Islam Adalah Buah Dari Agama-Agama Allah Di Bumi
الإسلام ثمرة الأديان
الإلهية في الأرض
ومحمد هو عيسى وموسى
وإبراهيم (ع)
والقرآن هو التوراة والإنجيل وصحف إبراهيم
(Dan Muhammad adalah Isa, Musa dan Ibrahim a.s.
Dan Qur'an adalah Taurat,
Injil dan Suhuf Ibrahim)
Allah SWT berfirman:
﴿شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى
بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ
وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلا تَتَفَرَّقُوا فِيه﴾
Dia telah mensyari'atkan bagi
kamu dari agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah
Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa
dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.[1].
Allah SWT berfirman:
﴿قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعاً مِنَ الرُّسُلِ
وَمَا أَدْرِي مَا يُفْعَلُ بِي وَلا بِكُمْ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَى
إِلَيَّ وَمَا أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُبِينٌ * قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كَانَ مِنْ
عِنْدِ اللَّهِ وَكَفَرْتُمْ بِهِ وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ بَنِي إِسْرائيلَ عَلَى
مِثْلِهِ فَآمَنَ وَاسْتَكْبَرْتُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ
الظَّالِمِينَ﴾
Katakanlah: "Aku bukanlah
rasul yang pertama di antara rasul-rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan
diperbuat terhadapku dan tidak (pula) terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti
apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang pemberi
peringatan yang menjelaskan".Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku,
bagaimanakah pendapatmu jika Al Quran itu datang dari sisi Allah, padahal kamu
mengingkarinya dan seorang saksi dari Bani Israil mengakui (kebenaran) yang
serupa dengan (yang tersebut dalam) Al Quran lalu dia beriman, sedang kamu
menyombongkan diri. Sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim".[2]
Allah SWT berfirman:
﴿إِنَّ
هَذَا لَفِي الصُّحُفِ الْأُولَى * صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى﴾
Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu, (iaitu) Kitab-kitab Ibrahim dan Musa.[3]
Islam, sebagai agama Al-Ilahi, tidak berbeza daripada
agama Yahudi, Kristian atau agama Hanafi, dan ia bukan sesuatu yang boleh
diubah suai, ia mungkin berbeza beberapa bahagian butiran yang disyariatkan
dalam agama-agama ini, beberapa butiran perundangan adalah berbeza, dan Islam
datang dengan beberapa butiran yang berbeza termasuk yang sepadan dengan
perjalanan perhubungan kemanusiaan di atas muka bumi ini. Kerana kepercayaan
Ilahi semua agama adalah Satu, dan ia adalah untuk beriman kepada Allah,
malaikat-malaikat Nya, Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya, kerana mereka adalah
satu bangsa dan seruan mereka adalah satu.
Bagi dakwaan, sebahagian yang tidak mendengar dengan
baik, mereka mengatakan salah, bahawa agama Kristian atau yang lain adalah
menyeru untuk berpaling dari kehidupan kebendaan dan memberi perhatian kepada
kehidupan rohani sahaja, dan itulah sebabnya ia tidak berjaya, dan Islam adalah
seruan pembaharuan kedua-dua rohani dan jasmani, dan oleh itu adalah paling
kuat.
Saya katakan: Sebenarnya dakwaan ini tidak benar, dan
orang yang mahu menyebarkan Islam perlu menjadi pendakwah yang mempunyai
matlamat dan tidak melakukannya secara sembarangan, yang menghina Nabi-Nabi
Allah dan RasulNya, secara sedar atau tidak. Malah, salah anggap terhadap Allah
dengan kejahilan dan kurang bijaksana di bawah alasan menyebarkan Islam. Jadi
di sini kita dengar daripada sebahagian ulama Islam yang bercakap tentang
Zionis (semoga Allah melaknat mereka) dengan mengatakan: Solomon (Sulaiman) mereka
dan haikal (kuil) mereka. Bukan begitu, sebaliknya, dia Solomon kita dan haikal
kita, kerana kita, orang Islam, adalah lebih memuliakan nabi dan peningalan
mereka daripada orang-orang Yahudi dan lain-lain, Allah SWT berfirman:
﴿إِنَّ
أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ * وَدَّتْ طَائِفَةٌ مِنْ
أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ
وَمَا يَشْعُرُونَ * يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بآيَاتِ اللَّهِ
وَأَنْتُمْ تَشْهَدُونَ * يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ
بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ﴾
{Sesungguhnya orang
yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi
ini (Muhammad), beserta orang-orang yang beriman (kepada Muhammad), dan Allah
adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman.. Segolongan dari Ahli Kitab
ingin menyesatkan kamu, padahal mereka (sebenarnya) tidak menyesatkan melainkan
dirinya sendiri, dan mereka tidak menyadarinya. Hai Ahli Kitab, mengapa kamu
mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui (kebenarannya). Hai Ahli
Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil, dan
menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahuinya?}[4].
Jadi Islam, Kristian dan Yahudi adalah agama-agama Samawi, dan Muhammad, Isa dan Musa a.s. adalah nabi-nabi, dan seruan semua nabi-nabi adalah Satu, karena mereka menyeru manusia ke jalan Allah SWT dan untuk berjalan di atasnya, dan untuk menuju kesempurnaan rohani dan amalan, dan syariat mereka (Tuhanku berselawat atas mereka) yang kebanyakannya terdiri daripada peraturan beramal dan bersyariat yang sah yang akan memperbaiki dunia kebendaan yang menyenangkan masyarakat manusia secara ekonomi, kemasyarakatan dan politik .
Adapun apa yang boleh diulas dari kata-kata mereka, dari
berulang-ulang menyeru supaya menuju kesempurnaan rohani dan amalan, dan
berpaling dari dunia kebendaan , itu hanya masalah persamaan, untuk apa yang
mereka lihat sebagai manusia yang berpaling dari kesempurnaan rohani dan pergi
ke dunia jasmani, dan yang dikuasai olehnya [dunia jasmani] dengan cara tidak
normal, dan juga hari ini, kita tidak perlu untuk mengarahkan manusia, dalam
masyarakat Islam kita, dunia jasmani karena mereka selalu ditempati olehnya,
dan mereka tidak dapat melihat apa yang ada di sebaliknya, sebenarnya kita
perlu memanggil mereka untuk menuju Allah, Dia SWT berfirman menegur bekalan
kemanusiaan yang bersikap tidak peduli dengan kebendaan dan Kerohanian
﴿ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا
وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ﴾
{Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka).}[5], yang berarti bersenang-senang dan berkerja memuaskan diri mereka di Dunia .
Adapun apa yang disebutkan dalam kata-kata para nabi a.s.
- dan itu sebenarnya sedikit [kata] membandingkan dengan orang lain - dari
mengarahkan beberapa kelompok dalam masyarakat ilahi untuk bekerja, mendapatkan
dan menikmati apa yang disediakan Allah bagi mereka, ia adalah disebabkan
bahawa sangat sedikit di antara orang-orang beriman mungkin percaya bahawa
Allah SWT membenci mereka yang menikmati apa yang Dia sediakan untuk mereka
dari benda-benda yang baik-baik, dan juga sebahagian orang yang hanya ingin
duduk dan ibadah sahaja - seperti yang didakwa - dan bahawa orang-orang membawa
roti dan menyuap ke mulutnya, dan ini sebenarnya tidak ada hubungan dengan
agama, karena yang satu ini berehat-rehat dengan nyaman yang duduk di tempat
yang dingin dan tidak mahu tubuhnya penat. Sedangkan para petani yang mandi
keringat di bawah matahari, dan dia sendiri mengambil roti dan menyuap ke dalam
mulutnya .
___________________________
[1]. Surah Ash- Shura (42): 13.
[2]. Surah Al -Ahqaf (46): 9-10.
[3]. Surah Al- A'la (87): 18-19.
[4]. Surah Al- Imran (3): 68-71.
[5] . Surat Al - Hijr (15): 3.
Kembali
Ke Laman Untuk Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan