Hadits-hadits Kekhalifahan Ali (as) dari Nabi
Muhammad (S)
Ali adalah Al-Hadi (Pemberi Petunjuk) selepas Nabi
Muhammad (S)
[1]
Berikut adalah contoh-contoh riwayat:
Dikeluarkan oleh Ibn Jarir Al-Thabari di Jami’
Al-Bayan (13/142) dengan sanad:
»عن ابن عباس، قال: لما نزلت "إنما أنت
منذر ولكل قوم هاد" وضع (ص) يده على صدره، فقال: أنا المنذر ولكل قوم هاد،
وأومأ بيده إلى منكب علي، فقال: أنت
الهادي يا علي، بك يهتدي المهتدون بعدي«
«Dari Ibn Abbas, katanya ketika turunnya ayat
"إنما
أنت منذر ولكل قوم هاد"
[Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi
peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.] Rasulullah (S) meletakkan
tangan di atas dadanya sambil bersabda: “Aku adalah pemberi peringatan (Al-Munzhir)”.
Dan ketika membaca: “Wa li kulli qaumin hād”, beliau menunjuk ke
arah Ali seraya bersabda: “Engkau adalah pemberi petunjuk (Al-Hadi) Wahai Ali,”
dan dengan petunjukmu orang-orang mendapatkan petunjuk selepasku.”» [2]
Dan Dikeluarkan oleh Al-Hakim Al-Naisaburi dalam
Mustadraknya (3/130) dengan sanad dari Ali bin Abi Talib (as),
"إِنَّمَا
أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَاد" قال علي: »رسول الله (ص) المنذر وأنا الهادي«
[Sesungguhnya kamu hanyalah
seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi
petunjuk.] kata
Ali: «Rasulullah (S) pemberi peringatan (Al-Munzhir) Aku pemberi petunjuk
(Al-Hadi) » [3]
Dan Dikeluarkan oleh Ibn Abi
Hatim dalam tafsirnya (7/2225 nombor 12152) dengan sanad dari:
لكل قوم هاد قال: الهاد
رجل من بني هاشم. قال ابن أبي حاتم: قال ابن الجنيد: هو علي بن أبي طالب رضي الله
عنه.
«Ali (as), bagi
tiap-tiap kaum ada orang pemberi petunjuk, katanya: pemberi petunjuk (Al-Hadi)
adalah seorang lelaki dari Bani Hashim. Kata Ibn Abi Hatim: Ibn Junaid berkata:
Dia adalah Ali bin Abi Talib (ra):» [4]
Berikut dibawakan juga dari jalan Syiah:
Dikeluarkan oleh Al-Kulaini dalam
Al-Kafi (1 / 191-192) bon dengan sanad sahih atau hasan:
» عن أبي جعفر (ع) َ في قول الله عز وجل" إِنَّمَا أَنتَ
مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَاد" فقال رسول الله
(ص) ثم الهادة من بعده عليٍّ ثم الأوصياء واحد بعد واحد«.
«Dari Abu Ja'far (as) pada mengatakan
firman Allah AWJ, "[Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi
peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.] maka Rasulullah
(S) bersabda, Kemudian Al-Hadi selepas Ali, kemudian washi-washi seorang demi seorang.»
Dan Dikeluarkan juga dalam
Al-Kafi (1/192) dengan sanad: «Dari Abu Basir berkata:
قال قلت لأبي عبد الله (ع) " إِنَّمَا أَنتَ
مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ " فقال رسول الله (ص) المُنذِرٌ وعليٍّ الهادي يا ابا محمد هل َمن هاد
اليوم؟ قلت، بلى جعلت فداك ما زال منكم هاد بعد هاد حتى دفعت اليك فقال: رحمك الله
يا ابا محمد لو كانت إذا نزلت اية على رجل ثم مات ذلك الرجل ماتت الأية مات الكتاب
ولكنه حي يجري فيمن بقي كما جرى فيمن مضى.«
Aku berkata kepada Abi Abdillah
(as),"Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan
bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk." Katanya
Rasulullah (S) pemberi peringatan peringatan (Al-Munzhir) dan Ali pemberi
petunjuk (Al-Hadi), wahai Aba Muhammad siapakah pemberi petunjuk hari ini? Aku
berkata, Ya, Semoga aku menjadi tebusan tuan, tidakkah ia masih dari tuan
Al-Hadi demi Al-Hadi sehingga diserahkan kepada tuan, maka beliau berkata:. Semoga
Allah merahmati kamu, wahai Aba Muhammad, sekiranya apabila diturunkan ayat ke
atas seorang lelaki, kemudian lelaki itu mati akan matilah ayat mahupun kitab,
tetapi ia terus hidup pada orang yang tinggal sebagaimana berlaku pada
orang-orang dahulu.»
Dan Dikeluarkan juga dalam
Al-Kafi (1/192) dengan sanad dari «Abu Ja'far (as) dalam pada mengatakan firman
Allah TWT,
"إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ
قَوْمٍ هَاد"
[Sesungguhnya kamu hanyalah
seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi
petunjuk.]
maka beliau berkata: Rasulullah (S) pemberi peringatan (Al-Munzhir) dan Ali pemberi
petunjuk (Al-Hadi), Maka demi Allah, tidak akan pergi dari kami dan tidak akan terhenti
pada kami hingga kiamat (Al-Saat).»
Hadith Man Kuntu Maulahu Fa Ali Maulahu
(من
كنت مولاه فعلي مولاه) [5]
Berikut Ini Hadits Dari Beberapa Sumber:
Musnad Ahmad: Abdullah telah memberitahu kepada
kami dari bapaku dari Ibn Namir dari Abdul Malik, dari Abi Abdul Rahim Al-Kindi
dari Zazhan bin Omar, katanya
سمعت
عليا في الرحبة وهو ينشد الناس من شهد رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم غدير خم
وهو يقول
ما قال فقام ثالثة عشر رجال فشهدوا انهم سمعوا رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو
يقول من كنت مولاه فعلي مولاه« .
«Aku mendengar Ali bin Abi Thalib berbicara di hadapan khalayak, seraya
berkata: “Sesiapa yang menyaksikan Rasulullah (S) pada hari Ghadir Khum menyampaikan
sesuatu, maka berdirilah 13 orang yang bersaksi bahawa mereka mendengarkan
Rasulullah dan baginda bersabda: Sesiapa
yang menganggap aku Maula-nya maka Ali juga adalah Maulanya.”» [6]
«Musnad Ahmad: Abdullah telah memberitahu kepada
kami dari Ali bin Hakim Al-Audi memberitakan kepada kami bersama dari Abi Ishaq
dari Sa’id bin Wahab dan dari Zaid bin Yatsiq keduanya berkata
نشد علي الناس في الرحبة من سمع رسول الله صلى الله
عليه وسلم يقول يوم غدير خم الأ قام قال فقال من قبل سعيد ستة ومن قبل زيد ستة
فشهدوا انهم سمعوا رسول الله
صلى الله عليه وسلم يقول لعلى رضي الله عنه يوم غدير خم أليس الله أولى بالمؤمنين
قالوا بلى قال اللهم من كنت مولاه فعلى مولاه اللهم وال من والأه وعاد من عاداه«
“Ali pernah meminta kesaksian orang-orang di tanah lapang “Sesiapa
yang telah mendengar Rasulullah (S) bersabda pada hari Ghadir Khum maka
berdirilah?. Enam orang berdiri di hadapan Sa’id dan juga berdiri enam orang yang
lain di hadapan Za’id. Mereka bersaksi bahwa sesungguhnya mereka pernah mendengar
Rasulullah (S) bersabda untuk Ali di Ghadir Khum “Bukankah Allah lebih berhak
terhadap kaum mukminin”. Mereka menjawab “benar”. Baginda bersabda “Ya Allah
barangsiapa yang aku menjadi pemimpinnya (maulanya) maka Ali juga menjadi
pemimpinnya, dukunglah orang yang mendukungnya dan musuhilah orang yang
memusuhinya.”» [7]
Musnad Ahmad: «Abdullah
telah memberitahu kepada kami dari Ubaidillah bin Omar Al-Qawaariri dari Yunus
ibn Arqam dari Yazid bin Abu Ziad dari Abdul Rahman bin Abi Laila, ia berkata:
“Aku menyaksikan Ali di tanah lapang berkata kepada khalayak ramai: “Aku
memohon kepada Allah, siapa di antara kalian yang mendengar Rasulullah (S) bersabda
pada hari Ghadir Khum: “Barang siapa yang menjadikanku walinya (maula), maka
hendaklah ia menjadikan Ali walinya, aku berharap boleh berdiri dan bersaksi?“
Maka berkata Abdul Rahman: “Maka berdiri 12 orang yang turut dalam perang
Badar, seakan aku melihat salah seorang dari mereka, berkata: “Kami bersaksi
bahawa kami mendengar Rasulullah bersabda: “Bukankah aku lebih utama dari
orang-orang Mukmin dari diri mereka sendiri, dan isteri-isteriku adalah ibu-ibu
mereka?” Maka kami menjawab: “Banar ya Rasulullah!”. Baginda bersabda lagi:
“Siapa yang menjadikanku walinya, hendaklah ia menjadikan Ali walinya. Ya Allah
dukunglah orang yang mendukungnya, dan musuhilah orang yang memusuhinya!”» [8]
Musnad Ahmad: « Abdullah
telah memberitahu kepada kami dari Hajjad bin as-Sya’ir, dari Syababah, dari Naim
bin Hakim, dari Abu Maryam dan seorang lelaki dari sahabat-sahabat Ali dari Ali
(ra), bahawa Nabi (S) bersabda pada hari Ghadir Khum: “Barang siapa
menjadikanku walinya, hendaklah ia menjadikan Ali walinya” ia berkata: lalu orang-orang
bertambah ramai - setelah itu: “dukunglah orang yang mendukungnya, dan musuhilah
orang yang memusuhinya!”» [9]
Musnad Ahmad: « Abdullah telah memberitahu kepada
kami dari dari bapaku dari Affan dari Hammad bin Salamah, dari Ali bin Zaid dari
‘Aadi bin Tsabit dari Al-Baraa’ bin ‘Aazib,
قال
كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر فنزلنا بغدير خم فنودي فينا الصلاة
جامعة وكسح لرسول الله صلى الله عليه وسلم تحت شجرتين فصلى الظهر وأخذ بيد علي رضى
الله تعالى عنه فقال ألستم تعلمون انى أولى بالمؤمنين من أنفسهم قالوا بلى قال
ألستم تعلمون انى أولى بكل مؤمن من نفسه قالوا بلى قال فأخذ بيد علي فقال من كنت
مولاه فعلى مولاه اللهم وال من والأه وعاد من عاداه قال فلقيه عمر بعد ذلك فقال له
هنيئا يا ابن أبي طالب أصبحت وأمسيت مولى كل مؤمن ومؤمنة«
dia berkata kami bersama
Rasulullah (S), dalam perjalanan lalu turun ke Ghadir Khum maka diseru untuk
bersholat jamaah dan dibersihkan untuk Rasulullah (S), di bawah dua pohon,
selepas bersholat Dzohor baginda mengangkat tangan Ali (ra) lalu bersabda,
Adakah kamu sekelian tahu aku lebih utama atas semua orang-orang mukmin atas
diri mereka sendiri? Mereka berkata: Ya. Dikatakan lalu baginda mengangkat tangan Ali lalu bersabda,
Siapa yang
menganggap aku Maula-nya maka Ali adalah Maula-. Ya Allah, dukunglah orang yang mendukungnya,
dan musuhilah orang yang memusuhinya. Dikatakan Umar kemudian menemuinya dan berkata
kepadanya, Tahniah wahai Ibn Abi Talib selamat datang dan selamat menjadi maula
bagi seluruh mukmin dan mukminah.» [10]
Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada
kami dari bapaku dari Hussein bin Muhammd dan Abu Nu’aim bermaksud kedua-dua
berkata dari Fathir dari Abi Al-Thufail dia berkata, Ali (ra)
Mengumpulkan orang-orang di tanah lapang dan
berkata “Aku meminta dengan nama Allah agar setiap muslim yang mendengar
Rasulullah (S) bersabda di Ghadir khum terhadap apa yang telah didengarnya.
Ketika ia berdiri maka berdirilah tigapuluh orang dari mereka. Abu Nu’aim
berkata “kemudian berdirilah banyak orang dan memberi kesaksian yiitu ketika
Rasulullah (S) memegang tangannya (Ali) dan bersabda kepada manusia “Bukankah
kalian mengetahui bahawa aku lebih berhak atas kaum mu’min lebih dari diri
mereka sendiri”. Para sahabat menjawab “benar ya Rasulullah”. Baginda bersabda “barang
siapa yang menjadikan Aku sebagai pemimpinnya maka Ali pun adalah pemimpinnya,
Ya Allah dukunglah orang yang mendukungnya dan musuhilah orang yang
memusuhinya. (Abu Thufail) berkata “ketika itu muncul sesuatu yang mengganjal
dalam hatiku maka aku pun menemui Zaid bin Arqam dan berkata kepadanya
“sesungguhnya aku mendengar Ali (ra) berkata begini begitu, Zaid berkata “Apa
yang patut diingkari, aku mendengar Rasulullah (S) berkata seperti itu
tentangnya.» [11]
Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada
kami dari bapaku dari Muhammad Bin Jaafar dari Syu’bah dari Maimun dari Abi Abdillah
katanya, Aku bersama Zaid bin Arqam lalu datang seorang lelaki dari jauh Al-Fusthas
bertanya kepadanya tentang penyakit, beliau berkata bahawa Rasulullah (S) bersabda,
Bukankah aku lebih berhak atas kaum mu’min lebih dari diri mereka sendiri,
mereka berkata Ya, Baginda bersabda “barang siapa yang menjadikan Aku
sebagai pemimpinnya maka Ali pun adalah pemimpinnya, Maimon berkata diberi sebahagian
kaum dari Zaid bahawa Rasulullah (S) bersabda , Ya Allah dukunglah orang
yang mendukungnya dan musuhilah orang yang memusuhinya » [12]
Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada
kami dari bapaku dari Muhammad Bin Jaafar dari Syu’bah dari Abi Ishaq, dia
berkata: Aku mendengar Sa’id bin Wahab berkata dengan kuat dan secara terbuka pada
orang ramai, maka berdiri lima atau enam daripada sahabat Nabi (S) maka mereka
bersaksi bahawa Rasulullah (S) bersabda, Sesiapa yang menganggap aku
Maula-nya maka Ali adalah Maula-nya.» [13]
Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada
kami dari bapaku dari Aswad bin ;Aamir iaitu Abu Israel, dari Al-Hakim dari Abu
Salman dari Zaid bin Arqam berkata, Ali memintak kesaksian pada orang ramai dia
berkata, Aku bermohon kepada Allah sesiapa mendengar Nabi (S) bersabda. Ya
Allah Sesiapa yang menganggap aku Maula-nya maka Ali adalah Maula-nya Ya Allah dukunglah orang
yang mendukungnya dan musuhilah orang yang memusuhinya. katanya berdirilah enam
belas orang lelaki lalu memberi kesaksian.» [14]
Musnad Ahmad: «Abdullah telah memberitahu kepada
kami dari bapaku dari Yahya bin Adam dari Hanash bin Al-Harits bin Laqith Al-Nakha'ei
Al-Asyja'ei dari Riyah bin Al-Harth, dia berkata Rahat datang kepada Ali di
ruang terbuka, mereka
berkata, Salam atas kamu, Ya Maulana Ali berkata, Bagaimana aku boleh menjadi Maula
kalian, dan kalian orang-orang Arab. Mereka berkata, Kami mendengar Rasulullah (S)
pada hari Ghadir Khum, baginda bersabda Sesiapa yang menganggap aku
Maula-nya maka maka orang ini adalah Maula-nya. Riyah berkata apabila berakhir orang-orang
itu nerpergian lalu aku bertanya kepada mereka yang ada di situ, maka mereka
mengatakan sekumpulan dari ansar termasuk Abu Ayub Al-Ansari.» [15]
Sunan Ibn Majah: « Ali bin Mohammed telah
memberitahu kepada kami dari Abu Muawiyah dari Musa bin Muslim dari Ibn Sabith,
dia adalah Abdul Rahman dari Saad bin Abi Waqash, dia berkata,
قدم معاوية في بعض حجاته، فدخل عليه سعد، فذكروا عليا. فنال منه. فغضب سعد، وقال: تقول هذا لرجل سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
"من كنت مولاه فعلى مولاه". وسمعته يقول أنت منى بمنزلة هارون من موسى الأ
أنه لا نبي بعدي". وسمعته يقول "لأعطين الراية اليوم رجلا يحب الله
ورسوله"؟«
”Ketika Muawiyah malaksanakan ibadah haji maka Saad
datang menemuinya. Mereka kemudian membicarakan Ali lalu Muawiyah mencelanya.
Mendengar hal ini maka Sa’ad menjadi marah dan berkata ”kamu berkata seperti ini
pada seseorang dimana aku telah mendengar Rasulullah (S) bersabda ”barangsiapa
yang Aku adalah maulanya maka Ali adalah maulanya”. Dan aku juga mendengar
Rasulullah (S) berkata kepada Ali ”Kamu di sisiku sama seperti kedudukan Harun
di sisi Musa hanya saja tidak ada Nabi selepasku”. Dan aku juga mendengar
Rasulullah (S) berkata kepada Ali ”Sungguh akan Aku berikan panji hari ini pada
orang yang mencintai Allah dan RasulNya.”« [16]
Sunan Al-Tirmidhi: »Muhammad bin Bashar memberitahu dari
Muhammad bin Jaafar dari Syu’bah dari Salamah bin Kahil, dia berkata:
سمعت
أبا الطفيل يحدث عن أبي سريحة أو زيد بن
أرقم شك شعبة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من كنت مولاه فعلى مولاه".
هذا حديث حسن غريب«
Aku mendengar Aba Al-Thufail pada hadits dari Abi Sarihah
atau Zaid bin Arqam, ia diragui Syu’bah dari Nabi (S) bersabda: Katanya "Sesiapa yang menganggap aku
Maula-nya maka Ali adalah Maula-nya." Hadits ini hasan (bagus sanadnya) dan gharib
(tidak dikenal/asing).«[17]
Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: «(DIberitahu
kami) Abu Al-Hussein Muhammad bin Ahmad bin Tamim Al-Handala di Baghdad dari
Abu Qulabah Abdul Malik bin Muhammad Al-Raqasyi dari Yahya Ibn Hammad (dan diberitahu
oleh) Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin Bilwaih dan Abu Bakar Ahmad bin Jaafar
al-Bazzar (kedua-duanya mengatakan) dari Abdullah bin Ahmad Ibn Hanbal dari bapaku
dari Yahya bin Hammad (dan dari) Abu Nashir Ahmad bin Sahl Al-Faqih (guru)
Bukhari dari Saleh bin Muhammad Al-Hafiz Al-Baghdadi dari Khalaf bin Salim Al-Makhrami
dari Yahya bin Hammad dari Abu ‘Awana dari Suleiman Al-A’masy katanya, dari
Habib bin Abi Tsabit dari Abu Al-Thufail dari Zaid bin Arqam (ra),
berkata ketika
لما
رجع رسول الله (صلى الله عليه وآله( من حجة
الوداع ونزل غدير خم امر بدوحات فقممن فقال كأني قد دعيت فأجبت اني قد تركت فيكم
الثقلين أحدهما أكبر من الأخر كتاب الله تعالى وعترتي فانظروا كيف تخلفوني فيهما
فإنهما لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض ثم قال إن الله عز وجل مولاي وانا مولى كل
مؤمن ثم اخذ بيد علي رضي الله عنه فقال من كنت مولاه فهذا وليه اللهم وال من والأه
وعاد من عاداه وذكر الحديث بطوله.
هذا
حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه بطوله.
Rasulullah (S) kembali dari Haji Al-Wada’,
dan sampai di Ghadir khum, dan menunjukkan pada beberapa pohon dan
mendekatinya, kemudian bersabda : Hari-hariku sudah akan berakhir dan aku akan
menerima panggilannya, aku sudah meninggalkan bagimu Al-Tsaqalain (dua yang
berharga), yang satunya lebih besar dari yang berikutnya
dan keduanya lebih utama dari yang lainnya iaitu Kitab Allah Ta’ala dan
‘Itrati (keturunanku)
maka lihatlah
bagaimana perilaku kalian (setelahku) terhadap mereka, kedua-duanya tidak
akan berpisah sampai keduanya bertemu denganku di Al-Haudh (Telaga di Mahsyar),
kemudian baginda
bersabda : Sesungguhnya Allah AWJ maulaku dan aku wali seluruh mukminin, kemudian (baginda)
memegang lengan Ali (ra) dan bersabda :”Barang siapa yang menjadikan aku
maulanya maka
orang ini (Ali) adalah
walinya, Ya Allah lindungilah orang yang melindunginya dan musuhilah
orang yang memusuhinya, disebut dalam hadits yang panjang.
Hadits ini sahih mengikut syarat sheikhain (Bukhari
Muslim) meskipun mereka tidak mengeluarkannya.
.
(شاهده)
حديث سلمة بن كهيل عن أبي الطفيل أيضا صحيح على شرطهما (حدثناه) أبو بكر بن إسحاق
ودعلج بن أحمد الخجزي (قالأ) أنبأ محمد بن أيوب ثنا الأزرق بن علي ثنا حسان بن
إبراهيم الكرماني ثنا محمد بن سلمة بن كهيل عن أبيه عن أبي الطفيل عن ابن واثلة
انه سمع زيد بن أرقم رض ي الله عنه يقول نزل رسول الله (صلى الله عليه وآله) بين
مكة والمدينة عند شجرات خمس دوحات عظام فكنس الناس ما تحت الشجرات ثم راح رسول
الله (صلى الله عليه وآله) عشية فصلى ثم قام خطيبا فحمد الله وأثنى عليه وذكر ووعظ
فقال ما شاء الله أن يقول ثم قال أيها الناس اني تارك فيكم أمرين لن تضلوا ان
اتبعتموهما وهما كتاب الله وأهل بيتي عترتي ثم قال أتعلمون اني أولى بالمؤمنين من
أنفسهم ثلاث مرات قالوا نعم فقال رسول الله (صلى الله عليه وآله) من كنت مولاه
فعلي مولاه. وحديث بريدة الأسلمي صحيح على شرط الشيخين«.
(Syahadah - kesaksian)* Hadits
Salamah bin Kahil dari Abu Al-Thufail juga sahih mengikut syarat kedua-duannya Telah
menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Ishaaq dan Da’laj bin Ahmad Al-Sajziy,
keduanya berkata : Telah memberitakan Muhammad bin Ayub : Telah menceritakan
kepada kami Al-Azraq bin ‘Aliy : Telah menceritakan kepada kami Hassaan bin
Ibraahiim Al-Kirmaaniy, : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salamah
bin Kuhail, dari ayahnya, dari Abuth-Thufail bin Waatsilah : Bahwasannya ia
mendengar Zaid bin Arqam (ra) berkata : “Rasulullah (S) berhenti di
suatu tempat antara Makkah dan Madinah di dekat pohon-pohon yang teduh dan
orang-orang membersihkan tanah di bawah pohon-pohon tersebut. Kemudian Rasulullah (S) mendirikan
shalat. Setelah itu baginda (S) berbicara kepada orang-orang. Baginda
memuji dan menyanjung Allah Ta’ala, mengingatkan dan memberikan nasehat dan
pengajaran dan mengucapkan apa yang dikehendaki Allah untuk diperkatakan.
Kemudian baginda bersabda : ”Wahai sekalian manusia, aku tinggalkan
kepadamu dua perkara, yang apabila kamu mengikuti keduanya maka kamu tidak akan
tersesat yaitu Kitabullah dan ahlul-baitku ‘itrahku”. Kemudian baginda
melanjutkan : “Bukankah aku ini lebih berhak terhadap orang-orang mukmin
atas diri mereka sendiri?”. Orang-orang menjawab : “Ya”. Kemudian Rasulullah
(S) bersabda: ”Barangsiapa yang menganggap aku sebagai maulanya, maka Ali
adalah maulanya” Dan Hadits Buraidah Al-Islami sahih mengikut Sheikhain (Bukhari
Muslim.».
*[Syahadah] adalah
penyampaian kesaksian atas suatu peristiwa- pent.]
Mustadrak - Al-Hakim
Al-Naisaburi: «(DIberitahu kami) Muhammad bin Saleh bin Hana dari Ahmad bin Nashr
dikhabarkan kepada kami Muhammad bin Ali al-Syaibani di Kufah dari Ahmad bin
Hazim Al-Ghifari (diberitakan) Muhammad bin Abdullah Al-‘Amri dari Muhammad ibn
Ishaq dari Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf (mereka berkata ) dari Abu Nu’aim
dari Ibn Abi Ghaniah dari Al-Hakim dari Sa’id bin Jubair Ibn Abbas dari
Buraidah (ra)
meriwayatkan:
غزوت مع علي إلى اليمن فرأيت منه جفوة فقدمت على رسول الله )صلى الله عليه
وآله) فذكرت عليا فتنقصته فرأيت وجه رسول الله (صلى الله عليه وآله) يتغير فقال يا
بريدة الست أولى بالمؤمنين من أنفسهم قلت بلى يا رسول الله فقال من كنت مولاه فعلي
مولاه وذكر الحديث. هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه«
“Aku menyerang Yaman bersama
Ali dan aku melihat kekerasan hati dari dirinya, lalu ketika aku kembali
menghadap Rasulullah (S) dan menyebut tentang Ali dan mengatanya, aku melihat
wajah Rasulullah (S) berubah dan baginda bersabda: “Ya Buraidah, Bukankah aku
lebih berhak atas orang-orang beriman daripada diri mereka sendiri?” Aku jawab
“Benar ya Rasulullah”, beliau berkata “Siapa yang menganggap aku Maula-nya maka
Ali adalah Maula-nya.”
Hadits ini sahih mengikut syarat Muslim meskipun
dia tidak mengeluarkannya » [18]
Mustadrak - Al-Hakim
Al-Naisaburi: «( Dikhabarkan kepadaku) Walid
dan Abu Bakr bin Quraisy dari Al-Hassan bin Sufian dari Muhammad bin ‘Abduh dari
Al-Hasan bin Al-Hussein dari Rafa’ah bin Ayas Al-Dhabbi dari bapanya dan dari datuknya,
dia berkata
كنا
مع علي يوم الجمل فبعث إلى طلحة بن عبيد الله ان القنى فاتاه طلحة فقال نشدتك الله
هل سمعت رسول الله (صلى الله عليه وآله) يقول من كنت مولاه فعلى مولاه اللهم وال
من والأه وعاد من عاداه قال نعم قال فلم تقاتلني قال لم اذكر قال فانصرف طلحة«
kami bersama Ali pada Hari
(perang) Jamal beliau diutus untuk menemui Thalhah bin Ubaidillah maka dia
datang kepada Thalhah lalu berkata, Pintalah kepada Allah, Tidakkah engkau
pernah mendengar Rasulullah (S) bersabda, Barang siapa yang menjadikan aku maulanya maka orang ini (Ali) adalah walinya, Ya Allah
lindungilah orang yang melindunginya dan musuhilah orang yang memusuhinya, dia berkata, Ya. dia berkata maka kamu tidak berperang, dia menjawab aku tidak
menyebutnya, Lalu dia pergi meninggalkan Thalhah.» [19]
Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi:
«(Dikhabarkan kepadaku)
Muhammad bin 'Ali Al-Syaibani di Kufah, berkata kepadaku Ahmad Bin Hazm Al-Ghifari,
berkata kepadaku Abu Nu'aim, berkata padaku Kamil Abu Al-'Ala, dia berkata: Aku
mendengar Habib bin Abi Tsabit diberitahukan dari Yahya bin Ja'dah dari Zaid
bin Arqam (ra) katanya :
خرجنا مع رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم) حتى
انتهينا إلى غدير خم فأمر بروح فكسح في يوم ما أتى علينا يوم كان أشد حرا منه فحمد
الله وأثنى عليه وقال يا أيها الناس انه لم يبعث نبي قط الأ ما عاش نصف ما عاش
الذي كان قبله واني أوشك أن ادعى فأجيب واني تارك فيكم ما لن تضلوا بعده كتاب الله
عزوجل ثم قام فاخذ بيد علي رضي الله عنه فقال يا أيها الناس من أولى بكم من أنفسكم
قالوا الله ورسوله اعلم قال من كنت مولاه فعلي مولاه. هذا حديث صحيح الأسناد ولم
يخرجاه«
Kami keluar bersama
Rasulullah (S) sampai pada sebuah tempat "Ghadir Khum" , kemudian
beliau menyuruh kami untuk beristirahat, maka kami menunda perjalanan pada hari
itu, di mana cuaca sangat panas. Kemudian baginda bertahmid dan meninggikan
Allah dan bersabda : Wahai manusia, aku bukan hanya diutus sebagai seorang nabi
shaaja, aku juga sebagai manusia biasa seperti kalian, yang aku menerimanya dan
hampir aku akan dipanggil danaaku akan
menyahutnya, dan aku tinggalkan untuk kalian sesuatu yang akan membuat kalian
tidak akan tersesat selepasaku, iaitu kitabullah AWJ, kemudian Rasul berdiri
dan megangkat tangan Ali (ra) dan berkata: Wahai manusia siapakah yang lebih utama
dari diri kamu sendiri? Mereka berkata: Allah dan RasulNya yang mengetahui. Lalu
bagunda bersabda: ”Barangsiapa yang menganggap aku sebagai maulanya, maka Ali adalah
maulanya.
