zubair. , hadits no 25 dari Ibn Abbas, hadits no 26 Abi Zhar, hadits
no 27, dari Abi Sa’id Al-Khudri; Kanz Al-‘Umal – Al-Muttaqi Al-Hindi: Jilid 12,
halaman 94-99 hadits no 34144, 34151, 34169, 34170; Majmu’ Al-Zawaa'id – Al-Haitsami:
Jilid 9, halaman 168; Al-Shawa’iq Al-Mahraqah - Ibn Hajar Al-Haitsami: Jilid 2 Bab
Sl-Aman Bi Baqaihim halaman 207, dan katanya: "Dibawaksn dari banyak jalan,
yang mengukuhkan antara satu sama lain (perumpamaan Ahli Baitku)
dan ada riwayat (sesungguhnya
perumpamaan Ahli Baitku) dan ada pula riwayat (Bahawa perumpamaan
Ahli Baitku) dan ada riwayat pula yang lain (Bahawa jika diumpamakan
Ahli Baitku pada kamu seperti bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya selamat
(Najaa) dan sesiapa yang tertinggal darinya akan tenggelam) dalam riwayat
ini (sesiapa yang menaikinya selamat (Salam) dan sesiapa yang tertinggal
darinya akan tenggelam dan
bahawa perumpamaan Ahli Baitku pada kamu adalah seumpama pintu Khiththah
pada Bani Israel, barangsiapa memasukinya maka diampunkan dosa-dosanya
"; Jalan Al-Hadi dan Al-Rashad - Salhi Shami:. Jilid 11, halaman 11-12 dan
berkata, mengenainya: "Telah berkata Al-Hafiz Abu Al-Khair Al-Sakhaawi,
dan sebahagian jalan hadits-hadits ini menguatkan antara satu sama lain;" Nidza,
Durar Al-Saimatain – Al-Zurundi Al-Hanafi: halaman 235; Yanabi’ Al-Mawaddah Li
Zhawi Al-Qurbah – Al-Funduzi:.. Jilid 1, halaman 92-94, Jilid 2, halaman 90; Al-Mu’talaf
wa Al-Mukhtalif - Al-Daaruquthni Al-Mutawaffi 385 H – diulas oleh Dr. Muwaffiq
bin Abdullah bin Abdul-Kadir – Dar Al-Gharib Al-Islami - Beirut – Cetakan 1-
1406H – 1986 M - Jilid 2, halaman 1046; Zhakhair Al-‘Uqba Li Al-Muhibb - Al-Thabari:
halaman 20; Kifayah Al-Thalib - oleh Al-Kanji Al-Syafi’ei. halaman 378-379; Rasyfah
Al-Shadi - Abi Bakr Al-Hadhrami: . halaman 79-80; Al-Fath Al-Kabir oleh Al-Nabhani
- Dar Al-Kitab Al-Arabi - Beirut - Jilid 3, halaman 133; Al-Bildaniaat - Muhammad
bin Abdul Rahman Al-Sakhaawi Al-Mutawaffi 902 H - Ulasan Husam bin Muhammad
Al-Qathan - Dar Al-‘Atha’ – Cetakan 1 – 1422H, 2001M, halaman 186-187, dan
berkata mengenainya: "Hadits ini hasan," kermudian Rada berkata -
pada Al-Bazaz dalam mengatakan Abu Zhar sendiri pada riwayat hadits ini, halaman
188-189: "tidak demikian, tetapi bab dari Ibn Abbas, Ibn Al-Zubair dan Abi
Sa'id Al-Khudri (ra) - - dan ianya menguatkan satu sama lain. Itu untuk
kebaikannya."; Dar Al-Sahabah - Al-Syaukaani: Bab 3 Fasal 1, halaman 268 hadits
no 12; Al-Siraj Al-Munir pada mengulas Al-Jami’ Al-Shaghir - Al-‘Azizi:. Jilid
3, halaman 279, dan berkata mengenainya:"Sanadnya hasan.".
[2] Sahih Bukhari:. Jilid 8, halaman 127, Kitab Al-Ahkam
[3]
Sahih Muslim: Jilid 6, halaman 3, Bab manusia mengikut kaum Quraisy dan Khilafah
pada kaum Quraisy.
[4]
Sahih Muslim: Jilid 6, halaman 4, Bab manusia mengikut kaum Quraisy dan Khilafah
pada kaum Quraisy.
[5]
Musnad Ahmad: Jilid 4, halaman 126.
[6]
Musnad Ahmad: Jilid 4, halaman
[7]
Mustadrak - Al-Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 1, halaman 96..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan