Rabu, 27 Oktober 2021

Pembuktian dari Laman Rasmi Al-Mahdyoon 11

  

Hadits Manzilah: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun di sisi Musa

حديث المنزلة :ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى

 

(Menentukan Sahihnya Wilayah Imam Ali, Sahihlah Wilayah Imam 12 dan Sahihlah 12 Mahdi-mahdi di  akhir zaman sebagai Khalifah Allah – Pent.)   

 

Hadits Manzilah:

ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى

Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun di sisi Musa

 

Ibn Abd Al-Barr dalam Al-Isti3ab mengenai hadits ini: adalah dari khabar yang sah dan sahih. Beliau berkata: Jalan hadits Saad bin Abi Waqas terlalu banyak. Beliau menyebut beberapa orang sahabat yang meriwayatkan Hadits ini, kemudian berkata: kumpulan yang panjang (ramai) menyebutnya.[1]

 

Sama seperti itu juga yang diperkatakan Al-Mazi dalam Tarjamah Amir Al-Mukminin (as) dalam Tahzhib Al-Kamaal.[2]

 

Dan hadits ini disebut oleh Al-Hafidz Ibn 3asakir dalam Tarjamah Amir Al-Mukminin dari Tarikh Dimasyq (sejarah Damsyik) atas banyak jalan, dan sanadnya hampir dua puluh sahabat.[3] Al-Hafidz Ibn Hajar Al-3asqalaniy berkata  dalam  Syarah Al-Bukhari selepas dia menyebut sebilangan nama-nama sahabat, dan meriwayatkan kisah-kisah pengumpulan daripada mereka mengatakan, telah diambil dalam jalan Ibn 3asakir dalam Tarjamah Ali.[4] Tambahan pula hadits ini adalah mutawatir di sisi Imamiyyah, ia adalah hadits-hadits shahih yang dikenali dan masyhur di sisi Ahl Al-Sunnah, hadits-hadits ini juga adalah mutawatir di sisi mereka. Kata Al-Hakim Al-Naisaburiy: Hadits ini mencapai tahap tawatur (mutawatir).[5] Al-Hafidz Al-Suyuthi juga melaporkan Hadits ini dalam kitabnya Al-Azhaar Al-Mutanatsirah termasuk dalam khabar (hadits) yang mutawatir,[6] diikuti oleh Syeikh Ali Al-Muttaqi di dalam kitabnya Quthf Al-Azhaar Al-Mutanatsirah termasuk dalam khabar (hadits) yang mutawatir. Dan di antara yang mengakui hadits ini adalah Syah Waliullah Al-Dahlawiy Muhadits India dalam kitabnya Izalah Al-Khafaa’ Fi Sirah AL-Khulafaa’.

 

 

Perawi masyhur yang meriwayatkan hadits ini pada abad-abad yang berbeza:

 

1 - Muhammad bin Ishaq, penulis Al-Sirah.

2 - Sulaiman bin Daud Tayaalisi Abu Dawud Tayaalisi, di dalam Musnad

3 - Muhammad bin Saad, Pemilik Al-Thobaqaat.

4 - Abu Bakar Ibn Abi Syaibah, pemilik Al-Mushnaf.

5 - Ahmad ibn Hanbal, pemilik Al-Musnad.

6 - Bukhari dalam Shahih-nya.

7 - Muslim dalam Shahih-nya.

8 - Ibn Majah, dalam Shahih-nya.

9 - Abu Hatem Ben Habban, dalam Shahih-nya.

10 - Tirmizhi, dalam Shahih-nya.

11 - Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, Imam besar ini yang mungkin mendahulukan sedikit pada ayahnya, beliau meriwayatkan hadits ini dalam Ziadaat Musnad Ahmad dan Ziadaat Manaqib Ahmad.

12 - Abu Bakar Al-Bazar, pemilik Al-Musnad. 13 - Al-Nasaaei, pemilik Al-Shahih

14 - Abu Ya3la Al-Mushli, pemilik Al-Musnad.

15 - Muhammad bin Jarir Al-Thabari, pemilik Al-Tarikh wa Al-Tafsir.

16 - Abu 3awanah, pemilik Al-Shahih.

17 - Abu Syeikh Al-Ishfahani, pemilik Thabaqaat Al-Muhaditsin.

18 - Abu Al-Qasim Al-Thabaraani, pemilik Al-Mu3ajam Al-Tsalatsah.

19 - Abu Abdullah Al-Hakim Al-Naisaburiy, pemilik Mustadrak 3ala Al-Shahihain.

20 - Abu Bakar Al-Syiraziy, pemilik Kitab Al-AlQaab.

21 - Abu Bakar bin Mardawiyah Al-Ishfaahaniy, pemilik Al-Tafsir.

22 - Abu Naim Al-Isfahani, pemilik Haliyah Al-Auliak.

23 - Abu Al-Qasim Al-Tanwakhi, dalam Kitabnya Fi Thariq Ahadits Al-Manzilah

24. Abu Bakar Al-Khathib, pemilik Tarikh Baghdad.

25 - Ibn Abd Al-Barr, pemilik Al-Isti3ab.

26 – Al-Baghawi, digelar sebagai yang menghidup Al-Sunnah, pemilik Mashabih Al-Sunnah.

27 – Ruzain Al-3abdariy, pemilik Al-Jami3 Baina Al-Shihah.

28 - Ibn 3asakir, pemilik Tarikh Dimasyq.

29 – Al-Fakhr Al-Raziy, pemilik Al-Tafsir Al-Kabir.

30 - Ibn Al-Atsir Al-Jazariy, pemilik Jami3 Al-Ushul.

31 – Akhwah Ibn Al-Atsir, pemilik Asad Al-Ghaabah.

32 - Ibn Al-Najar Al-Baghdadi, pemilik Tarikh Baghdad.

33 – Al-Nawawiy, pemilik Syarah Shahih Muslim.

34 - Abu Al-Abbas Muhibb Al-Din Al-Thabariy, pemilik Al-Riyadh Al-Nadhirah dalam Manaaqib Al-3asyarah Al-Mubasyirah.

35 - Ibn Syed Al-Nas, dalam Sirahnya.

36 – Ibn Qiyim Al-Jauziyah, dalam Sirahnya.

37 – Al-Yaafaei, pemilik Miraah Al-Jinan.

38. Ibn Katsir Al-Damsyiqi, pemilik Al-Tarikh wa Al-Tafsir.

39 - Al-Khatib Al-Tabrizi, pemilik Misykaat Al-Mashbih.

40 - Jamal Al-Din Al-Mazi, pemilik Tahzhim Al-Kamal.

41 – Ibn  Al-Syahnah, pemilik Al-Tarikh Al-Ma3ruf.

42 – Zain Al-Din Al-Iraqi Al-Muhadits Al-Ma3ruf, pemilik Al-Mualafaat, pemilik Al-Alfiah dalam 3ulum Al-Hadits.

43 - Ibn Hajar Al-3asqalaani, pemilik Al-Mualafaat.

44 – Al-Suyuthi, pemilik Al-Mualafaat Kal-Dar Al-Mantsur dan lain-lain.

45 – Al-Diyaribkariy, pemilik Tarikh Al-Khamis.

46 - Ibn Hajar Al-Makki, pemilik Al-Shawa3iq Al-Muharraqah.

47 – Al-Muttaqi Al-Hindiy, pemilik Kanz Al-3amal.

48 – Al-Manaawi, pemilik Faidh Al-Qadir Fi Syarah Al-Jami3 Al-Shaghir.

49 - Waliullah Al-Dahlawi, pemilik Al-Mualafaat penulis Kitab Hujjah Allah Al-Balighah Wa Azalah Al-Khifaa’.

50 - Ahmad Zaini Dahlan, pemilik Al-Sirah Al-Dahlaniyah. Dan yang lain-lain dari ahli sejarah, ahli hadits dan Ahli Tafsir dari abad dan lapisan masyarakat yang berbeza.

 

 

Teks Hadits dalam Shahih Bukhari:

 

حدثنا محمد بن بشار ، حدثنا غندر ، حدثنا شعبة ، عن سعد قال : سمعت إبراهيم بن سعد عن أبيه [ أي سعد بن أبي وقاص ] قال النبي ( صلى الله عليه وسلم ) لعلي : أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى

 

Muhammad bin Bashar, diberitahu oleh Ghundar, diberitahu oleh Syu3bah, dari Saad katanya: Aku mendengar Ibrahim bin Saad daripada bapanya [iaitu, Sa3ad bin Abi Waqash] Nabi (S) bersabda kepada 'Ali: Tidakkah engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa.[7]

         

قال : وحدثنا مسدد ، حدثنا يحيى ، عن شعبة ، عن الحكم ، عن مصعب - مصعب بن سعد بن أبي وقاص - عن أبيه : إن رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) خرج إلى تبوك فاستخلف عليا فقال : أتكلفني بالصبيان والنساء ؟ قال : ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه ليس بعدي نبي

 

Beliau berkata: kami diberitahu oleh Musdad, diberitahu kepada kami oleh Yahya, dari Syu3bah,dari AL-Hakim dari Mush3ab – Mush3ab bin Sa3ad bin Abi Waqash – dari bapanya, bahawa Rasulullah (S) hendak berangkat dalam perang Tabuk, baginda menugaskan ‘Ali untuk menggantikannya (mengurus Madinah) Ali berkata: Adakah engkau menugaskan aku degan kanak-kanak dan wanita? Baginda bersabda: Tidak engkau senang di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak ada nabi sesudahku.[8]

 

 

Hadits Al-Manzilah dalam Shahih Muslim:

 

Bagi lafaz Muslim, ia meriwayatkan hadits ini dengan banyak sanad bukan pada satu dan dua sanad: termasuk: yang diriwayatkannya dengan sanad

 

عن سعيد بن المسيب ، عن عامر بن سعد بن أبي وقاص ، عن أبيه قال : قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) لعلي : أنت مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي . قال سعيد : فأحببت أن أشافه بها سعدا ، فلقيت سعدا فحدثته بما حدثني به عامر فقال : أنا سمعته ، قلت : أنت سمعته ؟ قال : فوضع إصبعيه على أذنيه فقال : نعم ، وإلا أستكتا

 

dari Sa3id ibn al-Musaiyib, dari 3amir bin Sa3ad bin Abi Waqash, dari bapanya yang berkata: Rasulullah (S) kepada 'Ali: Kamu di sisiku seperti kedudukan Harun pada Musa, melainkan tidak ada nabi selepasku. Sa3id berkata: “Aku ingin sekali menceritakan ini kepada Sa3ad, kemudian aku pun bertemu dengannya. Aku lalu menceritakan apa yang telah diceritakan 3amir kepadaku. Sa3ad berkata, “Aku telah mendengarnya.” Aku (Sa3id) bertanya, “Benarkah engkau telah mendengarnya?” Dia meletakkan kedua jarinya di telinganya seraya berkata, “Ya, jika tidak, semoga kedua telinga ini menjadi tuli.” [9]

 

Dalam hadits ini, dan di dalam lafaz jenaka ini perlu memberi perhatian kepada. Dan pada sanad yang lain dalam Shahih Muslim:

 

عن بكير بن مسمار ، عن عامر بن سعد بن أبي وقاص ، عن أبيه قال : أمر معاوية بن أبي سفيان سعدا فقال : ما منعك أن تسب أبا التراب ؟ فقال : أما ما ذكرت ثلاثا قالهن له رسول الله فلن أسبه . . . فذكر الخصال الثلاث ومنها حديث المنزلة

 

Dari Bakir bin Musamar, dari 3amir bin Sa3ad bin Abi Waqas, ayahnya berkata: Amir Muawiyah ibn Abi Sufyan berkata kepada Sa3ad: Apa yang mencegahmu untuk mencaci Abu Turab (‘Ali as)?” Sa’ad menjawab, “Adapun setelah aku mendengar tiga hal yang telah disabdakan oleh Rasulullah (S), oleh karena itu aku tidak akan mencacinya,. . . Dia mengingat semula tiga hal, termasuk Hadits Manzilah.[10]

 

Dilalah (Penunjukan Makna) Hadits Manzilah:

 

Perkara paling penting kita mesti lihat apa kedudujan Harun pada Musa, sehingga membuatkan taraf Ali pada Nabi (Muhammad) berbanding Harun pada Musa, dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran Al-Karim dan mengambil manfaat daripada ayat-ayat yang memberi berkat pada kedudukan Harun:

 

Manzilah I: Al-Nubuwah, FirmanNya SWT:

﴿وَوَهَبْنَا لَهُ مِن رَّحْمَتِنَا أَخَاهُ هَارُونَ نَبِيًّا﴾

(Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya dari rahmat Kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.)[11]

 

Manzilah II: Wazir, FirmanNya SWT  dengan lisan Musa:

 

﴿وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي * هَارُونَ أَخِي﴾

(dan jadikanlah untukku seorang pembantu (wazir) dari keluargaku, * Harun, saudaraku) [12],

 

dan dalam Surah Al-Furqan FirmanNya SWT  

 

﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَا مَعَهُ أَخَاهُ هَارُونَ وَزِيرًا﴾

(Dan sesungguhnya kami telah memberikan Al Kitab (Taurat) kepada Musa dan Kami telah menjadikan Harun saudaranya, menyertai dia sebagai wazir (pembantu).)[13]

 

dan dalam Surah Al-Qashash dengan lisan Musa:

 

﴿وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا فَأَرْسِلْهُ مَعِيَ رِدْءًا يُصَدِّقُنِي﴾

(Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)ku;")[14]

 

Manzilah III: Khalifah, FirmanNya SWT  :

 

﴿وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ﴾

(Dan berkata Musa kepada saudaranya Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan.")[15]

 

Manzilah IV: Kerabat berdekatan FirmanNya SWT dengan lisan Musa:

 

﴿وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي * هَارُونَ أَخِي * اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي * وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي﴾

(dan jadikanlah untukku seorang pembantu (wazir) dari keluargaku, * Harun, saudaraku * teguhkanlah dengan dia kekuatanku, * dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku,)[16]

 

Rasulullah (S) memberitahu dalam satu hadits Manzilah mengesahkan semua kedudukan-kedudukan Harun dalam Al-Quran ini meyamai Ali kecuali nubuwah. Rasulullah (S) telah mengeluarkan nubuwah untuk menegakkan keperluan kepada bahawa tiada nabi selepas baginda (S), dan kekallah kedudukan (manzilah) selain kedudukan (manzilah) ini masih tetap ada dan disahkan pada Ali (as).

 

Manzilah V: dari kedudukan Harun: Paling berilmu selepas Musa atas semua Bani Israel, dan atas semua umatnya, telah membuktikan kedudukan ini sesuai dengan penunjukan diturunkannya pada Ali dengan kedudukan Harun pada Musa kepada Amir Al-Mukminin (as).[17]

 

 

Dilalah (Penunjukan Makna) Hadits Manzilah Pada Kemaksuman:

 

Adakah terdapat apa-apa keraguan yang terbukti pada kemaksuman Harun? Rasulullah telah menyerahkan pada Amir Al-Mukminin kedudukan Harun, tidak ada seorang sahabat pun yang diserahkan pemilikan maksum, dan tidak diserahkan pemilikannya pada mana-mana sahabat, seperti yang diberikan kepada Amir Al-Mukminin (as). Dan pada masa itu adakah diterima akal (dibenarkan) menjadi Imam selepas Rasulullah yang tidak maksum ketika ada yang maksum? Aadakah diterima akal seseorang yang tidak maksum menjadi pengantara antara penciptaan dan Pencipta ketika ada yang maksum? Bolehkah mengikuti bukan yang ma'sum ketika ada yang maksum?

 

Dilalah (Penunjukan Makna) Hadits Manzilah Pada Khalifah Amir Al-Mukminin (as).

 

Kita beralih pula kepada kepentingan hadits ini pada keutamaan Khalifah dan Wilayah, adalah menjadi nash pada yang mendakwa. Tidak ada keraguan pada kedudukan Harun sebagai Khalifah Musa (as),

 

Dia SWT berfirman melalui Lisan Musa berucap kepada Harun::

﴿اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ﴾

("Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan.")[18]

 

Harun adalah Khalifah kepada Musa, dan Ali menurut ketentuan Hadits Manzilah adalah Khalifah kepada Rasulullah (S), maka Hadits ini menjadi nash pada Khilafah, Imamah dan Wilayah selepas Rasulullah. Dan kesan dari ayat Khilafah ini: Wajib taat secara mutlak, dan Wajib menyerah secara mutlak, dan ketaatan mutlak dan penyerahan mutlak memerlukan (melibatkan) Khilafah, Imamah dan Wilayah secara awam. Tiada siapa yang meragui pada kewajipan taat dan penyerahan mutlak kepada Harun, ia adalah daripada kesan dan ketentuan nubuwah, bukan dari kesan dan dari ketentuan ia Khilafah Musa, sehingga tidak diwajipkan ketaatan secara mutlak kepada Ali, kerana dia bukan seorang nabi. Pemikiran ini adalah batil dan tertolak, jika terdapat dalam beberapa kitab sebahagian ulamak mereka, yang demikian kerana kewajipan ketaatan mutlak jikalah kesan nubuwah bukan daripada kesan khalifah. Jika demikian mengesahkan tidak wajib pula taat kepada ketiga-tiga (khalifah) terdahulu, kerana mereka bukan nabi, dan juga: mengesahkan tidak wajib taat mutlak kepada Ali di tempat keempat, yang mereka katakan kepadanya (as), apabila pada masa itu dia bukan seorang nabi, tetapi seorang khalifah. oleh sebab itu, wajib taat mutlak kepada Harun dengan ketetapan sebagai khalifahnya dari Musa bukan dengan ketetapan nubuwah, dan pada masa itu wajib taat mutlak kepada Ali (as) dengan ketetapan dari Rasulullah, dan dengan ketetapan kedudukannya dari Rasulullah seperti Kedudukan (Manzilah) Harun kepada Musa.

 

Perbincangan Pelbagai Pihak Pada Hadits:

 

Perbincangan Pertama: Bahawa hadits ini tidak menunjukkan Manzilah umum, dan pada masa itu mencukupi persamaan antara Ali dan Harun dari satu sudut, dan ia mencukupi dalam hadits yang shahih. Adapun kedudukan Ali di sisi Rasulullah berbanding Harun di sisi Musa pada semua kedudukan Harun tidak disepakati dalam perkara ini.

 

Jawapannya: Hadits yang termasuk dalam lafaz dan dari jenis nama “Manzilah” bersandar kepada keunggulan “Harun”. Sabda baginda: Kamu di sisiku seperti kedudukan (Manzilah) Harun, maka perkataan Manzilah jenis nama yang bersandar kepada keunggulan Harun kemudian hadits itu digabungkan dengan pengecualian, melainkan bahawa tidak ada nabi sesudahku. Hadits tersebut terdiri daripada jenis nama bersandar kepada keunggulan, dan terdiri daripada pengecualian secara lafaz yang kami telah sebutkan, ini matan (isi kandungan) hadits. Jika kita rujuk kepada tulisan-tulisan Ilmu Ushul Fiqh, jika kita rujuk kepada tulisan-tulisan Ilmu Balaghah (tata bahasa) dan kesusasteraan, kita akan dapati mereka menyusun garis panduan Al-Istitsnaa’ (pengecualian) secara umum, dan menyusun pada kata-kata umum jenis nama yang disandarkan, Maka apakah makna bidang perbincangan ini? Jenis nama yang bersandar dengan kedudukan Harun dari bentuk umum, dan pengecualian juga adalah secara umum, maka nash-nash (teks) hadits adalah umum, kerana dalam hadits tidak ada lafaz yang lain: Lafaznya

أنت مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي

(Kamu di sisiku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi sesudahku.)

Dan oleh kerana itu menghilangkan keraguan dan membatalkan perbincangan. Ini adalah 3ibarah Ibn Al-Hijab, yang merupakan salah seorang imam (pembimbing) Ilmu Ushul dan imam (pembimbing) Ilmu Nahu dan Sharaf (tata bahasa) dan Ilmu kesusasteraan, yang mengatakannya di dalam Kitab Mukhtashar Al-Ushul (Ringkasan Ilmu Ushul) - sebuah kitab, Matan, tulisan yang banyak memberi penjelasan dan keterkaitan: Kemudian rumusan yang ditetapkan untuknya – iaitu secara umum – Pada pencari kebenaran ia adalah: keadaan nama-nama dan kefahaman , yang berkaitan dengannya, Kumpulan besar yang berpengetahuan mentakrifkan jenis bukannya pengetahuan, dan takrif jenis nama ditakrifkan jenis atau sandaran.[19]

 

Bahawa dikatakan: Harus untuk diangkat tangan di khalayak umum, berhubung dengan keutamaan Hadits Manzilah ketika Perang Tabuk, dan jika hubungan atau keutamaan lafaz tidak sesuai atas Dilalah (Penunjukan Makna) pada umum, maka Hadits itu adalah petunjuk pada melantik pengganti menjadi pengurus kanak-kanak, wanita dan warga tua - kenyataan Ibnu Taimiyyah – Tinggal  di Madinah Al-Munawarah adalah tidak lebih daripada itu. Tetapi menolak kemuskilan dan tuntutan ini, dan mengada-adakan Hadits Manzilah selain masa Tabuk. Bahawa dikatakan juga: Jika pengecualian ditunjukkan secara umum, maka pengecualian telah disambungkan, manakala pengecualian ini tidak terhenti, kerana ayat tidak termasuk antara nilai berita, dan tidak boleh dikecualikan kumpulan berita yang pengecualiannya adalah pengecualian yang bersambung. Tetapi apabila disemak semula hadits ini kita dapati ada kalimah nubuwah selepas perkataan melainkan Jika tidak, tidak ada antara nilai berita, dan sanad (sandaran) hadits ini atau hadits-hadits ini sanadnya muktabar (sandaran yang besar), dan nash hadits yang sahih sanadnya dengan lafaz (kata-kata) ini: Ibn Kathir Al-Damsyiqiy dalam kitabnya Al-Tarikh Al-Bidayah wa Al-Nihayah.[20] Itu adalah kerana mereka mengesahkan dalam Ilmu Al-Ushul dan juga dalam Ilmu Balaghah: Asal pengecualian ini adalah untuk menghubungkan, tidak diangkat tangan bagi ushul ini melainkan dengan dalil atau dengan hubungan, bagaimanapun, anggapan, orang yang mempersoalkan dan mahu membuat tanggapan laporan kumpulan berita dikecualikan, telah menjawab dengan nama pudar yang dikecualikan yang tidak ada nilai berita. Jika anda ingin menjangkakan anggapan dan kenyataan mereka mengenai usul pengecualian adalah sambungan yang tidak putus yang memungkinkan anda mengkaji semula Kitab Kasyf Al-Asrar (Terbukanya Rahsia-rahsia) dalam Syarah Ushul Al-Bazdawiy[21] oleh Syeikh Abdul Aziz Al-Bukhari, yang berasal dari sumber Al-Ushuliyah. Anda juga boleh menyemak Kitab Mukhtashar Al-Ushul oleh Ibn Al-Hajib[22] Juga, teks ini. bahkan jika jika anda rujuk dalam Syarah-syarah hadits, yang anda boleh dapati daripada Muhaditsin juga kepada fakta bahawa pengecualian ini disambung tidak terputus, kemudian rujuk pendapat Al-Qisthalaniy dalam Irsyaad Al-Saariy.[23]

 

Perbincangan Kedua: Jika Hadits Manzilah hanya dinyatakan khusus berhubung dengan peperangan Tabuk, dan Rasulullah (S) mengucapkannya apabila baginda keluar dalam peperangan Tabuk dan meninggalkan kepada Ali hal ehwal keluarganya dan tinggal di Madinah Al-Munawarah, maka menetapkan secara khusus Hadits Manzilah hanya lantikan ini kes.

 

Jawapannya: Hadits Manzilah tidak diketengahkan terhad pada Peperangan Tabuk sahaja, tetapi kita dapati dalam khabar-khabar muktabar dan riwayat-riwayat Shahih bahawa Nabi (S) mengumumkan Hadits Manzilah pada masa-masa lain, seperti pada Hari Mempersaudarakan di mana hadits ini diriwayat oleh Al-Suyuthi dalam Al-Daar Al-Mantsur: dari Al-Baghawi, dan Al-Bawaridiy, dan Ibn Qani3, Al-Thabraani, dan Ibn 3asaakir. Ia juga:ada dalam Manaqib Ali oleh Ahmad, dan dalam Al-Riyadh Al-Nadhirah dalam Manaqib sepuluh yang dijanjikan, dan dalam Kanz Al-3amal juga dalam Manaqib Ali.[24] Dan baginda (S) bersabda dalam satu hadits di sekitar Hari Al-Inzhar pada riwayat Abi Ishaq Al-Tsa3labiy dalam Kitab Tafsirnya Al-Kabir menyebut perkataan ini:

 

فأيكم يقوم فيبايعني على أنه أخي ووزيري ووصيي ويكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي

Maka kepada kamu wahai kaum maka bai’ahlah Ali, bahawa dia adalah saudaraku dan wazirku dan washiyku dan dia bagi-ku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi selepas ku.

 

Dan baginda (S) bersabda dalam khutbah Al-hadir Khum. Di pintu-pintu (di-hadapan) sebuah lembah empangan air, seperti yang diriwayatkan oleh Al-Faqih Ibn Al-Mughazaliy dalam Manaqib Amir Al-Mukminin.[25] Dalam satu hadits dari Jabir yang berkata,

 

جاء رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) ونحن مضطجعون في المسجد قال رسول الله : أترقدون بالمسجد ! إنه لا يُرقد فيه ، فحينئذ خاطب عليا وكان علي فيهم قال: تعال يا علي ، إنه يحل لك في المسجد ما يحل لي ، أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا النبوة

 

telah datang Rasulullah (S) dan kami sedang berbaring di dalam masjid, Rasulullah (S) bersabda: berbaringlah di masjid! Bahawa tidak berbaring di dalamnya, pada masa itu baginda bercakap kepada Ali dan Ali bersama mereka: baginda (S) bersabda: Marilah wahai Ali, adalah dibenarkan kamu di dalam masjid apa yang dibenarkan kepadaku, adakah kamu redha di sisi-Ku seperti manzilah (kedudukan) Harun pada Musa melainkan nubuwah. Ini adalah juga dalam Tarikh Damsyik.[26]

 

وقاله لأم سلمة : يا أم سلمة ، إن عليا لحمه من لحمي ودمه من دمي ، وهو مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي

Dan baginda (S) bersabda kepada Ummu Salamah: Wahai Ummu Salamah, daging Ali adalah dari darah dan daging ku, dan dia di sisiku seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada nabi selepasku.[27] Terdapat sumber-sumber lain.

 

Perbincangan Ketiga: Riwayat dari Qiz3ah bin Suwaid, dari Abi Malikah, dari Ibnu Abbas, Rasulullah (S) bersabda: Abu Bakr dan Umar kepada saya seperti Harun kepada Musa.

 

Jawapan: hadits ini adalah satu pembohongan, seperti kata Al-Zhahabiy di dalam kitabnya "Mizaan Al-I3tidal," katanya dalam terjemahan Qiz3ah bin Suwaid: pemindahan Hadits Manzilah ini kepada kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), Ammar bin Harun menafikannya dan berkata: Ini adalah satu pembohongan.

 

Perbincangan Keempat: Ibn Taimiyyah menyebut hadits yabg sama sepertinya di sisi Rasulullah, Abu Bakar dengan Ibrahim, dan menyamakan Umar dengan Nuh, dan berkata hadits ini di dalam (Al-Shahihain) kedua-dua Shahih (Bukhari dan Muslim).

 

Jawapannya: Ia adalah satu pembohongan, hadits ini tidak ada di dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), dan anda perhatikan; kepada kitab Bukhari dan Muslim, dan dilihat ianya dalam Kitab Minhaj Al-Sunnah, Edisi baru yang dihasilkan oleh Dr. Mohamed Rashad Salim, dicetak di Arab Saudi dalam sembilan bahagian (juzuk), kajilah ungkapannya, dan akan menyaksikan Ibn Taimiyyah menenisbahkan hadits ini kepada kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), yang disahkan pada nota kaki: bahawa hadits ini ada dalam Musnad Ahmad, dikatakan yang disahkan dalam Al-Musnad Al-Syeikh Ahmad Syakir dalam edisi baru: hadits ini adalah dhaif. Ia juga ada dalam Manaqib Al-Shahabah oleh Ahmad ibn Hanbal, yang dicetak dalam dua bahagian di Arab Saudi yang lain, Rujuklah dan lihatlah apa yang ditulis pada nota kaki: Sanadnya dhaif. Jadi hadits tersebut tidak ada di dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain), untuk menentang Hadits Manzilah yang ada dalam kedua-dua Shahih (Al-Shahihain),, tetapi ia ada dalam beberapa buah kitab, dan disahkan teksnya dalam huraian mereka pada kitab yang mendhaifkan hadits ini.

 

 

______________________

[1] - Al-Isti3ab 3/1097 – Dar Al-Jil - Beirut --1412 H.

[2] – Rahzhib Al-Kamal 2/483 – Muassasah Al-Risalah - Beirut --1 413 H.

[3] - lihat dalam Tarjamah Al-Kitab Imam Ali (as) 1 / 306-393.

[4] – Fath Al-Baari dalam Syarah Shahih Al-Bukhari, 7/60 – Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy  - Beirut.

[5] - lihatlah dalam Kifayah Al-Thalib dalam Manaqib Ali bin Abi Talib oleh Al-Hafidz Al-Kinjiy: 283.

[6] – Al-Azhaar  Al-Mutanatsirah dalam Al-Ahadits AL-Mutawatirah: Huruf ALif.

[7] - Shahih Al-Bukhari 5/24 - Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy  - Beirut.

[8] - Shahih Al-Bukhari 6/3.

[9] - Shahih Muslim 4/1870 No. 2404 - Daar AlFikr-- Beirut --1398 H.

[10] - Shahih Muslim 4/1871

[11] – Surah Maryam 18:53.

[12] - Surah Taha 20:29.

[13] - Al-Furqan 25:35

[14] - Al-Qashash 28:34

[15] - Surah Al-A3raaf 7:142.

[16] - Surah Taha 20:31.

[17] - Lihatlah kepintaranHarun selepas Musa dalam tafsiran ayat:

)قال إنما أوتيته على علم عندي (

(ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". ) dalam:Tafsir Al-Baghawi 4/357 - Daar AlFikr-- Beirut --1405 H. Tafsir Al-Jalalain 2/201 - Tafsir Mustafa Al-Baabi Al-Halabi, Mesir --1388 H.

[18] - Surah Al-A3raaf 7:142.

[19] – Al-Mukhtashar (Biyaan Al-Mukhtashar 2): 111 – Markaz Ihyaa’ Al-Islamiy - Mekah Al-Mukarramah.

[20] – Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, jilid 4 Bahagian 7/340.

[21] – Kasyf Al-Asrar 3/178 Bab Biyaan Al-Taghir - Daar Al-Kitab - Beirut --1418.

[22] - Al-Mukhtashar (Biyaan Al-Mukhtashar 2): 246.

[23] – Irsyaad Al-Saariy 6 / 117-118 - Daar Ihyaa’Al-Tirats Al-Arabiy  - Beirut.

[24] - Lihat: Al-Dar Al-Mantsur 6 / 76-77. Fadhaail Amir Al-Mukminin (as): 142 No 207. Al-Riyadh Al-Nadhirah 3/182, sebahagian dari. Kanz Al-3amal 9/167 No. 25 554 dan 13/105 No. 36345.

[25] - Manaqib Imam Ali (as) oleh Al-Mughazliy: 255-257.

[26] - Tarjamah Al-Imam Ali (as) dari Tarikh Dimasyq 1/290 No. 329.

[27] - Tarjamah Al-Imam Ali (as) dari Tarikh Dimasyq 1/365 No. 406

 

 

Kembali Ke Laman Untuk Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah

 

 

2 ulasan:

Haji Tengku Adly Ambak berkata...

Alhamdulilah shukur!...kerana menanugarah kepada saya sebuah utusan!..mukin ini lah rezeki saya yang terakhir!..jika umur panjang bertemu lah kita yaa!..Amiin!

Haji Tengku Adly Ambak berkata...

Sampaikan salam saya kepada Aba Al-Hussaini..teruskan Amanah Allah!.