Hadits ini isnadnya
sahih meskipun
Al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya » [20]
Al-Mushnaf - Ibn Abi Syaibah:
»Diberitahu kepada kami oleh Muthalib bin Ziyad dari Abdullah bin Muhammad bin
Aqil dari Jabir bin Abdullah dia berkata: Kami pulang dari berhaji dan sampai
di Ghadir Khum, ketika itu Rasulullah, (S) keluar baginda mengangkat tangan Ali
sambil bersabda: " Barangsiapa yang menganggap aku sebagai maulanya,
maka Ali adalah maulanya. "»
Al-Mushnaf - Ibn Abi Syaibah:
» Diberitahu bersama kepada kami dari Hanash bin Al-Harits dari Rabah bin Al-Harits;
dia berkata:
بينا
علي جالسا في الرحبة إذ جاء رجل عليه أثر السفر فقال: السلام
عليك يا مولاي، فقال: من هذا، فقالوا: هذا أبو أيوب الأنصاري، فقال: إني سمعت رسول
الله صلى الله عليه وسلم يقول: من كنت مولاه فعلي مولاه« [21]
Kami duduk bersama Ali
di ruangan luas ketika seorang lelaki dengan kesan perjalanan datang kepadanya
dan berkata: Salam atas kamu wahai tuan, maka beliau ditanya: Siapa ini, mereka
berkata: Ini ialah Abu Ayub Al-Ansari, beliau berkata : Aku mendengar
Rasulullah (S) bersabda: Sesiapa yang menganggap aku
sebagai maulanya, maka Ali adalah maulanya.»[21]
-------------------------------------
[1]
Diriwayatkan dalamP
- Mustadrak - Al-Hakim
Al-Naisaburi:: Jilid
3: halaman 129, Dari Ali (as)
- Kanz Al-‘Umal – Al- Muttaqi: Al-Hindi Jilid 2:
halaman 441, Dari Ali (as).
- Nizam Durur Al-Simathain – Al-Zarandi Al-Hanafi: halaman
89-90, dari Abu Barzah Al-Islami dan Ibn Abbas.. – Tafsir Al-Thabari: Jilid 13:
halaman 142, dari Ibnu Abbas..
- Tarikh Madinah Damsyik – Ibn ‘Asakir:. Jilid 42:
halaman 359 dan 360, dari Abd Khair dan Abdullah Al-Asadi dengan lafaz,
"seorang lelaki dari Bani Hashim" yang disebut dalam:
- Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 126 .dari Ali (as).
- Al-Mu’jam Al-Shaghir – Al-Thabrani. Jilid 1:
halaman 261 .dan Al-Mu’jam Al-Ausath: Jilid 2: halaman 94, dan Jilid 5: halaman
153, Jilid 7: halaman 379.
- Majmu’ Al-Zawaid – Al-Haithami: Jilid 7: halaman 41,
dari Abdullah.
[2]
Ibn Hajar di dalam Fath Al-Bari: Jilid 8: halaman 285, mengenai hadits ini
bahawa "dengan isnad hasan."
[3]
Al-Hakim berkata: "hadits ini sanadnya shahih meskipun Al-Bukhari dan
Muslim tidak mengeluarkannya."
[4]
Diriwayatkan oleh Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Ausath: Jilid 2: halaman 94, Jilid
5: halaman 153-154; Musnad Ahmad bin Hanbal:. Jilid 1: halaman 126, dan disahihkan
oleh Ahmad Muhammad Syakir dalam ulasannya terhadap Musnad Ahmad: Jilid 8:
halaman 48-49 No.1041. ketika ia berkata: "Sanadnya sahih. Al-Muthalib
bin.. Ziad bin Abi Zuhair Al-Tsaqafi Al-Kufi, tsiqah (dipercaya), Juga dianggap
tsiqah oleh Ahmad dan Ibn Mu’in dan lain-lain, dan diterjemahkan Bukhari dalam Al-Kabir
4/2/8 tidak disebut Jarh (perawinya) ... dan hadits ini tambahan Abdullah bin
Ahmad "yang dikeluarkankan oleh Al-Haithami dalam Majmu’ Al-Zawaid:. Jilid
7: halaman 41 dan berkata, " Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad, dan Al-Thabrani
dalam Al-Shaghir dan Al-Ausath dan Al-Rijal-nya Musnad boleh dipercayai (tsiqah)."
[5]
Hadits yang disebut dalam:
- Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 84, 118, 119 dan
152, dan Jilid 4: halaman 281 dan 370 dan 373, dan Jilid 5: halaman 366, 373
dan 419, dari Ali (as) dan Zazan bin Omar dan Sa’id bin Wahab dan Zaid bin Yatsi’
dan Abdul Rahman Ibn Abi Laila dan Al-Bara bin ‘Azib dan Abi Al-Thufail dan
Zaid bin Arqam dan Zabah bin Al-Harits.
- Sunan Ibn Majah: Jilid 5: halaman 297, Sa’ad bin
Abi Waqash
- Sunan Al-Tirmizhi: Jilid 5: halaman 297, dari Abi Sarihah
atau Zaid bin Arqam
- Al-Mustadrak - Al-Hakim
Al-Naisaburi: Jilid
5: halaman 109-110, 371 dan 533, dari Zaid bin Arqam dan Buraidah Al-Islami
- Al-Mushnaf - Ibn Abi Shaibah Al-Kufi: Jilid 7:
halaman 495, 496, 499, 503 dan 506, dari Jabir bin Abdullah bin Rabah Al-Harith
dan Sa’ad dan Zaid bin Yatsi’ dan Al-Baraa dan Buraidah. -
Sunan Al-Kubra – Al-Nasa’ei: Jilid 5: halaman 45,
108, 130, 131, 132, 134 dan 136, dari Buraidah
Dan Sa’ad bin Abi Waqash dan ‘Umirah bin Sa’ad bin
Sa’id bin Wahab dan Zaid bin Yatsi’ dan Abi Al-Thufail dan ‘Amru Zhi Murr. -
- Musnad Abi Ya’la: Jilid 1: halaman 429, Jilid
11: halaman 307 dari Abdul Rahman bin Abi Laila dan Abi Yazid. Al-Audi
- Sahih Ibn Hibban: Jilid 15: halaman 376 dari Abi Al-Thufail.
- Majmu’ Al-Zawaid – Al-Haithami: Jilid 7: halaman 103
"Bab Sabda (S) Man Kuntu Maulaahu," dari Ali (as) dan Rabah bin Al-Harith
dan Amr Zhi Murr dan Zaid bin Arqam dan Abi Al-Thufail
dan Sa’id bin Wahab dan Zaid bin Yatsi’ dan Abdul Rahman Ibn Abi Laila dan Ibn Umar
dan Malik bin Huwairits dan Habasyi bin Janadah dan Jairi dan Ziad bin Muthrif
dan Nazhir dan Sa’ad bin Abi Waqash dan Zadan Abi Umar dan ‘Ammarah, dan Ibn
Abbas dan ‘Umairah binti Sa’ad dan ‘Umair bin Sa’ad dan Abu Sa’id dan Abdullah
bin Mas’ud dan Buraidah dan ramai lagi yang lain..
Al-Albani berkata, "Hadits:
من
كنت موَّله فعلي موَّله، اللهم وال من ولاَّه، وعاد من عاداه
dan ia adalah hadits sahih muktamad, ia datang dari
jalan jamaah sahabat yang meriwayatkan hadits-hadits kumpulan daripadanya, dan
pada sebahagian daripadanya lebih daripada satu jalan, dan semuanya telah diriwayatkan
dan diucapkan dalam rantaian sanad "rantaian hadis-hadis sahih
(1750)" Ahl Sunnah - Ibn Abi ‘Ashim, padanya Dzilal Al-Jannah Fi Tarikh
Al-Sunnah - Muhammad Nashir Al-Albani: halaman 552
[6]
Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 84.
[7]
Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 118.
[8]
Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 119.
[9]
Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 152.
[10]
Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 281 ..
[11]
Musnad Ahmad: Jilid 1: halaman 370.
[12]
Musnad Ahmad: Jilid 4: halaman 373.
[13]
Musnad Ahmad: Jilid 5: halaman 366.
[14]
Musnad Ahmad: Jilid 5: halaman 370.
[15]
Musnad Ahmad: Jilid 5: halaman 419.
[16]
Sunan Ibn Majah: Jilid 1: halaman 45..
[17]
Sunan Tirmizhi: Jilid 1: halaman 297.
[18]
Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 3: halaman 109-110.
[19]
Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 3: halaman 371.
[20]
Mustadrak - Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 3: halaman 533.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan